Tuesday, October 6, 2009

Janganlah ikuti langkah orang yang zalim...

Saya tak nafikan, rakyat Malaysia nih, terutama yang tinggal di kawasan pedalaman seperti Bagan pinang ini, tak pernah kenal apatah lagi rasa nikmatnya tinggal dibawah pemerintahan PR. Jangan kata orang bagan Pinang, yang jauh nun ditepi laut, orang di Shah Alam, dibawah PR Negeri Selangor pun masih tak rasa juga kelebihan menjadi rakyat Pakatan Rakyat.

Rakyat ni ramai yang duduk atas pagar. Mereka rasa PR pun bila menang tak boleh buat pembangunan sebab duit datangnya dari BN. Harapkan menang je, tapi tak de projek pun, susah jugak. Memang betul pendapat tu. Tapi, jika BN menang pun, rasanya tak banyak juga projek untuk rakyat...kan? Sebab dah jadi resmi UMNO/BN, mereka ni kalau tak ada habuan, memang kerja tak jalan.Habuan pula bukan sedikit..... kalauRM 1 Juta projek untuk rakyat, mungkin cuma RM 200,000 yang akan benar-benar jatuh ketangan orang ramai. Jumlah yang lain tu mana peginya? You fikirlah.....

Ini semua telah terbukti sejak 50 tahun yang lalu.Kalau tak percaya dengan catatan saya ni, cuba semak sendiri, rakyat negeri mana yang paling miskin>?? Bangsa apa yang paling melarat ie yang selalu keluar dalam ranncangan BersamaMu di TV3 tu!!!!

jadi, macam nilah senangnya. Kalau PR menang , mungkin rakyat susah gak nak dapat habuan kerana duit modal ditangan BN.Tapi kalau BN menang pun , belum tentu orang bagan Pinang dapat apa yang mereka nak kerana dalam BN, ramai lagi pimpinan UMNO yang akan menagih upah hasil kemenangan tu nanti.

TAPI....., MARI KITA FIKIR BEGINI.

Kita hidup ni , biar tak kaya, tapi biar sejahtera. Nak sejahtera, badan sihat, hati tenang, kita kena sentiasa ingat Allah yang sentiasa bersama kita.Nak dapatkan ksejahteraan, kena ada redha Allah.nak dapat redha Allah bukan susah.Senang saja. Kita jangan meletakkan diri kita bersama-sama orang yang suka buat kezaliman.

Siapa yang suka buat kezaliman????

Di Malaysia ni, hanya ada satu parti saja yang memang suka menzalimi manusia lain demi kepentingan peribadi segelintir pemimpin mereka .Parti UMNO ada akta keselamatan dalam Negeri (ISA) yang direka khas untuk digunakan keatas sesiapa saja yang boleh dijadikan kambing hitamnya. Sejak akta tahan tanpa bicara ini dicipta pada 1960 dulu, lebih 18,000 rakyat Malaysia berbilang kaum bangsa dan agama telah dijadikan mangsa oleh akta zalim ini.

Kini, ramai rakyat telah sedar tentang kejahatan akta ini dan mahu ia di mansuhkan....hanya UMNO saja beria-ia mahu akta ini dikekalkan.Bukankah itu tandaanya UMNO sengaja mengekalkan kezaliman?

Adakah pengundi Melayu@Islam Bagan Pinang tidak sedar dalam hal ini?Adakah mereka masih ingin bersama orang-orang yang zalim?

Walaupun PR mungkin kurang menguntungkan, tetapi sekurang-kurangnya, PR tidak mahu dan tidak punya akta zalim tersebut. Lihatlah ayat Quran Surah Huud ayat 113. "janganlah kamu cenderung dengan orang-orang yang zalim...yang menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka...."

Bagaimana Allah nak redha jika memilih pemimpin dari kalangan orang yang zalim????

No comments: