Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Friday, June 11, 2010

Matlamat tidak mengHALALkan cara

oleh ali :

Salam 1Malaysia. Dekat blog dan facebook heboh mengenai satu banner yang kononnya direntang oleh UMNO Kuala Terangganu bagi meraikan kelulusan lesen judi World Cup yang diluluskan oleh PM Najib dan lesen itu diberikan oleh VinSetan. Buat pengetahuan korang, banner itu adalah palsu dan tidak direntang oleh UMNO Kuala Terangganu.

UMNO Terangganu menafikan bahawa ini bukan banner mereka

Kenkawan facebook den telah mengesahkan pekara ini. Banner itu bukan dari UMNO Terangganu. Habis sapo yang buek banner ni? Muskil den. Tapi insiden ini memberi kito info bahawa UMNO Terangganu tidak suka dengan kelulusan judi tersebut. Kalau tidak, buek apo diorang bersungguh-sungguh menafikan itu bukan banner mereka.

Penjelasan rakan fb den berkenaan banner palsu

Nampaknya ado pihak nak mengonokan UMNO Terangganu. Ini kemungkinan ado pihak yang paneh hati dengan kelulusan lesen judi World Cup lalu menggunakan taktik kotor ini bagi menghalalkan matlamat mereka. Apo matlamat mereka? Matlamat mereka ialah terus memberi persepsi negatif terhadap UMNO. Den pun terfikir takkan la UMNO Terangganu sebingai itu nak buek banner meraikan kelulusan judi bola. Hilang akal ko?

Tapi ini kesan cause and effect. Bila PM Najib halalkan bondo yang diharamkan Allah iaitu judi, maka pihak lagi satu juga menggunakan kaedah yang samo untuk menghalalkan dengan membikin banner palsu supaya kebencian publik kepada UMNO/Najib menyala dan bertambah paneh. Ironi bukan. Sesungguhnya den menentang kedua-dua pihak. Nabi tak ponah ajar matlamat menghalalkan cara. Itu adalah ajaran Niccolò Machiavelli. Takkan korang nak ikut ajaran sesat orang Itali ni. Kalau ikut pasti korang sesat. Apo nak jadi ni bai.

Wednesday, June 2, 2010

Cermin kereta Ust Wanji DIPECAHKAN

oleh ali :

Maleh den nak bagi salam. Semasa Ust Wanji memberi kuliah di Surau Al-Azhar Sri Damansara, cermin keretanya telah dipecahkan orang sewaktu magrib ke isyak tadi. Tiada satu pun barang Ust Wanji yang hilang. Walhal, banyak barang berharga yang disimpan dalam kereta Ust Wanji. Den dan para penulis yang bernaung di bawah payung blog Baganutama mengutuk sekeras-kerasnya kejadian khianat ini.

Penentang UG

Ust Wanji yang dikenali ramai sebagai penentang kuat usaha penggabungan antara UMNO dan PAS atau lobih dikenali sebagai UG adalah seorang Ust yang kontroversi bagi sebilangan orang. Bagi den, kontroversi tu hanya melekat pado orang yang jumud dan tidak berfikiran terbuko serta menjadikan wala' sebagai pemati hujah. Bilo hujah wala' sudah tidak boleh diterima orang, maka cermin kereta dipecahkan. Ha Ha Ha. Hadis mano kau pakai ni bai.

Kaca cermin yang bertarabur di atas seat pemandu. Peh, kalau tak perasan boleh kentut berdarah ni Ust Wanji

Ugutan vs Hujah

Nampaknya, orang yang sengaja memecahkan cermin kereta Ust Wanji ni mahu mengugut Ust Wanji supaya berhenti dari mengkritik idea kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Huh, saling tak tumpah macam Yahudi Laknatullah sengaja membunuh 20 orang peserta konvoi LL4G dengan maksud mengugut supaya jangan ado lagi misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Cermin depan kereta Ust Wanji yang berjaya dipecahkan. Puas dah hati kau bai?

Den nasihatkan kepado Ust Wanji supaya membuat laporan Polis tentang kejadian ini. Biar pihak Polis menyiasat dan menangkap orang yang sengaja memecahkan cermin kereta Ust ni. Nampak gayanya orang kita ni bilo dah kalah berhujah, sengaja menggunokan kekerasan untuk menakut-nakutkan pihak yang lagi. Korang ingat Ust Wanji takut ko. Bilo kalah berhujah dan berdebat, cermin kereta halal dipecahkan. Ini fatwa ulamak mano ni bai.

Menjelang Muktamar

Dah tak tinggal berapa hari lagi Muktamar PAS yang ke-56 akan berlangsung. Nampaknya kehangatan sudah dirasai oleh Ust Wanji. Takpo Ust, kito sabar dan berharap pado Allah. Allah pasti mendongar doa kito. Perbuatan khianat ini dilakukan oleh mangkuk-mangkuk ini supaya Ust Wanji tidak lagi mendedahkan pekung mereka menjelang Muktamar PAS. Pakaq, wartawan Harakahdaily jugo diugut untuk dilucutkan jawatan dan keahlian partinya. Kepada Ust Wanji dan Pakaq teruskan usaha membersihkan organisasi kamu dari kuman-kuman yang mulo menjadi barah dalam parti.

Nampaknya budaya gilo kuasa dan ugutan kini sudah menjadi budaya PAS. Dulu diumpat PAS sebagai budaya UMNO. Kini mula menjadi darah daging PAS. Sepatutnya insiden berdarah di kapal Mavi Marmara menjadi pengajaran berguna kepado parti yang berlabel Islam ini supaya bermuhasabah dan bersatu padu. Bukan menjadi samseng seperti Yahudi laknatullah. Cukup lah parti yang dinasihati APCO itu menjadi samseng. Yang ekau poie tiru tu apo hal. Huh, apo nak jadi ni bai.

*Ralat : Ust Wanji dah buat repot Polis

Wednesday, May 26, 2010

Budaya KOMISYEN dalam UMNO

oleh ali :

Salam 1Malaysia. Korang kenal Zaharin Mohd Yasin? Di zaman Pak Lah ia lebih dikenali sebagai blogger Sang Kelembai. Zaharin Mohd Yasin (ZMY) adalah antara blogger yang paling lantang menentang era pemerintahan Pak Lah. Sampai kono pecat dari UMNO kalau tak salah den. Roslan SMS iaitu orang kuat Hasan Ali selalu memberi ruang kepada Sang Kelembai@ZMY dalam medianya untuk menghentam Pak Lah. Sekarang ZMY kembali aktif bersamo UMNO. ZMY sekarang menggunakan medium facebook untuk cubo membaikki UMNO dari dalam. Den puji sikap tersebut. Antaranya budaya komisyen dalam UMNO di tempat beliau.

Click for enlarge. [link]

Pemimpin PR masuk campur

Ok. Korang dah baco kan. Den puji pendedahan ZMY ni. Oleh kerana keterbukaan ZMY mendedahkan pekung UMNO di fb, menyebabkan beberapa personaliti dari Pakatan Rakyat pun menyibuk samo dalam fb beliau. Antaranya Chegubard. Oh ye, kalau korang nak tahu ZMY adalah pegawai khas PM Najib. Ala orang yang baru luluskan lesen judi halal tu. Tapi yang jadi mangsa demo ialah Awang Adek. Cerdik sungguh sapo yang anjurkan demo dopan rumah Awang Adek. ZMY adolah pegawai khas Najib yang paling tuo. Yang lain-lain tu mudo-mudo maa. Jom kito tengok apo kato Chegubard dalam thread fb ZMY yang dimaksudkan.

Click for enlarge

Moral of the story

Apo yang boleh kito belajar dari thread fb Sang Kelembai ni? Satu, kalau nak mintak sokongan pinjaman perniagaan wajib dengan pembesar UMNO. Tak kiro la ekau ni pandai meniaga atau tidak, asalkan dapat cop pembesar UMNO, pinjaman gerenti lulus. Bukan diluluskan atas meirt kau pandai meniaga atau tidak. Proposal macam sampah tapi ado cop pembesar UMNO, pasti diluluskan bank.

Keduo, ekau wajib jadi ahli UMNO. Pembesar UMNO hanya menolong ahli UMNO. Bukan menolong rakyat.

Ketigo, ekau wajib bagi ufti kepado pembesar UMNO sebanyak 10%. Meniago lum laie, pinjaman dah kono potong 10% bagi komisyen kek pembesar UMNO. Sesamo ahli UMNO tu bai. Cubo korang bayangkan kalau dengan rakyat yang bukan ahli UMNO. Den ingat korang kono bayar ufti sebanyak 25%.

Peh. Sonang bona jadi pemimpin UMNO ni dapek duit. Duduk goyang tolo dah dapek duit. Kalau duit pinjaman tu datang dari duit kepalo ayah diaorang, mungkin kito boleh kiro la kot. Ni duit pinjaman tu datang dari kerajaan. Kerajaan ni dapek duit dari hasil cukai mak bapak kito semuo. Jadi duit pinjaman Tekun, Mara, Mikro Kredit dan lain-lain adalah duit rakyat. Yang nak meminjam ni rakyat. Tapi yang dibenar luluskan adalah ahli UMNO. Dah la ahli UMNO, kono tol 10% la pulak. Memang lagi teruk dari Ah Long. Ah Long buek urusniago pinjaman haram pun guno duit ea sendiri. Yang pembesar UMNO ni pulak guno duit cukai rakyat Malaysia.

Kalau macam ni la gayanya pembesar UMNO dapek duit, jadi tak heran la tanah Tanjung Pagar milik Malaysia di Singapura terjual pado kapitalis cino Singapura. Mangkuk punyo Presiden UMNO. Den nak cakap BANGANG kek Najib tapi omak den tak ajar cakap kasar-kasar ni bai. Karang kono cili lak mulut kek omak den. Oh ye, YB Dr. Lo'Lo' kito yang stylo tu pun menyibuk samo gak. Hek eleh.


Kebaikan facebook

Bagus gak ado facebook ni. Ia mendekatkan malah menjadi jambatan antara rakyat dan ahli politik untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit. Masalah copek disampaikan dan diselesaikan. Tak payah laie pegi pejabat YB atau buat surat menyurat. Kos pengankutan pun jimat(tak keluar sesen duit pun). Sobab rakyat dapat menyampaikan isi hati dan masalah mereka dari rumah atau ofis. Yang paling penting, rakyat dapat melihat sapo pemimpin yang cakap serupa bikin. Tak kira la dari PR atau BN. Jadi kepada pemimpin politik diharap dapat fully utilize kan facebook untuk kepentingan publik.