Maleh den nak bagi salam. Semasa Ust Wanji memberi kuliah di Surau Al-Azhar Sri Damansara, cermin keretanya telah dipecahkan orang sewaktu magrib ke isyak tadi. Tiada satu pun barang Ust Wanji yang hilang. Walhal, banyak barang berharga yang disimpan dalam kereta Ust Wanji. Den dan para penulis yang bernaung di bawah payung blog Baganutama mengutuk sekeras-kerasnya kejadian khianat ini.
Penentang UG
Ust Wanji yang dikenali ramai sebagai penentang kuat usaha penggabungan antara UMNO dan PAS atau lobih dikenali sebagai UG adalah seorang Ust yang kontroversi bagi sebilangan orang. Bagi den, kontroversi tu hanya melekat pado orang yang jumud dan tidak berfikiran terbuko serta menjadikan wala' sebagai pemati hujah. Bilo hujah wala' sudah tidak boleh diterima orang, maka cermin kereta dipecahkan. Ha Ha Ha. Hadis mano kau pakai ni bai.
Kaca cermin yang bertarabur di atas seat pemandu. Peh, kalau tak perasan boleh kentut berdarah ni Ust Wanji
Ugutan vs Hujah
Nampaknya, orang yang sengaja memecahkan cermin kereta Ust Wanji ni mahu mengugut Ust Wanji supaya berhenti dari mengkritik idea kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Huh, saling tak tumpah macam Yahudi Laknatullah sengaja membunuh 20 orang peserta konvoi LL4G dengan maksud mengugut supaya jangan ado lagi misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
Den nasihatkan kepado Ust Wanji supaya membuat laporan Polis tentang kejadian ini. Biar pihak Polis menyiasat dan menangkap orang yang sengaja memecahkan cermin kereta Ust ni. Nampak gayanya orang kita ni bilo dah kalah berhujah, sengaja menggunokan kekerasan untuk menakut-nakutkan pihak yang lagi. Korang ingat Ust Wanji takut ko. Bilo kalah berhujah dan berdebat, cermin kereta halal dipecahkan. Ini fatwa ulamak mano ni bai.
Menjelang Muktamar
Dah tak tinggal berapa hari lagi Muktamar PAS yang ke-56 akan berlangsung. Nampaknya kehangatan sudah dirasai oleh Ust Wanji. Takpo Ust, kito sabar dan berharap pado Allah. Allah pasti mendongar doa kito. Perbuatan khianat ini dilakukan oleh mangkuk-mangkuk ini supaya Ust Wanji tidak lagi mendedahkan pekung mereka menjelang Muktamar PAS. Pakaq, wartawan Harakahdaily jugo diugut untuk dilucutkan jawatan dan keahlian partinya. Kepada Ust Wanji dan Pakaq teruskan usaha membersihkan organisasi kamu dari kuman-kuman yang mulo menjadi barah dalam parti.
Nampaknya budaya gilo kuasa dan ugutan kini sudah menjadi budaya PAS. Dulu diumpat PAS sebagai budaya UMNO. Kini mula menjadi darah daging PAS. Sepatutnya insiden berdarah di kapal Mavi Marmara menjadi pengajaran berguna kepado parti yang berlabel Islam ini supaya bermuhasabah dan bersatu padu. Bukan menjadi samseng seperti Yahudi laknatullah. Cukup lah parti yang dinasihati APCO itu menjadi samseng. Yang ekau poie tiru tu apo hal. Huh, apo nak jadi ni bai.
*Ralat : Ust Wanji dah buat repot Polis
No comments:
Post a Comment