Showing posts with label xenan. Show all posts
Showing posts with label xenan. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Melayu BOLEH

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Sapo cakap Melayu tak pandai. Ramai Melayu di luar sana yang pandai-pandai. Pandai Matematik, pandai aeroangkasa, pandai mengurat, pandai menipu dan macam-macam lah. Kito yo yang tak nampak. Selain dari pandai menipu (berpolitik), ado juga Melayu yang pandai berniaga dan berfrancais. Xenan adalah seorang Melayu. Kalau dio mengaku Melayu lah. Ha Ha Ha. Den nampak dio kreatif dalam design dan idea francais cendawan dio menarik. Semuo dio bikin sendiri dari A sampai Z. Den raso bangga pulak jadi kawan Xenan. Kot-kot la Xenan nak mengaku den kawan.

Design Stall yang best



Ni kalau cino dio mesti lotak gambar amoi seksi tongah makan cendawan busut



Den ingat logo cendawan ni boleh dijadikan helmet. Stylo tu kalau jadi helmet

Iklan yang best


Ado sticker yang comel. Ni sticker untuk kereto kan?

Baju kuli


Xenan punya canggih siap disediokan baju khas untuk kuli. Branding dan penampilan kono jago. Imej penting sekarang ni. Persepsi customer mesti sentiaso positif terhadap bisnes kito. Kuli Xenan mesti banggo pakai baju kuli ni

Kiosk


Sekarang Xenan dah bikin kiosk. Den pun tak tahu nak bezo antara kiosk dengan stall. Macam samo jo. Ko bezo sobab bosar kocik bondo tu?

Kaveat

Den tolong promosi sobab kagum dengan usaha Xenan. Den tak dapek komisyen apo-apo pun. Mengurat adik betino Xenan? Xenan mano ado adik pompuan. Adik jantan ado la. Melayu boleh berjaya bilo berusaha. Bukan berjaya dek subsidi kerajaan. Itu tujuan sebonar den promosi. Untuk tahu lebih lanjut tentang bisnes Xenan, klik [link 1], [link 2] dan [link 3].

Tuesday, December 15, 2009

Design T-Shirt yang menjadi pilihan den!

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Dalam mendepani mehnah serta tribulasi yang dihadapi manusia, berbagai cara serta kaedah untuk manusia atau rakyat untuk menunjukkan protes. Baju adalah salah satu cara rakyat untuk menunjukkan tanda protes atau sayang kepada sesuatu. Biasanya tentang isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan manusia disekeliling mereka.

Jika seseorang itu mencintai alam sekitar dan benci kepada pembalakkan seperti penyanyi Zainal Abidin, sudah tentu dia suka memakai baju warna hijau serta baju yang memprotes pembalakkan haram. Manusia bebas memilih dan memakai baju kesukaan mereka. Baju adalah tempat manusia meluahkan rasa hati mereka. Baju amat significant dalam kehidupan manusia. Jarang manusia memakai baju yang tidak mereka sukai. Hari ini Baganutama akan berkongsi serta melobi baju T-shirt yang disukai oleh kami :)

DESIGN 1
White





DESIGN belakang




Design T- shirt di atas menjadi pilihan Baganutama. Mari sahabat-sahabat kita vote design T-shirt ini. Ada beberapa sebab mengapa Baganutama melobi T-shirt di atas. Antaranya :

1] Logo utama di baju depan T-shirt yang tertulis "Berdoa Ke Arah Perubahan PAS. Prayer For PAS Reform" berserta dengan gambar tadah tangan sedang berdoa sudah menjadi logo sticky di blog-blog otai. Logo bikinan xenan ini sudah tersebar luas dikalangan blogger. Antaranya blogger top gun yang tersenarai dalam senarai top ten dalam carta Perakex 100 Blogs seperti wartamaya dan MalaysiaWaves.

Dalam 100 blog yang tersenarai dalam carta Perakex 100 Blogs, sebahagian besar blog yang tersenarai telah menjadikan logo itu sebagai sticky di blog masing-masing. Design pilihan Baganutama patut menjadi keutamaan dalam undi anda untuk menunjukkan solidariti kita kepada blogger-blogger yang telah menjadikan logo tersebut sebagai sticky di blog masing-masing sebagai tanda bertapa seriusnya kita terhadap reform dan islah. Reform wajib berlaku dalam Parti PAS. Ini perlu demi kebaikkan Pakatan Rakyat itu sendiri.

2] Baganutama memilih warna background putih kerana putih lambang kepada "Kesucian". Dari segi sains, kaler putih pada baju melambatkan penyerapan cahaya dan haba matahari. Kaler hitam mempunyai efek mempercepatkan penyerapan haba dari matahari. Panas pakai baju kaler hitam. Ini bukan mitos. Ini sains. Takkan nak suruh Jamie Hyneman dan Adam Savage buat ujian efek kaler terhadap cahaya matahari ke atas baju dalam siri "Mythbusters". Melampau maa. Ekau sendiri boleh buat ujikaji sendiri. Bukan susah bonar pun. Hari ini pakai baju kaler putih dan esok pakai baju kaler hitam. Kemudian bandingkan. Taraaa. Mana lagi panas ?? Result di tangan anda.

Jika Malaysia terletak di kutub utara atau di benua Antartika, Baganutama pasti memilih kaler hitam sebagai kaler background. Itu sebab Allah jadikan kaler kulit Penguin hitam. Supaya penguin ni cepat menyerap haba cahaya matahari yang amat sedikit di kawasan berkutub. Kepanasan penting untuk survival penguin di tempat iklim sejuk yang melampau. Jadi kepada sesiapa yang vote kaler hitam, lu selupa Penguin di tengah padang pasir maa. Ha Ha Ha.



3] Pilih design yang benar-benar memberi impact kepada pimpinan PAS. Supaya mereka terasa dengan kehadiran kuasa rakyat. Beri mereka gerun dengan kuasa rakyat. Kali ini kita protes bukan main-main. Pimpinan PAS yang main-main dengan kita. Kertas siasatan yang dibuka oleh JawatanKuasa Displin yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man masih senyap dan sunyi sepi. Takut betul dia dengan Hasan Ali.

Pilih lah logo yang berlatarkan orang berdoa. Ia adalah logo yang menjadi pilihan Baganutama. Jangan main-main dengan kuasa doa rakyat. Jika TG Nik Aziz boleh doa supaya Najib pecah perut dalam isu royalti minyak Kelantan, kenapa tidak untuk mereka-mereka yang berunding secara gelap dengan UMNO ?? Mereka-mereka inilah yang akan menghancurkan PAS dan Pakatan Rakyat. Malah boleh menyebabkan PAS kehilangan negeri Kelantan dalam Pru ke-13 nanti.

4] Untuk point ini, den mencadangkan kepada xenan supaya menambah logo ini samada di lengan atau di belakang T-shirt yang menjadi pilihan Baganutama. Ini logo yang dimaksudkan :



Logo ini sesuai digandingkan dengan logo yang direkacipta oleh xenan. Logo ini adalah rekaan blogger IkutSukaAku dan motto "Desak EGM selamatkan PAS, Setiap ahli layak mengundi" adalah ciptaan blogger Zainulfaqar. Logo ini juga favourite yang disticky oleh ramai blogger yang menyokong reform dalam Parti PAS.

Logo ini bagi pandangan den sesuai di kedua-dua belah lengan T-shirt. Jika dibelakang T-shirt, ia bersesuaian di bawah logo PAS REFORM yang ada tanda right macam lambang Nike tu.

Jika mahu islah atau reform dalam PAS, dapat atau tidak kita memerlukan EGM dalam rangka membuang pimpinan PAS yang terang-terang bersalah kerana berunding secara gelap dengan UMNO. Ini bagi memperbetulkan kembali persepsi publik kepada PAS. Jika tidak, ia tidak akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada PAS lalu menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

"Apa guna REFORM jika masih mengekalkan pimpinan PAS yang KORUP !!! "

Itu sebab kita perlukan logo ciptaan blogger IkutSukaAku pada T-shirt tersebut. Manakala pada motto logo tersebut, selain EGM, kita juga perlukan perubahan supaya ahli-ahli PAS yang tidak mempunyai jawatan dalam parti tidak kira samada di kawasan atau di cawangan boleh mengundi pimpinan pilihan mereka. Selain mengelak politik wang seperti UMNO, undian yang diambil adalah solid keasliannya. Biasanya ketua cawangan atau kawasan kadangkala boleh terpengaruh dengan lobi pihak-pihak tertentu lalu mengundi tidak mengikut kehendak ahli-ahli di peringkat cawangan atau kawasan. Untuk lebih adil, biar semua ahli boleh mengundi.

Jika UMNO dan PKR boleh berubah untuk membiarkan kesemua ahlinya mengundi pimpinan yang dimahukan mereka, kenapa PAS tidak boleh ?? Demi kebaikkan dan bagi mengelakkan fitnah "Rumah dah siap, tapi pahat masih berbunyi-bunyi", tolonglah berubah.

Dan bagi kita rakyat, untuk memangkinkan perubahan atau reform ini, mari kita pilih design T-shirt pilihan Baganutama berserta dengan cadangan tambahan logo blogger IkutSukaAku di lengan baju atau di belakang T-shirt. Untuk undian, sahabat-sahabat boleh klik kat banner baju di sebelah kanan atas blog ini atau terus ke blog xenan.

Mari kita tunjuk kepada pemimpin yang ego serta keras kepala mengenal kuasa rakyat. Mari kita ajar mereka yang kurang ajar apa itu kuasa rakyat. Tunjukkan dengan membeli serta memakai T-shirt yang betul bagi memberi mereka tekanan. Ingat, rakyat adalah tuan dan pemimpin adalah kuli kepada rakyat. Itu hak rakyat dalam demokrasi . Jangan nafikan hak itu. Gunakan hak anda itu dengan sebaik-baiknya. Tunjukkan POWER rakyat !!!

* Ini den promosi serta melobi tanpa komisyen. Jangan salah faham ya. Den tak termasuk dalam projek ini. Den cuma menyokong projek ini dengan harapan nanti diorang bagi den T-shirt free. Ha Ha Ha.

Saturday, December 5, 2009

GST - Part 3

Previously on Part 1 & Part 2

oleh xenan :

1. Kerajaan Najib menjanjikan GST utk barangan asas seperti beras, gula dan lain2 mungkin akan dilepaskan.Sedih betul wa PM kita ni ckp mcm org bodo. Process perniagaan dan pembekalan penuh dengan indirect cost.Mcm mana die nak clarify cost2 nih dgn GST dia??

2. Ambik contoh beras la.Ni ikut pekiraan wa yg ngong.Kalau salah betulkan lah sbb takat nih wa tak jumpa news tentang confirmation jenis2 barangan atau perkhidmatan yg dikenakan GST.

Petani
|
Kilang Beras(Ada GST?)
|
Pembungkusan/pembekal pembungkusan(Ada GST?)
|
Perkhidmatan Penghantaran lori pd pengedar(Ada GST?)
|
Pengedar kepada peruncit(Ada GST?)
|
Peruncit pada Pembeli(baru mungkin tiada GST)

3. Mengatakan beras tidak naik harga adalah sgt tak logik di bawah GST.Ini kerana terlampau banyak indirect cost yg mungkin juga akan dikenakan GST.

4. Sgt lah susah untuk memantau segala barangan ni pada setiap peringkat perniagaan.Cthnya perkhidmatan lori tak mungkin hanya mengangkat beras sahaja pada satu masa.Adakah perkhidmatan nya itu dikenakan GST atau tidak?

5. Tambahan lagi kos yg ditangong oleh syarikat2 untuk meguruskan akaun GST diorg.Lu ingat kat sapa yg akan dibebankan dgn kos tambahan ni?? kompon le kat kita semua sbg pembeli.

6. Dengan kadar pendapatan di malaysia yg rendah berbanding dgn harga barang..serius berbaloi kalau kita turun demo sama2 menentang GST!

*Demo ?? Den sokong 200%. Mari turun demo demi rakyat !!!

Friday, December 4, 2009

Politik "Common Sense"

oleh xenan :

Politik "Common Sense"

Bagi wa, ubat penyakit politik persepsi ialah politik "common sense". "Common sense" ialah sifat yg dimiliki oleh manusia tak kira lu bangsa atau agama apa. "Commen sense" lebih menghampiri fakta daripada persepsi yang selalu bias.Makna kata, persepsi ialah sub domain kepada "Commen Sense".

At least ia mampu membuat majoriti rakyat malaysia yg menerima pendidikan dan pengalaman hidup yg hampir sama menilai persepsi dgn mengaitkan fakta dan membuat kesimpulan yg sama.Wa kasi sikit contoh :-

Contoh 1 : Menilai Prestasi Najib Sebagai PM

1. Malaysia has lost edge as low-cost producer, says World Bank
-Komen dr Wenger J Khiry
2. Rasuah: Kedudukan M'sia merosot lagi- malaysiakini

Common Sense : wa (wa rase kebanyakan rakyat malaysia juga) mengatakan Najib n team tidak lah berkebolehan mana dalam mengendalikan ekonomi malaysia. Seoptimist mana pon semua org, hakikatnya imej malaysia makin merundum dan mampu membawa kepada kehilangan pelabur asing. Malah di saat ekonomi serantau makin pulih, ekonomi malaysia terus merundum.

Sbb terbesar najib(UMNO) mungkin kalah pada PRU13 adala faktor ekonomi, bukan politik.

Contoh 2 : Menilai Prestasi TGHA Sebagai Presiden PAS

1. Gagal Menang Di Terengganu(PRU08) dikala Tsunami Politik melanda.
2. Gagal Membawa Penyelesaian Kepada "SEMUA" Isu Dalaman PAS Setakat Ini.

Common Sense : Wa harap tdr pulak org pertikai fakta di atas dgn alasan2. Bagi wa, gagal adalah gagal tak kira lu ulamak atau penjaga toilet.TGHA telah dibuktikan GAGAL oleh rentetan peristiwa yg kini telah menjadi fakta sejarah.

Tak perlu pelik dan pening kepala memikirkan kenapa sokongan pada PAS berkurangan kalau PAS masih mengekalkan Presiden yg GAGAL.

Contoh 3 : Menilai Prestasi TGNA Sebagai MB Kelantan

1. Mengekalkan Kemenangan Pada Kelantan Hampir 19 Tahun
2. Memiliki Menantu Yang Berjawatan Tinggi Dalam Kerajaan kelantan

Common Sense : TGNA mmg berhak dipuji dan dihormati atas prestasi dia.Namun sejarah pernah mencatatkan Pak Lah tumbang kerana menantu yang berjawatan tinggi.Wa harap menantu TGNA boleh ambik pengajaran dan undur diri sebelom imej TGNA boleh terus jatuh.

Ini bukan masalah menantu dia jahat ke, pernah buat salah ke atau apa2 pon.Tapi hanyalah "common sense".

Tak larat nak ulas Anwar, LGE dan lain2 lagi.Cuma wa harap lebih ramai penyokong dan pimpinan PR berpikir dan menilai dgn "Common Sense" daripada berpikir hanya dengan "persepsi".

>Perception divide, common sense unite<

*Wa ckp pakai common sense sbb cina/india/bkn islam pon layak mengundi.Persamaan antara kita ngn diorg hanya common sense. Btw, bagi wa pemimpin adalah pekerja rakyat.Kalau die tak mampu nak lihat dr mata pengundi..wa silakan dia bersara jer la.

Pasal post mortem..tayah la sembang.Setakat ini "SEMUA" isu dlmn PAS tak diselesaikan.Lagi nak cerita pasal post mortem? Mengaku jer la budaya "Post Mortem" tak wujud dlm PAS dan sila berubah.

GST : Hadiah Najib Untuk Rakyat 1Malaysia

oleh xenan :

1. Sempena beberapa hari lagi menjelang 2010, wa suke nak mengingatkan tentang hadiah tahun baru najib pada kita.

2. Bermula 2011, GST(Good & services tax) insyallah akan dijalankan di Malaysia.Wa tak bape fimiliar dgn GST ni..cuma selalu ecounter dgn istilah ni bila berurusan dgn customer UK jek.Wa paham sikit2 jer la.


Beza dgn service tax sekarang yang wujud sekarang ni, GST dikenakan di setiap peringkat perniagaan.

3. Berita Baik Kepada Kerajaan - Kerajaan dpt mengenakan tax dgn lebih effective dan tanpa lopong2.

4. Berita Buruk Pada Rakyat - Mcm mana pusing2 pon..kita akan mendapati tax ini akan mendorong kepada kenaikan harga pada semua barang.

5. Duit ini mungkin(?) dapat mencover kehilangan wang kerajaan dlm projek2 yg gagal ie: PKFZ dgn andaian tiada juga penyelewangan berlaku dlm perlaksanaan GST.Kita juga akan mendapati GST berkemungkinan melencong..seperti yg biasa berlaku pada setiap xtvt kerajaan setakat ini.

6. Kerajaan boleh memilih utk lebih telus dlm semua transaksi kerajaan untuk mengelak kan kehilangan wang.Malangnya, seperti biasa, rakyat yg dibebankan.Sgt horror bila memikirkan kita dipaksa membayar lebih utk projek2 yg gagal.

7. Nak sentuh tentang service tax dok ada sekarang ni, setahu saya masa makan kat restoran (nilai tahunan lebih RM 3juta), kenalah bayar service tax 5%. Tapi hak barang yang dibeli untuk running restoran tu kalau kena cukai (macam beli pinggan mangkuk)pengusaha restoran kena tanggung sendiri. Tapi melalui bacaan saya, bawah GST karang, depa pun ada nilai tahunan....(tapi tak tahu berapa kerajaan nak letak) dan cukai yang kena kat pinggan mangkuk tu boleh dituntut balik dari kerajaan. Kalau macam tu,you think cost makanan akan turun ke? Dan restoran yang kena caj GST pun pada kadar 4% berbanding 5% sekarang.Patutlah seluruh dunia dah adopt lama dah! * Tak seluruh dunia adopt la. Kat asean ni singapore jek buat.

8. Prob disini nilai gaji n wang kita dikatakan tak setimpal dgn harga product n services.Dikhuatiri berlaku inflasi lah.

9. Kerajaan boleh mencuba channel lain seperti had kan AP, Open tender dan sbg nya utk kurangkan ketirisan wang. Malang kenapa rakyat yg menjadi target untuk meningkatkan revenue?

10. Terima kasih kepada pengundi UMNO di atas jasa baik anda menyusahkan hidup kita semua. * Terima kasih tidak terhingga juga kepada Hasan Ali, Harun Taib, Mustafa Ali, Nasa Mat Isa dan kesemua Team Kerajaan Perpaduang dalam Parti PAS.

Sunday, October 25, 2009

Kempen Mari Berdoa Untuk Perubahan PAS

Oleh : Xenan

Memula mmg wa nak wat logo garang2.Tapi wa tak sampai hati le bro.Logo ni suara hati wa.Kalau lu org rase ni suara hati lu gak, amik n pamirkan kat blog lu.



Wa tak pandai nak karang doa yg sesuai.Mintak tolong kenkawan karang doa.Moga2 pimpinan PAS lembut hati dan mendengar suara hati kita.Amin.

Utk letak kat widget korg...copy code kat bawah ni

Thursday, October 22, 2009

Wujud Dewan Penyokong mampu ubah dasar PAS?

Oleh : xenan

Jawatankuasa teknikal ini telah mengadakan pertemuan di Kedah bulan lepas – dengan penyertaan anggota Majlis Syura Ulama – bagi membincangkan isu tersebut tetapi majoriti tidak bersetuju menaikkan taraf KPP sebagai dewan.

Ahli-ahli bukan Islam, jika diberikan kuasa sebagai dewan, dibimbangi akan mendesak PAS untuk mengubah dasar-dasar parti.

Bagaimanapun jawatankuasa teknikal itu bersetuju memperkasakan KPP tetapi masih lagi dikawal selia di peringkat jawatankuasa pusat PAS, bukannya sebagai sayap parti.



Wa baca 2,3 kali artikel ni.Ruper2 nye ni lah jawapan kepada punca sampai sekarang Dewan Penyokong PAS masih tidak diluluskan.

Wa cuma mampu tersengeh jer la dgn "ketakutan" pimpinan PAS terhadap keinginan non muslim utk bernaung di bawah PAS. Teringin wa nak ckp kat non muslim ni, tayah join la...awal2 diorg dah suspek bukan2 ngn korang.Nak join ape lagi?Org dah tak sudi, ape lu nak lagi.

Anggap la wa ni naive dan tak terpikir pon KPP ni logiknya berpihak kepada "siapa" dlm PAS. Jadi mari kita kaji ape asas nya "ketakutan" ni.

Pertama: Siapa non muslim yg join KPP ni?
Diorg ni org non muslim yg percaya kepada sikap bersih PAS n slogan PAS FOR ALL.Dah tentu diorg tahu yg PAS ialah Parti Islah dan sampai kiamat pon akan besifat Islamik. Kalau diorg tatau..ape ke gile nyer diorg nak join DPP?dah serupe khianat agama diorg tuh.

Kedua : Adekah DPP mampu mendesak untuk mengubah dasar2 PAS?
Ni karut tak hingat ketakutan bodoh dan mencerminkan kebodohan org yg berpkiran camni.Ni serupa sama ngn sesetengah ostad yg tak kasi baca bible sbb takut termasuk kristian.Sama la ngn cerita2 minum holy water leh mengubah iman lu dlm sekelip mata.Selalu ni cerita dr ostad2 berjiwa melayu ni.

Kalau yer pon...ape dasar PAS yg DPP nak mintak ubah tu?Dasar negara Islam?Cube check bebetul perlembagaan PAS yg boleh diubah oleh DPP.Ade ke?Kalau nak undi pon tak cukup vote maa.Yg lu org takut sgt ni apehal?Gila apo?

Ketiga : Islamik kah keahlian PAS dibuka kepada non muslim?
Persoalanan ni bagi wa serupa tanya, islamik kah kita mempunyai rakyat non muslim di dalam satu negara muslim?
Atau pon mmg bagi PAS, kalau nak mendirikan negara Islam, semua non muslim wajib di halau dari negara?

Bagi persoalanan ni, wa tertarik ngn Ikhwanul Muslimin Mesir yg ade cabang party politik dan menerima pulak ahli bukan islam utk join party diorg.Kalu ikut pemikiran PAS, abes la tergoncang dasar IM mcm ni.Runtuh la iman org IM mesir.hehehe.

Apa2 hal pon...isu ni akan terletak mutlak di tangan pimpinan PAS. Maka menjerit2 dan meraung2 la ahli2 bawahan n blogger2 PAS mintak di segerakan isu ni.

Harap2 jerit2 korg ni tak jd mcm anjing menyalak bukit!

Thursday, October 15, 2009

Mari belajar dari Isa Samad

oleh xenan :

Wa bukan nak soh blaja cara2 rasuah n main kabel dr Isa Samad.

Cuma wa terkilan bila ada org PR ckp rakyat bagan pinang bodoh kerana pilih Isa Samad.

Salah satu keistimewaan n faktor terbesar kemenangan Isa Samad ialah hubungan Public Relation dengan rakyat Bagan Pinang.Die mmg terkenal ngn ramah tamah, down-to-earth n sgt senang berurusan ngn die.Hubungan ni bukan start semenjak PRK baru2 ni jek,tapi dari dulu lagi.Segala urusan mintak surat sokongan, sain menyain atas ape2 jek urusan, segala nyer mudah dgn Isa Samad.

Dulu,wa sendiri pernah berurusan ngn pejabat die masa wat program belia di teluk kemang n wa kasi A++ kat kerjasama die.

Ini pendapat peribadi wa dr pemerhatian terhad gua pd Isa Samad n UMNO PD

Wa nak tanyer pada Pas PD,Pas N9 n pada PAS yg kwsn nyer tak menang pilihanraya.

Pernah ke kalau rakyat susah pergi carik lu org?Ape jasa lu org pada komuniti setempat?

Tader duit n tiada kuasa bukan alasan.Paling busuk lu g tolong registerkan org miskin byk2 kat jabatan kebajikan masyarakat pon dah cukup.Tolong uruskan tuntutan elaun org kampung pon dah ok.Ini cth cara kerje org2 DAP kalau kwsn tuh die tak menang.

Asal tak wat?Sbb bende2 ni tak membantu menang pilihanraya?

Ker nak kne isu ade publisiti cam broga n babi bkt pelanduk baru nak bising?

Camner lu expect org nak undi lu kalau masalah rakyat lu tak pernah tolong usaha.Kasi setel ini dulu la.Lagi mau pangil org kampung bodoh ke?

Ni la hubungan simbiosis antara Isa Samad n Org PD.

Rakyat bukan bijak sgt bai.Die tahu isa samad leh tolong die bab hal2 kehidupan sekeliling die jek.Public Service maa..

Lu boleh jerit2 Isa Samad rasuah,tapi nak lawan public service die baik lu senyap.

Mau marah rakyat lagi ke??

Update:Komen Terbaik Dari Nik Aziz

“Kalau mereka memilih BN dengan kehendak hati sendiri, saya tidak boleh buat apa. Tetapi hak yang 2,000 lagi yang mengundi PAS itu saya harap biar ia jadi benih yang cukup bernas untuk menyebarkan Islam di masa depan,” -Tok Guru Nik Aziz...