Friday, January 8, 2010

YB Lo' Lo' membidas hujah artikel den

Oleh Yb Dr. Lo' Lo' :

Penjelasan Istana Hinggap & Kereta Presiden PAS

Bila pula saya cakap duit derma masa ceramah guna untuk kereta Presiden & Istana Hinggap Presiden? Memang terang-terang menipu dan memfitnah [Bawak mengucap Yb. Tarik nafas. Lepaskan. Fuh.Tarik nafas lagi. Lepaskan. Fuh. Tenang. Damai]. Awal-awal lagi menipu bila kata Presiden ada Istana Hinggap. Presiden duduk rumah biasa. Dia perlu rumah di KL sebab kerap turun KL kerana tugas. Saya bagi contoh, ahli dan pendokong PAS sanggup berkorban untuk pimpinan terutama Presiden kerana kita mahukan Presiden yang berat...[Den tak faham. Berat apo ni? Badan yang berat ke Yb] See More tanggungjawabnya terjaga kebajikannya, malah ada pendokong ( sudah pasti yang mampu dan berduit dan tak amik duit derma ceramah) yang sanggup menaja kereta dan lain lain asalkan Presiden ada kenderaan yang baik untuk pergi berdakwah dan turun seluruh negara berjumpa dengan rakyat. Saya tak sebut pun Presiden sekarang atau yang lalu.

Program padat Presiden PAS

Bayangkan kalau sekali turun negeri program padat: Jumpa pemimpin Negeri dan Kawasan, lepas tu mesyuarat sampai petang, petang ada Hi-tea pulak, lepas tu kuliah maghrib, malam ceramah umum sampai tengah malam. Pukul 1-pukul 2 pagi baru boleh berehat. Sepanjang malam sebelumnya travel, bermakna tidur dalam kereta je. Pagi-pagi dah nak bangun, kuliah subuh pulak. Pendek kata program back to back. Takkan sanggup kita layan pimpinan lebih-lebih lagi Presiden lebih kurang sahaja. Kalau dia sakit siapa yang susah, kalau kereta dia rosak siapa yang tak risau.

Pengalaman saya

Saya yang pimpinan kecil ni pun biasa begitu. Kita turun negeri memang kita serah seluruh tenaga dan masa unttk dipergunakan. Kita tak pernah tanya dan tak pernah tahu berapa penganjur nak bagi. Tidur pun terserah, kadang tidur rumah pimpinan kawasan, kadang-kadang di tempatkan di hotel biasa dan rumah-rumah kedai. Kita tak pernah complain pun. Nak turun nak ada orang pandu kereta, macam saya muslimat, kena bawa muslimat lain @ isteri pemandu, nak juga diberi sedikit saguhati, minyak kereta, tol, makan minum dalam perjalanan dan lain-lain. Kadang-kadang yang dalam sampul yang diberi tak cukup pun nak cover perbelanjaan yang kita keluarkan. Masa orang kutip derma, kita pun sumbang juga, biasanya penceramah bagi yang biru besar. Tolonglah jangan sebut pimpinan kaya dengan duit ceramah. Selalunya duit poket pasti kena keluar.

Click for enlarge. Hujah Yb Lo' Lo' di facebook.

Pengorbananku

Itu tak kira lagi kita tinggalkan suami/isteri dan anak-anak masa hujung minggu/malam. Masa orang berehat dengan keluarga kita terkejar-kejar ke tempat ceramah/program. Tentang duit kutipan ceramah memang digunaksn untuk cover kos menganjur ceramah, kalau tak, nak cari duit mana? Bukan ada peruntukan atau projek macam UMNO. Itu tak kira lagi duit peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang masuk poket ketua bahagian UMNO. Kita dalam PAS takde semua tu. Kalau ada lebih buat apa? Abis markaz @ pusat khdmat tidak perlu diselanggarakan? Bayar sewa/tunggakan hutang, api, air, telefon, internet dan lain-lain hal utiliti. Nak baiki kerosakan, tandas tersumbat. Bumbung bocor, eh macam-macam lah. Kalau ada S/U kerja nak kena bayar gaji. Nak dapat duit mana? Ali Abu baru sekali dua kira duit derma ceramah dah ingat macam-macam. Sedangkan kita pimpinan kadang-kadang kena pula top-up jika tak cukup.

Markaz PAS kena jual

Ni bangunan markaz PAS kawasan Titiwangsa dah dibeli orang lain. Tuan rumah baru naikkan sewa dari RM1500 ke RM2500 sebulan. Mana nak cari duit? Kena pindah keluar cari tempat lain yang lebih murah. Ali Abu tahu ke kesusahan dan keperitan kita pimpinan yang diamanahkan tak kira lah peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan. Ali Abu nak kata apa pun terserah, nak mencarut pun ikut suka [Bilo maso den mencarut ni Yb?], jika itu akhlak yang diamalkan, tapi saya yakin ramai yang membaca tulisan saya ni akan memahami situasi sebenarnya. Kalau ada satu dua pimpinan yang hidup mewah biasanya mereka ada perniagaan sendiri, itu hak mereka; tapi apa yang saya tahu kebanyakan pimpinan PAS hidup taraf biasa. Kereta nampak mewah sebab kita memang melabur untuk kenderaan yang baik sebagai usaha untuk menjamin keselamatan semasa bergerak sana sini. Wallahua'lam. End.

* Tulisan Yb Titiwangsa ini dilihat buat pertama kali di ruang komen Baganutama [klik], kemudiannya di wall facebook beliau sendiri [klik] dan di facebook notenya [klik].

** Tiada perubahan dalam tulisan Yb Titiwangsa kecuali penambahan tajuk untuk subtopik dan penambahbaikkan perkataan dan bahasa mengikut standard Puan Ainon Mohd. Gaya dan idea asal dikekalkan. Jika tidak tulisan Yb ni nampak lekeh dan serupa macam blogger cikai macam den.

*** Untuk berlaku adil, tulisan Yb Dr. Lo' Lo' ini adalah respon kepada 2 tulisan den yang diterbitkan di Baganutama, pertama [klik] dan yang kedua [klik].

No comments: