Showing posts with label ummuasiah. Show all posts
Showing posts with label ummuasiah. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

Warna-warni di Istana Kehakiman Putrajaya

oleh ali :

Salam satu Perak. Peh. Hari ni den berada di Putrajaya. Nak saksikan sendiri kekalahan Pakatan Rakyat dari menguasai kembali Negeri Perak. Den takdo la buat live coverage dari sana macam orang lain. Den bawak kamera cokia dan nset nokia yang ado lampu. Tu yo lah. Yang buek den semangat nak datang tu sobab ado blogger nak belanjo den makan. Bilo ado orang nak rasuah den makan kebab arab memang den laju datang, selaju kereta ferari den. Semuo gambar-gambar kek bawah ni boleh diclick for enlarge.

"Kak, biar boto nak belanjo den, ni dugong darat dengan dugong air tawar pun akak kono belanjo sekali"
"Takpe-takpe, bawak je semua dugong-dugong yang ada kat situ"
"Serius ni kak?"
"Serius la. Takkan la akak nak memain lak"
"Ok-ok. Roger and out"

Den sampai dalam pukul 9.30 pagi. Pekara pertama den lakukan bilo sampai ialah den cari Dugong Darat. Den kol dio tak angkat. Mano pulak dio pogi nih. Risau lak den. Maso sampai tu den dah terkejut bosar. Ni den salah mahkamah ko? Ado himpunan BERSIH maa. Mano Mat Sabu?

Ramai pakai baju kuning kek belakang Ashwad Asmadi tuh. Maso ni den sajo bagi flash tinggi. Bagi mato dio sakit. Sori la bai. Ekau takdo la hensem bona dor bilo kono flash.

Last-last den jumpo gak dugong darat. Rupo eh dio dalam under cover mission. Gilo Mat Saman Kati bagi Dugong Darat misi ni. Punyo la berlagak roman eh. Takpo kito kenkawan faham. Ha Ha Ha.

Grup baju kuning buat bising. Yang kek dopan ni buat solat. Den tak tahu la buek solat apo. Qodho' Solat Subuh secara jemaah kot. Ibadat dengan Tuhan ni kono tonang dan ikhlas. Bukan nak menunjuk-nunjuk. Kito tak mampu nak kawal jobo dalam diri bilo solat diperhati kek orang. Den nak mintak tolong kek kenkawan la, pernah tak Nabi Muhammad solat Hajat berjemaah bersamo para sahabat? Contoh macam sebelum perang Badar ko, sebelum pembukaan Mekah ko, sebelum perang tabuk ko? Sobab den cari kat hadis takdo la. Ibadat kono ikut nabi bai. Mano boleh sebarang. Tolong kot ado yang tahu. Hadis sahih, jangan lak hadis palsu ekau bagi kek den.

Tun Faisal pun ado maa. Ini lah wajah pengasas Cybertroopers UMNO. Siap ado biodata kek wikipedia [link]. Tun Faisal mendapat repot yang Parpukari dan Papa Gomo ponteng arini. Itu yang dio datang cek. Gaji dah bayar mahal tapi tak buek kojo. Mano la orang tak marah.

Den tak tahu la. Samo ado mato den salah memandang atau ...? Sobab yang datang sokong Pakatan Rakyat takdo yang mudo. Dah tuo bangko macam Wak Albanjari. Mano poie yang mudo? Ado yang mudo tapi tak ramai.

Ni maso BN meraikan keputusan mahkamah yang Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah. Den poie dekat dan terdongar perbualan ni.

"Huiyoo Ganesan, manyak syok la you dapat pegang tangan 2 amoi. Wa dapat pegang satu maa."
"Ayoyo, lu tak baik tamak-tamak. Sedap maa pegang tangan amoi Melayu"
"Lu jangan pegang lama-lama Ganesan."
"Huuuuu. Manyak syok maa"
"Ganesan! Lu punya mata sulah tertutup sepaluh, stim ka?"
"Jangan kacau lah. Huuuuu. Best woo"

Blogger Ummuasiah sedang mecari suami di tengah khalayak ramai. Kacak woo laki dio. Kalau tak dijago, Ummuasiah bakal mendapat payung emas di padang Mahsyar nanti. Mak Ngah den dah semakin tamak. Tak cukup satu, dio nak 2 payung emas. Orang tamak selalu untung maa.

Ok la, den tarik balik cakap den tadi. Ado jugak muda-mudi yang join Pakatan Rakyat. Pompuan yang pakai baju kaler biru tu tadi mintak nombor fon den. Dio cakap dio kenal den. Marin sesamo belajar kek Tadika Pasti koba eh. Tapi den tak pernah pulak masuk Pasti. Misteri nih.

YB Mahfuz Omar serius menjawab soalan wartawan. Dibawah ni ado sedikit catatan den mengenai soaljawab YB Mahfuz dengan press.

"Saya masih tak berpuas hati. 5 mangkuk MP PAS yang tak hadir dalam pengundian bajet 2010 yang lalu masih tidak dihukum. Saya marah kepada mereka berlima dan juga Parti saya sendiri kerana tidak mengambil tindakkan tegas terhadap mereka. Mereka berlima telah menabur pasir ke dalam periuk nasi rakyat"
"Tapi YB Mahfuz..."
"Takdak tapi-tapi lagi dah. Yang benar tetap benar, yang mangkuk tetap mangkuk. Saya sendiri akan berjumpa Tuan Ibrahim Tuan Man sebentar lagi untuk membuat aduan mengenai pekara ini. Terima kasih harus kita berikan kepada adik Ali Baganutama kerana mengingatkan saya akan isu ini," sambil pandang muko den. Apo hal pulak dio ni jual namo den.
"Tapi YB..."
"Tapi apa lagi ni bai. Awak ni dari paper Utusan Malaysia ka?"
"Tidak. Kami dari Agensi Berita FAKAP. YB adalah salah seorang daripada 5 MP PAS yang tidak hadir tu. YB telah memangkukkan diri sendiri. Tahniah!"
"Awak salah orang ni. Saya ketika itu berada di Jakarta atas urusan peribadi dan saya telah ..."
"Sendiri nafi, sendiri mengaku. Mangkuk punya YB. Jom interview orang lain pulak. Dia tengah jobo tu. Jangan layan"

Peh. Time den tangkap gambar ni, den teringat Anwar Ibrahim maso zaman reformasi 1998. Nizar ni ada iras-iras ganti Anwar jika Anwar masuk jail balik jika didapati bersalah merogol Saiful Buhari.

Den bukan peduli sangat dengan keputusan hakim. 5-0 tu memang patut Pakatan Rakyat dapat. Macam Manchester United lawan Pompey aritu. Tigo own goal. Samo lah dengan 3 Adun Pakatan yang melompat BN. Padan muko. Menyusahkan rakyat. Lain kali pilih Super Katak bai.

Hari ni den bersyukur dapat beramah mesra dengan blogger alhusseyn dan uncle Wanjo disamping hepi dapat berjumpo balik dengan sahabat-sahabat yang berbakti semasa Prk Bagan Pinang macam blogger dugong darat, Ummuasiah dan Sya-reformis.

Den carik Wak Albanjari. Tapi tak jumpo. Habis keliling mahkamah tu den carik. Blogger lain cakap jangan cari sobab dio memang tak datang. Hampo den. Sobab Pak Ngah den sejak kawin baru ni suruh cari ubat air pancut la pulak. Kot ado Wak tadi boleh boli dengan dio. Blog dio kan kayo dengan iklan ubat air pancut. Tapi bilo den cek kek internet, Albanjari buat live coverage dekat mahkamah Putrajaya nih. Biar benar. Polik den. Sobab carik tak jumpo. Dio pakai jin ko? Tapi itulah kelebihan ahli PAS seumur hidup macam Wak Albanjari. Anda tidak dikira munafik jika menjadi ahli PAS seumur hidup. Power beb.

Aku bukan Cyberboron dengan tulisan Ilmiah dan penuh isi yang enak dan elok dibaca. Aku juga bukan macam Albanjari yang mampu kelentong korang macam dia berada di lokasi padahal duk kat Umah. Aku juga bukan macam Topeng Perak yang tulisannya naratif yang hebat pernah aku jumpa. Kalau suh provoke, 'his the best'.

Ha Ha Ha. Sabar yolah. Penipu ramai zaman sekarang ni bai. Pandai atau tidak korang rebranding penipuan korang. Dunia akhir zaman ni pepandai la nak selamatkan diri. Manusia menipu semata-mata nak mencari keuntungan diri sendiri maa.

Tuesday, January 26, 2010

Baganutama & Polis adalah sahabat. Kita PengYu

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Setelah membaca entry terbaru dari blog Aduka [link], hati den berbunga-bunga. Den dah lama ampunkan abang-abang Polis yang bagi den Tear Gas & Water Canon sepanjang zaman reformasi sampai lah perhimpunan terakhir yang den sertai iaitu perhimpunan Mansuh ISA 1 Ogos 2009 yang lalu. Itu semua den anggap sebagai gurauan abang-abang FRU dengan den. Kira macam orientasi maso zaman den masuk Sekolah Berasrama Penuh dulu. Maso orientasi kan bebudak senior pukul-pukul sayang budak-budak junior. Lepas orientasi barulah junior senior jadi adik beradik. Itu maso dulu. Den tak tahu la zaman sekarang ni.

Samo la jugak macam para peserta demonstran, diberi orientasi (bagi tear gas dengan water canon) selepas itu baru diterima sebagai rakyat Malaysia sejati. Sapo yang bolum kono tear gas dan water canon, dia bukan anak Malaysia sejati. Ha Ha Ha. Untuk berlaku adil, ada juga abang-abang Polis yang sedikit terkasar dan tidak mematuhi peraturan. Team Baganutama mendoakan ini hanyalah kes-kes terpencil. Di sini ada satu tulisan khas dari UmmuAsiah kepada isteri AdukaTaruna. Baco dan hayatilah. Mato den berkaca bila membacanya. Jom klik link ni. [Khusus untuk isteri AdukaTaruna]

*Ummuasiah adalah Puan Nashita Md Noor, Bendahari GMI dan juga dikenali ramai sebagai Aktivis masyarakat.

Wednesday, December 30, 2009

Nepotisma bakal menghancurkan tiang seri PAS?

oleh ummuasiah :

Pedih dan sedih

Hati saya sebenarnya bersalut duka dengan kisah-kisah panas terkini yang berlaku di Kelantan, sedih dan pedih...tetapi siapa lah saya...namun saya seorang rakyat Malaysia yang mahu lihat sebuah kerajaan selain dari kerajaan BN dan UMNO terus berjaya memerintah Malaysia..dan Kelantan adalah satu-satunya Negeri yang berjaya bertahan lama..di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat...semua orang sayang Tok Guru, tak kira bangsa dan agama...

Namun kini semuanya seakan menjadi dan melalui satu episod mimpi ngeri sedih dan suram apabila tiba-tiba muncul watak seram yang selama ini mungkin cuma bayang-bayang di belakang semua senario yang ada...kini mereka muncul apabila dibangkitkan oleh orang disekeliling mereka yang sudah tidak sanggup melihat keadaan menjadi parah mungkin dan terus malap dan sirna akhirnya, seterusnya memberikan kesempatan untuk pihak lawan terus melenyapkan semua ketenangan yang sedia ada.

SELCATKAN

Anak-anak dan menantu....tidak berani untuk saya mengulas di sini...takut...sebab semuanya belum terbukti. Mungkin ada baiknya di SELCATkan isu PMBK di Kelantan. sebagaimana kerajaan Selangor melakukan ke atas anak syarikat negeri Selangor, kemungkinan bukti dah ada cuma hendak mencari penjelasan dan pendedahan. Habis semua terbongkar secara rasmi di dalam sesi SELCAT, bukan untuk memburukkan seseorang tetapi untuk mencari kebenaran yang terserlah.

NIK AMALINA

Akhirnya paling menyayat hati kerana saya juga wanita, seorang anak dan seorang isteri ialah apabila puteri bongsu Tuan Guru juga bangun mewarna gelapkan situasi semasa...sedih. Untuk Nik Amalina...kami semua sayangkan ayahanda mu..kami sayangkan negeri Serambi Mekah itu...peliharalah dirimu, peliharalah nama baik keluarga mu yang terkenal seluruh dunia...tiada siapa yang boleh menyekat anda untuk menulis di dalam dunia tanpa sempadan ini.......tetapi rupanya bila lagi banyak menulis secara tidak lansung lagi banyak yang terdedah mengikut persepsi setiap pembacanya.

PERJUANGAN ISTERI-ISTERI TELADAN

Saya terkenangkan senario isteri-isteri tahanan ISA sejak dari era Reformasi dahulu termasuk perjuangan Datin Seri Wan Azizah dalam membela dan memperjuangkan hak dan nasib suami mereka...Kak Aliza isteri Saari Sungib, Kak Zumrah isteri Ustaz Badrul Amin, Kak Marina isteri Raja Petra, Kak Fatimah isteri Pak Din, Bahirah isteri Ezam Md. Noor, Farah bekas isteri Lokman, Vasantha isteri Gobala Krishnan, Kak Ros bekas isteri Ghani Haroon dan ahli keluarga Tukar Tiub dan Tian Chua dan tidak dilupakan Cikgu Laila isteri Mat Sah dan semua isteri tahanan ISA yang berjuang..ooohhh...termasuk Sles Monira isteri Nik Adli bin Nik Aziz. Walaupun 3 orang dari mereka telah menjilat ludah mereka sendiri namun kenangan berjuang bersama dalam tempoh dua tahun hingga kini sungguh amat memberi kesan di hati untuk terus bangun berjuang untuk seluruh rakyat dan negara dan bukan hanya untuk diri sendiri.

PERJUANGAN RAKYAT

Perjuangan mereka menyemarakkan semangat perjuangan rakyat...sungguh manis perjuangan itu yang membolehkan semua rakyat yang turut merasai betapa suami-suami mereka ini tidak bersalah...mungkin juga tiada kaitannya namun wajar diberi perhatian dan penghargaan, bangunlah berjuang dan membela untuk membebaskan nasib suami yang dizalimi dengan sepenuh hati dan sesuci hati tanpa gangguan dan desakan dari sesiapapun tetapi atas rasa kesedaran yang tinggi pasti akan membuahkan kejayaan sebagaimana yang dapat kita kecapi sekarang..semuanya berjuang ke arah membina sebuah kerajaan yang lebih baik untuk rakyat dan bukannya cuba meruntuhkan sebuah kerajaaan yang baik yang sedia ada.

Membaca tulisan yang akhirnya diluahkan juga oleh Husam Musa walau mungkin telah lama dipendam menambahkan lagi resah di dada dan duka lara yang ada...walaupun ianya bukan secara khusus beliau tulis merujuk kepada apa yang berlaku di Kelantan..tetapi kita semua boleh membuat persepsi sendiri...

KERAJAAN DAN RAKYAT

Tajuk asal di blog beliau ialah Malaysia dan diri namun di dalam laporan Malaysiakini ditulis tajuk yang lebih sedikit sensasi dan direct Utamakan Keluarga Atau Kerajaan?

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentigan (stake holder) yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Ahhh...kita terus menerus menanti pengakhiran kepada episod drama yang sungguh tidak ingin kita lihat untuk terjadi 'in the first place'.

Moga mimpi ngeri ini segera berakhir..dan anak menantu jangan lagi menambah luka-luka yang sedia ada dan bernanah ini.

TUAN GURU NIK AZIZ DAN ALLAHYARHAM USTAZ FADZIL NOOR

Tuan Guru Nik Aziz adalah milik umat dan bukan hanya milik keluarga sebagaimana juga Kelantan juga adalah milik seluruh rakyat Malaysia..bilamana ianya sedang merasai sakit seluruh pelusuk rakyat yang cintakan sebuah kerajaan rakyat merasai derita dan sakitnya...peliharalah ia dengan sebaiknya..

Secara tiba-tiba juga saya teringatkan tentang Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan anaknya Muna Izzah...saya teringatkan akan satu rencana yang pernah ditulisnya. Anak-anak yang diharapkan terus menerus menjaga dan memelihara nama baik keluarga yang terhormat.

Dan kepada Baba biar bertahun lagi hidup kami di dunia ini ,dirimu tidak pernah kami lupakan dan setiap detik baba ada dalam jiwa kami dan pasti kami berdo'a kita dapat berkumpul bersama seperti dahulu untuk berjumpa Allah di akhirat sana. AL Fatihah. baca di sini

*Penulis boleh dilawati diblog ummuasiah2001.blogspot.com

Monday, November 9, 2009

Seminar Memperkasakan Parti: Persepsi-Informasi-Resolusi dan tribute buat TGNA

Persepsi, informasi, primitif...3 perkataan yang menarik disebut-sebut semalam terutamanya oleh Prof Abu Hassan Hasbullah.

Setelah menghadiri seharian seminar semalam dan pulang sedikit lebih awal dari masa yang sepatutnya Presiden PAS membentangkan resolusi...bagi saya resolusi itu penting, tapi biarlah saya boleh mencari maklumatnya di dalam internet, yang paling penting selepas ini ialah untuk melihat usaha dan perubahan ke arah mencapai matlamat yang diidamkan melalui resolusi-resolusi yang terbentuk.

Bak kata Prof Aziz Bari, beliau sayang pada PAS, sebuah parti yang terbesar, sebuah parti yang diletakkan harapan oleh rakyat untuk menjamin perubahan kepada hidup rakyat, setelah mereka semua benci dan jijik pada UMNO.

Maka hasil dari benci dan jijiknya rakyat kepada UMNO dan BN maka pada PRU12, rakyat membuktikannya dengan tidak memilih BN dan UMNO. Maka Pakatan Rakyat terbentuk. Ketika itu rakyat memilih sesiapa sahaja asalkan bukan UMNO, jelas terbukti...itulah sebabnya hatta Badrul Hisham ADUN Pelabuhan Kelang pun menang!!.

Menurut Prof Aziz, kemenangan sebegitu tidak akan kekal lama, PRU12, keadaan tidak dapat dielakkan...tetapi dalam menghadapi PRU13, jika tidak ada persiapan, tidak ada calon yang baik, maka situasi yang sama seperti Mac 2008 mungkin tidak akan berulang..dan Prof juga mengatakan bahawa PAS berdosa pada rakyat jika gagal...ya Prof mengulang lagi tentang perlunya PAS meletakkan orang yang sesuai di 'driving seat'...seperti dalam temuramahnya di Malaysiakini.

Rakyat peduli akan PAS, kerana rakyat meletakkan harapan kepada PAS sebagai sebuah Parti yang besar dan berlandaskan Islam yang tujuannya memberi kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira agama dan kaum, ini juga lah yang disebutkan oleh Pengerusi Kelab Penyokong PAS dari kaum Cina...juga kaum India yang mengakui bahawa hingga kini sudah ada hampir 20,000 orang India yang menjadi Ahli Kelab Penyokong PAS....begitu sekali harapan rakyat kepada PAS sejak PRU12 hingga lah saat bersemarak isu 'Kerajaan Perpaduan'...dan teguran dari Prof Aziz Bari dan kemudiannya disusuli dengan tulisan Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat.

Maka terjadilah apa yang terjadi semalam 'Seminar Memperkasakan Parti' 7 hb November di Taman Melewar. Berbagai aksi dan persoalan yang dipaparkan, ramai yang emosional melebihi sifat rasional, membukakan diri mereka untuk dinilai tentang apa yang ada dalam fikiran mereka...apakah ini persepsi???

Saya tidak mahu mengulas atau menceritakan di sini apa yang disoal, apa yang disebut dan apa yang dituduh semalam ketika sesi soal jawab kerana mereka yang bangun memegang mikrofon semalam bukan calang-calang orang dalam parti....anda bacalah sendiri di sini dan fikirlah sendiri...apakah harapan rakyat yang ada pada mereka ini...kalau tidak boleh ditegur....

Namun Prof Abu Hassan yang juga pembentang pada hari itu yang membentangkan tentang statistik bijak menegur mereka yang seolah membantai balik sipembentang yang dijemput datang menyampaikan buah fikirannya.

Beliau menegur sikap mereka-mereka ini sebagai orang yang hadir dengan sikap 'pra persepsi yang dibentuk sejak datang dari rumah, kemudiannya memarahi pembentang. Beliau juga membuat kenyataan yang berbunyi begini: " mula-mula wujudnya persepsi, kemudian bila ditulis oleh Prof Aziz, maka terjadilah informasi, persepsi tidak boleh dianggap sebagai fitnah, informasi dibentuk, siapa dulu yang membentuk informasi, maka beliau berjaya menarik perhatian dan mendapat reputasi'.

Maka pengajaran untuk semua khususnya untuk PAS, cepat-cepatlah membentuk informasi, mengeluarkan kenyataan dan laporan, jangan biarkan persepsi-persepsi sahaja yang berlegar di kalangan rakyat khususnya ahli Parti sendiri, isu perpaduan dengan UMNO atau Unity Government adalah sangat sensitif dan dibenci oleh ramai orang yang memang merasa benci dengan UMNO dengan sifat mereka yang zalim dan mementingkan diri sendiri terutamanya pemimpin mereka dan UMNO pula jijik dengan PAS.

Bak kata Prof Aziz, "dah tahu UMNO jijik dengan PAS, yang pergi dekat buat apa?"...

Apa-apa pun saya sedih dan sayu melihat kelibat Tuan Guru yang kita semua sayangi dalam keadaan begini, pada mulanya saya senang hati melihat kelibat Tok Guru diatas pentas, apatah lagi dengan rumours yang mengatakan beliau tenat di IJN, jadi saya yakin beliau sihat...namun sebaik TUan Guru Haji Hadi selesai menyampaikan ucapan, kelihatan dari skrin TV Tuan Guru Nik Aziz bangun dan terpaksa dipapah berjalan meninggalkan dewan, saya juga bergegas berlari keluar sama seperti sekumpulan wartawan yang lain.

Semua wartawan tidak dibenarkan mendekati Tok Guru..Tok Guru tenang sahaja, tanpa bercakap sepatah pun pada wartawan...sedih sayu....melihat Tok Guru dibawa pergi menaiki kenderaan lalu meninggalkan tapak tempat SEMINAR MEMPERKASAKAN PARTI diadakan...

Apakah yang ada dalam pemikiran Tok Guru...apakah terlalu berat untuk Tok Guru menghadapinya...entahla...

Namun saya yakin ada hikmahnya untuk Tok Guru tidak bersama...kerana ada ahli yang bangun dan meneybut bahawa Tok Guru tidak ada adab kerana menulis di dalam blognya seperti apa yang dia tulis....sedih.......


Berehatlah dahulu wahai Tuan Guru yang kami sayangi.....

Saya kongsikan do'a yang dicatatkan oleh teman FB saya bila saya muat naik gambar Tok Guru di FB....

N Fazlina Rosley
Ya Allah, moga Kau panjangkanlah umur Tok Guru kesayangan kami, kurniakanlah kesihatan yang bagus-bagus ke atas beliau, janganlah Dikau kurangkan barang sedikit pun kekuatan mental & fizikal beliau, dan permudahkanlah Dikau ke atas segala urusan beliau Ya Allah..... aaaaaaaaaaaamiiiin.

Saturday, October 17, 2009

Resepi Kemenangan ISA SAMAD

Sebelum ini banyak telah diperkatakan tentang sifat semulajadi peramah dan mesra ISA Samad kepada penduduk Bagan Pinang dan Teluk Kemang adalah penyebab beliau disenangi oleh pengundi di sana dan seterusnya menjamin kemenangan BN di Bagan Pinang...ditambah pula dengan taburan kemewahan serta merta kerana anak emasnya Bagan Pinang kepada Kerajaan Pusat....

Di bawah di ambil sedikit sedutan dari laporan yang panjang dari Malaysiakini...

