Showing posts with label propaganda. Show all posts
Showing posts with label propaganda. Show all posts

Friday, May 14, 2010

Semalam den PUJI suratkhabar Utusan Malaysia

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Kito semuo tahu semalam adolah 13 Mei. Tarikh 13 Mei diingati sebagai hari berdarah. Hari di mano kemuncak rusuhan antara kaum Cino dan Melayu. Ratusan nyawo melayang pado hari tersebut pado tahun 1969. Tak usah lah kito ingati peristiwa tersebut. Buek apo hendak dikonangkan laie. Bilo NGO GERTAK berlapang dada tidak meneruskan agenda mereka semalam, ia sepatutnya dipuji. Mungkin korang akan cakap ianya ado kaitan dengan Prk Sibu. Cino di Sibu dan Cino di Semenanjung tidak samo bai. Cino di Sibu tidak mengalami pun tragedi 13 Mei. Jadi ianya tidak relevan.

Kamon la Malaysiakini


Buat pertama kalinya den tidak bersetuju dengan beberapa penyiaran artikel dan satu u tube dari Malaysiakini. Cubo cakap dongan den, apo faedah kito mengulang-ulang peristiwa berdarah itu? Ia cumo membangkitkan sentimen perkauman walaupun korang cubo melihat dari angle yang berlainan. Apo tah laie jiko ia dibakar oleh ahli politik murahan. Yang sudah tu sudah la. Kito move forward. Langkah yang perlu kito buek ialah supaya tragedi tersebut tidak berulang. Itu sahaja. Bukan mengulang-ulang cito untuk mencari sapo yang boto atau sapo yang salah. Orang yang boto ko, orang yang salah ko semuo dah mati. Takkan korang nak korek lubang kubur diaorang?

Utusan buat benda yang betul

Buat pertama kalinya den memuji paper Utusan bilo menyiarkan gambar muko hadapan yang betul. Den hepi tengok gambar tu walaupun sepatutnya ia menyiarkan gambar Vincent Tan tersenyum mendapat lesen JUDI pertaruhan World Cup dari PM Najib. Nak buek macam mano dah Utusan paper UMNO. Tapi penyiaran gambar kejayaan Malaysia melangkah ke separuh akhir Thomas Cup, den puji. Gambar Chong Wei dan Hafiz meraikan kegembiraan bersamo adalah propaganda yang tepat untuk mempromosikan perpaduan antara kaum.

Gambar muko hadapan paper Utusan 13 Mei 2010

Tuesday, May 11, 2010

Video youtube PROPAGANDA Pakatan Rakyat untuk Prk Sibu

oleh ali :

Salam Sibu. Video youtube ni den yakin adalah bikinan propagandis DAP. Sah harap la dari PKR dan PAS. Youtube Prk Bukit Gantang pun den pecayo DAP gak yang buek. Prk Hulu Selangor dan Bagan Pinang sebagai bukti bertapo pemalehnya ketuo penerangan parti PKR dan PAS buek video youtube propaganda untuk memenangi hati pengundi. Kek Bagan Pinang lagi haru, copy paste dokumentari orang lain jadi video propaganda sendiri. Muko tak malu. Sampai sekarang tak bagi kredit kek orang yang buek dokumentari tu. Karang heboh media mainstream tidak menyebelahi pembangkang. Internet ado, kuasailah internet. Contohilah DAP. Walaupun ahlinya sedikit, tapi rajin. Tak pemaleh.

[1]



[2]


Video youtube keduo ni den ado konfius sikit. Den tak pasti samo ado orang PKR atau DAP yang bikin youtube ni. Tapi yang boto-boto slack macam mano Faisal Mustaffa boleh jadi pelakon ni? Kamon la. Den yang hensem ni korang taknak amik jadi pelakon. Prejudis boto la korang ni. Mentang-mentang la si Faisal Mustaffa tu glamer time himpunan BERSIH tahun 2007 dulu korang amik berlakon. Cis, main kroni jugak la korang ni. Paling tidak pun korang amik la Fairuz al-Jengkari jadi watak utama. Tapi kalau korang amik Adukataruna, memang den pengsan. Muko tak komersial langsung. Ha Ha Ha. Apopun bondo dah terbuek. Korang tolong-tolong lah sebarkan video-video ni di serata pelusuk alam internet macam kek blog dan facebook. Paling tidak pun kek facebook dan blog korang.

* Nasihat den, Pakatan Rakyat perlu wujudkan team buek youtube sendiri untuk melawan propaganda video audio BN macam TV3 dan RTM. Jangan lupo amik den jadik pelakon. Muko den ni fotogenik kato pengarah filem Avatar. Tak pecayo? Baik korang pecayo je bai.

Tuesday, September 29, 2009

Pakatan wajib cepat sediakan YOUTUBE untuk sebaran KHAS untuk PRK Bagan Pinang !!!

oleh: ali

Tidak seperti prk Bukit Gantang sentimen untuk menang belum membara dikalangan pencandu politik di Bagan Pinang.Selepas 3 oktober 2009,maybe bahangnya terasa.Disini suka kami merumuskan bahawa prk di Bukit Gantang antara prk paling sengit antara 8 prk yang lalu.Apa yang menariknya telah tersebar 3 video youtube yang tersebar di alam cyber dan juga dilayar putih di prk Bukit Gantang.Kesan dari 3 video tu amat menyengat kerana mesejnya yang ringkas, tepat dan padat.

Jadi tanpa melengahkan masa diharap unit penerangan Pakatan Rakyat membuat video youtube yang serupa tapi khas untuk Bagan Pinang.Jika tak mampu serahkan tanggungjawab tersebut kepada bloggers pro pakatan rakyat.Tahulah kami membikinnya.Tahulah kami mencari pengarahnnya.Tahulah kami mencari kamera dan lensa yang sesuai.Yang pasti kami tidak mahu Hasan Ali menjadi pelakon dalam video youtube bikinan kami.

Amacam unit penerangan Pakatan Rakyat,kepada siapa mahu diserahkan tanggungjawab itu???

Undi di Bukit Gantang adalah untuk demokrasi di Malaysia



Balik Mengundi



Jangan biar Nizar kalah



3 video youtube di atas adalah khas untuk prk Bukit Gantang.Walaupun tidak sempurna, ia memberi impak yang besar kepada para pengundi di Bukit Gantang.Ingatlah Pakatan Rakyat,jangan jadikan ketiadaan akses media mainstream sebagai alasan lagi.Fully utillised lah internet yang ada. Janganlah lokek mengeluarkan sedikit belanja demi perubahan.Isu-isu yang tepat perlulah untuk video youtube yang direka khas untuk prk Bagan Pinang.Ringkas, tepat dan padat adalah motto pembikinan video youtube Bagan Pinang.U tube kat bawah ini juga menarik.

Negaraku - My Malaysian Dream


Cepat Pakatan,kita tidak punya masa lagi.Jika hendak buat video youtube prk Bagan,biar High Quality.