Showing posts with label syed azidi. Show all posts
Showing posts with label syed azidi. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

Takkan Jenain sorang, MANA yang lain?

oleh ali :

Salam keadilan buat arwah adik Aminulrasyid. Den sebona raso polik kenapo hanya Koperal Jenain sahaja didakwa? Mano poie yang lain. Diberitakan pado den ado lagi 3 orang yang bersamo Jenain pado malam tu. 23 das tembakan telah dilepaskan dengan berniat membunuh arwah adik Aminulrasyid. Takkan kesemua 23 das tembakan dilepaskan oleh Koperal Jenain? Mustahil bai. Mesti lobih dari seorang yang menembak keto yang dipandu oleh arwah Aminulrasyid.

Peluru ada tulis nama pemilik?


Kalau lobih dari seorang, macam mano boleh dipastikan peluru yang mengenai kepalo arwah adik Aminulrasyid kepunyaan Koperal Jenain? Payah nak pastikan sapo sebona yang menembak arwah Aminulrasyid pado malam kejadian. Tapi Koperal Jenain sensorang dihadapkan ke mahkamah. Dio pulak yang jadi kambinghitam. Rakyat perlu mendesak supaya anggota Polis lain yang terlibat dalam malam kejadian WAJIB dibawa ke mahkamah. Den pecayo Koperal Jenain ni hanyo kambing hitam.

Adakah ini pembunuh adik Aminulrasyid?

Parang mano bai?

Bilo Koperal Jenain masuk court, mako cito parang yang ditemui dalam keto yang dipandu arwah Aminulrasyid dengan sendirinya termansuh. Tak dapek tu dor bai. Korang kono highlightkan isu ini. PDRM sesuko hati menipu rakyat dongan cito bohong. Kito taknak penipu mengawal keselamatan rakyat Malaysia. Desak penipu ni letak jawatan dengan segera.

Orang salah je yang tak mintak maaf


Bilo Ketuo Polis Negara dan Ketuo Polis taknak minta maaf pado famili arwah Aminulrasyid, den dapat rasokan bahawo famili arwah berado pado pihak kebenaran. Orang jujur selalunya mengaku akan kesilapan yang dibuatnya. Alaa ni Musa Hasan bai. Dio yang bawak ke hulu ke hilir tilam 13 tompokan air mani bawak masuk court maso zaman kes liwat I dulu. Muko penipu bai. Dio punyo lakonan lagi power dari Jalaludin Hasan.

Kickdefella sokong Koperal Jenain


Den tak bersetuju bilo Syed Azidi atau Kickdefella menyokong Koperal Jenain. Dio siap sumbang duit lagi pada famili Jenain. Sepatutnya PDRM yang cover kos mahkamah kerana Koperal Jenain dituduh melakukan kesalahan dalam keadaan memakai uniform Polis. Adakah Azidi bersetuju dengan prinsip bunuh walaupun dicurigai? Bagaimano kalau anak lelaki dio sendiri yang berado dalam keto tersebut dan ditembak tepat pado kepalo lalu mati (takkan hidup pulak)? Adakah dio akan membantu orang/famili yang telah menembak kepalo anaknya bilo dihadapkan di mahkamah? Syed Azidi, den nasihatkan ekau jangan terlalu jobo. Fokus kau sepatutnya membalas dendam terhadap Ariffahmi, Nik Abduh, Nik Amalina, Abe Jak dan sekutu-sekutunya. Itu agenda peribadi lu kan bro?

Syed Azidi, den masih hormatkan lu berdasarkan jasa-jasa lu menumbangkan Pak Lah. Tapi den kurang hormat sikit bilo lu dah kurang fokus kerano agenda balas dendam lu. Grow up la bro. Lu pun tahu Husam bos lu pun sudah maki lu balik. Kamon la bro. Takkan lu nak Najib dengan Rosmah perintah Malaysia. 2 mangkuk ni lagi binatang dari Pak Lah. Wake up la bro!

Tak ke mano bai bilo kito pontingkan diri sendiri.

Friday, November 20, 2009

Syed Azidi @ Kickdefella

oleh ali :

Mmmmm. Ramai blogger pro Pakatan Rakyat amat berminat dengan krisis Syed Azidi VS Ariffahmi CEO PMBK. Banyak benda akan diulas dan akan didedahkan diblog Baganutama. Den rilek tengok situasi dan keadaan. Ado blogger dah kono main. Aduh hai. Tidak mengapalah.

Den cuma nak ulas satu perkara sahaja buat masa ni. Walau macam mana marah kita pada individu tu janganlah kita attack peribadi individu terbabit. Kita melukakan hati dia. Apatah lagi kita attack dia ni solat atau tidak solat. Tak kena bro. Itu dia dengan tuhan. Kenapa kita nak masuk campur. Siapa kita ?? Apa yang menyebabkan kasta kita naik sebagai penghukum ?? Nabi pun tidak bersifat begitu. Jadilah pendakwah bukan penghukum.

Cerita sebenar

Ada lebih 30 orang yang menyertai xpdc ke pelantar minyak cakerawala pada bulan Ogos yang lalu. Syed Azidi menyertai xpdc tersebut. Cuba tanya 30 orang atas kapal tu, adakah Syed Azidi solat atau tidak ?? 30 wartawan dan blogger yang ada di atas kapal tu masih hidup sampai ke hari ini. Saksi mengatakan Syed Azidi lah yang paling komited dengan ibadah solat. Dengan ombak yang tinggi, mabuk laut dan pelbagai rintangan lagi Syed Azidi tanpa menafikan yang lain komited terhadap rukun Islam kedua iaitu solat. Jadi macam mana kita boleh tuduh dia tidak solat ??

Solat ni bukan kecik anak punya isu bagi orang Islam. Jika tidak solat, ia disamakan sebagai individu bukan Islam. Solat adalah pembeza kita dengan orang bukan Islam. Ia pekara besar. Jika kita kata dia tidak solat, orang akan memandang dan punya persepsi buruk terhadap individu terbabit. Ia menjatuhkan integriti, kredibiliti dan juga reputasi individu terbabit. Ini tidak baik. Lagi tidak baik bila individu yang dituduh tadi rupanya seorang yang komited dengan tuhan. Lalu ia terbalik kepada kita. Kredibiliti dan reputasi kita lah yang jatuh kerana menuduh yang bukan-bukan.

Jadi kita kena hati-hati. Kita tidak kenal pun individu terbabit. Den pun tak kenal sape Syed Azidi dan Ariffahmi. Yang den kenal Hasan Ali. Hehehe. Info-info dari Kelantan kita kena Double Check. Tidak rasa pelik ke bila orang yang bagi info tidak memuatkan infonya di blog dia. Dia cuma amik info yang sudah kita muntahkan diblog kita lalu dia muatkan semula diblog dia. Ini maybe cara bekas student agama Jordan nak kurangkan sedikit dosa jika terkantoi. Ini raso hati den lah. Ulamak oh ulamak.