Showing posts with label ariffahmi. Show all posts
Showing posts with label ariffahmi. Show all posts

Wednesday, May 5, 2010

Kickdefella

oleh ali :

Bhai,

Nape ko tak prnh ulas isu kickdefella? Cite la bro bab rm4 juta dan GMC. Takkan kemut bro - Nik Abduh

Saudara Nik Abduh,

Pertamonyo namo den bukan lobai. Den ali la mangkuk. Ekau ni anak TG Nik Aziz yang membazir beribu hengget semato-mato boli nombor plat 'PAS 17' tu ko? Sukati la. Den taknak campur urusan ekau jiko ekau boli dengan duit sendiri. Cumo membazir tu kan amalan setan. Apo bapak kau tak ponah ajar pasal membazir ko? Ko ekau ni jobo tak mendongar kato? Ekau sodokah duit tu kek bebudak Unit Amal yang bolum nikah suruh diaorang nikah lagi bagus.

Jasa-jasa Kick

Ha Ha Ha. Ok la. Pasal Kickdefella ni, terus torang den kenal dio melalui blog dio. Tak ponah jumpo, apotah laie bercakap dalam telefon. Den folo blog dio sojak tahun 2007 sampai sekarang. Den hormat dan respek dio. Malah den nak mencadangkan kepado kerajaan Kelantan supaya mencadangkan kepada Baginda Sultan Kelantan mengurniakan Darjah kebesaran seperti pangkat Dato' atau Tan Sri kepado dio. Kalau saudara Nik Abduh folo blog dio sojak tahun 2007, secara jujurnya kito akan bersependapat bahawo Kickdefella berusaha keras menjahanamkan UMNO dengan menyerang bertubi-tubi Pak Lah. Maso tahun 2007 tu, blog Kick cakap omputih. Kono pakai kamus bai kalau nak paham. Nik Abduh, ekau boleh cakap omputih tak?

Ketika itu Kick telah berjaya mengumpulkan ramai bloggers bersatu dibawah payung menyerang Pak Lah. Dan kebanyakkan bloggers yang dikumpulkan tu pula adalah dari UMNO seperti Zahrain Sang Kelambai, Dato' Ron, Kadir Jasin dan ramai lagi. Yang lobih polik, Kickdefella sendiri ahli UMNO. Ha Ha Ha. Bloggers UMNO ketika itu melabelkan Kick sebagai budak Husam. Budak Husam? Yang tu den setuju. Dalam blog Kick, Kick membayangkan bahawa dio dan Husam bagaikan isi dan kuku.

Anti hipokrit

Saudara Nik Abduh, kalau nak dibandingkan antara jasa-jasa Kick dengan apo yang terjadi semenjak duo menjak, berat lagi jaso-jaso Kick kepado Pakatan Rakyat dalam menghancurkan gomen Pak Lah. Satu yang den belajar dengan Kick ialah hidup jangan hipokrit. Blogger Pemburu Syahid pernah siarkan gambar Kick dengan pompuan sebagai counter kerana Kick menyiarkan gambar Ariffahmi menantu TG Nik Aziz dengan seorang amoi. Ketawo den dengan kebodohan blogger Pemburu Syahid. Kick siarkan gambar Ariffahmi dengan amoi tu kerana sikap hipokrit si Arip tu. Ariffahmi di Malaysia menolak bergambar dengan mano-mano betino. Tibo kek China, dio pulak terhegeh-hegeh nak bergambar dengan amoi. Mangkuk tu bersikap hipokrit. Kickdefella tidak hipokrit. Memang dio sebelum ni selalu tangkap gambar dengan betino. Bingailah adik ipar ekau ni Nik Abduh. Blogger Pemburu Syahid pula telah syahid dalam dunio blogging semenjak dari itu. Namo blog anti hipokrit (anti munafik) tapi menyokong kemunafikkan Ariffahmi. Agak eh itu la sobab ekau copek syahid dalam dunio blog.

Aduka sebagai teladan

Dalam hidup ni Nik Abduh, ado ketiko kito kek atas. Ado ketiko kito kek bawah. Manusio ni tak sempurno. Macam tu lah jugak dengan Kick ni. Walauapopun den akan cubo sedayo upayo menilai seseorang itu dengan adil. Kick bukan setahun duo hidup atas bumi ni. Jangan disebabkan kesalahan dio yang sedikit ini kito menilai dio sebagai penjenayah. Samo macam gak Aduka, kesalahan dio terkasar dengan rajo dan kesilapan dio dalam menilai isteri dan sahabat nabi menjadikan kito melabelkan dio itu dan ini. Sedangkan jasa-jasa dio dalam menyerang UMNO sejak dio mulo berblog kito lupokan begitu sahaja. Nak diikutkan, jasa Aduka dalam melawan UMNO sangat bosa berbanding dengan Herman Samsudin dalam alam internet. Si Herman ni pulak hanya tahu nak memalukan Aduka semaso dio tersopit sedangkan Herman tahu Aduka ni kaki lawan UMNO. Mangkuk tak si Herman tu? Herman ni lah bersungguh-sungguh nak gambar Aduka sampai mintak kek fb den. Apo sobab dio mintak kalau hanya berniat mahu memalukan Aduka. Tak dapek gambar sebona Aduka, amik gambar tah sesapo dan claim dio sebagai Aduka. Kau ni memang hampeh la Herman. Satu yang den puji pasal si Herman ni ialah sikap dio yang tak ponah putus asa nak memalukan orang yang dio bonci macam Aduka, Pakaq dan Ostad Wanji.

Hanief lagi bagus dari Kick

Den naik saksi menyatakan bahawa Kick berjaso dalam menjatuhkan Pak Lah dalam Pru 2008 yang lalu. Den tak nafikan blogger lain. Tapi duit RM 4 juta tu macam wayang kulit kek den. Nak jatuhkan Pak Lah tak perlukan sampai 4 juta. Setakat buek u tube, den ingat u tube-u tube dari Hanief lagi berkesan maso Pru 2008. Korang boleh tengok u tube Hanief kek Malaysianews. Psywar Hanief melalui u tube lagi hebat kalau nak dibandingkan dengan Kick melalui u tube-utube keluaran GMC. Cubo tanyo Hanief, adokah dio memerlukan sampai RM 4 juta membikin u tube-u tubenya sebelum Pru 2008? Hanief buek u tube-u tube tu tanpo ditaja pun. Dio buek atas kesedaran sendiri mahu menghapuskan kezaliman BN. Tak sampai RM 10 ribu si Hanief tu habiskan duit dalam buek u tube-u tube tu. Itu pun kos sekadar laptop paling mahal dan software yang ori kalau si Hanief nak pakai.

Wajah suci Syed Azidi

Mahu dihargai

Habis kenapo RM 4 juta ni timbul? Den ingat Kick sajo nak tarik perhatian. Kick mahu dirinya dihargai atas penat lelahnya menjatuhkan Pak Lah dalam dunio internet. Kalau macam tu bagi lah si Kick ni penghargaan. Bukan mencelanya dengan memberi gelaran yang buruk seperti blogger murahan, askar upahan atau blogger takde integriti. Yang lebih malang lagi bilo menuduh Kick sudah ado tuan baru. Tak baik tuduh-tuduh orang ni bai. Ado ketikanya manusio tu mahu dihargai walaupun dio ikhlas bekojo. Macam den la kek Prk Hulu Selangor. Poie menyusahkan orang. Balik pun menyusahkan orang. Eh, apo yang den cito ni? Ha Ha Ha.

GMC

Pasal GMC tu, den ingat blogger Perisik-Rakyat atau abg poji kito dah ulas dengan cukup baik mengenai isu ni. Den ingat den nak lantik perisik-rakyat jadi Ketuo Penerangan PAS ganti Ostad Derih. Ostad Derih ni bingai dio tak abih laie rupo eh. Sojak dio sound Prof. Aziz Bari pasal Prk Bagan Pinang kito dah boleh tangkap dio punyo merit macam mano. Tukar la dio ni. Buek malu PAS dongan orang kampung den dio ni bai.

Punca sebenar Kick berubah

Secara keseluruhanya saudara Nik Abduh, den nampak Kick berubah bilo adik ipar kau yang tongon tu buang dio dari PMBK dongan caro tak beradab. Kontrak bolum abih Ariffahmi buang Kick atas alasan Kick panggil SPRM siasat PMBK. Itu cumo alasan bingai adik ipar kau tu bai. Yang sebona eh, ekau, adik ipar kau, Takiyudin, Timbalan Menteri Bosa Kelantan, Nik Amar dan yang lain-lain join forces nak singkirkan Husam dari kerajaan Kelantan. Korang semuo dah tahu surat menyurat antara TG Nik Aziz dengan Husam. Dalam surat tu TG Nik Aziz mahu berundur dari kerusi Menteri Besar Kelantan dan menyerahkan jawatan tersebut kepado Husam. Tapi, yang korang tak tahu, 3 kali TG Nik Aziz hantar surat suruh Husam jadi MB, 3 kali Husam balas taknak jadi MB. Disobabkan korang tak tahu surat balasan Husam, korang singkirkan budak Husam iaitu Kick. Lopeh Kick, korang berjayo singkirkan Anual Bakri Haron. Sekarang tinggal la Husam sensorang. Tak lamo laie Husam akan gugur syahid dari kerajaan Kelantan. Mano aci bai, sorang lawan ramai. Husam baik kau blah la dari Kelantan. Usah buek jobo kek Kelantan tu bai. Ramai yang dongki dengan ekau.

Revange from the fallen

Kick ni seorang yang berprinsip dan tidak hipokrit. Kick tahu penyingkirannya dari PMBK kerano usaha-usaha nak menjatuhkan bos dio. Den ghaso apo yang dilakukan Kick sekarang ni adalah mempertahankan bos dio, Husam. Kalau dalam blog Kick, korang akan dapat ghasokan bertapo cintanya Kick terhadap Husam. Macam cinta antara Ariffahmi dgn Nik Amalina. Lihat saudara Nik Abduh, adik pompuan ekau pun bersamo bersekongkol buek blog nak jatuhkan Husam. Nik Abduh, kalau ekau dan adik ipar kau nak jatuhkan Husam melalui kerja kuat nak bangunkan ekonomi dan akhlak orang Kelantan, den setuju. Bersaing lah secara sihat demi kesejahteran rakyat Kelantan. Ini bukan suruh adik pompuan kau tulis blog aibkan isteri Kick. "Huuu saya tak sangka bini Kick berpakaian macam tu"-Nik Amalina. Hak ala. Itu memang niat Nik Amalina nak memalukan Husam dengan memburuk-burukkan isteri pekerjanya. Sebagai anak ulamak, Nik Amalina menyeru isteri Kick berpakaian sopan (dakwah bai). Bukan mendodahkan aibnya di internet. Nampak sangat serangan-serangan membunuh karekter dari blogger Pemburu Syahid, Nik Amalina dan ekau sendiri Nik Abduh menyobabkan Kick hilang sabar.

Serangan-serangan balas Kick di dalam blog sebenarnya memberi kesan kepado PAS dan Kelantan. Dan den nampak pattern Kick menyerang PAS dan Kelantan serupo dengan serangannya terhadap Pak Lah. Cumanya dulu Kick berjemaah dengan blogger lain menyerang Pak Lah. Tapi sekarang lone ranger dalam menyerang PAS. Ingat, Kick tak ponah kehabisan peluru dalam menyerang lawan serupo macam dio lawan Pak Lah dulu. Peluru-peluru Kick beracun bai. Sapo yang sayangkan PAS dan Pakatan Rakyat terutama di Kelantan patut risaukan situasi ini.

Cadangan den

Saudara Nik Abduh, apo yang den nampak, serangan-serangan Kick terhadap PAS dan Kelantan adalah agenda peribadi Kick. Apo agenda peribadi Kick? Satu mempertahankan Husam dengan apo caro sekalipun walaupun Husam sendiri telah menyisihkan Kick. Keduo mengembalikan maruah diri dan famili terutama isteri tercinta yang tercalar dek peperangan politik di Kelantan. Bab mengembalikan maruah adolah crusade war bagi Kick. Pepandai la korang setelkan. Nik Abduh, bagi den sonang je nak setelkan isu Kick ni. Korang berdamai dan melutut memohon maaf dongan Kick. Tak ke mano ego ekau tu Nik Abduh. Bai, ekau yang mulokan dulu. Ekau la yang patut mintak maaf dulu.

Wednesday, January 6, 2010

Banner anti Ariffahmi tersebar di Kelantan. Adakah Ariffahmi Trojan Horse UMNO di Kelantan?

Oleh ali :

Salam satu Kelantan. Nampaknya krisis di kelantan belum berakhir. Rundingan meja bulat hanya berlaku di kediaman TG Nik Aziz(TGNA) di Pulau Melaka. Sesuatu harus dilakukan. Bagi den, yang memperkukuhkan rumah papan Minang lama adalah tiang serinya. Tiang seri itu besar, kukuh dan dipasak untuk menjadikan rumah papan lama tu bertahan dari banjir, ribut, taufan, hujan dan panas. Dalam PAS ada 3 watak individu yang menjadi tiang seri bagi rumah PAS. Satu telah pergi mengadap ilahi, satu lagi tidak sedar diri dan yang terakhir adalah TGNA.

Harapan rakyat

TGNA adalah harapan bagi PAS. Bila sebut slogan "PAS for ALL", rakyat Malaysia sebenarnya terbayangkan wajah TGNA. Jika tiang seri terakhir ini tidak dijaga maka runtuhlah rumah PAS maka bertambah besar dan agamlah rumah UMNO. Imej TGNA adalah imej PAS. Rosak imej TGNA maka rosak imej PAS. Ariffahmi, kau tolong berambus dari Pulau Melaka boleh tak ?? Kau sedang merosakkan tiang seri rumah PAS yang terakhir.

Berjumpa sahabat UMNO

Baru-baru ini den berjumpa dengan sahabat-sahabat UMNO. Keakraban den dengan mereka-mereka ini sampaikan den boleh naik kereta dengan satu Dato' dari Seremban mengiringi YB Rembau ke Istana Seri Menanti Kuala Pilah pada tahun 2004 bagi menyaksikan Mat Hasan mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai Menteri Besar N9. Menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin menjadi YB Rembau selepas Pru 2008.

Click for enlarge. Banner yang tersebar di Kelantan.

Bila bertemu balik dengan kawan-kawan UMNO macam-macam lah yang kami sembang. Mula-mula sembang dah tentulah bab duit. Kaya raya dah diaorang ni. Jeles den. Sembang punya sembang, terpacul cerita Ariffahmi. Seorang ni dedahkan bahawa Ariffahmi ni sebenarnya Trojan Horse bagi UMNO. Kerajaan Persekutuan terdesak nak dapatkan balik Kelantan. Rancangan memasukkan seekor Trojon Horse sudah bermula sejak tahun 1991 lagi. UMNO mengaku susah nak musnahkan PAS Kelantan selagi TGNA hidup. UMNO mengakui kewibawaan TGNA. Jadi Trojan Horse penting untuk korupkan TGNA dari dalam. Jadi Ariffahmi terpilih untuk kerja-kerja intelligent ini.

Trojan Horse

Tahu tak apokobondo trojon horse ni bai ?? Nak sonang tengok balik cerita Troy. Brad Pitt melakonkan watak Achilles dalam movie tu. Dia dan para perajurit terpilih monggok (duduk diam) dalam patung kuda yang dianggap trophy atau piala oleh musuh. Taktik ini terpilih kerana pihak yang bersama Achilles (Greek) tidak dapat menawan pihak musuh kerana tidak berjaya membuka pintu kota musuh.

Jadi nak buka pintu kota musuh, kena buka dari dalam. Jadi Achilles yang mewakilli pihak Greek menipu pihak Trojon dengan berundur belayar pulang ke wilayah jajahan asal. Padahal tidak. Lalu ditinggalkan patung kuda besar oleh pihak Greek. Patung kuda itu ditarik oleh pihak Trojan ke dalam kota Troy. Pada waktu malam Achilles dan rakan-rakan keluar dari patung kuda dan membuka pintu kota Troy bagi askar-askar Greek yang lain yang kenkononnya telah berlayar pergi dari situ. Kota Troy ditawan dengan sekelip mata apabila pintu kota dibuka oleh pihak musuh dari dalam. Untuk detil sila klik link ini.

Click for enlarge. Perghh hensem. Tapi percayalah kacak lagi Ali Baganutama. Ha Ha Ha.

Walaupun pihak UMNO kelihatan agak malang kerana tidak berjaya untuk memilih Brad Pitt sebagai Trojan Horse di Kelantan, mereka akhirnya memilih Ariffahmi. Tak dapat rotan, akarnya pun berguna. Maka bermulalah kerjabuat Ariffahmi di Kelantan. Inilah hasilnya yang kita dapat pada hari ini.

Kenapa Kelantan penting ?

Den tak puas hati, lalu bertanya,
"Apo yang ponting sangat Kelantan ni sampai kono lotak Trojan Horse".
"Ini rahsia den nak bagitahu kau, kat Kelantan ado Uranium. Pusat amat perlukan bondo ni sebagai senjata nuklear dan tenaga elektrik. Kelantan satu-satunya negeri yang ado uranium"
"Umak ai. Kau biar boto. Habis minyak dan gas kek Kelantan tu??"
"Itu pun ponting bai. Tapi uranium penting untuk dapatkan balik Singapura"
"Ha Ha Ha. Bingai la korang nih," Den ketawa bosar.
"Tak pocaya kau punyo pasal"

Maso den golak member-member den ni buat muko serius. Den sebenarnya susah nak tulis benda ni dalam blog takut ini hanya satu lagi cerita kartun UMNO kepada publik. Lagipun dalam ramai-ramai tu ado sorang yang dulunya rapat dengan den pernah menjadi ketua unit risik dan propaganda UMNO pemuda Seremban masa Pru 2004. Dia sendiri yang buat flyers khas untuk Ezam Md. Noor dan dia sendiri bersama teamnya masuk ke kampung-kampung Melayu sampai ke Rembau untuk edarkan sendiri flyers tu.

Den ceritakan balik dalam blog ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk generasi akan datang. Mana tahu ia adalah cerita benar. Den pernah dengar kisah Kelantan ada uranium sejak tahun 1995 lagi. Masa tu den kat Sains Muar. Den buat tak peduli kisah uranium ni sebab bebudak hostel ni suka buat bedtime stories sebelum tidur. Tapi bila kawan-kawan UMNO den cerita pasal uranium ni, den amik pusing sikit walaupun kartun sebab diaorang mention nama si mangkuk Ariffahmi banyak kali dan dia sebagai watak utama Trojan Horse di Kelantan.

Click for enlarge. Tuduhan ke atas Ariffahmi di dalam banner yang disebarkan di Kelantan.

Komen tentang Annual Bakri & Banner

Den nak bagi beberapa komen :

1] Bilo den baca dekat blog Abang Topeng Perak tadi, Annual Bakri bekas S/U Politik TGNA diberhentikan serta merta sedangkan Ariffahmi, menantu TGNA diberi notis 3 bulan. Kalau benar Annual Bakri diberhentikan serta merta maka amalan nepotisma memang berlaku dalam Kerajaan Kelantan dan rundingan meja bulat memang benar-benar berlaku di kediaman rasmi TGNA di Pulau Melaka.

2] Tuduhan Ariffahmi takde Ir. Ariffahmi ada Ir. Den dah cek kat website berkenaan. Ini den tolong bagi clear namo dio bukan dek disobabkan dia samo kaler kulit dengan den atau dio dah start bayar gaji bulanan den sebanyak USD 700. Apa-apa hal kita mesti utamakan kebenaran. Menulis biar ada fact and figure. "Cayalah Ali". Laa suara mangkuk mana pulak ni. Kawan-kawan lain tersilap sebab dia bubuh abjad Ir dopan nama mangkuk tu. Tu pasal nama Ariffahmi tak keluar dalam sistem. Ataupun silap ejaan nama dia atau nama bapak dia.

Click for enlarge. Tapi takdo tulis berapa lama dia jadi Ir la bai ??

3] Tapi dalam sistem tu takde menerangkan berapa lama si Arif ni jadi Ir. Bila dia sebut depan blogger yang dia ni dah 15 tahun jadi Ir, kitaorang musykil. Takkan umur 20 tahun jadi Ir. Ini menipu atau kes nak up diri sendiri ni bai.

4] Tuduhan-tuduhan lain dalam banner itu akan didedahkan oleh rakan-rakan yang berpangkalan di Kelantan selagi Ariffahmi tidak berundur dari PMBK dengan seberapa yang segera.

Mari bersama selamatkan TGNA

Sebagai akhirnya, kami di Baganutama menyeru mari selamatkan TGNA. Mana yang berdekatan dengan TGNA diharap boleh menegur TGNA dengan baik dan ceritakan tentang keburukkan nepotisma yang sedang berlaku dalam keluarga beliau sendiri. Rakyat akan menjulang anda jika anda berani menegur TGNA dan memperbetulkan langkah-langkahnya dalam kerajaan dan politik. Inilah satu-satunya ikon dalam Pakatan Rakyat yang belum dilihat korup oleh rakyat Malaysia secara am. Anwar Ibrahim masih mempunyai kes di mahkamah dan dilihat korup oleh para penyokong fanatik UMNO. Hadi Awang ?? Den maleh nak komen.

*Gambar-gambar banner dirembat tanpa kebenaran di laman web Wan Jo. Wan Jo ni bukan kecik anak di Parlimen.

Sunday, January 3, 2010

Krisis kerajaan PAS Kelantan berpunca dari BALAK

oleh izi :

Pokok pangkal semua isu-isu kat kelantan ni cuma satu. BALAK!

Berpuak kerana Balak

Bila satu puak tak dapat balak sebab Husam tolak mentah-mentah, sakit jiwalah depa. Mulalah kerja-kerja cucuk jarum bermula. Sampailah kat Nik Abduh. Semua kes sebab tak dapat balak.

Sampai dituduh Husam curi balak. Tapi dah lama sebenarnya Husam tak nak jaga hal ehwal balak dah. Yang terlibat geng-geng Nik abduh mcm Taki etc. Tu yang dapat Ellyson sejibik tu. Anugerah dari Taki kiranya. Taki pun sekarang dah jual rumah kat DUN dia . Dah jarang benor jengok kawasan. Makhluk macam ni nak simpan lagi ke? Husam yang sibuk tu pun jaga jugak kawasan dia, pengundi-pengundi dia.

Kuda Nik Abduh berada di kandangnya

Jeles sebab popular

Pastu dek kerana Husam ni ala-ala fofular gitu sebab idea-ide dia cerdik dan kerja-kerja dia bagus, ada la pulak yang rasa terancam. Takut tak dapat jadi TPM. Hahahahaa. Makin menjadilah fitnah kat manusia bernama husam ni.

Bila semua citer-citer fitnah ni dah jadi cerita dalam kelambu, abih la sesetengah kaum hawa dalam famili TG rasa bengang teramat pada husam sebab ala-ala dah mencoit kaum-kaum adam kesayangan depa. Takkan la nak kata suami atau anak sendiri tak elok kan. Anak-anak Tok Guru wooo . Jangan memain beb!

Maka keluarlah dialog-dialog panas dan geram seperti dibawah ini:

"Dulu husam bunuh Nik Abduh... ni bunuh Ariffahmi pulak... jahat sungguh Husam nih..."

Sekarang kita tunggu dan lihatlah rencana dan drama permainan keluarga TG.

Pada aku senang. Selagi husam tak buat dosa besar, tak buat onar menjahanamkan rakyat, aku ok je. Lantak dia la kalau dia kawin 4 pun asalkan tak mendatangkan susah pada rakyat. Selagi dia pandai kerja berkhidmat untuk rakyat, selagi itu aku boleh terima. Kalau dah buat tak senonoh, aku pun tak sokong.

Dan yang paling penting, kena kerja setiap masa la . Bukan time nak PRK atau PRU je.

Biar PAS Melingkup

Apa pun, PRU13 nanti aku harap PAS kalah teruk. Bukan sebab aku benci atau tak sayang PAS, tapi sebab aku sayang sangat kat PAS la aku harap PAS kalah. Aku nak PAS sedar. Ehhh pemimpin-pemimpin dalam PAS sedar yang depa tu bukan apa sangat kalau bukan sebab rakyat.

Kalau ditakdirkan PAS menang jugak macam PRU12, pada aku itulah ujian dan dugaan (atau mungkin bala?) paling besar Allah nak beri pada parti ni.

Apa la nak jadi. -mno memang dah sah-sah tak boleh selamat lagi. Sampai naik muak aku dengan kelaku depa. Ini bila kita nak selamatkan diri dari jadi macam Umno, PAS pulak melenting-lenting macam cacing kepanasan.

Haloooo .. wake up!! Dah lama sangat mimpi-mimpi indah tu.

Thursday, December 31, 2009

TG Nik Aziz pukul anak sindir menantu?

oleh ali :

Salam Sri Kondong. Hari ini den tulis santai-santai je lah. Karang den bukak rahsia, ado yang lebih celaka dari yang celaka. Den pun sebenarnya tak pernah guna word celako ni. Paling kuat den marah pun den pakai word mangkuk. Kalau den dah triple marah, den pakai word ISA SAMAD !!! Padan muko kau Isa. Dah TG Nik Aziz(tgna) pakai word tu semalam, tentulah lepas ni satu Malaysia ikut bai. Ulamak kan pewaris nabi, lepas ni boleh lah maki kawan sendiri dengan word celaka. Ha Ha Ha.

Siapa yang celaka ??


Tgna celakakan siapa sebenarnya ?? Blogger ?? Blogger yang mana satu ni bai. Den ingat tgna celakakan blogger Nik Amalina lah sebab dia yang mula-mula suruh Husam letak jawatan.

Alahai…hanya kerana artikel itu semua Exco patut letak jawatan? Kalau ditanya saya, tentunya saya jawab, kalau adapun Exco yang patut letak jawatan, saya WAJIBKAN seorang Exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran?

Mak nenek pun tahu yang dia maksudkan adalah Husam. Kenapa Nik Amalina sangat bencikan Husam ?? Adakah kerana Husam pernah menolak lamaran cinta Nik Amalina lalu terpaksa bernikah dengan Ariffahmi si hitam legam ?? Ha Ha Ha. Parpukari je yang jawab ye. Bukan sebab Husam menolak cinta Nik Amalina. Jauh sekali. Takdelah cantik sangat Nik Amalina ni kalau nak dibandingkan dengan Oprah Winfrey. Den pun tak hingin. Nik Amalina benci Husam kerana berita-berita yang dibawakan oleh Ariffahmi. Terdesak betul mamat ni. Kenapa Ariffahmi sanggup memutarbelitkan maklumat ?? Sebab jeles ?? Sebab pernah terguris hati dengan Husam atau memang Ariffahmi ni orang jahat ??

Mengeksploitasikan 2 beradik

Info-info dari Ariffahmi telah berjaya mempengaruhi Nik Abduh dan Nik Amalina. Itu yang keluar statement "Ayahanda dikelilingi pembantu-pembantu sesat" dan terbaru ialah dari Nik Amalina iaitu menyuruh Husam letak jawatan. Ariffahmi berjaya menimbulkan kebencian kepada Husam. Bapak respek den dengan Ariffahmi. Pandai dia memanipulasikan 2 adik beradik ini demi kepentingan dia. Den ucapkan tahniah kepada Ariffahmi. Anak ulamak tu bai dia berjaya perbodohkan. Nanti kalau Ariffahmi datang N9 memang den nak hadiahkan sejambak bunga kepada dia. Apo, ekau ingat orang hitam legam tak pandai ?? Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah memang tabik spring lah dengan si Arif ni. Dia pun tak seberani Ariffahmi.

