Friday, May 14, 2010

Semalam den PUJI suratkhabar Utusan Malaysia

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Kito semuo tahu semalam adolah 13 Mei. Tarikh 13 Mei diingati sebagai hari berdarah. Hari di mano kemuncak rusuhan antara kaum Cino dan Melayu. Ratusan nyawo melayang pado hari tersebut pado tahun 1969. Tak usah lah kito ingati peristiwa tersebut. Buek apo hendak dikonangkan laie. Bilo NGO GERTAK berlapang dada tidak meneruskan agenda mereka semalam, ia sepatutnya dipuji. Mungkin korang akan cakap ianya ado kaitan dengan Prk Sibu. Cino di Sibu dan Cino di Semenanjung tidak samo bai. Cino di Sibu tidak mengalami pun tragedi 13 Mei. Jadi ianya tidak relevan.

Kamon la Malaysiakini


Buat pertama kalinya den tidak bersetuju dengan beberapa penyiaran artikel dan satu u tube dari Malaysiakini. Cubo cakap dongan den, apo faedah kito mengulang-ulang peristiwa berdarah itu? Ia cumo membangkitkan sentimen perkauman walaupun korang cubo melihat dari angle yang berlainan. Apo tah laie jiko ia dibakar oleh ahli politik murahan. Yang sudah tu sudah la. Kito move forward. Langkah yang perlu kito buek ialah supaya tragedi tersebut tidak berulang. Itu sahaja. Bukan mengulang-ulang cito untuk mencari sapo yang boto atau sapo yang salah. Orang yang boto ko, orang yang salah ko semuo dah mati. Takkan korang nak korek lubang kubur diaorang?

Utusan buat benda yang betul

Buat pertama kalinya den memuji paper Utusan bilo menyiarkan gambar muko hadapan yang betul. Den hepi tengok gambar tu walaupun sepatutnya ia menyiarkan gambar Vincent Tan tersenyum mendapat lesen JUDI pertaruhan World Cup dari PM Najib. Nak buek macam mano dah Utusan paper UMNO. Tapi penyiaran gambar kejayaan Malaysia melangkah ke separuh akhir Thomas Cup, den puji. Gambar Chong Wei dan Hafiz meraikan kegembiraan bersamo adalah propaganda yang tepat untuk mempromosikan perpaduan antara kaum.

Gambar muko hadapan paper Utusan 13 Mei 2010

No comments: