Showing posts with label derma. Show all posts
Showing posts with label derma. Show all posts

Friday, January 8, 2010

YB Lo' Lo' membidas hujah artikel den

Oleh Yb Dr. Lo' Lo' :

Penjelasan Istana Hinggap & Kereta Presiden PAS

Bila pula saya cakap duit derma masa ceramah guna untuk kereta Presiden & Istana Hinggap Presiden? Memang terang-terang menipu dan memfitnah [Bawak mengucap Yb. Tarik nafas. Lepaskan. Fuh.Tarik nafas lagi. Lepaskan. Fuh. Tenang. Damai]. Awal-awal lagi menipu bila kata Presiden ada Istana Hinggap. Presiden duduk rumah biasa. Dia perlu rumah di KL sebab kerap turun KL kerana tugas. Saya bagi contoh, ahli dan pendokong PAS sanggup berkorban untuk pimpinan terutama Presiden kerana kita mahukan Presiden yang berat...[Den tak faham. Berat apo ni? Badan yang berat ke Yb] See More tanggungjawabnya terjaga kebajikannya, malah ada pendokong ( sudah pasti yang mampu dan berduit dan tak amik duit derma ceramah) yang sanggup menaja kereta dan lain lain asalkan Presiden ada kenderaan yang baik untuk pergi berdakwah dan turun seluruh negara berjumpa dengan rakyat. Saya tak sebut pun Presiden sekarang atau yang lalu.

Program padat Presiden PAS

Bayangkan kalau sekali turun negeri program padat: Jumpa pemimpin Negeri dan Kawasan, lepas tu mesyuarat sampai petang, petang ada Hi-tea pulak, lepas tu kuliah maghrib, malam ceramah umum sampai tengah malam. Pukul 1-pukul 2 pagi baru boleh berehat. Sepanjang malam sebelumnya travel, bermakna tidur dalam kereta je. Pagi-pagi dah nak bangun, kuliah subuh pulak. Pendek kata program back to back. Takkan sanggup kita layan pimpinan lebih-lebih lagi Presiden lebih kurang sahaja. Kalau dia sakit siapa yang susah, kalau kereta dia rosak siapa yang tak risau.

Pengalaman saya

Saya yang pimpinan kecil ni pun biasa begitu. Kita turun negeri memang kita serah seluruh tenaga dan masa unttk dipergunakan. Kita tak pernah tanya dan tak pernah tahu berapa penganjur nak bagi. Tidur pun terserah, kadang tidur rumah pimpinan kawasan, kadang-kadang di tempatkan di hotel biasa dan rumah-rumah kedai. Kita tak pernah complain pun. Nak turun nak ada orang pandu kereta, macam saya muslimat, kena bawa muslimat lain @ isteri pemandu, nak juga diberi sedikit saguhati, minyak kereta, tol, makan minum dalam perjalanan dan lain-lain. Kadang-kadang yang dalam sampul yang diberi tak cukup pun nak cover perbelanjaan yang kita keluarkan. Masa orang kutip derma, kita pun sumbang juga, biasanya penceramah bagi yang biru besar. Tolonglah jangan sebut pimpinan kaya dengan duit ceramah. Selalunya duit poket pasti kena keluar.

Click for enlarge. Hujah Yb Lo' Lo' di facebook.

Pengorbananku

Itu tak kira lagi kita tinggalkan suami/isteri dan anak-anak masa hujung minggu/malam. Masa orang berehat dengan keluarga kita terkejar-kejar ke tempat ceramah/program. Tentang duit kutipan ceramah memang digunaksn untuk cover kos menganjur ceramah, kalau tak, nak cari duit mana? Bukan ada peruntukan atau projek macam UMNO. Itu tak kira lagi duit peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang masuk poket ketua bahagian UMNO. Kita dalam PAS takde semua tu. Kalau ada lebih buat apa? Abis markaz @ pusat khdmat tidak perlu diselanggarakan? Bayar sewa/tunggakan hutang, api, air, telefon, internet dan lain-lain hal utiliti. Nak baiki kerosakan, tandas tersumbat. Bumbung bocor, eh macam-macam lah. Kalau ada S/U kerja nak kena bayar gaji. Nak dapat duit mana? Ali Abu baru sekali dua kira duit derma ceramah dah ingat macam-macam. Sedangkan kita pimpinan kadang-kadang kena pula top-up jika tak cukup.

Markaz PAS kena jual

Ni bangunan markaz PAS kawasan Titiwangsa dah dibeli orang lain. Tuan rumah baru naikkan sewa dari RM1500 ke RM2500 sebulan. Mana nak cari duit? Kena pindah keluar cari tempat lain yang lebih murah. Ali Abu tahu ke kesusahan dan keperitan kita pimpinan yang diamanahkan tak kira lah peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan. Ali Abu nak kata apa pun terserah, nak mencarut pun ikut suka [Bilo maso den mencarut ni Yb?], jika itu akhlak yang diamalkan, tapi saya yakin ramai yang membaca tulisan saya ni akan memahami situasi sebenarnya. Kalau ada satu dua pimpinan yang hidup mewah biasanya mereka ada perniagaan sendiri, itu hak mereka; tapi apa yang saya tahu kebanyakan pimpinan PAS hidup taraf biasa. Kereta nampak mewah sebab kita memang melabur untuk kenderaan yang baik sebagai usaha untuk menjamin keselamatan semasa bergerak sana sini. Wallahua'lam. End.

* Tulisan Yb Titiwangsa ini dilihat buat pertama kali di ruang komen Baganutama [klik], kemudiannya di wall facebook beliau sendiri [klik] dan di facebook notenya [klik].

** Tiada perubahan dalam tulisan Yb Titiwangsa kecuali penambahan tajuk untuk subtopik dan penambahbaikkan perkataan dan bahasa mengikut standard Puan Ainon Mohd. Gaya dan idea asal dikekalkan. Jika tidak tulisan Yb ni nampak lekeh dan serupa macam blogger cikai macam den.

*** Untuk berlaku adil, tulisan Yb Dr. Lo' Lo' ini adalah respon kepada 2 tulisan den yang diterbitkan di Baganutama, pertama [klik] dan yang kedua [klik].

Tuesday, January 5, 2010

Duit derma publik dalam ceramah PAS, ke mana dibelanjakan?

oleh ali :

Previously on " YB Dr. Lo' Lo' love Ali "

Salam Jalan Raja Laut. Hari ini den kehilangan sense of humor. Sahabat-sahabat semua pastinya pernah turun ceramah-ceramah PAS. Yang pastinya mesti ada diumumkan untuk mengutip derma jihad dalam ceramah tersebut. Lalu kantung-kantung akan diedarkan dalam ceramah tersebut. Den pernah buat kerja tu dulu bai.

Kira duit derma

Selepas dikutip ia akan dikira secara berjemaah selepas selesai sudah ceramah atau semasa ceremah. Biasanya dikira semasa ceramah sedang berlangsung. Masa tu seronok kira duit. Terasa macam jutawan bai. Duit singgit lagi banyak dari yang merah. Duit kertas RM50 jarang sekali. Ha Ha Ha. Dia punya keadaan lebih kurang dalam gambar ni. Sebijik maa.

Click for enlarge

Walaupun den dah lama pencen dari buat aktiviti ini, den masih ado memori untuk bab ini. Selepas dikira apa jadi dengan duit tu ?? Biasanya jika cepat habis kira, ia akan diumumkan jumlahnya semasa penceramah terakhir selesai memaki hamun UMNO. Ia akan diumumkan oleh pengerusi semasa audiens beransur pulang. "Jumlah kutipan kita hari ini berjumlah seratus ringgit satu sen, bai ekau yang lotak duit satu sen ni kan? Mano laku. Meh sini kau," kata tuan pengerusi majlis.

Ke mana duit derma itu dibelanjakan

Yang den pernah kutip hanya ceramah bertaraf cawangan bukan mega ceramah macam panggil Anwar Ibrahim atau Hadi. "Apa jadi dengan duit ceramah yang kau kutip tu bai." Namo den Ali lah bukan bai. Biasanya duit ceramah itu akan digunakan untuk bayar :

1] Bayar jamuan makan kepada tuan rumah. Tuan rumah akan sediakan makanan untuk menjamu penceramah jemputan. Itu kebanyakkan penceramah PAS gemuk dan boroi sebab makan malam. Kena bagilah kek Tuan rumah sobab bukan free dia sediakan semuo tu. Lotih bini eh lagi.

2] Bayar penceramah. Maso zaman den, penceramah pernah dibayar sebanyak RM200-RM400. Bergantung kepada kutipan derma jihad ceramah pado malam tu. Banyak tu bai. Yang den raso pernah dapat bayaran tertinggi time tu Nasarudin Mat Isa dengan Mat sabu. Kalau tiap-tiap malam ceramah tak kaya bai. Penceramah yang berceramah atas pentas PAS yang paling mahal pernah den dongar ialah Akhil Hayy.

3] Bayar penginapan penceramah. Biasanya hotel. Tengoklah dio nak tinggal berapo hari. Biasanya sehari je.

4] Bayar perjalanan pergi balik kalau penceramah naik kapal terbang(biasanya yang tinggal diluar N9). Den pernah tanya,

"Eh cikgu, mahal tu kito nak bayar dio, hotel kito dah sapot, habis ceramah kito bayar dio, ni cikgu nak bagi dio naik kapal terbang ?? Bagi dio naik keretapi la cikgu."

"Kau diam. Kau apo tahu. Nanti dio taknak datang cawangan kito bagi ceramah, sapo susah," jawab cikgu tu.

"Laa dakwah apo macam ni. Baik den join tabligh takdo pun guna duit orang. Mangkuk punyo cikgu," getus hati den. Nak bersuara tak berani bai. Kang kono tampar.

5] Bayaran untuk lain-lain hal. Bayaran untuk pentas. Bayaran upah pasang lampu. Bayaran untuk khemah dan lain-lain bayaran lagi.

6] Lebihan derma. Den tak tahu dan tak pernah amik tahu. Jika anda diluar sana pernah terlibat dalam bab aktiviti kutipan duit derma ceramah mari kongsikan pengalaman anda dengan kami di Baganutama.

Itu untuk ceramah kat cawangan den. Peringkat kawasan dan negeri den tak pernah join. Bukan sikit duit derma jihad untuk ceramah peringkat cawangan. Bayangkan pula untuk peringkat kawasan dan negeri. Lagilah banyak.

Apa sebab publik sudi menderma ??

Sebelum tu, orang ramai yang datang dengar ceramah penceramah maki hamun UMNO ni, diaorang datang sebab apa ?? Sebab nak dengar second opinian dari pihak Pakatan. Ok, fine. Biasanya publik datang dengar ceramah kerana isu semasa. Kalau pasal I.S.A diaorang turun. Kalau pasal Palestin diaorang datang dan turun dengar ceremah. Kira publik turun dengar ceramah sebab ade point. Bukan turun dengar ceramah sesaje macam tu je. Lepas tu, kalau para pendengar ceramah menderma pula kerana apa ?? Adakah mereka menderma kerana mahukan Presiden PAS mempunyai Istana Hinggap di Kuala Lumpur ?? Menderma kerana mahukan Presiden PAS menaikki kereta mewah supaya selesa ??(Statement Yb Lo' Lo')

Click for enlarge. Kereta Presiden PAS semasa membelakangi kamera.

Eh bai, kalau pakcik den baca facebook Dr. Lo' Lo' di sini memang dia carutkan sebelum dia haramkan duit derma dia kepada PAS selamo ni. Pakcik den menderma kerana mahu duit dia digunakan untuk menjahanamkan UMNO, bukan untuk bayar maintenance kereta Presiden PAS atau bayar hotel penceramah PAS yang maki hamum UMNO. Publik pun begitu. Mereka menderma atas isu. Kalau pasal Palestin diaorang akan menderma untuk orang Palestin bukan untuk penceramah. Kalau pasal keluarga mangsa tahanan I.S.A, publik menderma kerana mereka(yang menjadi mangsa I.S.A) bukan untuk Parti PAS apatah lagi untuk maintenance Istana Hinggap Presiden PAS di Kuala Lumpur.

Ketidaktelusan

Di sini kita sudah nampak ketidaktelusan kutipan derma publik oleh Parti PAS. Publik mahukan duit mereka untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Den pernah suarakan masalah kutipan derma ini semasa Prk di Bagan Pinang. Den ado buat sedikit remarks time tu.

Kena pantau juga ke mana pergi duit kutipan derma penyokong pakatan rakyat setiap kali ceramah.Sediakan penyata kira-kira.Setiap urusan perlu ada resit dan cek.Umumkan kepada pengundi dan ahli PAS ke mana pergi duit tu.Berapa ratus habis buat banner, berapa ribu buat jamuan Hari Raya,berapa ribu habis beli speaker dan macam-macam lagi. Prefesional la sikit.Macam mana nak pimpin rakyat jika kita tidak dilihat profesional dan di lihat banyak simpan rahsia.

Baco jugo apa komen yang lain di sini. Jadi kepada yang berkenaan, den cadangkan setiap kutipan derma ceramah kau awamkan. Beritahu publik ke mana duit itu akan dibelanjakan. Sebab itu bukan duit kepala ayah kau. Itu duit orang ramai. Buat hitam putih. Orang ramai menderma kerana mahukan organisasi Parti PAS itu mantap untuk tumbangkan UMNO/BN bukan bergabung buat Kerajaan Perpaduang dengan UMNO.

Click for enlarge. Kereta Presiden PAS sambil dikelilingi Melayu-Melayu miskin. Tah berapo la rege nombor plat PAS 12 tu ??

Duit derma pernah diselewengkan

Duit kutipan derma ceramah perlu telus dan perlu juga dilihat telus. Beritahu dan umumkan ke mana duit itu dibelanjakan. Jika tidak fitnah akan berlaku. Paling teruk penyelewengan duit derma berlaku. Dan ia pernah berlaku. Semasa kes orang kena tahan(OKT) berlaku di Kuala Kangsar pada tahun lalu, kutipan derma dilancarkan. Dilancarkan semasa ceramah. Ramai yang bersimpati dengan OKT, lalu publik menderma bagi membiayai ikat jamin OKT.

Ustaz yang berjambang tu berceramah dengan penuh emosi dan dramatik. Publik rasa simpati dan terkesan dengan lakonan Ustaz berjambang itu. Derma mencurah-curah. Tapi satu sen pun OKT tak dapat. Ke mana perginya duit kutipan derma itu ?? Bayar lakonan hebat ustaz berjambang tu ke. Apepasal den raso jijik ni. Mat Sabu ke hulu ke hilir mempertikaikan duit derma yang dilancarkan oleh kerajaan BN semasa dibawah Allahyarham Mat Rahmat menjadi Menteri Penerangan iaitu derma "Telethon Si Jantung Hatiku". Rupanya dua kali lima jugak.

Kepada Tuan Ibrahim Tuan Man, sila buka kertas siasatan untuk bab kutipan duit derma ceramah PAS. Anda sebagai ketua JawatanKuasa Displin PAS perlu menyisat pekara ini. Jangan diamkan dan menyapunya di bawah karpet.

Bukan ceramah PAS.

Ada harapan ke ?

Hancur integriti (cakap serupa bikin) dan kredibiliti (kebolehpercayaan) PAS. Macam mana nak memerintah negara kalau duit kutipan derma ceramah pun boleh diselewengkan dan boleh membiayai keselesaan kehidupan Presiden PAS (kereta & Istana Hinggap. Yang lain-lain tanya YB Dr. Lo' Lo'). Dari bab ini sahaja rakyat dah boleh menilai siapa PAS. Duit ceramah yang tangible ni pun PAS tak boleh nak handle, usah haraplah nak uruskan kewangan negara yang asetnya berbilion-bilion dollor US. Ini persepsi rakyat. Apo nak jadi ni bai.

Friday, June 12, 2009

Isu - isu untuk didendangkan kpd pengundi Bagan Pinang

oleh ali.

Dari pemerhatian, ada 3 tajuk isu besar untuk diterangkan kepada pengundi Bagan Pinang dalam majlis penerangan Pakatan Rakyat. 3 tajuk isu itu ialah :

1] Isu lokal = isu di Bagan Pinang Sendiri.

2] Isu state = isu di Negeri Sembilan.

3] Isu nasional = isu-isu berkaitan negara Malaysia.

Untuk tajuk isu state dalam prk Bagan, chegubard telah bertindak cemerlang.Suratnya kepada MB Mat Hasan bagaikan bom kepada pentadbiran N9.

Klik gambar Chegubard untuk membaca surat terbukanya kepada MB Mat Hasan.Kepada pemidato-pemidato pakatan rakyat,jangan segan menggunakan point-point chegubard dan ulaslah mengikut kebijaksanaan masing-masing.Semoga majlis penerangan Pakatan Rakyat pandai meletakkan apa tajuk isu yang sesuai dalam penerangan mereka kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang.

Bersambung...


Kredit kepada ahli-ahli DAP yang banyak membantu pakatan rakyat malam tadi semasa majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat.Ahli DAP perempuan tidak takut mengibarkan belon lambang bulan PAS malah bangga dengan perbuatannya.Ahli-ahli PAS kelihatan tidak serajin ahli DAP.Mereka cuma rajin dan laju bila kutip derma.Berubahlah sebelum kamu diubah rakyat.

*Kena pantau juga ke mana pergi duit kutipan derma penyokong pakatan rakyat setiap kali ceramah.Sediakan penyata kira-kira.Setiap urusan perlu ada resit dan cek.Umumkan kepada pengundi dan ahli PAS ke mana pergi duit tu.Berapa ratus habis buat banner, berapa ribu buat jamuan Hari Raya,berapa ribu habis beli speaker dan macam-macam lagi. Prefesional la sikit.Macam mana nak pimpin rakyat jika kita tidak dilihat profesional dan banyak simpan rahsia.