Showing posts with label malaysian bloggers. Show all posts
Showing posts with label malaysian bloggers. Show all posts

Thursday, November 26, 2009

Teguran suciku kepada PAS

oleh izi :

Kutuk dengan kritik pun tak boleh beza ke? Kalau dah memang betul ada yang tak betul kenalah tegur. Takan nak dibiarkan. Tegur sebab sayang. Kalau tak sayang, lantaklah PAS nak lingkup jadi apa pun. Sebab sayanglah sekarang, nak dipastikan PAS tak ikut jejak langkah amno yang dah teruk korup tu. Cerita pasal amno orang dah tak heran sebab dah berzaman citer yang sama dan tak berubah-ubah. Orang dah tau amno tu apa.

Tapi PAS, parti Islam yang memperjuangkan Quran dan Sunnah. Jadi kalau perjalanan PAS tak ikut atau ada tanda2 tersasar dari landasan perjuangan, nak dibiarkan je? Biar merudum tergolek. Masa tu nak cakap apa dah? Menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan kepercayaan rakyat pada PAS. Orang undi PAS sebab tengok PAS lebih baik dari amno. Sebab yakin PAS adil, saksama, tak rasuah, cekap etc. Tapi kalau dah lebih kurang amno je .. apa kes??

PAS asyik sibuk beli bangunan untuk kegunaan pemimpin sendiri tapi takde inisiatif untuk membangunkan ekonomi ahli yang rata-rata berhabis duit untuk PAS. Koperasi yang ada pun tak berkembang. Padahal jika diuruskan dengan betul, banyak manfaatnya pada ahli, terutamanya yang miskin di luar bandar. Pusat perubatan pun ada secoet. Takde perancangan nak kembangkan? Ramai profesional dalam PAS, bukan sedikit. Gunakan mereka untuk membuktikan pada rakyat yang PAS boleh tadbir ekonomi etc.

Disebabkan teguran ahli, rakyat tak dipedulikanlah, blog terpaksa digunakan. Kalau itupun nak salahkan blogger, tak tau nak cakap apa. Bermimpilah di awan-awangan sampai habis PRU13 nanti.

Diambil dari komen membina disini.

Saturday, October 10, 2009

Terkini dari Gaban : Malaysian Bloggers di Sidang Media Pakatan , Jumaat 9 Okt 2009

oleh ali :

Malaysian Bloggers Backbone.

Mula-mula kita lihat Press Confrence.

Huiyoo, macam cino.

Seriusnya, ni mesti mengumpat Hasan Ali.Ha ha ha.

Masa yang dinantikan telah tiba. Perkenalkan Wak Albanjari.

Cayalah pakaq. Inilah bakal Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Perghh, ado gayolah abang Topeng Perak.

This is my hero , Uncle Zorro.

Sebenarnya, ramai lagi bloggers yang kelihatan dan tidak kelihatan. Semuanya adalah pewira rakyat. Anda adalah inspirasi kami. Terima kasih kerana sudi ke Bagan Pinang. Maafkan kami kerana tidak mampu melayan Malaysian Bloggers seadanya. Ampunkan kami. Jasa baik dan budi anda akan kami kenang sehingga akhirat. Kamilah saksi mata anda di Padang Mahsyar nanti, insya Allah.

Ada gambar Sya-reformis ni, tapi seganlah nak upload. Nanti peedee utama jeles.Hahaha.Sebelum majlis sidang akhbar berlangsung, Tuan Guru Nik Aziz telah mencemar duli di Markaz Induk. Gambar beliau tidak dapat dirakam kerana kamera masih berada pada tangan bekas ketua Puteri Umno. Apa nak dikato. Sabar yolah jang.