Moga pimpinan Pakatan Rakyat dapat mengambil pengajaran dalam meletakkan calon bagi pilihanraya yang akan datang....ISA Samad pasti akan bekerja keras untuk merampas Parlimen Telok Kemang seperti kata-katanya dan mengekalkan kemenangan di DUN Bagan Pinang...

Jadi sekiranya PAS Negeri Sembilan khususnya ingin melihat satu lagi gelombang hijau di negeri mereka perlulah bekerja keras dari sekarang dan memperbaiki mana-mana ruang yang lemah dan longgar....

Begitu juga PKR demi mengekalkan kemenangan di Telok Kemang...yang penting demi menyelamatkan rakyat dan Hak Rakyat!!.

Isa dedah resipi kemenangan(Malaysiakini)

Beliau mengakui bahawa kemenangan itu juga kerana beliau seorang pemimpin setempat dan "saya ada ramai kawan dan saudara-mara (di situ)".

Selepas ini, tambahnya, tumpuannya untuk menolong merampas semula kerusi parlimen Teluk Kemang yang dimenangi PKR tahun lalu.

Selain itu, katanya lagi, beliau akan memberi tumpuan untuk memberikan perkhidmatan di Bagan Pinang.

"Saya tidak fikir jawatan. Jawatan tidak ada apa bagi saya sebab semua (saya) sudah rasa. Saya sudah pernah jadi exco, saya dah pernah jadi MB, sekarang fokus saya adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Bagan Pinang, Teluk Kemang dan membantu negara," jelasnya.

Beliau menjelaskan telah memulakan kerja-kerja untuk merampas kembalik kerusi parlimen Teluk Kemang, bahagian Umno yang diketuainya.

"Ya itu adalah sasaran kita, kita sudah mulakan kerja-kerja... Semalam saya sudah jumpa semua pemimpin parti komponen Bagan Pinang untuk bincang soal pembangunan.

"Sehari sebelum semalam, saya dah jumpa pemimpin-pemimpin Umno. Saya dah mula dah dan saya dah dapat satu senarai dan kita akan mula melaksanakan (kerja-kerja tersebut)," katanya.

Sunday, October 11, 2009

"Tuhan, Allah yang memberi kemenangan"



Aksi ini amat menarik perhatian kami dan amat menyentuh hati hingga air mata terasa hendak mengalir keluar. Sambil menyelusuri jalan sepanjang jalan ke Teluk Kemang, dari jauh terlihat aksi yang menarik perhatian ini.

Menarik kerana kelibat seorang wanita Cina memegang payung PAS sedang menarik perhatian laulintas...memilih PAS!!!

Kami berpatah balik dan mengambil gambarnya....sebaik saya mendekati dirinya wajahnya kelihatan amat 'familiar'...ya tak silap lagi, saya menegurnya...Auntie...yang buat mogok lapar bersama kami dulu bukan?"

Jawabnya..."ya saya selalu buat mogok lapar sana sini"....ya...dialah yang bersama Raja Petra dan lain-lain di tahun 2002 mengadakan mogok lapar bersama GMI untuk kempen bebaskan tahanan ISA reformasi ketika itu.

Seronoknya dapat berjumpa dia...lagi best dia kata saya nampak muda saja dan bertanya berapa orang anak saya ada...namun sambil bersembang pun dia tetap juga dengan aksinya terus menaikkan tanda 'good' ke arah lalulintas. Kelibat dan aksinya memang menarik perhatian ramai.

Katanya dia sudah berada dan berdiri di situ hampir 4 jam...ada yang berhenti singgah dan memberi minuman dan makanan kepadanya. Umurnya sudahpun 67 tahun.

Kata-katanya menyentuh hati kami..."Tuhan Allah juga yang akan beri kemenangan pada kita walau BN beri macam2 baranagan pada pengundi"

Sanggupkah kita beraksi seperti dia????

Saturday, October 10, 2009

Tuan Guru Nik Aziz-Tolak Calon Rasuah -Elak dapat BALA

Bagan Pinang 8 Oktober 2009

Ekspo Kenali Kelantan telah dijalankan di DUN Bagan Pinang bertempat di perkarangan rumah Pak Din seorang penduduk tempatan. Satu ceramah penerangan tentang pembangunan Negeri Kelantan turut diadakan di tapak ekspo tersebut. Penganjur program dan Pengerusi Majlis telah memaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat permohonan secara resmi kepada Kerajaan Negeri Sembilan untuk mendapatkan tapak bagi membolehkan ekpo ini dijalankan dengan sebaiknya demi untuk memperkenalkan Kelantan kepada penduduk tempatan.

Tetapi sayangnya Kerajaan Negeri Sembilan telah tidak menyediakan tapak untuk program ini maka pihak penganjur terpaksa mencari sendiri tapak persendirian yang kemudiannya diinfaqkan oleh Pak Din sebagai tuan rumah. Maka dapatlah beberapa kemah didirikan untuk memperkenalkan tentang syarikat-syarikat penting yang terdapat di Kelantan bersama produk-produk mereka.

Pengerusi Majlis juga telah memaklumkan bahawa di Kelantan mereka telah menerima permohonan TV9 melalui rancangan SUA RASA mereka untuk mengadakan ekspo di Kota Bharu. Kerajaan Kelantan tidak ada masalah untuk membenarkan namun meletakkan syarat agar tiada hiburan yang melalaikan. Ekspo tersebut berjaya menggamit kedatangan pengunjung yang ramai iaitu hingga 400 ribu lebih pengunjung berbanding dengan ekspo tersebut yang diadakan di negeri yang lain.

Saudara Lee Ban Chen turut diperkenalkan sebagai wakil Blogger Malaysia yang datang bersama menyerikan majlis dan mendengar ceramah bersama orang ramai dari awal hingga akhir. Beliau adalah penulis di Malaysiakini.


Seperti biasa majlis ceramah Pakatan Rakyat mendapat sambutan ramai lebih-lebih lagi bila dari awal ada tokoh besar yang akan hadir seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, kaum wanita dengan anak kecil tidak ketinggalan walaupun mungkin sudah kepenatan dengan aktiviti merayu undi di siang harinya.
YB Siti Zailah turut berada di barisan hadapan, bukan sahaja khusyuk mendengar malahan turut sama membuat catatan, mengutip dan menimba ilmu untuk dikongsi bersama...teruskan usaha dan khidmat.

Tetamu jemputan pada malam tersebut ialah saudara Dinsman yang mendeklamasikan 2 sajak yang bersahaja dan mengena. Satu sajaknya ialh berkaitan pembangunan di Kelantan di mana di awal kerajaan PAS mengambil alih, BN memberikan masa hanya beberapa bulan untuk kerajaan PAS bertahan, namun hingga kini, pembangunan terlaksana di Kelantan, dan Kerajaan ini masih bertahan selepas 18 tahun dan semakin kukuh.

Bak kata Tok Guru tidak ada sebab mengapa orang Kelantan harus mengundi UMNO dan BN!!! Menurut Tok Guru sebelum PRU12 BN ada 22 kerusi DUN, PAS ada 23, jumlah 45. Sekarang BN hanya punya 6 kerusi DUN sahaja.

Sajak kedua beliau ialah tentang undi POS...menarik persoalannya...UNDI POS ITU NAK DIPOS KE MANA???

Pangkah di sini, masukkan dalam kotak undi di sini
Habis di sini, Orang mengira undi pun di sini
Menentukan siapa menang siapa kalah, pun di sini
Nak poskan ke mana lagi???

Panjang lagi...boleh dibaca di keluaran Harakah 9-11 Okt 09.

Tok Guru pula seperti biasa memberikan ceramah yang lebih merupakan sebuah tazkirah seorang ayah kepada anaknya...seorang ayah yang sayangkan anaknya, seorang ayah yang tidak mahu anaknya gagal di dalam peperiksaan yang sebenarnya di akhirat kelak, yang akhirnya akan dihukum oleh Allah S.W.T.

Tok Guru memulakan ceramahnya dengan berkongsi pantun yang dibacakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di ceramah sebelumnya:

"Undi Bulan dapat pahala" (Tok Guru kata ini kata-katanya di tahun 1984 dahulu)
Ini Tok Guru yang tambah pula...."Undi Barisan dapat bala" sebab rasuah, sebab ambil calon rasuah...perkara yang diharamkan oleh agama!!!

Tok Guru menyentuh tentang kewujudan manusia-manusia ganas dan lasak sejak dari dahulu lagi, tak ketinggalan di Kelantan. Namun dengan adanya Tok-tok Guru yang senantiasa memberi peringatan dan pengajian menggunakan hukum-hukum agama maka manusia ganas di Kelantan lama kelamaan telah hilang..

Namun menurut Tok Guru malangnya dengan sifat khianatnya UMNO kepada agama maka ramai Tok-Tok Guru di Kelantan telah dikenakan ISA. Tok Guru menyebut beberapa nama seperti nama Hj Hassan, Hj Umar, Hj Daud dan lain-lain yang telah menjadi mangsa ISA. Saya telah beberapa kali mendengar tentang hal ini daripada mulut Tuan Guru di ceramahnya...maka saya berani membuat kesimpulan bahawa Tuan Guru amat terkesan dengan kewujudan ISA yang zalim yang menahan rakyatnya tanpa dibicarakan dan dizalimi hanya kerana mereka mahu rakyat menjadi baik dan aman dengan ajaran Islam. Namun UMNO dan BN menggunakan alasan keselamatan negara sebagai sebab menahan rakyatnya tanpa dibicarakan.

Tok Guru juga dengan bersahaja memberi contoh tentang calon untuk dibuat menantu...sudah tentu kita memilih calon yang baik dan tidak memilih calon yang perasuah dan dihukum...kalau dihukum takkan nak dibua menantu..inikan pula untuk dibuat calon di dalam Pilihanraya memerintah rakyat.

Tok Guru juga menggesa pengundi untuk mengundi PAS dan menolak calon rasuah...dan pesanan kepada tentera supaya berani mengundi PAS.." Askar berani lawan peluru, jadi takut apa nak pilih bulan".

Saya memetik kata-kata Tok Guru seperti yang diterbitkan di Harakah Bil 1478 " Sebagaimana kita gunakan jari untuk memangkah, hanya satu picu ketika melepaskan satu das tembakan kepada seorang musuh, maka gunakan satu undi yang ada pada setiap orang dari tuan-tuan untuk diberikan kepada parti bulan."

"dengan satu undi para pengundi boleh berkata dengan tegas di akhirat nanti bahawa " Ya Allah aku sewaktu di Bagan Pinang dahulu telah mengundi sebuah gerakan Islam untuk mendaulatkan Islam..oleh itu undilah PAS undilah Islam dan Pakatan Rakyat demi kebahagiaan di akhirat."

Kumpulan kesenian Kelantan yang menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat...saya perhatikan ramai yang sering tidak mahu ketinggalan untuk bersalam dan mencium tangan Tok Guru tanda hormat dan kasih sayang.....

Tuesday, October 6, 2009

Takutlah pada do'a orang Mukmin dan dizalimi

Gambar di atas dirakamkan ketika kami melawat rumah penduduk estet di Ladang Bradwall. Menarik bukan...

Kata-kata yang merupakan do'a yang tercatat di poster yang dilekatkan di bendera tersebut berbunyi:

"Ya Allah, kami diserang, dihimpit dari segenap penjuru dalam menegakkan agamaMu."

"Ya Allah, sesungguhnya kami tidak berdaya, maka padaMu kami berserah untuk membantu kami menegakkan agamaMu"

Penambahan dari saya dan kita semua yang bencikan pemimpin dan kerajaan yang dipimpin oleh orang yang zalim...

"Ya Allah, Kau tumbangkanlah kerajaan yang zalim ini...Kau terbalikkanlah mereka..."


Yakinilah do'a-do'a orang yang dizalimi pasti akan dimakbulkan......

Ishhh...issshh...siapalah punya kerja dan angkara memasang bendera dua dua ni terbalik....mimpi ka apa masa pasang ni...atau memang dah diterbalikkan penglihatannya....

1 Malaysia pun turut sama nak terbalik....tak larat nak kendong masalah buatan pemimpin yang merekaciptanya sendiri...

Insaflah wahai semua manusia...khususnya mereka yang menyokong pemimpin yang melakukan kemungkaran dan kezaliman...

Nasib Penduduk Estet Pekerja Ladang Harus dibela-Ladang Bradwall

Kehadiran kami ke Bagan Pinang semalam yang tanpa dirancang akhirnya membuahkan satu pengalaman yang amat berkesan di hati.

Sebelum ini saya telah menulis satu laporan mengenai masalah orang India yang bukan saja khusus untuk penduduk Bagan Pinang malahan untuk semua tempat di Malaysia. Kaum India kebanyakannya tergolong dalam golongan yang miskin, tinggal di estet-estet dan bekerja di estet. Kemudahan untuk mereka sering terabai.

Saya menyimpan niat untuk mendapat peluang masuk ke dalam estet dan menziarahi keluarga dari kaum India. Semalam kami berpeluang menimba pengalaman tersebut. Perjalanan hingga masuk ke dalam estet menemukan kami dengan petugas PAS dari Selangor yang sedang menyediakan tapak khemah dan memasang banner.

Terserempak juga dengan Adik Aliff ini yang baru 4 bulan memeluk Islam, datang dibawah PAS , Parlimen Kota Raja. Bersemangat menolong, Adik Aliff sedang belajar di Pusat Tahfiz..

Bergambar berlatarbelakangkan Banner Undilah PAS BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT "UNDI ANDA ADALAH RAHSIA"...mungkin untuk membuang rasa takut di dalam diri pengundi, untuk mengundi dan memangkah selain dari calon dari parti pemerintah. Takut bantuan dan kemudahan untuk mereka lagi dikurangkan atau diberhentikan lantaran desakan hidup yang susah.

Kami memasuki ke kawasan perumahan di dalam estet ini dan berjalan dari rumah ke rumah. Rumah batu berkembar dua...kecil jika dibandingkan untuk keluarga yang ramai. Kami bertemu dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk yang mesra menerima kedatangan kami. Lelaki di atas kurang upaya tetapi gigih mencari rezeki, kerana gaji sebagai pekerja estet amat rendah dan tidak mencukupi. Maka selain dari bekerja di estet beliau juga berusaha berniaga kecil-kecilan, menjual kayu wangian di mana-mana yang terdaya.

MUHIBBAH..

Kami juga berjumpa dengan beberapa buah keluarga Melayu yang tinggal di kawasan estet ini, sebuah keluarga begitu muda lagi, seorang ibu muda berumur 24 tahun, beliau surirumah dan suaminya bekerja di estet. Beliau juga menceritakan yang suaminya terpksa melakukan kerja sampingan untuk mencari wang tambahan. Ibunya seorang ibu tunggal turut mendiami rumah di sebelahnya juga bekerja di estet, ladang getah.

Saya bertanyakan juga kepada mereka bagaimana dan di mana mereka membeli barangan untuk memasak dan barangan keperluan lain, kerana tempat kediaman mereka memang terlalu jauh masuk ke dalam dan tiada jalan besar dan kemudahan asas yang lain. Untuk ibu muda ini, jawabnya "hutang di kedai bawah tu"....ada sebuah kedai di dalam estet tersebut. Sebuah keluarga lagi pula mengatakan bahawa beliau lebih sanggup untuk keluar beli di pekan kerana harga barangan di kedai dalam estet terlalu mahal.

Begitulah kepayahan hidup mereka seolah 'sudah jatuh ditimpa tangga'..sudahlah mendapat gaji yang rendah ditambah pula dengan harga barangan yang mahal dan jauh dari pekan maupun bandar.

Gambar di atas menunjukkan YB Ravi sedang mendukung seorang anak kecil yang mengalami jantung berlubang dan diperiksa oleh seorang Doktor dari Pakatan Rakyat dan bukannya dari Hospital Kerajaan. Adik ini berumur 7 tahun tetapi badannya amat kecil untuk usianya..beliau begitu gembira dan selepas itu berjalan berpegangan tangan dengan anak saya Asiah yang berumur 8 tahun yang jauh lebih besar darinya....sungguh Muhibbah.

Fokus di gambar ini ialah lampu jalan di jalan di hadapan rumah-rumah estet ini. Memanglah bila tiba musim pilihanraya maka banyak lah agensi yang terpaksa bekerja lebih. Menurut ibu muda melayu yang saya temui, katanya baru sekarang anak-anaknya dapat bermain gembira di luar di waktu malam. Sebelum ini semuanya gelap gelita....kerana lampu jalan baru dipasang dua atau tiga hari lepas, setelah sekian lama!!!!

Jadi adakah anda masih tidak percaya bahawa pimpinan BN tidak mementingkan hak rakyat...masih mahu percaya slogan 1 MALAYSIA????...RAKYAT DIDAHULUKAN????


Gembira dapat memegang bendera PAS dan bermain bersama....inilah dunia mereka...moga nasib mereka lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan.

Seorang pemuda menegur saya, "nanti bila menang jangan lupa beri bantuan kepada orang tua di sini"...saya hanya dapat katakan dan beri contoh tentang apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Negeri Selangor seperti yang disebut di bawah tanpa mengira bangsa dan agama.

Skim Mesra Usia Emas yang dilancarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berkuatkuasa 1 Oktober 2008 merupakan salah satu daripada Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Program ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas yang telah banyak memberikan khidmat dan jasa kepada masyarakat dan negeri.

Baca lagi di sini.

Maka usah takut dan gentar untuk membuat perubahan...beri undi anda kepada calon PAS....

Monday, October 5, 2009

TOLAK CALON RASUAH-TOLAK ISA

Bila ada Pilihanraya , PRK atau PRU maka siri ceramah menjadi ruang untuk Pakatan Rakyat mendedahkan segala kepincangan dan salah laku pimpinan UMNO dan BN secara terbuka. Di setiap ceramah pasti ramai yang akan datang, apatah lagi jika mengemukakan penceramah yang hebat.

Semalam 4 Okt, DS Nizar telah menyampaikan ceramahnya di Markaz PAS di Batu 61/2 Telok Kemang.Ucapan berapinya mendesak semua pengundi menolak ISA SAMAD. Calon yang paling tidak patut dan tidak layak diberi sebarang undi. Sudah hangat diperkatakan bahawa dialah orang yang paling teruk mengamalkan dan menerima rasuah.

DS Nizar mengingatkan janji-janji Najib ketika mula-mula mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri. Sama seperti janji-janji Tun Abdullah Badawi suatu ketika dulu, untuk menjamin sebuah pemerintahan yang bersih dan bebas dari rasuah.

Namun dengan pemilihan ISA Samad sebagai calon di Bagan Pinang jelas menunjukkan bahawa ianya adalah hanya sebuah janii-janji kosong. Dengan tunduknya Najib kepada desakan UMNO Bahagian Telok Kemang dan desakan Muhyiddin Yassin maka lengkaplah lagi sebuah konspirasi jahat yang bakal merosakkan rakyat khususnya rakyat di Bagan Pinang.

DS Nizar mendesak dengan sepenuh hati dengan ucapan yang berapi-api agar semua menolak manusia yang jahat dan terlibat dengan rasuah yang jelas diharamkan oleh agama.

Rasuah hanya mengayakan dan menguntungkan si penerima rasuah semata, hasilnya rakyat yang menderita kerana tidak mendapat hasil yang sewajarnya dan segala kemudahan yang sepatutnya lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan projek pembangunan setempat.

Isa Samad sendiri telah mengaku bahawa dirinya telahpun menerima hukuman dari salah lakunya ketika pemilihan UMNO yang lepas,(petikan dari Malaysiakini) namun kita harus jelas bahawa hukuman tersebut hanyalah di bawah bidang kuasa pimpinan UMNO dan tidak ada kena mengena dengan seluruh rakyat Malaysia kerana ianya bukannya diadili oleh sebuah Institusi Kehakiman yang sah dan adil. Malahan SPRM juga tidak mengambil apa-apa tindakan.

Oh...saya juga merasa amat sakit hati membaca satu lagi laporan terkini dari Malysiakini, mudah sahaja untuk Perdana Menteri 1 Malaysia menyatakan bahawa "Isa's offence a technical matter". Kenyataan ini secara lansung menunjukkan PM mengaku bahawa ISA SAMAD telah melakukan kesalahan.

Mudah benar untuk Najib mengeluarkan kenyataan seperti di bawah untuk menyokong lagi kemungkaran dan kezaliman.

...persoalannya samada beliau (ISA) layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita hatta penjenayah berhak mendapat peluang kedua dan boleh bertanding bila sudah menjalani hukuman. Kesalahan beliau adalah kesalahan teknikal....beliau hanya bertanding untuk kerusi dewan undangan negeri dan bukannya menteri atau kerusi menteri besar...

Apa maknanya kenyataan Najib seperti di atas...adakah ianya sama dengan nasib yang menimpa kepada rakyat biasa yang lain???

Malang sungguh nasib kita rakyat Malaysia dari golongan yang dikategorikan sebagai pembangkang. Lihat contoh yang menimpa ke atas Mendiang Teoh Beng Hock, beliau telah menerima nasib yang amat malang dan menyedihkan, sehingga mati dibunuh....bukti yang jelas bahawa beliau dibunuh.

Rakyat Malaysia yang prihatin merasakan amat dukacita dan tersentuh dengan peristiwa ini lebih-lebih lagi melihat gambar mangsa yang dijumpai sedemikian rupa. Kita juga rasa amat marah dengan dakwaan pimpinan negara dan SPRM yang menuduh bahawa Teoh Beng Hock telah membunuh diri. Satu tuduhan yang amat tidak berasas sama sekali.

DS Nizar menceritakan pengalamannya ketika menjadi seorang Jurutera dan melihat sendiri contoh di depan mata bagaimana keadaan seseorang yang mati membunuh diri dengan terjun dari bangunan setinggi tingkat 7 sahaja. Keadaan mata mangsa yang tersembul keluar, kepala pecah dan darah yang bersepah mercik ke merata tempat. Baru dari ketinggian tingkat 7.

Maka jelaslah sudah, kita dan anda rakyat Malaysia khususnya anda di DUN Bagan Pinang haruslah menolak calon yang jelas dan sudah terbukti terlibat dan mengamalkan rasuah. Walaupun beliau mengatakan bahawa beliau insaf dan sudah dihukum, namun beliau masih berdosa kepada bukan sahaja penduduk Bagan Pinang atau Port Dickson, malahan keseluruhan penduduk Negeri Sembilan kerana beliau telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama lebih dari 20 tahun...kita dan anda tidak perlu lagi menimbang untuk memberi peluang kepada beliau memegang tampok kepimpinan lagi.

Ustaz Ghani Shamsudin, AJK PAS Pusat turut berceramah semalam sebelum memberi ruang kepada calon yang turut hadir di tempat ceramah.

Saudara Zulkefly Mohd Omar menyampaikan ucapan ringkas menceritakan pengalaman beliau bertemu penduduk setempat terutama sekali dari golongan peniaga yang merasakan diri mereka teraniaya oleh BN.

Mereka tidak menjakankan perniagaan seperti biasa apabila tapak perniagaan mereka diambil oleh kumpulan BN yang membina khemah di kawasan mereka berniaga. Jumlah wang yang diberi sebagai gantirugi adalah langsung tidak mencukupi.

Akhir sekali sudah jelas sekiranya kita berfikir dengan waras dan mengikut ajaran agama mana sekalipun sudah tentu kita tidak akan memilih calon yang tidak memikirkan hak rakyat, mengamalkan rasuah, bersatu di bawah Parti dan pimpinan yang menjunjung akta-akta yang zalim seperti ISA, OSA, AUKU dan lain-lain lagi.

Motto 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN HANYA LEMBUT DI BIBIR DAN INDAH DIPANDANG DI BANNER YANG BESAR TERPAMPANG SAHAJA padahal tidak membawa sebarang makna kepada rakyat di Malaysia.

TOLAK CALON RASUAH, TOLAK ISA!!!!