Wednesday, May 5, 2010

Kickdefella

oleh ali :

Bhai,

Nape ko tak prnh ulas isu kickdefella? Cite la bro bab rm4 juta dan GMC. Takkan kemut bro - Nik Abduh

Saudara Nik Abduh,

Pertamonyo namo den bukan lobai. Den ali la mangkuk. Ekau ni anak TG Nik Aziz yang membazir beribu hengget semato-mato boli nombor plat 'PAS 17' tu ko? Sukati la. Den taknak campur urusan ekau jiko ekau boli dengan duit sendiri. Cumo membazir tu kan amalan setan. Apo bapak kau tak ponah ajar pasal membazir ko? Ko ekau ni jobo tak mendongar kato? Ekau sodokah duit tu kek bebudak Unit Amal yang bolum nikah suruh diaorang nikah lagi bagus.

Jasa-jasa Kick

Ha Ha Ha. Ok la. Pasal Kickdefella ni, terus torang den kenal dio melalui blog dio. Tak ponah jumpo, apotah laie bercakap dalam telefon. Den folo blog dio sojak tahun 2007 sampai sekarang. Den hormat dan respek dio. Malah den nak mencadangkan kepado kerajaan Kelantan supaya mencadangkan kepada Baginda Sultan Kelantan mengurniakan Darjah kebesaran seperti pangkat Dato' atau Tan Sri kepado dio. Kalau saudara Nik Abduh folo blog dio sojak tahun 2007, secara jujurnya kito akan bersependapat bahawo Kickdefella berusaha keras menjahanamkan UMNO dengan menyerang bertubi-tubi Pak Lah. Maso tahun 2007 tu, blog Kick cakap omputih. Kono pakai kamus bai kalau nak paham. Nik Abduh, ekau boleh cakap omputih tak?

Ketika itu Kick telah berjaya mengumpulkan ramai bloggers bersatu dibawah payung menyerang Pak Lah. Dan kebanyakkan bloggers yang dikumpulkan tu pula adalah dari UMNO seperti Zahrain Sang Kelambai, Dato' Ron, Kadir Jasin dan ramai lagi. Yang lobih polik, Kickdefella sendiri ahli UMNO. Ha Ha Ha. Bloggers UMNO ketika itu melabelkan Kick sebagai budak Husam. Budak Husam? Yang tu den setuju. Dalam blog Kick, Kick membayangkan bahawa dio dan Husam bagaikan isi dan kuku.

Anti hipokrit

Saudara Nik Abduh, kalau nak dibandingkan antara jasa-jasa Kick dengan apo yang terjadi semenjak duo menjak, berat lagi jaso-jaso Kick kepado Pakatan Rakyat dalam menghancurkan gomen Pak Lah. Satu yang den belajar dengan Kick ialah hidup jangan hipokrit. Blogger Pemburu Syahid pernah siarkan gambar Kick dengan pompuan sebagai counter kerana Kick menyiarkan gambar Ariffahmi menantu TG Nik Aziz dengan seorang amoi. Ketawo den dengan kebodohan blogger Pemburu Syahid. Kick siarkan gambar Ariffahmi dengan amoi tu kerana sikap hipokrit si Arip tu. Ariffahmi di Malaysia menolak bergambar dengan mano-mano betino. Tibo kek China, dio pulak terhegeh-hegeh nak bergambar dengan amoi. Mangkuk tu bersikap hipokrit. Kickdefella tidak hipokrit. Memang dio sebelum ni selalu tangkap gambar dengan betino. Bingailah adik ipar ekau ni Nik Abduh. Blogger Pemburu Syahid pula telah syahid dalam dunio blogging semenjak dari itu. Namo blog anti hipokrit (anti munafik) tapi menyokong kemunafikkan Ariffahmi. Agak eh itu la sobab ekau copek syahid dalam dunio blog.

Aduka sebagai teladan

Dalam hidup ni Nik Abduh, ado ketiko kito kek atas. Ado ketiko kito kek bawah. Manusio ni tak sempurno. Macam tu lah jugak dengan Kick ni. Walauapopun den akan cubo sedayo upayo menilai seseorang itu dengan adil. Kick bukan setahun duo hidup atas bumi ni. Jangan disebabkan kesalahan dio yang sedikit ini kito menilai dio sebagai penjenayah. Samo macam gak Aduka, kesalahan dio terkasar dengan rajo dan kesilapan dio dalam menilai isteri dan sahabat nabi menjadikan kito melabelkan dio itu dan ini. Sedangkan jasa-jasa dio dalam menyerang UMNO sejak dio mulo berblog kito lupokan begitu sahaja. Nak diikutkan, jasa Aduka dalam melawan UMNO sangat bosa berbanding dengan Herman Samsudin dalam alam internet. Si Herman ni pulak hanya tahu nak memalukan Aduka semaso dio tersopit sedangkan Herman tahu Aduka ni kaki lawan UMNO. Mangkuk tak si Herman tu? Herman ni lah bersungguh-sungguh nak gambar Aduka sampai mintak kek fb den. Apo sobab dio mintak kalau hanya berniat mahu memalukan Aduka. Tak dapek gambar sebona Aduka, amik gambar tah sesapo dan claim dio sebagai Aduka. Kau ni memang hampeh la Herman. Satu yang den puji pasal si Herman ni ialah sikap dio yang tak ponah putus asa nak memalukan orang yang dio bonci macam Aduka, Pakaq dan Ostad Wanji.

Hanief lagi bagus dari Kick

Den naik saksi menyatakan bahawa Kick berjaso dalam menjatuhkan Pak Lah dalam Pru 2008 yang lalu. Den tak nafikan blogger lain. Tapi duit RM 4 juta tu macam wayang kulit kek den. Nak jatuhkan Pak Lah tak perlukan sampai 4 juta. Setakat buek u tube, den ingat u tube-u tube dari Hanief lagi berkesan maso Pru 2008. Korang boleh tengok u tube Hanief kek Malaysianews. Psywar Hanief melalui u tube lagi hebat kalau nak dibandingkan dengan Kick melalui u tube-utube keluaran GMC. Cubo tanyo Hanief, adokah dio memerlukan sampai RM 4 juta membikin u tube-u tubenya sebelum Pru 2008? Hanief buek u tube-u tube tu tanpo ditaja pun. Dio buek atas kesedaran sendiri mahu menghapuskan kezaliman BN. Tak sampai RM 10 ribu si Hanief tu habiskan duit dalam buek u tube-u tube tu. Itu pun kos sekadar laptop paling mahal dan software yang ori kalau si Hanief nak pakai.

Wajah suci Syed Azidi

Mahu dihargai

Habis kenapo RM 4 juta ni timbul? Den ingat Kick sajo nak tarik perhatian. Kick mahu dirinya dihargai atas penat lelahnya menjatuhkan Pak Lah dalam dunio internet. Kalau macam tu bagi lah si Kick ni penghargaan. Bukan mencelanya dengan memberi gelaran yang buruk seperti blogger murahan, askar upahan atau blogger takde integriti. Yang lebih malang lagi bilo menuduh Kick sudah ado tuan baru. Tak baik tuduh-tuduh orang ni bai. Ado ketikanya manusio tu mahu dihargai walaupun dio ikhlas bekojo. Macam den la kek Prk Hulu Selangor. Poie menyusahkan orang. Balik pun menyusahkan orang. Eh, apo yang den cito ni? Ha Ha Ha.

GMC

Pasal GMC tu, den ingat blogger Perisik-Rakyat atau abg poji kito dah ulas dengan cukup baik mengenai isu ni. Den ingat den nak lantik perisik-rakyat jadi Ketuo Penerangan PAS ganti Ostad Derih. Ostad Derih ni bingai dio tak abih laie rupo eh. Sojak dio sound Prof. Aziz Bari pasal Prk Bagan Pinang kito dah boleh tangkap dio punyo merit macam mano. Tukar la dio ni. Buek malu PAS dongan orang kampung den dio ni bai.

Punca sebenar Kick berubah

Secara keseluruhanya saudara Nik Abduh, den nampak Kick berubah bilo adik ipar kau yang tongon tu buang dio dari PMBK dongan caro tak beradab. Kontrak bolum abih Ariffahmi buang Kick atas alasan Kick panggil SPRM siasat PMBK. Itu cumo alasan bingai adik ipar kau tu bai. Yang sebona eh, ekau, adik ipar kau, Takiyudin, Timbalan Menteri Bosa Kelantan, Nik Amar dan yang lain-lain join forces nak singkirkan Husam dari kerajaan Kelantan. Korang semuo dah tahu surat menyurat antara TG Nik Aziz dengan Husam. Dalam surat tu TG Nik Aziz mahu berundur dari kerusi Menteri Besar Kelantan dan menyerahkan jawatan tersebut kepado Husam. Tapi, yang korang tak tahu, 3 kali TG Nik Aziz hantar surat suruh Husam jadi MB, 3 kali Husam balas taknak jadi MB. Disobabkan korang tak tahu surat balasan Husam, korang singkirkan budak Husam iaitu Kick. Lopeh Kick, korang berjayo singkirkan Anual Bakri Haron. Sekarang tinggal la Husam sensorang. Tak lamo laie Husam akan gugur syahid dari kerajaan Kelantan. Mano aci bai, sorang lawan ramai. Husam baik kau blah la dari Kelantan. Usah buek jobo kek Kelantan tu bai. Ramai yang dongki dengan ekau.

Revange from the fallen

Kick ni seorang yang berprinsip dan tidak hipokrit. Kick tahu penyingkirannya dari PMBK kerano usaha-usaha nak menjatuhkan bos dio. Den ghaso apo yang dilakukan Kick sekarang ni adalah mempertahankan bos dio, Husam. Kalau dalam blog Kick, korang akan dapat ghasokan bertapo cintanya Kick terhadap Husam. Macam cinta antara Ariffahmi dgn Nik Amalina. Lihat saudara Nik Abduh, adik pompuan ekau pun bersamo bersekongkol buek blog nak jatuhkan Husam. Nik Abduh, kalau ekau dan adik ipar kau nak jatuhkan Husam melalui kerja kuat nak bangunkan ekonomi dan akhlak orang Kelantan, den setuju. Bersaing lah secara sihat demi kesejahteran rakyat Kelantan. Ini bukan suruh adik pompuan kau tulis blog aibkan isteri Kick. "Huuu saya tak sangka bini Kick berpakaian macam tu"-Nik Amalina. Hak ala. Itu memang niat Nik Amalina nak memalukan Husam dengan memburuk-burukkan isteri pekerjanya. Sebagai anak ulamak, Nik Amalina menyeru isteri Kick berpakaian sopan (dakwah bai). Bukan mendodahkan aibnya di internet. Nampak sangat serangan-serangan membunuh karekter dari blogger Pemburu Syahid, Nik Amalina dan ekau sendiri Nik Abduh menyobabkan Kick hilang sabar.

Serangan-serangan balas Kick di dalam blog sebenarnya memberi kesan kepado PAS dan Kelantan. Dan den nampak pattern Kick menyerang PAS dan Kelantan serupo dengan serangannya terhadap Pak Lah. Cumanya dulu Kick berjemaah dengan blogger lain menyerang Pak Lah. Tapi sekarang lone ranger dalam menyerang PAS. Ingat, Kick tak ponah kehabisan peluru dalam menyerang lawan serupo macam dio lawan Pak Lah dulu. Peluru-peluru Kick beracun bai. Sapo yang sayangkan PAS dan Pakatan Rakyat terutama di Kelantan patut risaukan situasi ini.

Cadangan den

Saudara Nik Abduh, apo yang den nampak, serangan-serangan Kick terhadap PAS dan Kelantan adalah agenda peribadi Kick. Apo agenda peribadi Kick? Satu mempertahankan Husam dengan apo caro sekalipun walaupun Husam sendiri telah menyisihkan Kick. Keduo mengembalikan maruah diri dan famili terutama isteri tercinta yang tercalar dek peperangan politik di Kelantan. Bab mengembalikan maruah adolah crusade war bagi Kick. Pepandai la korang setelkan. Nik Abduh, bagi den sonang je nak setelkan isu Kick ni. Korang berdamai dan melutut memohon maaf dongan Kick. Tak ke mano ego ekau tu Nik Abduh. Bai, ekau yang mulokan dulu. Ekau la yang patut mintak maaf dulu.

No comments: