Showing posts with label tulang besi. Show all posts
Showing posts with label tulang besi. Show all posts

Monday, February 22, 2010

Sehari bersama Tulang Besi - Part 1

oleh ali :

Salam Jalan Raja Laut. Den sekali lagi dirasuah dengan Nasi Arab. Maso kek Istana Keadilan Putrajaya, blogger yang nak belanjo den Nasi Arab tu tak sanggup nak belanjo den sobab dugong-dugong yang kaler kuning pun menyomak samo [link]. Kali ni blogger tu bermati-matian akan belanjo den Nasi Arab Kambing Kebab jiko den berjaya membawa Tulang Besi ke muko pengadilan opps, ke muko pintu utama Bangunan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut. Den yang selamo ini menyokong perjuangan murni Tulang Bosi pun setuju lah dengan rasuah blogger tersebut. Nasi Arab Kambing Kebab tu beb. Den dah lamo kebulur dengan menu Arab nih. Hari ini adalah hari Jumaat 12 Febuari 2010. Rayo cino nak menjelang tibo. Patut den bercuti kek kampung halaman ni bai. Huhuhu.

Pukul 2.00 pagi

"Hello mangkuk, hang ado kek mano nih?" Den kol Pakaq.
"Mangkuk pyrex, aku ada kat KL ni, awat?"
"TB sampai pagi karang pukul berapo?"
"Sapa kena penyakit batuk kering ni?"
"Kurang lomak punyo budak, den tak banyak kredit ni bai"
"Ha Ha Ha. Pukul 8.00 pagi. Hang ni tak boleh melawak langsung"
"Dio sampai kek mano? KLIA atau LCCT?"
"Nanti hang tunggu kat KLIA," jawab pakaq konfiden.
"Boto ko ni?"
"Dari sumber risikan kami..."
"Dah la woi, den takdo kredit ni nak layan lawak hang"
"Ha Ha Ha. Ok-ok. Roger-roger"

Pukul 6.30 pagi

Macam biaso den bangun awal. Lepas solat subuh terus bawak diri ni ke stesen bas. Pukul 6.35 pagi, den dah ado dalam bas. Bilo nak jalan bas ni? Sambil menunggu bas poyo ni nak jalan, den terpikir gak takkan Tulang Bosi naik penerbangan MAS? Itu hari semasa menghadiri Konvensyen Blogger PAS pada 20 Disember 2009 dio naik penerbangan Air Asia dengan duit derma kenkawan. Takkan hari ni naik MAS yang harga tiket lagi mahal dari Air Asia? Musykil den.

Pukul 7.30 pagi

"Assalamualaikum, hang ada kat mana ni?" Pakaq kol den.
"Den dalam bas ni. Nape? Den kojap laie sampai KLIA ni"
"Tukar plan, TB turun LCCT" Peh terbakar den. Bas ni straight gi KLIA.
"Hang ingat ni Bas dalam cito Harry Potter ko. Boleh tukar-tukar jalan"
"Takpe-takpe. Hang turun R&R Dengkil. Nanti One-G amik hang" Lagi terbakar den. Bilo kalo bas ni jalan atas Highway Elite? Hadoihai.
"Bas ni tak jalan atas highway la mangkuk. Takpo den suruh member den kek KLIA hantar den ke LCCT. Roger and out"

Bongih den kojap. Baik den tamatkan conversation telefon ni. Den tak boleh tunjuk raso marah tu. Nanti tak baik jadinya. Den taknak jadi macam Pak Ngah. Pak Ngah den kalau bondo-bondo yang tak ikut plan ni memang dio maki habis-habisan. Sakit telingo mendongar eh. Den ingat orang pass (lulusan) Amerika memang perangai macam tu kot. Tapi marah Pak Ngah den kojap yoo.

Pukul 9.00 pagi

Apepasal musti kaler kuning? Kalau kaler pink tak boleh ko?

Dah satu jam bersapau den menunggu TB. Maso ni den banyak tangkap gambar omputih yang baru sampai. Seksi-seksa woo. Sambil tu mengharapkan makwe-makwe dari negara Gabon menjengah balai ketibaan LCCT. Ha Ha Ha. Macam la Malaysia ni destinasi paling popular dalam dunio.

"Assalamualaikum ya Sheikh. Anta ada kat mana ni?" Ostad One-G kol den.
"Den ado kek dopan International Arrival LCCT. Ostad ado kek mano?"
"Ana ada depan McD ni. TB kol ana. Dia dah sampai. Tengah amik beg jap"
"OK-ok. Den jumpo ustad dopan McD" Den poie dengan harapan dio belanjo den McD. Den tengah lapar haa.

Dopan McD LCCT

"Ahlan wa sahlan ya Sheikh ul Kabir"
"Aik, den bukan TB la Ostad"
"Hi Hi Hi. Eh jom gi tempat ketibaan" Berkecai hati den nak meraso Big Mac pepagi buto. Hajat di hati nak raso Prosperity Burger. Den laparrrr ni.

"Anta ni bila lagi?" One-G tanyo den sambil berjalan ke Balai Ketibaan.
"Bilo apo ni ustad?"
"Anta ni dah wajib ada zaujah ni"
"Sapo la den ni. Muko den terlalu kacak la ustad" Den merendah diri dengan muko duopuluh sen.
"Anak-anak usrah ana banyak yang cantik-cantik. Nak U mana? UKM, UM, UIA, U..."
"UIA pun ado ko ustad?!" Den sedikit terkejut. Global jugak ustad babyface nih.
"Bukan setakat UIA je, anta nak kulit kaler ape? Coklat, hitam, putih, merah, putih albino.."
"Rambut kaler oren takde ko ustad?"
"Anta ni.. Mana la ana tahu. Ishh. Nak senang suruhlah bakal zaujah anta pakai inai kat rambut. Oren jugak"
"Tak haram ko? Karang JAIS tangkap den lak"
"Halal la. Ada cop SIRIM lagi. Ha Ha Ha"
"Biar boto ni Ustad. Ustad ado tauliah JAIS tak ni? Karang satu Batalion pegawai JAIS dengan Polis tangkap ustad macam diaorang tangkap mufti wahabi tu"
"Si Maza tu? Ha Ha Ha."
"Eh tu TB dah sampai ustad" Alamak kacau daun boto la TB ni. Tengah topik menarik dio mencelah.

Tinggi TB saling tak tumpah macam tinggi The Big Show. Yang baju merah tu TB. Ustad One-G yang pakai baju hitam tuh. Tinggi ustad One-G je dah 180 cm. Ha Ha Ha.

Selepas den dipaksa laga-laga pipi dan dipeluk ikut style Arab.

"Ini Ali Baganutama bang Rahman" Sahut ustad One-G.
" Ooo ini dia jejaka yang kacak tu" Balas Abang Rahman@Tulang besi@TB.
"Eh, baru tahu ko yang den ni kacak? Ha Ha Ha."
"Mana Pakaq? Eh jomlah kita dah lewat ni" Gesa TB.

Peh laju TB ni bai. Patutnya kena lah tunjuk gaya orang terkena simpton-simpton Jet Lag. Macam letih, sluggish dan monyok tapi tidak bagi TB. Dio lagi laju dari den. Den slow sobab lapar. Korang taknak makan ko? Borenti la kojap minum teh. Sorang pun tak mendengar jeritan batin den. Huhuhu. Seperti dijangkakan Pakaq tengah membuto dalam kereta. Mangkuk belanga punya wartawan.

"Pakaq, hang kena bawak kete ni. Ana dengki anta dah tidur berejam"
"Tak baik dengki-dengki. Tertekan aku" Pakaq buat muko seposen.
"Ha Ha Ha. Jomlah karang tak sempat. Abang Rahman kena balik hari ni jugak"
"Mak ai bang. Indonesia tak bagi tauliah cuti Gong Xi Fa Cai ko?"

Pukul 10.00 pagi

Pakaq bawak kereta ustad One-G macam Kimi Roikkonen, memecut keluar dari LCCT menuju ke KL.

"Bang Rahman mintak detil-detil yang nak diserahkan pada Jalan Raja Laut?" Den tak sabar nak tengok aduan-aduan TB.
"Ali ade stepler tak? Ada detil-detil tu belum stepler lagi" Terus den roger blogger Ummuasiah.

"Kak, ado kek mano ni? Kitaorang dah nak ke KL ni. Nak mintak tolong akak carikan stepler"
"Eh dah pukul 10 ni. Lewat dah ni. Akak dah nak sampai dah. Nak buat apa stepler?"
"Flight delay la kak sebab salji turun kek Selat Melako. Stepler tu nak bikin pusaka. Ha Ha Ha. Ala nak stepler kertas-kertas aduan Abang Rahman yang membukit ni"
"Ok-ok nanti akak belikan"

Dalam perjalanan ke Jalan Raja Laut, TB dengan Pakaq membincangkan update-update tentang situasi terkini PAS Pusat. Banyak diskusi tentang perihal undang-undang. Serius bunyinya. Tapi den dah tak peduli itu semua. Den tengah fokus membaca detil-detil aduan TB. Ustad One-G pulak tidur-tidur ayam.

"Sejak bila kereta ana pakai enjin jet Sukhoi nih. Laju betul hang bawak"
"One-G tak baik kata macam tu. Tertekan aku" Jawab Pakaq. Poyo betul wartawan Harakahdelay nih.
"Kurang ajar!" Den tetiba terjerit.
"Anta ni kenapa Sheikh?"
"Cis den terbakar baca kertas ni"


Click for enlarge. Den terbakar baca helaian ni. Terus den snap gambar. Baca yang dihitamboldkan tu. Ustaz Nasa Mat Isa memang power menipu para pengundi.

Pukul 10.50 pagi

Akhirnya sampai ke Jalan Raja Laut. Alhamdulillah. Sampai jugak walaupun terlewat setengah jam dari jadual asal. Nama pun janji Melayu. Kalau tak lewat bukan Melayu maa.

"Afwan ana tak dapat join antum semua untuk peristiwa bersejarah ni. Ana terpaksa hadir dalam program parti ditempat lain. Nanti ana amik antum pukul 12.00 tengahari nanti. Ana terpaksa pergi dulu. Ana dah lewat ni" Jelas Ustad One-G.
"Hang ni One-G, hang takde aku lagi tertekan tau tak" Pakaq buat muko seposen.
"Ngengada la anta ni. Manjang tertekan je. Tengok Ali ni, relax je" Ustad ni puji den. Dio tak tahu den tengah kebulur ni. Sojak dari malam tadi tak makan.
"Hang Ali nak ngurat budak opis yang hang cakap tu kan" Usik Pakaq.
"Hoi mano ado. Den saman hang Pakaq. Mangkuk copal punya wartawan"
"Ana berbanyak terima kasih dengan anta Ustad. Nanti pukul 12 kita jumpa. Jom" Kata TB.

Selalu den amik gambar kek gugel, arini den snap melalui lensa kamera den. Kono cat baru ni bai. Dah berkulat den tengok.

Maso den snap gambar bangunan Pejabat Agong PAS, TB dah masuk opis sambil diiringi Pakaq. Den terpaksa keluar balik cari bateri Double AA. Boleh lah pulak time ni bateri kamera den kong. Kono la boli. Yang sedia menunggu kat dalam Pejabat Agong ialah blogger Ummuasiah, Abang Bad dan Bro Rahim. Den bilo masuk main entrance Pejabat Agong tu den dah nampak mee goreng. Apo lagi den pun lapun la. Den ingat kan free. Sambil tu ade satu brader pakai Bush Jacket puji-puji TB. "Ana kenal dia ni. Dia ni dulu aktif masa Mahfuz jadi Ketua Pemuda. Bukan orang lain dia ni" Puji brader tu (Selalu keluar Harakah brader ni tapi bukan YB). Den dah tak peduli apo orang tu nak puji. Den kono habiskan mee ni dengan segera. Dan nak ikuti apa yang berlaku kat atas. Mano la tahu si Stopa tengah smackdown TB. Pakaq bukan boleh harap sangat, dia mesti backing boss dio.

"Eh, Adik manis ni nak ke mana tu?" Ala dongki la pegawai ni.
"Puan,saya nak hantar thumbdrive ni kepada Zainulfaqar. Dia baru sms suruh hantar ke atas dengan segera" Den bohong sunat sambil tunjuk thumbdrive yang sesat kat poket seluar den. Ini bohong memang dapat pahala punya.
"Apa kandungan thumbdrive tu?" Macam Polis la pulak dio ni.
"Rahsia la Puan. Jika saya mendedahkan kepada Puan, nanti saya melanggar bai'ah taat setia saya kepada jemaah PAS" Kau tengok den dah jadi penipu macam Stopa.
"Pemuda yang taat begini lah yang parti kita mahukan. Pergi lekas" Pegawai tu puji den. Korang tengok, penipu zaman sekarang ni dipuji orang bai.

Ustaz Rahim menerima baik kedatangan TB. Kelihatan Ustaz Rahim memberi cop kepada setiap detil dari TB sebagai bukti penerimaan.

Akhirnya, den sampai ke tingkat yang dimaksudkan. Stopa takde. Jadi TB selamat dari dismackdown oleh Stopa. Personal Assistant, PA Stopa iaitu Khairul Anuar Md. Zuki pun takdo. Apo nak jadi ni bai? Takut ko. Tapi Setiausaha Kerja Pejabat Agong iaitu Ustaz Rahim menyambut TB dengan hangat dan mesra. Alhamdulillah. Ramai kakitangan di Pejabat Agong tahu kehadiran TB. Den raso ramai yang memberi sokongan kepada TB.

Pukul 11.15 pagi

Sidang akhbar dilakukan dengan selamba di Pejabat Agong PAS.

Selesai berurusan dengan Ustaz Rahim, TB terus turun ke bawah dan dengan segera mengadakan sidang akhbar kek tompek den makan mee goreng tadi. Laju betul mamat ni. Ekau tak lapar ko TB? Rupo eh bawah tu dah dijadikan kodai makan plus jual buku. Den lak selambo badak makan tadi sobab ingatkan free. Selamat blogger Ummuasiah tolong bayarkan untuk den. Sidang Akhbar dihadiri oleh wartawan Malaysiakini, Pakaq(Harakahdaily) dan blogger seperti Ummuasiah. Setakat pemantauan den, Malaysiakini ada buat laporan sidang akhbar TB [link].

Yang den hairan tu mano laporan Pakaq. Woi Pakaq, laporan hang delay lagi ka? Malaysian Insider yang tak hantar wakil pada sidang akhbar TB pun boleh buat laporan berkenaan [link]. Peh power Malaysian Insider nih, diaorang hantar makhluk halus hadiri sidang akhbar TB. Ha Ha Ha. Buat pengetahuan semua, sidang akhbar tersebut sepatutnya dihadiri oleh ramai wartawan dari pelbagai media tetapi disebabkan cuti Gong Xi Fa Cai menyebabkan ramai wartawan ni bercuti. Pakaq sepatutnya cuti pada hari Jumaat tersebut tetapi sanggup memendekkan tempoh cuti beliau. Begitu jugo dengan den. Tapi den tak penting pun. Buek menyomak yo.

Pukul 11.38 pagi

Sesi sidang akhbar TB berakhir.

"Eh jom kita gi Kampung Attap. Abang Rahman belanja korang makan" Sambil pegi ke bahu jalan menahan teksi. Tahu pun lapar. Den sebonar eh masih lapar lagi ni. Mee goreng tadi cuma berjaya memenuhi 1/8 usus kocik den. Ado lagi 7/8 ruang kosong maa.

Sampai ke sebuah restoran yang indah ditepi longkang besar. Tiba-tiba..

Bersambung daa...

Thursday, February 18, 2010

Unity Government RETURNS

oleh ali :

Salam Kerajaan Perpaduang. Hari ni den cuba memantau internet Malaysia. Ha Ha Ha. Bukan apo den tertarik dengan satu laporan Utusan Malaysia [link]. Macam mana seorang Ulamak yang popular dengan Amanat Haji Hadi boleh kata UMNO tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai 2 perkara yang berbeza. Hilang akal ko apo? Dulu dio yang cakap UMNO ni mengamalkan politik suku agama suku. UMNO pada tahun 1981 tak jauh beza dari UMNO 2010 bai.

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza. Katanya, ia juga merupakan satu proses anjakan paradigma kepada UMNO."Oleh sebab itu, perbincangan mengenai perkara asas antara Pas dan UMNO terutama Islam amat penting," katanya ketika ditemuramah sebuah stesen televisyen dan disiarkan melalui blognya http://presidenpas.org.my hari ini.

Selidik dulu laporan Utusan

Sabar dulu bai. Itu sumber Utusan Malaysia. Utusan Malaysia tu suratkhabar rasmi UMNO macam paper Harakah. Utusan keluar tiap-tiap hari. Harakah keluar 2 kali seminggu. Itu je beza antara 2 paper tu. Utusan Malaysia ni macam Herman Samsudeen la. Kaya dengan tokok tambah, bohong dan kaki bodek. Itu sobab den seharian sampai ke malam tunggu press statement dari TG Hadi untuk nafikan atau counter laporan Utusan Malaysia yang kontroversi itu.

Malangnya tiada beb. Hadoihai. Apo nak jadi ni bai. Kalau den jadi TG Hadi, den akan buat kenyataan balas menafikan laporan Utusan itu dan mengatakan ia adalah fitnah dan kerja jahat UMNO semata-mata. In your dream lah Ali !!!

Penipu besar

Bila tiada kenyataan nafi dari TG Hadi, ini akan menimbulkan kembali polemik Kerajaan Perpaduang. Poyo betul lah. Selepas Mesyuarat Khas yang TG Nik Aziz nak buang Hasan Ali, Mustafa Ali dan Nasa Mat Isa, TG Hadi buat bold statement yang pintu rundingan sudah tertutup. Aik, hari ni TG Hadi sudah menghalalkan kembali rundingan dengan UMNO. Memang penipu. TG Hadi, bukan nak cakap bohong la, anda memang terhegeh-hegeh nak cuim UMNO.

Publisiti bantu mangsa lemas

Baru bantu selamatkan seorang mangsa lemas takkan dah jobo. Publik dah pandai asingkan topik lah. Bab ekau bantu selamatkan mangsa lemas tu memang kami kagum dan ucapkan tahniah. Tetapi bab kerjasama dengan UMNO, pliss la tolong jangan memangkuk belangakan publik. Jika anda, TG Hadi mengeksploitasikan sentimen simpati untuk up balik idea Unity Government setelah membantu menyelamatkan mangsa lemas, memang anda silap besar. Ini memang kes mengeksploitasikan publisiti murahan dengan cara yang kurang ajar dengan harapan orang Melayu (baca: para pengundi dan ahli PAS) termakan umpan anda. Boleh jalan daa.

Click for enlarge. Kartun Zunar ni memang best. Sapo tak paham tu memang gomar makan megi tongah malam buto.

Sumber Utusan

Manjang kono tipu la kito ni dengan 'Pemimpin Islam'. Youtube yang jadi rujukan Utusan Malaysia keluaran Terangganukini telah dimutekan pulak suaro eh. Apo nak jadi ni bai. Ado baiknya kito semuo dengar Youtube penjelasan Tulang Bosi mengenai clan PAS Ganu dengan Malaysiakini. Jangan tak dongar bai.

Saturday, November 21, 2009

Perisik Rakyat & Tulang Besi, kami para blogger dibelakangmu !!!

oleh ali :

Satu Malaysia apa khabar ??? Den sedikit terkejut bila mengetahui ada dikalangan comrade kita yang mahu disaman oleh pihak terbabit. Den raso pelik sikit. Jika benar pihak yang mahu disaman rasa terfitnah kenapa tidak menjawabnya secara hujah. Hujah lawan hujah. Biarkan masyarakat di luar sana yang mengadilinya. Kenapa hujah mesti dilawan dengan maki hamun ?? Kenapa hujah mesti dilawan dengan penumbuk ?? Kenapa hujah mesti dilawan dengan saman ??

Ada segelintir blogger yang hepi dengan perkembangan ini. Dia siap boleh buat entry khas untuk beritahu pada dunia yang Tulang Besi dan Perisik Rakyat akan disaman. Ada juga blogger yang dengarnya dah tutup blog. Ha ha Ha. Nampaknya pihak di sebelah sana menggunakan taktik fear and favour . Istilah fear and favour tak best. Istilah orang kampung den ialah carrot and stick. Jika anda tidak mahu makan gaji bersama kami, kami akan saman anda. Lebih kurang begitulah maksud istilah orang kampung den. Apa boleh buat, begitulah kitar pusingan bagi pembawa obor kebenaran. Sabar dan teruskan perjuangan anda. Anda berjuang untuk kebaikan rakyat. Dengan izin tuhan, rakyat Malaysia pasti di belakang kamu berdua. Wahai pejuang rakyat, teruskan, kibarkan panji kebenaran !!!

Info-info yang perlu kita semua tahu

Setakat hari ini, pihak perisik rakyat dan tulang besi masih menunggu penafian akan keterlibatan dia terhadap dakwaan terbabit. Tulang Besi juga berkeras untuk tidak menarik balik artikel tersebut dari web perisik rakyat dan webnya malaysiawaves.

Ini juga adalah kali kedua pihak terbabit cuba mengambil tindakan undang2 terhadap artikel tulang besi yang disiarkan dalam webnya malaysiawaves dan juga perisik rakyat.

Kali pertama tindakan hendak diambil ialah pada 14hb Ogos, 2009 terhadap artikel “Konspirasi Membuang YB Saari Sungip dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-UMNO di Selangor”.
Klik untuk melihat artikel yang dimaksudkan.

Kami di Baganutama berdiri teguh dibelakang Perisik Rakyat dan Tulang Besi. Percayalah blogger-blogger lain dan rakyat juga bersama anda berdua. Hidup Ketuanan Rakyat !!!