Showing posts with label tantawi. Show all posts
Showing posts with label tantawi. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

Ostad Tantawi mahu dirinya DIKRITIK. Den dah sudah, anda bila lagi?

oleh ali :

Salam 1Malaysia. Memula den ucapkan tahniah kepado Ostad Tantawi kerana berbosa hati mahu dirinya dikritik. Caya lah. Macam ni la baru pro.

Raja

Jadi kito sebagai rakyat Malaysia, sebagai pengundi berhak mengkritik mana-mana pimpinan parti tak kira yang jadi kerajaan atau pembangkang. Sobab apo berhak bai? Sobab kito adolah raja. Tak pecayo? Korang tunggu la maso Pru nanti. Diorang ni lah yang akan melutut dan merayu-rayu mahukan undi kito. Ye pengundi sebenarnya adalah raja dalam sistem demokrasi ini. Korang boleh mulokan sesi mengkritik Ostad Tantawi di facebook beliau [sila klik dan kritik].

Kritik je

Jangan takut kritik Ostad Tantawi. Dio bukan rimau. Dio tak makan orang punyo. Korang boleh kritik yang dio ni klon hadi, debab, lombab, pakai spek 60-an, tak pandai pakai minyak wangi dan sebagainya. Kalau boleh kritikan membina la. Kalau nak mengutuk pun boleh kot. Tapi jangan kutuk kuat sangat. Nanti Pakaq tertekan maa. Ha Ha Ha.

Den tawarkan diri

Oleh kerana thread di fb Ostad Tantawi ialah thread untuk mengkritik, jadi den nasihatkan biarlah thread tu untuk kritikan semata-mata. Jika mahu membodek, menjilat dan tunjuk wala', den cadangkan bukak thread baru la. Tadi Haziq Pejuang Reformasi pun nak mengutuk jugak, opps mengkritik, tapi malang friend fb Ostad Tantawi dah melebihi had. Jadi den dengan sukocitonya menawarkan diri untuk menyampaikan kritikan korang (mano yang takdo fb & tak menyompek menjadi friend fb Ostad Tantawi) di thread fb beliau. Serius ni bai.

Ostad Tantawi sedia dikritik. Apo pandangan korang setelah setahun Tantawi memerintah DPPP?

Den sudahpun beri komen dan kritikan pado Ostad Tantawi. Korang baik copek mengkritik sebelum Muktamar DPPP berlangsung Khamis ni

Monday, May 24, 2010

Kenapa KAMPUNG Awang Adek?

oleh ali :

Salam 1Malaysia. Den keliru sikit bilo baco entri Ostad Tantawi. Atau Ostad Tantawi kelirukan 1Malaysia. Kung Fu Tze den. Cubo korang baco ni balik.

28 hb Mei 2010 \ Jumaat nanti , bagi Negeri Kelantan adalah kemuncak siri Himpunan Aman membantah Lesen Judi Sukan yang diluluskan oleh kerajaan serentak untuk mendesak supaya Yb. Datuk Dr Awang Adek meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan . Himpunan Aman tersebut akan diadakan di Perkarangan Masjid Repek Bachok Kelantan dalam kawasan Dr Awang Adek sendiri .

Salah sasaran

Eh ape pasal Awang Adek pulak. Dio tu macai la. Dio hanyo tukang umum jo. Kuli kepado bos. Sapo bos Awang Adek? Sapo Menteri Kewangan Malaysia? Hanya Menteri Kewangan yang ado power luluskan lesen judi bola Vinsetan tu. Korang poie la ke kampung Menteri Kewangan tu. Apo hal lak poie kampung Awang Adek. Mangkuk tu hanya menurut arahan.

Ke korang takut dongan bini Menteri Kewangan tu? Korang tahu tak sapo Menteri Kewangan Malaysia ni bai. Dio satu negeri dengan Ostad Tantawi. Ostad Tantawi, ekau patut ke Masjid kawasan Parlimen Pekan bukan ke Bachok. Kamon la, Awang Adek hanya MACAI. Yang tukang sign meluluskan judi adalah NAJIB TUN RAZAK. Jadi apo motif Ostad Tantawi buek demo kek Bachok? Sepatutnya objektif kito berdemo di kampung Najib di Parlimen Pekan. Biar Melayu kampung dan felda tahu bahawa yang tukang halal dan luluskan judi bola adolah anak kelahiran kampung sendiri.

Eh, spesis yang tukang lulus lesen judi ni memang hensem ko?

Ini contoh

Alamak, nak den bagi contoh ko. Tahun 2011, Fairuz al-Jengkari masuk bertanding Ketua Pemudo PAS lawan Ostad Tantawi. Tah macam mano Ostad Tantawi kalah sobab pewakilan tengok dio debab semacam. Arus ketiko itu mahukan ketuo pemudo yang slim dan kacak. Ostad Tantawi tak puas hati lalu mengupah AdukaTaruna untuk launch projek langgar Fairuz. Fairuz relax je sobab ingatkan Tantawi upah Aduka lawan debat. Ala lawan debat dongan budak jobo, apa la sangat. Ha Ha Ha. Fairuz ketawa jahat.

Rupanya projek langgar Fairuz adalah projek melanggar Fairuz dongan kereta. Ini boto-boto langgar bai. Aduka berjaya langgar Fairuz dengan Honda mayat. Langgar sikit je, sobab Tantawi nak Fairuz rasokan bagaimana sakitnya hati dimalukan pewakilan yang memanggilnya Ostad debab. Emo la pulak. Fairuz yang patah liuk kek hospital panggil Dugong.

"Dugong, lu kumpulkan seluruh orang kampung poie demo dopan rumah Aduka. Aku tak pueh hati dengan mangkuk tu"

"Sabar bos. Mamat tu diupah oleh Ostad Tantawi"

"Gua tahu la Dugong. Lu ingat gua bingai macam Papa Gomo ko"

"Habis, kenapa tak demo dopan rumah Tantawi?"

"Banyak cekadak lak budak kurus ni, sebab bukan Tantawi yang pandu kete Honda tu. Ngerti!"

"Tapi bos, dia diupah. Sepatutnya kita menghukum pengupah, bukan orang yang diupah"

"Tidakkkk !!! Gua taknak dengar lagi. Pigi. Pigi kau dari sini!"

"Apsal bos tak mati terus je. Kan sonang"

Ini contoh. Takdo kono mengono dongan orang yang masih hidup mahu pun kek dalam kubur. Ha Ha Ha. Nak den bagi contoh lagi ko? Cukup la tu. Memasing sumo poie sekolah tinggi. Kalau tak paham gak, tak tau la den nak mengoba an laie. Apo pun langkah PAS mendepani isu ni memang patut dibagi kredit. Arini YB-YB PAS poie jumpo Majlis Raja-Raja. Tahniah dari den. Keep it up!