Wednesday, May 26, 2010

Budaya KOMISYEN dalam UMNO

oleh ali :

Salam 1Malaysia. Korang kenal Zaharin Mohd Yasin? Di zaman Pak Lah ia lebih dikenali sebagai blogger Sang Kelembai. Zaharin Mohd Yasin (ZMY) adalah antara blogger yang paling lantang menentang era pemerintahan Pak Lah. Sampai kono pecat dari UMNO kalau tak salah den. Roslan SMS iaitu orang kuat Hasan Ali selalu memberi ruang kepada Sang Kelembai@ZMY dalam medianya untuk menghentam Pak Lah. Sekarang ZMY kembali aktif bersamo UMNO. ZMY sekarang menggunakan medium facebook untuk cubo membaikki UMNO dari dalam. Den puji sikap tersebut. Antaranya budaya komisyen dalam UMNO di tempat beliau.

Click for enlarge. [link]

Pemimpin PR masuk campur

Ok. Korang dah baco kan. Den puji pendedahan ZMY ni. Oleh kerana keterbukaan ZMY mendedahkan pekung UMNO di fb, menyebabkan beberapa personaliti dari Pakatan Rakyat pun menyibuk samo dalam fb beliau. Antaranya Chegubard. Oh ye, kalau korang nak tahu ZMY adalah pegawai khas PM Najib. Ala orang yang baru luluskan lesen judi halal tu. Tapi yang jadi mangsa demo ialah Awang Adek. Cerdik sungguh sapo yang anjurkan demo dopan rumah Awang Adek. ZMY adolah pegawai khas Najib yang paling tuo. Yang lain-lain tu mudo-mudo maa. Jom kito tengok apo kato Chegubard dalam thread fb ZMY yang dimaksudkan.

Click for enlarge

Moral of the story

Apo yang boleh kito belajar dari thread fb Sang Kelembai ni? Satu, kalau nak mintak sokongan pinjaman perniagaan wajib dengan pembesar UMNO. Tak kiro la ekau ni pandai meniaga atau tidak, asalkan dapat cop pembesar UMNO, pinjaman gerenti lulus. Bukan diluluskan atas meirt kau pandai meniaga atau tidak. Proposal macam sampah tapi ado cop pembesar UMNO, pasti diluluskan bank.

Keduo, ekau wajib jadi ahli UMNO. Pembesar UMNO hanya menolong ahli UMNO. Bukan menolong rakyat.

Ketigo, ekau wajib bagi ufti kepado pembesar UMNO sebanyak 10%. Meniago lum laie, pinjaman dah kono potong 10% bagi komisyen kek pembesar UMNO. Sesamo ahli UMNO tu bai. Cubo korang bayangkan kalau dengan rakyat yang bukan ahli UMNO. Den ingat korang kono bayar ufti sebanyak 25%.

Peh. Sonang bona jadi pemimpin UMNO ni dapek duit. Duduk goyang tolo dah dapek duit. Kalau duit pinjaman tu datang dari duit kepalo ayah diaorang, mungkin kito boleh kiro la kot. Ni duit pinjaman tu datang dari kerajaan. Kerajaan ni dapek duit dari hasil cukai mak bapak kito semuo. Jadi duit pinjaman Tekun, Mara, Mikro Kredit dan lain-lain adalah duit rakyat. Yang nak meminjam ni rakyat. Tapi yang dibenar luluskan adalah ahli UMNO. Dah la ahli UMNO, kono tol 10% la pulak. Memang lagi teruk dari Ah Long. Ah Long buek urusniago pinjaman haram pun guno duit ea sendiri. Yang pembesar UMNO ni pulak guno duit cukai rakyat Malaysia.

Kalau macam ni la gayanya pembesar UMNO dapek duit, jadi tak heran la tanah Tanjung Pagar milik Malaysia di Singapura terjual pado kapitalis cino Singapura. Mangkuk punyo Presiden UMNO. Den nak cakap BANGANG kek Najib tapi omak den tak ajar cakap kasar-kasar ni bai. Karang kono cili lak mulut kek omak den. Oh ye, YB Dr. Lo'Lo' kito yang stylo tu pun menyibuk samo gak. Hek eleh.


Kebaikan facebook

Bagus gak ado facebook ni. Ia mendekatkan malah menjadi jambatan antara rakyat dan ahli politik untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit. Masalah copek disampaikan dan diselesaikan. Tak payah laie pegi pejabat YB atau buat surat menyurat. Kos pengankutan pun jimat(tak keluar sesen duit pun). Sobab rakyat dapat menyampaikan isi hati dan masalah mereka dari rumah atau ofis. Yang paling penting, rakyat dapat melihat sapo pemimpin yang cakap serupa bikin. Tak kira la dari PR atau BN. Jadi kepada pemimpin politik diharap dapat fully utilize kan facebook untuk kepentingan publik.

No comments: