Saturday, October 10, 2009

Tuan Guru Nik Aziz-Tolak Calon Rasuah -Elak dapat BALA

Bagan Pinang 8 Oktober 2009

Ekspo Kenali Kelantan telah dijalankan di DUN Bagan Pinang bertempat di perkarangan rumah Pak Din seorang penduduk tempatan. Satu ceramah penerangan tentang pembangunan Negeri Kelantan turut diadakan di tapak ekspo tersebut. Penganjur program dan Pengerusi Majlis telah memaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat permohonan secara resmi kepada Kerajaan Negeri Sembilan untuk mendapatkan tapak bagi membolehkan ekpo ini dijalankan dengan sebaiknya demi untuk memperkenalkan Kelantan kepada penduduk tempatan.

Tetapi sayangnya Kerajaan Negeri Sembilan telah tidak menyediakan tapak untuk program ini maka pihak penganjur terpaksa mencari sendiri tapak persendirian yang kemudiannya diinfaqkan oleh Pak Din sebagai tuan rumah. Maka dapatlah beberapa kemah didirikan untuk memperkenalkan tentang syarikat-syarikat penting yang terdapat di Kelantan bersama produk-produk mereka.

Pengerusi Majlis juga telah memaklumkan bahawa di Kelantan mereka telah menerima permohonan TV9 melalui rancangan SUA RASA mereka untuk mengadakan ekspo di Kota Bharu. Kerajaan Kelantan tidak ada masalah untuk membenarkan namun meletakkan syarat agar tiada hiburan yang melalaikan. Ekspo tersebut berjaya menggamit kedatangan pengunjung yang ramai iaitu hingga 400 ribu lebih pengunjung berbanding dengan ekspo tersebut yang diadakan di negeri yang lain.

Saudara Lee Ban Chen turut diperkenalkan sebagai wakil Blogger Malaysia yang datang bersama menyerikan majlis dan mendengar ceramah bersama orang ramai dari awal hingga akhir. Beliau adalah penulis di Malaysiakini.


Seperti biasa majlis ceramah Pakatan Rakyat mendapat sambutan ramai lebih-lebih lagi bila dari awal ada tokoh besar yang akan hadir seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, kaum wanita dengan anak kecil tidak ketinggalan walaupun mungkin sudah kepenatan dengan aktiviti merayu undi di siang harinya.
YB Siti Zailah turut berada di barisan hadapan, bukan sahaja khusyuk mendengar malahan turut sama membuat catatan, mengutip dan menimba ilmu untuk dikongsi bersama...teruskan usaha dan khidmat.

Tetamu jemputan pada malam tersebut ialah saudara Dinsman yang mendeklamasikan 2 sajak yang bersahaja dan mengena. Satu sajaknya ialh berkaitan pembangunan di Kelantan di mana di awal kerajaan PAS mengambil alih, BN memberikan masa hanya beberapa bulan untuk kerajaan PAS bertahan, namun hingga kini, pembangunan terlaksana di Kelantan, dan Kerajaan ini masih bertahan selepas 18 tahun dan semakin kukuh.

Bak kata Tok Guru tidak ada sebab mengapa orang Kelantan harus mengundi UMNO dan BN!!! Menurut Tok Guru sebelum PRU12 BN ada 22 kerusi DUN, PAS ada 23, jumlah 45. Sekarang BN hanya punya 6 kerusi DUN sahaja.

Sajak kedua beliau ialah tentang undi POS...menarik persoalannya...UNDI POS ITU NAK DIPOS KE MANA???

Pangkah di sini, masukkan dalam kotak undi di sini
Habis di sini, Orang mengira undi pun di sini
Menentukan siapa menang siapa kalah, pun di sini
Nak poskan ke mana lagi???

Panjang lagi...boleh dibaca di keluaran Harakah 9-11 Okt 09.

Tok Guru pula seperti biasa memberikan ceramah yang lebih merupakan sebuah tazkirah seorang ayah kepada anaknya...seorang ayah yang sayangkan anaknya, seorang ayah yang tidak mahu anaknya gagal di dalam peperiksaan yang sebenarnya di akhirat kelak, yang akhirnya akan dihukum oleh Allah S.W.T.

Tok Guru memulakan ceramahnya dengan berkongsi pantun yang dibacakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di ceramah sebelumnya:

"Undi Bulan dapat pahala" (Tok Guru kata ini kata-katanya di tahun 1984 dahulu)
Ini Tok Guru yang tambah pula...."Undi Barisan dapat bala" sebab rasuah, sebab ambil calon rasuah...perkara yang diharamkan oleh agama!!!

Tok Guru menyentuh tentang kewujudan manusia-manusia ganas dan lasak sejak dari dahulu lagi, tak ketinggalan di Kelantan. Namun dengan adanya Tok-tok Guru yang senantiasa memberi peringatan dan pengajian menggunakan hukum-hukum agama maka manusia ganas di Kelantan lama kelamaan telah hilang..

Namun menurut Tok Guru malangnya dengan sifat khianatnya UMNO kepada agama maka ramai Tok-Tok Guru di Kelantan telah dikenakan ISA. Tok Guru menyebut beberapa nama seperti nama Hj Hassan, Hj Umar, Hj Daud dan lain-lain yang telah menjadi mangsa ISA. Saya telah beberapa kali mendengar tentang hal ini daripada mulut Tuan Guru di ceramahnya...maka saya berani membuat kesimpulan bahawa Tuan Guru amat terkesan dengan kewujudan ISA yang zalim yang menahan rakyatnya tanpa dibicarakan dan dizalimi hanya kerana mereka mahu rakyat menjadi baik dan aman dengan ajaran Islam. Namun UMNO dan BN menggunakan alasan keselamatan negara sebagai sebab menahan rakyatnya tanpa dibicarakan.

Tok Guru juga dengan bersahaja memberi contoh tentang calon untuk dibuat menantu...sudah tentu kita memilih calon yang baik dan tidak memilih calon yang perasuah dan dihukum...kalau dihukum takkan nak dibua menantu..inikan pula untuk dibuat calon di dalam Pilihanraya memerintah rakyat.

Tok Guru juga menggesa pengundi untuk mengundi PAS dan menolak calon rasuah...dan pesanan kepada tentera supaya berani mengundi PAS.." Askar berani lawan peluru, jadi takut apa nak pilih bulan".

Saya memetik kata-kata Tok Guru seperti yang diterbitkan di Harakah Bil 1478 " Sebagaimana kita gunakan jari untuk memangkah, hanya satu picu ketika melepaskan satu das tembakan kepada seorang musuh, maka gunakan satu undi yang ada pada setiap orang dari tuan-tuan untuk diberikan kepada parti bulan."

"dengan satu undi para pengundi boleh berkata dengan tegas di akhirat nanti bahawa " Ya Allah aku sewaktu di Bagan Pinang dahulu telah mengundi sebuah gerakan Islam untuk mendaulatkan Islam..oleh itu undilah PAS undilah Islam dan Pakatan Rakyat demi kebahagiaan di akhirat."

Kumpulan kesenian Kelantan yang menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat...saya perhatikan ramai yang sering tidak mahu ketinggalan untuk bersalam dan mencium tangan Tok Guru tanda hormat dan kasih sayang.....

No comments: