Saturday, May 22, 2010

Aksi kelakar yang SENGAJA dirakam oleh Malaysiakini

oleh ali :

Salam ketawa. Ha Ha Ha. Malaysiakini boleh cut scene kelakar tu tapi dia sengaja biarkan. Sengaja menghantar mesej supaya pimpinan Pemuda PAS mengurangkan lemak-lemak di badan. Tu la selalu korang mempersendakan penyakit obesiti yang melanda Rosmah Mansur (Separuh orang panggil Bik Mama). Korang tengok pada minit ke 0.40 saat. Den nak cito pun tak boleh sobab ketawo den bolum abis laie. Ha Ha Ha.


Alamak bro, lu berat sangat beb

Tapi bro Sany kito pandai cover beb dengan gayo macho. Tapi den nampak poyo maa

Sany & Demo ISA

Ha Ha Ha. Den kenal Bro Sany Hazman. Bagus dio ni. Time demo Mansuh ISA, dio lead kojap Demo dari Masjid Negara bilo baju Dr. Hatta Ramli dikoyakkan SB. Den, Aduka, Dayat dan Xenan serta 2 adik-beradik Xenan yang lain kek belakang dio. Memasing dapek masuk u tube dan gambar keluar kek internet, den sorang yang tak dapek. Berbulu den sampai sekarang. Huhuhu. Takpo orang hensem memang macam tu. Ha Ha Ha. Maso t u den nampak Bro Sany tampak kelihatan pemimpin Malaysia akan datang. Ado karisma tersendiri. Boleh pegi jauh dio ni dalam politik. Tapi video tadi memang bagi calar sikit imej dio walaupun dio dah sedayo upaya cover dengan aksi selamba dan poyo. Malaysiakini memang sajo tayangkan aksi kelakar tu. Memang kurang ajar bai.

KJ ikon pengundi remaja

Tapi kurang ajar Malaysiakini ni bagus. Mesej dia jelas. Sila kuruskan badan anda dengan segera. Tengok KJ, badan dio maintain tak tombam-tombam. Walaupun dah nikah, KJ digilai betino-betino dalam komuniti facebook. Orang pompuan admire si KJ ni bai. Den ingat KJ dah ado 3 akaun fb. Pompuan yang ramai sekali add jadi friend KJ. Dekat situ je KJ dah kuasai market pengundi-pengundi wanita yang mudo remaja. Ustaz Nasrudin Tantawi? Err.. Den tak tahu nak komen macam mano. Duo kali pandang macam Isa Samad pun ado. Takkan semuo Ostad dalam PAS wajib menjadi gomok. Kamon la. Selain dari ilmu, imej pun penting jugak bai. Shamsul Iskandar Akin? Den cakap macam Penguin karang korang marah.

Persepsi pengundi

Apo pun, Pemuda Pakatan Rakyat wajib jago imej. Bilo badan kito kurus dan tidak gendut tali kecapi, persepsi pengundi terhadap kito positif. Bilo gomok, pengundi ingat kito kuek makan dan kaki tido. Pengundi yang cerdik tidak akan mengundi orang yang kuek makan dan kaki tido. Apo kato survey?

Lagi satu Pakatan Rakyat perlu ado ikon untuk tarikan pengundi-pengundi wanita remaja. Bilo jadi ikon, korang pepandai la market kan ikon ni. Ostad Tantawi dengan anak Akin ni payah sikit la nak jadi ikon. Kono cadangkan orang lain. Yang den nampak sesuai ialah Akhi Fairuz al-Jengkari. Dio ni jadi kegilaan kek fb. Kito boleh up dio jadi ikon remaja Pakatan Rakyat. Amacam?

No comments: