Showing posts with label izi. Show all posts
Showing posts with label izi. Show all posts

Sunday, January 3, 2010

Krisis kerajaan PAS Kelantan berpunca dari BALAK

oleh izi :

Pokok pangkal semua isu-isu kat kelantan ni cuma satu. BALAK!

Berpuak kerana Balak

Bila satu puak tak dapat balak sebab Husam tolak mentah-mentah, sakit jiwalah depa. Mulalah kerja-kerja cucuk jarum bermula. Sampailah kat Nik Abduh. Semua kes sebab tak dapat balak.

Sampai dituduh Husam curi balak. Tapi dah lama sebenarnya Husam tak nak jaga hal ehwal balak dah. Yang terlibat geng-geng Nik abduh mcm Taki etc. Tu yang dapat Ellyson sejibik tu. Anugerah dari Taki kiranya. Taki pun sekarang dah jual rumah kat DUN dia . Dah jarang benor jengok kawasan. Makhluk macam ni nak simpan lagi ke? Husam yang sibuk tu pun jaga jugak kawasan dia, pengundi-pengundi dia.

Kuda Nik Abduh berada di kandangnya

Jeles sebab popular

Pastu dek kerana Husam ni ala-ala fofular gitu sebab idea-ide dia cerdik dan kerja-kerja dia bagus, ada la pulak yang rasa terancam. Takut tak dapat jadi TPM. Hahahahaa. Makin menjadilah fitnah kat manusia bernama husam ni.

Bila semua citer-citer fitnah ni dah jadi cerita dalam kelambu, abih la sesetengah kaum hawa dalam famili TG rasa bengang teramat pada husam sebab ala-ala dah mencoit kaum-kaum adam kesayangan depa. Takkan la nak kata suami atau anak sendiri tak elok kan. Anak-anak Tok Guru wooo . Jangan memain beb!

Maka keluarlah dialog-dialog panas dan geram seperti dibawah ini:

"Dulu husam bunuh Nik Abduh... ni bunuh Ariffahmi pulak... jahat sungguh Husam nih..."

Sekarang kita tunggu dan lihatlah rencana dan drama permainan keluarga TG.

Pada aku senang. Selagi husam tak buat dosa besar, tak buat onar menjahanamkan rakyat, aku ok je. Lantak dia la kalau dia kawin 4 pun asalkan tak mendatangkan susah pada rakyat. Selagi dia pandai kerja berkhidmat untuk rakyat, selagi itu aku boleh terima. Kalau dah buat tak senonoh, aku pun tak sokong.

Dan yang paling penting, kena kerja setiap masa la . Bukan time nak PRK atau PRU je.

Biar PAS Melingkup

Apa pun, PRU13 nanti aku harap PAS kalah teruk. Bukan sebab aku benci atau tak sayang PAS, tapi sebab aku sayang sangat kat PAS la aku harap PAS kalah. Aku nak PAS sedar. Ehhh pemimpin-pemimpin dalam PAS sedar yang depa tu bukan apa sangat kalau bukan sebab rakyat.

Kalau ditakdirkan PAS menang jugak macam PRU12, pada aku itulah ujian dan dugaan (atau mungkin bala?) paling besar Allah nak beri pada parti ni.

Apa la nak jadi. -mno memang dah sah-sah tak boleh selamat lagi. Sampai naik muak aku dengan kelaku depa. Ini bila kita nak selamatkan diri dari jadi macam Umno, PAS pulak melenting-lenting macam cacing kepanasan.

Haloooo .. wake up!! Dah lama sangat mimpi-mimpi indah tu.

Friday, November 27, 2009

Teguran suciku kepada PAS - Part 2

oleh izi :

Previously on Teguran suciku kepada PAS

Pemimpin tertinggi boleh berusaha ke Kelantan jumpa TGNA untuk 'nasihatkan' agar 'nasihatkan' menantu dia lepaskan jawatan sebab dah timbulkan fitnah pada kerajaan negeri, parti dan TGNA sendiri. Dalam degil-degil TGNA tu dengar jugak nasihat depa(Hadi, Harun Din). Tapi pemimpin-pemimpin tinggi tu tak ternasihat diri sendiri ke? Kes kat Selangor dan 3,4 kerat orang kat Pas Pusat yang dah timbulkan seribu satu fitnah buat PAS tapi masih lagi dibiarkan bermaharajalela. Tunggu jawatankuasa disiplin selesai? Bila? Macam takde apa je. Arang dah muak. Ahli-ahli bawahan dah kecewa banyak. Depa perabih buat parti tapi parti tak pedulikan pandangan depa.

Memandangkan aku anak jati Selangor, aku prihatin sungguh keadaan negeri aku ni. Aku baca dalam blog si sms tu. Rupanya Pas Selangor sudah luluskan nak beli bangunan. Banyak duit?? Kenapa tak guna duit tu untuk kebajikan ahli-ahli Pas kat pelusuk kampung-kampung di Selangor untuk mantapkan ekonomi mereka? Kemudian, bukan sedikit ahli Pas di kawasan-kawasan bandar yang merempat jugak. Pergi je la jenguk kat flat-flat di desa Mentari dan flat-flat yang sewaktu dengannya.

Kes sosial .. apa PAS buat? Apa tindakan Muslimat PAS pulak untuk mendekati wanita-wanita dan pemudi-pemudi di Selangor? Apa dakwah PAS pada orang-orang bukan Islam?

Aku marah sebab aku perhati, orang-orang bawah PAS yang berusaha berdakwah dan amik hati orang bukan Islam untuk mereka faham Islam dan hormat Islam. Tapi pemimpin atasan buat cekadak. Sakit hati sungguh!!

Itu PAS. Belum PKR lagi. Lagi sakit hati. Commitment zero!! Asal ada meeting je selalu sangat tak datang. Memanjang busy. Padahal meeting untuk selesaikan masalah rakyat dan memperkukuhkan PR. Elok pulak DAP yang dikutuk kafir laknat tu tawadduk nak selesaikan masalah rakyat. Rajin buat kerja.

Kalau PAS selangor dan PAS pusat terus-terusan macam ni, bukan setakat habis di selangor, tapi kemungkinan besar Kelantan sama. TGNA pun dah disabotaj orang-orang PAS sendiri. Jadi apa nak diharapkan dengan PAS lagi bila dah ada pemimpin-pemimpin yang lagha kenyang dengan harta. Sebijik amno!!!

Aku benci amno .. tapi aku meluat dengan PAS yang tak tunjuk inisiatif untuk berubah serta tak tunjuk inisiatif untuk tidak menjadi seperti amno.

* Kanda Izi, jom sertai kami di Baganutama. Boleh berikan email kanda? Sebab nak jemput kanda secara VVIP untuk menjadi warga Baganutama. Jika boleh, tulis email tu kat ruang komen, untuk memaklumkan saya. Sebab saya dengan rendah diri tidak tahu bagaimana cara untuk saya menghubungi kanda izi. Tulisan kanda amat berharga. Penuh dengan info serta kritis. Gaya menulis kanda juga lebih matang dari saya. Mari kanda sertai kami. Mari kita sama-sama menulis di Baganutama untuk negara :)

Thursday, November 26, 2009

Teguran suciku kepada PAS

oleh izi :

Kutuk dengan kritik pun tak boleh beza ke? Kalau dah memang betul ada yang tak betul kenalah tegur. Takan nak dibiarkan. Tegur sebab sayang. Kalau tak sayang, lantaklah PAS nak lingkup jadi apa pun. Sebab sayanglah sekarang, nak dipastikan PAS tak ikut jejak langkah amno yang dah teruk korup tu. Cerita pasal amno orang dah tak heran sebab dah berzaman citer yang sama dan tak berubah-ubah. Orang dah tau amno tu apa.

Tapi PAS, parti Islam yang memperjuangkan Quran dan Sunnah. Jadi kalau perjalanan PAS tak ikut atau ada tanda2 tersasar dari landasan perjuangan, nak dibiarkan je? Biar merudum tergolek. Masa tu nak cakap apa dah? Menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan kepercayaan rakyat pada PAS. Orang undi PAS sebab tengok PAS lebih baik dari amno. Sebab yakin PAS adil, saksama, tak rasuah, cekap etc. Tapi kalau dah lebih kurang amno je .. apa kes??

PAS asyik sibuk beli bangunan untuk kegunaan pemimpin sendiri tapi takde inisiatif untuk membangunkan ekonomi ahli yang rata-rata berhabis duit untuk PAS. Koperasi yang ada pun tak berkembang. Padahal jika diuruskan dengan betul, banyak manfaatnya pada ahli, terutamanya yang miskin di luar bandar. Pusat perubatan pun ada secoet. Takde perancangan nak kembangkan? Ramai profesional dalam PAS, bukan sedikit. Gunakan mereka untuk membuktikan pada rakyat yang PAS boleh tadbir ekonomi etc.

Disebabkan teguran ahli, rakyat tak dipedulikanlah, blog terpaksa digunakan. Kalau itupun nak salahkan blogger, tak tau nak cakap apa. Bermimpilah di awan-awangan sampai habis PRU13 nanti.

Diambil dari komen membina disini.