Kantoi

Tgna akhirnya berjaya mengesan perilaku mangkuk Ariffahmi lalu berkata, "Celaka blog itu !!!". Tgna sebenarnya memaksudkan anaknya sendiri, Nik Amalina dan Nik Abduh. 2 blogger mangkuk ini telah cemerlang menjadi macai Ariffahmi. Statement tgna, "Celaka blog itu !!!" lebih tepat disandarkan kepada Nik Amalina kerana dia secara terang dan nyata menyuruh Husam letak jawatan. Tgna pukul Nik Amalina dengan statement "Celaka blog itu" kerana mahu menyindir Ariffahmi. Ariffahmi kalau tak faham den tak tahu nak cakap apo laie. Memang tak guno ekau belajar amik Ir. Tapi itu hari ade blogger cek, namo Ariffahmi tak tersenarai sebagai Ir yang berdaftar di Malaysia. Namo Nizar Jamaluddin bekas MB Perak ado tersenarai sebagai Ir di negara ini. Sila klik untuk mensahihkan si Arif ini benar-benar Ir atau tidak. Dah klik ke belum ni.

Kecik hati

Kenapa Ariffahmi sangat membenci Husam lalu menghasut Nik Amalina dan Nik Abduh untuk sama-sama membenci Husam secara berjemaah ?? Adakah kerana Husam lagi kacak dari Arif atau Husam sangat genius dari Arif atau Husam pernah mengurat Nik Amalina atau Nik Amalina pernah menyatakan kepada Arif yang dia pernah terluka dengan Husam atau....atau....atau....?? Banyaknye atau. Jawapannya bukan semua di atas. Habis apa sebab si Arif ni amat bencikan Husam ?? Jawapannya, kerana Ariffahmi pernah kecil hati dengan Husam. Kocik hati sobab apo tu bai ?? Mano den tahu. Poie la tanyo si Arif tu. Husam ni bila time keje, dia akan serius. Payah dia nak senyum. Itu kelemahan Husam yang den sendiri pun bonci. Tapi time keje takkan nak bergelak ketawa. Mangkuk betul la. Jadi si Arif yang berjiwa sentimental ni pernah terkena la di mana Husam buat dono je bila Arif datang atau bersama dengannya. Yolah dah ekau datang time dio tongah kojo. "Oh menantu Tok Guru datangla. Arif nak kopi ?? Cap Kapal Api atau White Coffe ?? biar ambo buatkan," takkan Husam nak layan Arif macam tu. Disebabkan dia menantu tgna kita kena layan dia macam Presiden seumur hidup FAM ?? Tak dapek tu do bai. Tak kono lompang kiro nasib baik dah tu.

Janji membuat blog

Arif kecik hati. Den faham. Tapi Husam tak layan tu sobab dia tengah bekerja. Sabar ye lah. Dia lakukan dengan serius sobab dia sayangkan empayar Islam yang sekangkang kera ini. Itu sobab dia amat serius. Publik pun dapat merasakan hasil kerjanya malah diiktiraf sebagai terbaik pula. Itu sobab bapak mertua kau pun sayang dia. Ariffahmi, meh sini kau kojap. Hari tu kau bercakap dengan blogger nak bukak satu blog sendiri. Mano blog kau ?? Copek bukak. Hah dalam blog tu kau boleh luahkan segala-segalanya. Jangan gunakan orang lain. Ini kau gunokan bini kau buat blog sebagai perisai. Mentang-mentanglah dio anak tgna. Memang ekau ni muko tak malu.

Barisan blogger Ariffahmi

Blogger Ahmed pun dah lama tak dongar cerita. Tah hape la jadi dengan budak tu pun den tak tahu. Budak tu bersungguh tolong kau tanpa mintak gaji. Yang copy paste tulisan Ahmed dalam blog dia pulak dapat gaji. Bapak kelakar. Ha Ha Ha. RM 700 tu bai. Tapi sekarang dengar dah taubat nasuha diaorang. Baguslah. Blogger Ahmed den nasihatkan sebelum mati mintaklah ampun dengan Husam dan ayahanda Alhusseyn51. Dengan Husam tu den tak kisahlah sebab ahli politik kenkadang kita kono kurang ajar banyak sebab takut dia besar kepala. Ini dengan ayahanda Alhusseyn pun kau kurang ajar. Dio tu pangkat datuk. Kau budak laie. Apa ingat kau hafal Al-Quran, kau ado lesen nak kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari kau. Eh bai, Islam tak ajar, omputih pun tak ajar. Memang kurang ajar la ekau ni bai. Dahla kurang ajar, jobo lak tu.

Perkataan baru

Ha Ha Ha. Hari ini murid-murid mari kita belajar word baru "jobo". Senang je nak tahu makna jobo ni, cuba lihat gaya Christiano Ronaldo amik freekick. Jobo la tu. Dengan gaya terkangkang, 2 tangan di pinggang memang buat Stevan Gerrard menyampah."This fella is jobo," kata Stevan Gerrard kepada wartawan The Indian Post. Steven Gerrard belajar dengan den tu bai. Ha Ha Ha.

Salah satu aksi jobo Christiano Ronaldo

Tajuk posting pertama

Ringkas cerita, Arif ekau kono bukak juga blog. Luahkan segala-segalanya isi hati kau yang terbuku selama ini. Nak sentimental, nak buat lawak, suka hati ekau. Nyatakan segala ketidakpuasan ekau terhadap Husam. Buatlah tajuk posting yang gempak-gempak sikit. "Husam kedekut, taknak belanjo den makan, pada sapo den nak mengadu". Itu contoh. Buatlah dalam bahasa Kelantan. Takkan nak guno bahaso den. Memang orang kobakan ekau ni takdo jatidiri. Posting lu buat sendiri. Takkan itu pun den nak ajar. Apo guno ekau belajar tinggi kat UTM. Kau bayar den USD 700 baru den sanggup buat untuk ekau. Bukan RM bai, USD tau. Barulah rakyat dapat menilai kenapa ekau amat bencikan Husam. Mana tahu publik sokong ekau. Pandai-pandai la bikin ayat. Tak pun ekau amik Annual Bakri kerja dengan ekau bikin ayat-ayat sastera. Dio tengah menganggur tu bai. Musti dia terima tawaran kau.

Rahsia terbongkar

Kepada Nik Amalina, sori Arif den sound bini lu kejap. Cuba-cuba la tanya ayahanda, betul ke ayahanda pernah bagi surat meminta Husam jadi Menteri Besar Kelantan sampai 3 kali ?? 3 kali tu bai. Semenjak tahun lepas lagi surat pertama telah dihantar tgna kepada Husam. Tgna dah punya niat nak bersara. Tapi Husam tolak dengan baik. Setiap kali Husam tolak, tgna akan hantar surat memujuknya untuk menerima jawatan sebagai MB. Sampai 3 kali. Ali mana bukti kau yang tgna bagi surat suruh Husam jadi MB Kelantan ?? Mano den tahu, suruhlah Nik Amalina tanya abah dio sendiri. Takkan den nak tunjuk. Karang den tunjuk, blog ni masuk Astro Awani pulak. Nanti ado la suara-suara yang jeles kata Ali Baganutama gila rating la, nak makwe-makwe international add facebook la termasuk dari negara Gabon (Gabon ?? negara hape tu), nak masuk top ten carta Perakex la, nak lariskan ubat air pancut la. Opps, den tak jual papo pun kat blog ni hatta ubat air pancut. Den pun pelik lah apepasal ramai blogger termasuk blogger ahli PAS seumur hidup mengiklankan ubat air pancut ?? Ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia. Apo ekau ingat rakyat Malaysia ni semuo eh mati pucuk. Sabar yolah bai. Memang betul lah tgna sayang Husam kerana Husam ada merit menjadi pemimpin. Dah terbukti pun Husam ini menjadi pemimpin berkaliber. Pogilah tanya sendiri wahai Nik Amalina kepada ayahandamu. Kenapa Husam tolak jadi MB ?? Sebab dia nak bertanding lawan PM di kawasan Parlimen Perdana Menteri itu sendiri. Kalau dulu Pak Lah di Kepala Batas, sekarang ni di Pekan, Pahang untuk lawan Najib. Maybe Husam ni jobo macam Christiano Ronaldo jugak. Tapi PAS Pusat halang niat suci Husam menjadi jobo dalam Pru 2008 yang lalu. Ha Ha Ha. Siapa yang jobo sebenarnya ?? Husam atau Ariffahmi ?? Jawapan ada pada anda.

Wednesday, December 30, 2009

Nepotisma bakal menghancurkan tiang seri PAS?

oleh ummuasiah :

Pedih dan sedih

Hati saya sebenarnya bersalut duka dengan kisah-kisah panas terkini yang berlaku di Kelantan, sedih dan pedih...tetapi siapa lah saya...namun saya seorang rakyat Malaysia yang mahu lihat sebuah kerajaan selain dari kerajaan BN dan UMNO terus berjaya memerintah Malaysia..dan Kelantan adalah satu-satunya Negeri yang berjaya bertahan lama..di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat...semua orang sayang Tok Guru, tak kira bangsa dan agama...

Namun kini semuanya seakan menjadi dan melalui satu episod mimpi ngeri sedih dan suram apabila tiba-tiba muncul watak seram yang selama ini mungkin cuma bayang-bayang di belakang semua senario yang ada...kini mereka muncul apabila dibangkitkan oleh orang disekeliling mereka yang sudah tidak sanggup melihat keadaan menjadi parah mungkin dan terus malap dan sirna akhirnya, seterusnya memberikan kesempatan untuk pihak lawan terus melenyapkan semua ketenangan yang sedia ada.

SELCATKAN

Anak-anak dan menantu....tidak berani untuk saya mengulas di sini...takut...sebab semuanya belum terbukti. Mungkin ada baiknya di SELCATkan isu PMBK di Kelantan. sebagaimana kerajaan Selangor melakukan ke atas anak syarikat negeri Selangor, kemungkinan bukti dah ada cuma hendak mencari penjelasan dan pendedahan. Habis semua terbongkar secara rasmi di dalam sesi SELCAT, bukan untuk memburukkan seseorang tetapi untuk mencari kebenaran yang terserlah.

NIK AMALINA

Akhirnya paling menyayat hati kerana saya juga wanita, seorang anak dan seorang isteri ialah apabila puteri bongsu Tuan Guru juga bangun mewarna gelapkan situasi semasa...sedih. Untuk Nik Amalina...kami semua sayangkan ayahanda mu..kami sayangkan negeri Serambi Mekah itu...peliharalah dirimu, peliharalah nama baik keluarga mu yang terkenal seluruh dunia...tiada siapa yang boleh menyekat anda untuk menulis di dalam dunia tanpa sempadan ini.......tetapi rupanya bila lagi banyak menulis secara tidak lansung lagi banyak yang terdedah mengikut persepsi setiap pembacanya.

PERJUANGAN ISTERI-ISTERI TELADAN

Saya terkenangkan senario isteri-isteri tahanan ISA sejak dari era Reformasi dahulu termasuk perjuangan Datin Seri Wan Azizah dalam membela dan memperjuangkan hak dan nasib suami mereka...Kak Aliza isteri Saari Sungib, Kak Zumrah isteri Ustaz Badrul Amin, Kak Marina isteri Raja Petra, Kak Fatimah isteri Pak Din, Bahirah isteri Ezam Md. Noor, Farah bekas isteri Lokman, Vasantha isteri Gobala Krishnan, Kak Ros bekas isteri Ghani Haroon dan ahli keluarga Tukar Tiub dan Tian Chua dan tidak dilupakan Cikgu Laila isteri Mat Sah dan semua isteri tahanan ISA yang berjuang..ooohhh...termasuk Sles Monira isteri Nik Adli bin Nik Aziz. Walaupun 3 orang dari mereka telah menjilat ludah mereka sendiri namun kenangan berjuang bersama dalam tempoh dua tahun hingga kini sungguh amat memberi kesan di hati untuk terus bangun berjuang untuk seluruh rakyat dan negara dan bukan hanya untuk diri sendiri.

PERJUANGAN RAKYAT

Perjuangan mereka menyemarakkan semangat perjuangan rakyat...sungguh manis perjuangan itu yang membolehkan semua rakyat yang turut merasai betapa suami-suami mereka ini tidak bersalah...mungkin juga tiada kaitannya namun wajar diberi perhatian dan penghargaan, bangunlah berjuang dan membela untuk membebaskan nasib suami yang dizalimi dengan sepenuh hati dan sesuci hati tanpa gangguan dan desakan dari sesiapapun tetapi atas rasa kesedaran yang tinggi pasti akan membuahkan kejayaan sebagaimana yang dapat kita kecapi sekarang..semuanya berjuang ke arah membina sebuah kerajaan yang lebih baik untuk rakyat dan bukannya cuba meruntuhkan sebuah kerajaaan yang baik yang sedia ada.

Membaca tulisan yang akhirnya diluahkan juga oleh Husam Musa walau mungkin telah lama dipendam menambahkan lagi resah di dada dan duka lara yang ada...walaupun ianya bukan secara khusus beliau tulis merujuk kepada apa yang berlaku di Kelantan..tetapi kita semua boleh membuat persepsi sendiri...

KERAJAAN DAN RAKYAT

Tajuk asal di blog beliau ialah Malaysia dan diri namun di dalam laporan Malaysiakini ditulis tajuk yang lebih sedikit sensasi dan direct Utamakan Keluarga Atau Kerajaan?

Namun, politik Malaysia memandang serong politik keluarga seperti ini. Kemenangan besar tahun 2004 tidak berulang. Isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008.

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah pemegang kepentigan (stake holder) yang lebih penting daripada pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Ahhh...kita terus menerus menanti pengakhiran kepada episod drama yang sungguh tidak ingin kita lihat untuk terjadi 'in the first place'.

Moga mimpi ngeri ini segera berakhir..dan anak menantu jangan lagi menambah luka-luka yang sedia ada dan bernanah ini.

TUAN GURU NIK AZIZ DAN ALLAHYARHAM USTAZ FADZIL NOOR

Tuan Guru Nik Aziz adalah milik umat dan bukan hanya milik keluarga sebagaimana juga Kelantan juga adalah milik seluruh rakyat Malaysia..bilamana ianya sedang merasai sakit seluruh pelusuk rakyat yang cintakan sebuah kerajaan rakyat merasai derita dan sakitnya...peliharalah ia dengan sebaiknya..

Secara tiba-tiba juga saya teringatkan tentang Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dan anaknya Muna Izzah...saya teringatkan akan satu rencana yang pernah ditulisnya. Anak-anak yang diharapkan terus menerus menjaga dan memelihara nama baik keluarga yang terhormat.

Dan kepada Baba biar bertahun lagi hidup kami di dunia ini ,dirimu tidak pernah kami lupakan dan setiap detik baba ada dalam jiwa kami dan pasti kami berdo'a kita dapat berkumpul bersama seperti dahulu untuk berjumpa Allah di akhirat sana. AL Fatihah. baca di sini

*Penulis boleh dilawati diblog ummuasiah2001.blogspot.com

Thursday, December 24, 2009

Forum Pemikiran Politik & Dakwah TG Nik Aziz pada Sabtu lepas di Bangi. Ada apa-apa yang istimewa ke ?

oleh ali :

Den amik gambar banner pakai kamera adik den. Tarikh dan masa adalah benar seperti yang tertera. Kemalangan yang berlaku di Bagan sudah diteladani. Ha Ha Ha. Boleh klik kat semua gambar yang ada kat entry ni untuk super duper besar. Entry lain pun boleh.

Salam satu Malaysia. Sepatutnya penulis menghadiri Konvokesyen PR, tiba-tiba diingatkan tentang forum ni. Disebabkan rumah penulis dekat dengan Bangi, maka ke Bangi la kito. Nabi pun ada ajar, kalau nak amik lauk, amik yang paling hampir dengan mu. So, penulis pergi yang paling dekatlah. Lauk tu bai. Ha Ha Ha. Di mana rumah penulis ?? Di Area Fifty One la.

Panelis dan pengganti panelis

Kalau lihat banner, tak payah diajar, tentulah yang hadir ialah bakal Perdana Menteri Malaysia ke-8, Prof. Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah, paling dibenci oleh Nik Amalina, Yb Hussam Musa dan Ust. Riduan Md. Noor, pentaksub tegar TG Hadi. Alih-alih ...


Woi den salah tompek ko ni. Ado 2 mangkuk tak datang. Tapi diganti dengan cawan. Husam sakit lalu diganti oleh orang yang paling dibenci Ariffahmi, Annual Bakri Haron yang juga dikenali sebagai "pembantu-pembantu sesat ayahanda" oleh Nik Abduh. Mamat ni bikin Salam Kamunting takdo sorang pun pertikai. Den buat salam satu Malaysia, satu Malaysia kritik den. Sobab dio pakai kupiah putih anak tok guru korang double standard dengan den, kamon la. Manakala Ust. Riduan Md. Nor diganti oleh Prof. Madya Badlihisham M. Nasir. Anak M.Nasir tu bai. Ha Ha Ha. Kalau Dr. Abu pun diganti orang memang den claim duit minyak kat penganjur. Minyak mahal woi. Dari Area 51 ke Bangi abih 5 liter minyak pegi balik. Itu tak termasuk duit tol(Tahan Orang Lalu).

Den pujilah usaha-usaha yang orang Bangi buat bagi menjadikan Bangi sebagai Bandar Ilmu. Ini adalah forum ke-4. Yang datang pun ramai. Makwe-makwe dari UKM pun banyak yang hadir. Diaorang tak reti malu ko, asyik kenyit mato kek den. Macam tu ke diaorang respek orang tampan. Tak patut. Sepatutnya "Bang, bila saya boleh masuk meminang ni. Tak sabar la dengan abang". Tak sabar apo tu bai.

Keunikkan TGNA yang tidak terdapat pada insan lain

Forum ni bagus. Selain memuji TG Nik Aziz, banyak ilmu-ilmu baru den dapat. Annual Bakri Haron mendedahkan bahawa TG Nik Aziz(TGNA) tidak pernah pakai dompet. TGNA hanya pakai sampul surat sebagai dompet. Wow, sesuatu yang baru bagi orang lain tetapi tidak bagi den. Cumo den tak pakai sampul suratla. Beliau juga mendedahkan bahawa TGNA tidak pernah lupa solat dhuha 2+2 rakaat. TGNA bagi beliau seorang yang direct dan simple. TGNA suka tanya soalan-soalan yang simple tetapi menikam. Contoh, baru-baru ini selepas sesi usrah bersama TGNA, TGNA telah mengadakan survey dikalangan ahli usrah. Soalan ditulis dikertas. Berapa kali anda membuat solat tahajud, setiap hari, kadang-kadang atau tak pernah langsung. Lalu kertas diedarkan kepada anak usrah. Soalan seringkas itu pun susah bagi sesetengah orang nak menjawabnya.

Survey Dr. Abu Hasan Hasbullah

Jikalau Mawi dikenali sebagai Raja SMS, Dr. Abu pula den gelarkan sebagai Raja Survey. Rupanya dia buat survey lagi. Ingatkan abis seminar khas dah takde survey. Ado lagi bai. Kali ni survey pasal Kelantan dan populariti TGNA dikalangan remaja Melayu yang bekerja dikilang. Kalau survey pasal Kelantan, Dr. Abu mendedahkan bahawa pembelanjaan isi rumah orang Kelantan amat tinggi. Ringkas cite, orang Kelantan ni kaya raya. Beliau juga mendedahkan semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu, buat pertama kalinya TESCO Kelantan kehabisan barang dan stock. Siap buat pengumuman oleh TESCO, "Pliss la, barang kami dah abis bai. Tolong boli kek tompek lain. Stock untuk bulan dopan pun korang dah sapu." Tidak pernah dalam sejarah super market kat Malaysia buat pengumuman barang dah abis. Huiyoo. Bapak kaya orang Kelantan nih.


Bila Dr. Abu dah bukak laptop, faham-faham la korang. Dia tengah baca carta pai la tu. Agak hati den la. Dalam surveynya tentang populariti TGNA, beliau mendedahkan bahawa, dikalangan pekerja kilang remaja Melayu, hampir 70% sokong dan suka TGNA. Bila tang TG Hadi, survey tu terbalik. Kira 30% sokong Hadi. Ini kalau TG Hadi tak paham, den tak tahu nak kato apo lagi bai. Patutlah Ust. Riduan Md. Nor tak datang. Takut kena tibai kot. Ha Ha Ha. Dr. Abu membuat remarks, bahawa PAS bertahan selama ini kerana sosok TGNA dan bukan kerana kepimpinan Ulamak. Anak M.Nasir bantah. Sukati ko la bai. Dr. Abu bawak fact and figure, anak M.Nasir bawak air liur. Lepas tu buat muka cam bagus. Bonci lak den. Takpe-takpe. Ini demokrasi. Kita layan. Ha Ha Ha.

TGNA pandai berpublisiti

Dr. Abu mengakui kebijaksanaan TGNA mendapatkan liputan media arus perdana. Mana mungkin media arus perdana membuat liputan atau publisiti percuma kepada PAS. Tetapi TGNA pandai bikin publisiti untuk dirinya dan PAS lalu disiarkan oleh media mainstream. Contoh, bila TGNA kata "Tuhan Samseng". Berhari-hari media(Di kaca tv dan di dada-dada akhbar) memberikan publisiti percuma kepada TGNA dan PAS. Lalu publik tidak akan lupa kepada PAS. Isu tajaan pergi haji misalnya, ia diperkatakan oleh media selama 17 hari. Bagi media baru, sebanyak 25 ribu blog berbicara isu yang sama. Pandai tak TGNA tackle media ?? Pandai la bai. Dr. Abu mendedahkan bahawa crisis is business . TGNA pandai dalam bab ni. Tang point ni den teruja kojap. Selamo ni orang kapitalis je yang pandai buat duit bila datang krisis. "Ooo orang politik pun boleh sobab nak dapatkan publisiti sobab market dia pengundi," kato hati den. Orang Jemapoh kena ulas sikit bondo ni. TGNA pakar dalam bab nak dapatkan publisiti dari media yang tak pernah berpihak kepada beliau.

Pengaplikasian ilmu-ilmu Islam

Selain dari itu, Dr. Abu membuat satu lagi bold remark iaitu TGNA ini adalah satu-satunya ulamak yang mempunyai wilayah pemerintahannya sendiri selepas jatuhnya Empayar Islam terakhir iaitu Ottomon atau Othmaniyyah oleh Sultan Abdul Hamid II. Cuba namakan ulamak-ulamak yang anda kenal, Hasan Al-Banna, Abu Ala Al Mawdudi, Al-Qardhawi, Fathi Yakan dll kesemuanya tidak mempunyai wilayah untuk mempraktikkan ilmu yang ada di dada. Ia habis di medan ceramah dan di dalam kuliah-kuliah pengajian. Tetapi tidak bagi TGNA. Ia mempunyai wilayah untuk mengimplimentasikan ilmu-ilmu yang ada di dadanya. Adalah Dr. Abu sebut tentang sejarah Melayu lama di Pagoh. Den tak berapa nak tangkap sobab perut den dah lapar. Dari potang semalam sampai pagi hari ni den bolem jamah papo. Ok kita terus pada sesi soalan.

Pengalaman Dr. Abu sendiri

Tapi sebelum tu, dulu den ingat(persepsi la ni) Dr. Abu power bab future studies dan kurang ambil berat tentang sejarah. Tetapi persepsi itu diruntuhkan bila melihat beliau beraksi di Astro Awani 7-8 bulan lepas. Den dah lupo Astro Awani tu diskusi bab apo. Sebelum sesi soalan, Dr. Abu telah mendedahkan beliau juga telah menggunakan polisi crisis is business kepada dirinya sendiri. Beliau telah bikin panas bila mengkritik habis-habisan filem Sepet dalam paper. Disebabkan itu Rais Yatim yang ketika itu Menteri Penerangan telah melantik beliau sebagai ahli(Lembaga kot) Finas. "Rais Yatim kenal mana saya ni jika tidak dek kerana kritikan saya pada filem Sepet," kata Dr. Abu sambil poyo. Hoii dah lapar ni, terus pada sesi soalan.


Sesi soalan


Sesi soalan panas sikit la walaupun duduk dalam air-cond. Panas untuk Annual Bakri la sebab dia Setiausaha Politik TGNA. "Anta kah yang dikatakan sebagai pembantu sesat TGNA yang memberikan pendapat yang salah kepada Tok Guru". Haa ambik kau. Boleh tahan gak soalan orang Bangi ni. Sapa suruh jadi S/U. Ha Ha Ha. Tapi Annual Bakri ni jawab relax je. Annual Bakri kata TGNA ni a very good listener person. TGNA dengar pendapat semua orang. Dengar pendapat dia dan para S/U yang lain, dengar pendapat kesemua ahli exco dan juga dengar pendapat ahli dewan harian PAS Kelantan. TGNA gaul semua pendapat itu, kemudian baru dia keluarkan pendapat dia. Si Annual Bakri ni pun poyo gak. Kejap cakap engrish, kejap cakap klate. Kejap slow, kejap pitching dia tinggi. Boleh tahan gak mamat ni bila berbicara. Dialah yang banyak buat lawak jenaka pagi tu. "Bakpo la hino rambut krinting ambo nih," kata Annual Bakri poyo.

Ariffahmi & Kelantan

"Boleh saudara terangkan tentang isu Ariffahmi," tanya penanya. Bula mato semua orang pada Annual Bakri. Orang Bangi jangan buat memain bai. Semua celik IT. Tapi Annual Bakri tenang menjawab soalan tu. Dia pun terangkan yang perlantikkan dibuat on merit. Dia ada Ir. Dia ada pengalaman. Kira si Annual Bakri ni puji si Ariffahmi bagi mempertahankan TGNA. Lepas tu Annual Bakri kaitkan dengan Saidina Abu Bakar sebagai bapa mertua Nabi yang juga Khalifah Islam pertama. Saidina Uthman adalah menantu Nabi dan juga Khalifah Islam ketiga. Audien terpesona dengan cerita Annual Bakri. Walhal den sonang je nak patahkan hujah Annual Bakri, baginda wafat tak tinggalkan wasiat nak lantik siapa jadi Khalifah. Semua lantikkan dibuat selepas nabi wafat. Tapi kira okla si Anual Bakri ni menipu. Kira dia banyak belajar dari Mustafa Ali. Kira menipu untuk mempertahankan maruah TGNA dan Ariffahmi. Padahal Ariffahmi banyak memfitnah Annual Bakri melalui blogger yang diupah olehnya. Sila klik link ini. Jika Sheikh Azidi dikatakan budak Husam, Ariffahmi mempunyai barisan blogger bagi mempertahankan dia. Lebih dari sorang tu bai. Power tak power si Arif ni. Terbaru yang masuk sebagai barisan blogger Ariffahmi ialah Nik Amalina iaitu isterinya sendiri. Dayus betul menggunakan isteri sebagai perisai. KJ takde pun nak gunakan Nori. Takde suruh bukak blog pun. KJ lebih lelaki dari Ariffahmi. Kombang hidung den kojap. Bangga sebagai anak N9. Apa pun den puji Annual Bakri kerana tidak menggunakan medan yang terbentang luas kepadanya untuk mengkritik balik Ariffahmi malah memujinya lagi. Dalam hati siapa yang tahu.

Soalan khas untuk Dr. Abu

Soalan khas untuk Dr.Abu hanya ada satu. Itu pun den yang tanya. Ha Ha Ha. Nak letak kat facebook ke ?? Karang Dr. Abu kenal sapa Ali Baganutama. Payah pulak. Soalan den ringkas je. Hukum hudud sesuai atau tidak dilaksanakan di Malaysia. Soalan den ringkas tapi jawapan dia panjang. Bermula di pergunungan Austria pada tahun 1223(kot?), para paderi berbincang dan bla bla bla. Secular berasal dari ajaran Kristian, agama dijaga oleh para paderi bla bla bla. Tapi bab gunung tu den ado raso lucu. Jauh betul para paderi ni berdiskusi. Atas gunung tu bai. Paderi ni suko main salji kek atas gunung tu ko ?? Punyalah panjang last-last jawapan beliau ialah kena laksana sebab ia adalah perintah dalam Quran. Sangat kontradik dengan surat den kepada Suhaizan Kayat. Klik untuk lihat surat. Atau Dr. Abu tidak boleh memberi jawapan sebenar kerana berada di rumah yang salah ?? Tak kisah lah tu. Malam karang den tanyo kek Dr. Yusuf Qardhawi. Selama ni baco buku Qardhawi, den nak tanya face to face dengan Qardhawi. Kok dapekla. Maso den abih tanya soalan kek Dr. Abu semua orang bula mata pandang den. Tadi diaorang bula mato pandang Annual Bakri, sekarang bula mato pandang den. Biasalah nak glamer kena cipta krisis. Ha Ha Ha.

Artikulasi & Makan

Akhirnya, Dr. Abu sebagai tambahan berkata, TGNA sepanjang dia hidup tidak pernah berkata tentang sesuatu perkara atau isu dengan dimulakan dengan perkataan atau ayat "Saya percaya...", "Saya rasa...", "Saya akan kaji...," dan sama waktu dengannya. Statement Dr.Abu ini diiyakan oleh Annual Bakri. Jawapan TGNA kepada wartawan atau kepada orang lain adalah solid dan menyakinkan. Tiada keraguan dalam ayatnya. Ini menunjukkan TGNA berpengetahuan luas dan yakin terhadap jawapannya sendiri. Dr. Abu mengatakan bahawa dalam PAS jarang ada pemimpin PAS yang pandai berartikulasi(pandai bercakap-cakap atau petah berkata-kata) seperti TGNA. Majlis selesai tepat pada pukul 1 tengahari. Den ingat ado makan-makan. Adoihai. Takdo makan bai. Surau ni lagi bosar dari masjid tompek den, takkan takdo makan. Huhuhu. Lapar perut den maso solat zuhur. Apapun tahniah kepada Surau An-Nur(lebih dikenali sebagai surau harun din) Bandar Baru Bangi kerana menganjur forum sebegini. Nak ramai kono ado makan. Mesti ramai punya.

Friday, December 4, 2009

Politik "Common Sense"

oleh xenan :

Politik "Common Sense"

Bagi wa, ubat penyakit politik persepsi ialah politik "common sense". "Common sense" ialah sifat yg dimiliki oleh manusia tak kira lu bangsa atau agama apa. "Commen sense" lebih menghampiri fakta daripada persepsi yang selalu bias.Makna kata, persepsi ialah sub domain kepada "Commen Sense".

At least ia mampu membuat majoriti rakyat malaysia yg menerima pendidikan dan pengalaman hidup yg hampir sama menilai persepsi dgn mengaitkan fakta dan membuat kesimpulan yg sama.Wa kasi sikit contoh :-

Contoh 1 : Menilai Prestasi Najib Sebagai PM

1. Malaysia has lost edge as low-cost producer, says World Bank
-Komen dr Wenger J Khiry
2. Rasuah: Kedudukan M'sia merosot lagi- malaysiakini

Common Sense : wa (wa rase kebanyakan rakyat malaysia juga) mengatakan Najib n team tidak lah berkebolehan mana dalam mengendalikan ekonomi malaysia. Seoptimist mana pon semua org, hakikatnya imej malaysia makin merundum dan mampu membawa kepada kehilangan pelabur asing. Malah di saat ekonomi serantau makin pulih, ekonomi malaysia terus merundum.

Sbb terbesar najib(UMNO) mungkin kalah pada PRU13 adala faktor ekonomi, bukan politik.

Contoh 2 : Menilai Prestasi TGHA Sebagai Presiden PAS

1. Gagal Menang Di Terengganu(PRU08) dikala Tsunami Politik melanda.
2. Gagal Membawa Penyelesaian Kepada "SEMUA" Isu Dalaman PAS Setakat Ini.

Common Sense : Wa harap tdr pulak org pertikai fakta di atas dgn alasan2. Bagi wa, gagal adalah gagal tak kira lu ulamak atau penjaga toilet.TGHA telah dibuktikan GAGAL oleh rentetan peristiwa yg kini telah menjadi fakta sejarah.

Tak perlu pelik dan pening kepala memikirkan kenapa sokongan pada PAS berkurangan kalau PAS masih mengekalkan Presiden yg GAGAL.

Contoh 3 : Menilai Prestasi TGNA Sebagai MB Kelantan

1. Mengekalkan Kemenangan Pada Kelantan Hampir 19 Tahun
2. Memiliki Menantu Yang Berjawatan Tinggi Dalam Kerajaan kelantan

Common Sense : TGNA mmg berhak dipuji dan dihormati atas prestasi dia.Namun sejarah pernah mencatatkan Pak Lah tumbang kerana menantu yang berjawatan tinggi.Wa harap menantu TGNA boleh ambik pengajaran dan undur diri sebelom imej TGNA boleh terus jatuh.

Ini bukan masalah menantu dia jahat ke, pernah buat salah ke atau apa2 pon.Tapi hanyalah "common sense".

Tak larat nak ulas Anwar, LGE dan lain2 lagi.Cuma wa harap lebih ramai penyokong dan pimpinan PR berpikir dan menilai dgn "Common Sense" daripada berpikir hanya dengan "persepsi".

>Perception divide, common sense unite<

*Wa ckp pakai common sense sbb cina/india/bkn islam pon layak mengundi.Persamaan antara kita ngn diorg hanya common sense. Btw, bagi wa pemimpin adalah pekerja rakyat.Kalau die tak mampu nak lihat dr mata pengundi..wa silakan dia bersara jer la.

Pasal post mortem..tayah la sembang.Setakat ini "SEMUA" isu dlmn PAS tak diselesaikan.Lagi nak cerita pasal post mortem? Mengaku jer la budaya "Post Mortem" tak wujud dlm PAS dan sila berubah.

Thursday, November 26, 2009

Pemimpin PAS gila KUASA !!!

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Penulis tidak tahulah kenapa dalam Parti PAS ramai sangat nak pegang lebih dari satu jawatan. Berat dah jawatan tu. Kenapa mahu disandang lagi. Engkaulah ADUN, engkaulah EXCO dan engkaulah segala-galanya. Itu belum kira jawatan dalam parti. Itu belum kira nak urus anak bini lagi. Itu yang selalu anak bini tak terurus. Time management bai. Mana pengkhususan kalian. Itu pasal semua kerja orang PAS yang berjawatan tinggi lebih kurang je. Tidak profesional. Tidak bermutu. Bila tidak profesional, maka reputasi kalian akan menjunam jatuh.

Takiyuddin Hassan

Reputasi zero maka prestasi anda akan dipersoalkan rakyat. Penulis tidak tahu lah apa alasan PAS melantik si Takiyuddin sebagai penolong Mustafa Ali kat PAS Pusat. Kalau betul jawatan itu diperlukan Parti, sepatutnya lantik orang muda yang tidak punya apa-apa jawatan dalam PAS dan kerajaan. Setakat bagi jawatan sebab nak jaga hati baik tak payah bai. Buang karen je. Sepatutnya jawatan itu diberi kepada ali Baganutama atau kepada Suhaizan Kayat.

UG masih belum berakhir ??

Kita faham Mustafa Ali dah tua dan prestasinya dipertikaikan orang. Malah persepsi rakyat terhadap beliau sangat buruk dan teruk kerana beliau penjana UG. Jadi pilihlah orang yang berwibawa. Jangan tangkap muat je. Mangkuk betullah PAS ni. Si Takiyuddin ni dikatakan ada masalah jugak. Klik link ni. MPKB berada dalam portfolio beliau. Jika benar isu itu berlaku, maka dia kena selesaikan dan bertanggungjawab. Bukan bagi dia satu lagi jawatan. Dalam 1 juta ahli PAS dalam Malaysia ni takkan lah takde langsung yang layak nak pegang jawatan penolong S/U Agong PAS ?? Den nak kobarkan mangkuk karang marah. Atau si Takiyudin ni pro UG ?? Sonang Mustafa Ali nak rangka strategi nak jatuhkan Husam ??

Dalam politik, semuanya serba kemungkinan. Yang kita sedih bila parti tu dah melabelkan diri sendiri sebagai parti Islam. Itu yang kita sedih sangat. Sudahlah tidak profesional, bertambah buruk bila ada sifat tikam menikam sesama sendiri. Woi !!! lu orang memang mangkuk. Bila pemimpin-pemimpin PAS ni busy tikam menikam sesama sendiri, mana diaorang nak pedulikan rakyat. Itu yang pekerja yang kerja overtime kat MPKB tak dapat gaji. Sial !!!

Lihat contoh luar negara sebagai penanda aras

Den bising ni bukan sekadar bising sebab memang terbukti pemimpin yang pegang terlalu banyak jawatan akan menjadi tidak efisyen.

Kita nak pemegang jawatan lebih fokus dan dapat menjalankan tugas dengan lebih efisyen. Jika banyak jawatan dalam parti dan kerajaan, penumpuan individu yang memegang banyak jawatan itu akan terjejas.

Cuba kita lihat contoh yang telah dilakukan oleh Parti Keadilan Sejahtera, PKS di Indonesia. Bila Presiden pertama PKS iaitu Ir. Dr. Nurmahmudi dilantik jadi menteri dalam kabinet Indonesia, beliau letak jawatan dalam parti iaitu sebagai Presiden PKS.

Bila penggantinya iaitu Hidayat Nur Wahid dilantik menjadi Speaker MPR(serupa seperti Speaker Dewan Rakyat kat Malaysia), beliau juga letak jawatan sebagai Presiden PKS. HAMAS juga membuat polisi yang sama.

Yang cantiknya Bapak Hidayat Nur Wahid menyerahkan kuasa kepada orang muda iaitu Ir. Tiffatul Sembiring. Yang menariknya, Tiffatul Sembiring tidak mempunyai latar pendidikan agama. Sedangkan PKS bagaikan cawangan Ikhwan Muslimim di Indonesia. PKS mementingkan kualiti kepimpinan.

Bila mereka terlantik dalam jawatan kerajaan, mereka dengan rela hati lepaskan segala jawatan dalam parti hatta sebagai Presiden parti. Sebab jawatan kerajaan lebih besar dan lebih sulit dari jawatan parti. Jawatan kerajaan anda berkhidmat dengan seluruh rakyat tanpa mengira parti, bangsa dan agama. Jawatan parti anda hanya berkhidmat dengan ahli parti sahaja. Itu contoh diluar negara. Ado label Islam tak kat dahi orang PKS ?? Takdo bai. Siapa yang lebih Islamik jika dibandingkan PAS dan PKS ?? Tolong cermin muko jiko ado yang kato PAS. Tak memasal ado yang muntah dopan laptop.

Mana lebih berat, Penjawat Awam atau Penjawat Parti ??

Kerja-kerja dalam penjawat awam atau kerajaan lebih berat sebab usaha-usaha dakwah kalian lebih menyeluruh kepada rakyat. Jika dalam parti, contoh PAS, selalunya yang jadi ahli bawahan ni kira dah memang baik dah. Kira ahli syurga lah kata orang. Ada yang sesat sorang dua tu sebab nak cari perempuan solehah nak dijadikan isteri. Ni den cerita ahli bawahan yang baik dan selalu kena tipu dengan ahli atasan. Apa boleh buat. Wala' je la.

So apa point nak sedarkan atau dakwahkan ahli parti sendiri. Betul tarbiyyah tu terus berjalan. Tapi ekau jangan tamak jawatan parti bila menang jadi wakil rakyat samada ADUN atau MP. Letak jawatan dalam parti dan bagi orang lain uruskan parti. Biar diorang setelkan masalah parti dan engkau setelkan problem rakyat. Baru profesional dan terurus. Ini bukan keluar parti dan masuk UMNO bai. Karang tertalak 3 isteri lu.

Ingat, lu orang dah bai'ah. Mano nak cari cina buto. Eden juga engkorang carik jadi cino buto. Takdo RM5 juta tak sanggup den. Dahlah bini memasing montel semacam. Yelah dah suami boroi, isteri pun nak bersaing sama. Sonang ekau butokan lah mato Chua Soi Lek. Ala pakaikan dengan rayban RM10. Dah dapat kita sorang saudara baru. Dakwah bai.

MCA sebagai sempadan

Lihat apa yang terjadi dalam MCA. Ong Tee Keat dan Liow Tiong Lai masing-masing ada jawatan dalam parti dan kerajaan. Dan 2 mangkuk ni mana dah peduli dengan jawatan mereka dalam penjawat awam. 2 ekor ni memberi tumpuan yang lebih dalam menyelesaikan kemelut dalaman Parti MCA dari menjadi Menteri untuk semua rakyat Malaysia.

Cuba tanya 2 ekor ni, pukul berapa diorang masuk pejabat kementerian masing-masing ?? Dalam seminggu berapa kali 2 mangkuk ni cuba nak selesaikan masalah rakyat di kementerian masing-masing?? Siapa yang rugi ?? Rakyatlah yang rugi sebab masa 2 mangkuk ini banyak dihabiskan untuk MCA untuk selesaikan kemelut dalaman parti mereka. Chua Soi Lek hanya memegang jawatan dalam Parti maka dia tiada beban dengan rakyat Malaysia. Chua Soi Lek tidak berhutang apa-apa dengan rakyat.

Padan muko, sapo suruh undi MCA aritu bai.

Rombongan Cik Kiah melawat Putrajaya

Oklah mari kita melihat masa yang sudah berlalu. Semasa PKS menang besar di Indonesia semasa PEMILU tahun 2004, pemimpin PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS ada bikin lawatan sambil belajar ke Indonesia konon kerana kagum dengan kemenangan besar PKS di sana. Pergilah diorang jumpa dengan otai-otai PKS kat sana. Otai-otai kat sana muda remaja macam den bukan baya arwah atuk den. Jadi apa yang PAS belajar dari PKS ?? Contoh yang 2 orang Presiden PKS letak jawatan sebagai presiden parti selepas menjawat jawatan awam tidak dicontohi oleh PAS. Jadi apa yang rombongan PAS belajar semasa "lawatan sambil" belajar di Indonesia ?? Dah tentu duit rombongan ini disponsor oleh duit kutipan ceramah penceramah PAS memaki hamum UMNO.

Siapa pula yang selalu dengar ceramah maki hamum penceramah PAS ?? Sudah tentulah ahli-ahli PAS dan para penyokongnya. Wala' tu bagus tapi duit yang didermakan anda tidak dimanafaatkan semaksimum yang mungkin. Jika rombongan PAS ke Indonesia tidak belajar sesuatu yang berharga dari PKS, sudah tentulah mereka enjoy sakan dengan duit derma anda. Tak gitu.

PAS tidak belajar apa-apa pun dari PKS. Bukti terbaru adalah pelantikan Takiyuddin sebagai Deputy S/U Agong PAS. Dan ditambahparahkan bila terdengar si Takiyuddin ini juga dilantik sebagai CEO baru PMBK bagi menggantikan Ariffahmi. Betul tidak berita ni wallah hu'alam. Kalau betul memang parahlah. Selesaikan isu ini dahulu. Jangan fikir nak tambah jawatan bai.

Mari fikirkan isu 'satu kepala' pegang banyak jawatan dengan serius. Rakyat yang merasa pedih, menderita dan terseksa bila pemimpin menjadi korup bila pegang lebih dari satu jawatan. Rakyat wajib tolak polisi 'satu kepala' pegang banyak jawatan. Apa yang rakyat mahukan ialah polisi 'satu kepala' pegang hanya satu jawatan. Rakyat adalah tuan !!! Pemimpin adalah hamba suruhan rakyat. Kita adalah tuan kerana pemimpin di atas menagih undi kita rakyat. Sekali lagi. Rakyat adalah TUAN !!! Hidup ketuanan RAKYAT !!!

Friday, November 20, 2009

Syed Azidi @ Kickdefella

oleh ali :

Mmmmm. Ramai blogger pro Pakatan Rakyat amat berminat dengan krisis Syed Azidi VS Ariffahmi CEO PMBK. Banyak benda akan diulas dan akan didedahkan diblog Baganutama. Den rilek tengok situasi dan keadaan. Ado blogger dah kono main. Aduh hai. Tidak mengapalah.

Den cuma nak ulas satu perkara sahaja buat masa ni. Walau macam mana marah kita pada individu tu janganlah kita attack peribadi individu terbabit. Kita melukakan hati dia. Apatah lagi kita attack dia ni solat atau tidak solat. Tak kena bro. Itu dia dengan tuhan. Kenapa kita nak masuk campur. Siapa kita ?? Apa yang menyebabkan kasta kita naik sebagai penghukum ?? Nabi pun tidak bersifat begitu. Jadilah pendakwah bukan penghukum.

Cerita sebenar

Ada lebih 30 orang yang menyertai xpdc ke pelantar minyak cakerawala pada bulan Ogos yang lalu. Syed Azidi menyertai xpdc tersebut. Cuba tanya 30 orang atas kapal tu, adakah Syed Azidi solat atau tidak ?? 30 wartawan dan blogger yang ada di atas kapal tu masih hidup sampai ke hari ini. Saksi mengatakan Syed Azidi lah yang paling komited dengan ibadah solat. Dengan ombak yang tinggi, mabuk laut dan pelbagai rintangan lagi Syed Azidi tanpa menafikan yang lain komited terhadap rukun Islam kedua iaitu solat. Jadi macam mana kita boleh tuduh dia tidak solat ??

Solat ni bukan kecik anak punya isu bagi orang Islam. Jika tidak solat, ia disamakan sebagai individu bukan Islam. Solat adalah pembeza kita dengan orang bukan Islam. Ia pekara besar. Jika kita kata dia tidak solat, orang akan memandang dan punya persepsi buruk terhadap individu terbabit. Ia menjatuhkan integriti, kredibiliti dan juga reputasi individu terbabit. Ini tidak baik. Lagi tidak baik bila individu yang dituduh tadi rupanya seorang yang komited dengan tuhan. Lalu ia terbalik kepada kita. Kredibiliti dan reputasi kita lah yang jatuh kerana menuduh yang bukan-bukan.

Jadi kita kena hati-hati. Kita tidak kenal pun individu terbabit. Den pun tak kenal sape Syed Azidi dan Ariffahmi. Yang den kenal Hasan Ali. Hehehe. Info-info dari Kelantan kita kena Double Check. Tidak rasa pelik ke bila orang yang bagi info tidak memuatkan infonya di blog dia. Dia cuma amik info yang sudah kita muntahkan diblog kita lalu dia muatkan semula diblog dia. Ini maybe cara bekas student agama Jordan nak kurangkan sedikit dosa jika terkantoi. Ini raso hati den lah. Ulamak oh ulamak.