Sunday, May 23, 2010

Unity Government RETURNS - Part 2

oleh ali :

Maleh den nak bagi salam. Ado mangkuk bagi mesej kek inbox facebook den. Dio cakap apo hal TG Nik Aziz nak bangkit kan balik isu UG. Den tanyo, bilo dan kek mano? Dio bagi den link ni [link]. Den amik dari berita tu sikit.

PAS, menurut beliau tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya. Mengenai kerjasama dengan Barisan Nasional, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pengalaman lalu juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir. "...kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita," kata Nik Aziz pada kuliah mingguannya, di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata PAS mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip 'menang-menang' yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat. "Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas," katanya.


Ok sekarang den nak jawab. Den sebona ea dah maleh nak sontuh bab UG ni. Sobab raso jijik bai. Nak-nak PM Najib baru luluskan lesen judi bola. Oleh sobab den taknak raso bertambah jijik den dodahkan apo yang patut. Kalau mangkuk tadi tak bertanyo, mungkin den tak dodahkan. Den akan dodahkan bilo maso yang sesuai. Macam muktamar akan datang.

Manhaj TGNA

Sebolum tu korang kono tahu manhaj TG Nik Aziz dalam mengkritik, menyindir atau bagi komen sesuatu isu atau individu. Macam ceramah Grand Finale semaso Prk Hulu Selangor di Stadium Kuala Kubu Baru, dalam ucapan TG Nik Aziz, tetiba TGNA menyebut tidak perlunya kito berkerjasama dongan UMNO. Orang yang jahil sahaja bekerjasama dongan spesis UMNO. Pada hal ceramah-ceramah TGNA sebolum itu di Hulu Selangor takdo sontuh pun pasal bab UG. Kenapa TGNA sontuh bab UG dalam ceramahnya yang terakhir di Hulu Selangor?

Sobab TGNA sedang menyindir Hasan Ali yang boto-boto duduk belakang TGNA. Hasan Ali dan TGNA duduk satu pentas. Bilo TGNA cito bab UG, Hasan Ali tersonyum pahit. Time tu den dok peratikan muko Hasan Ali. Macam mano den nampak? Sobab den duduk kek dopan sekali bai. TGNA menghantar mesej yang jelas ketika itu pado Hasan Ali, "Ekau tunjuk rajin kek Hulu Selangor ni sobab ekau taknak kono pelangkung kek pewakillan maso Muktamar PAS nanti. Sudah la mangkuk, jangan nak berhipokrit dopan den".


TG Hadi

Untuk statement yang terbaru ini sebenarnya TGNA bertindakbalas dongan kedatangan rombongan TG Hadi menemui Perhubungan PAS Kelantan baru-baru ini. Ini boleh disahkan oleh semuo ajk-ajk yang hadir. TGNA tak hadir dalam pertemuan itu. Tapi TGNA ado berpesan kepada ahli mesyuaratnya janganlah ditanya bab-bab UG ni. Yang sudah tu sudah la. Lagi pun dio dah cakap bondo ni dah tutup. Korang tahu je la perangai orang Kelantan ni, gedebe sikit. Tu yang TGNA nasihat sikit kek ahli mesyuarat dio. Makno ea TGNA nak merapatkan ukhwah sesamo ahli.

Bilo pertemuan berlangsung, macam-macam pekara berbangkit. Ulas isu tu, ulas isu ni. Takdo satu pun ahli mesyuarat perhubungan Kelantan yang menyentuh bab UG. Alih-alih TG Hadi bukak isu UG. TG Hadi terangkan bahawa UG ni baik dan sebenarnya UG ni gabungan semuo Parti dan bukan hanya untuk PAS dan UMNO. Aik, lain macam je ulasan TG Hadi. Itu hari maso mesyuarat khas kato UG dah tutup. Apepasal bincang balik. Dah abis tu habis la. Tak payah nak ulas dah. Itu sobab TGNA keluarkan statement pado hari Jumaat aritu sebagai statement balas dari mesyuarat tersebut. Kalau nak bincang jugak bab UG ni, kito bincang dalam Muktamar PAS kat Pangkalan Chepa (PUTIK). Gentle . Kito tengok sapo yang kono bambu dalam bab UG ni. Cakap dah tutup tapi dok bincang lagi.

Contoh-contoh UG

Ishh, korang boleh bayangkan kalau UG dongan semuo Parti antara PR dan BN. Tak terbayang den dor. Sanggup ko duduk semejo dongan Chua Soi Lek dan Samy Vellu? Duduk dongan Najib yang baru luluskan lesen judi bolasepak? Kamon la bro. Jangan lah dicontohkan UG ni dengan UG di Israel dan Palestin. Takdo keperluan pun. Untuk topik UG di timur tengah den jawab sikit. Dari situ pun kito dah boleh jadikan contoh. UG kerajaan Israel berjaya. UG kerajaan Palestin gagal. Kenapo UG kerajaan Israel berjaya?

Sobab parti pembangkang dan parti yang dapek majoriti mempunyai fahaman dan falsafah yang samo. Itu yang APCO jadikan slogan 1Israel. Adakah UG dan 1Malaysia ni samo? Lagi satu, kesemuo parti di Israel anti-rasuah. Kenapo UG kerajaan Palestin antara Hamas dan Fatah(PLO) gagal? Sobab Fatah sudah korup selain rasuah yang menjadi darah daging semaso menjadi kerajaan boneka Israel. Tapi sobab utamo gagal kerana dua puak ni punyai fahaman yang berbeza. Hamas dongan Al-quran dan Sunnah. Fatah dengan fahaman nasionalis arab Palestin.

UG antara BN & PR

Contoh pun dah ado. Satu berjayo sobab mempunyai tradisi dan fahaman yang samo. Satu lagi gagal sobab lain arah tujuan. UG di Malaysia? Korang agak akan berjayo atau gagal? Dongan UMNO yang rasuah macam Fatah. Dongan MCA punya Presiden yang korup moral. Dongan Samy Vellu yang ..... . Kalau Samy Vellu den nak kutuk pun tak sampai hati. Sobab kalau dio dongar, dio boleh terus koma macam Adun Kerdau. Aduh payah la macam ni bai. UMNO tu dah tontu arah taknak Islam. Torang-torang luluskan lesen judi dopan mato. Takkan nak UG lagi. Ado laie yang beralasan kito UG ni sebagai usaha dakwah kepado UMNO. Yang ni den tergolak bosa. Den sebona ea ado artikel khas untuk bab dakwah ni. Artikel tu sebona ea den tujukan pado Akak Srikandi. Nanti den luaskan skop artikel tu. Nanti den up kan sebolum Muktamar nanti. Kalau den tak pemaleh la. Den kan genatik Melayu. Semuo Melayu sudah dibakulsampahkan sebagai pemaleh. Ha Ha Ha.

Keuntungan di sebalik UG

Lagi satu TGNA keluar statement berbentuk sindiran itu bukan sahaja ditujukan pado TG Hadi seorang. Malah pado yang lain-lain. Den sajo up kan artikel ni [link]. Korang cari la memang takkan jumpo 2 mangkuk ni bidas Ibrahim Ali. Ado komen cakap den sangko buruk. Bukan sangko buruk tapi sobab Ibrahim Ali pegang rahsio 2 mangkuk ni. Karang kutuk Ibrahim Ali, Ibrahim Ali bukak rahsio. Takkan la korang tak pepaham perangai Al-Froggy ni. Makno ea, 2 mangkuk ni dah tak boleh pakai dah. Dah korup. Dan den raso rahsio yang dipegang oleh Ibrahim Ali ni telah menjadi ugutan bagi mereka berduo. Mungkin Task Force 2010 menggunakan atau memanipulasikan rahsio yang dipegang oleh Ibrahim Ali ini sebagai ugutan supaya mereka berduo terus setia dongan agenda mereka. Boleh jadi. Den kono siasat lagi. Tapi contoh dah ado bai. Zulkifli Nordin diugut sobab penyata kewangannya dipertikai SPR semaso PRU 2008 yang lalu. Korang tengok apo jadi dongan mangkuk ni. Siap boleh cito apo kaler spenda Anwar Ibrahim kek Najib bilo diaorang berbulan madu bersamo-samo Zahrain di Amerika.

Lagi satu macam mano ado seorang pemimpin daripada pimpinan PAS yang boleh dapat kontrak mesin hemodialysis untuk seluruh Hospital Kerajaan dari salah seorang Menteri UMNO. Juta ringgit tuu. Kayo den. Ekau nak berniago dongan sesapo tu kau punyo pasal la tapi butir perniagaannya dirahsiakan dari ahli parti dan nampak mencurigakan . Kelihatan sebagai offset kepado sesuatu. Bak kato Najib kek Sibu, "Lu tolong gua, Gua tolong lu". Dokumen dah ado bai. Tunggu Muktamar ni nanti akan didodahkan. Den bilo pikir-pikir balik, agak ea orang Melayu ni mudah bona ditipu oleh pemimpin dio sendiri. Tak kiro la apo parti . Kesian orang Melayu. Apo nak jadi ni bai.

No comments: