"Kekuatan Melayu Islam bukan bergantung pada penyatuan dua parti politik, Pas dan Umno tetapi kekuatan Melayu Islam akan kukuh apabila Umno menyertai Pas..."
Misbahul Munir jangan kata aku fitnah Pesuruhjaya Pas Terengganu tu pulak, macam hang tuduh Si Ali fitnah ABC maki Tok Guru.
"ABC tak nafi, Misbah pula melebih..." Kah kah kah kah!
Kalau hang ketagih nak tuduh semua orang fitnah Pas pun, hang kene tuduh Sinar Harian Edisi KL-S'ngor sebab akhbar ni yang tulis sedemikian semalam.
Siap jadi frontpage lagi!
Oleh kerana Harun Taib ni orang besar dalam Pas, aku takut nak kata dia ni adalah pemimpin pro Umno yang dok berlakon wara' dalam Pas.
Aku takut ketua budak Pas, Si Nasruddin Tantawi ni tuduh aku ni Agen Umno.
Cukup-cukuplah Si Tantawi ini tuduh Aziz Bari yang begitu cerdik dan berprinsip.
Bagi aku, isu UG Pas nak gabung Umno ini senyap sementara saja. Selepas ini, kalau line clear, peluk balik Umno tu.
Sebab UG adalah ideologi. Sama seperti ideologi yang lain, Islamis, nasionalis, patriotisme, cauvinisme, mahathirisme dll.
Ada satu lagi isme aku lupa sebut, komunisme.
Tengok...adakah isme komunisme hilang walaupun komunis di Asia boleh kata dah xda negara secara jelas.
Sama juga dengan UG. UG tak hilang.
Arkitek Pas Mustafa Ali yang arahkan budak suruhannya, Hj. Hadi diam dulu isu UG Umno-Pas sekarang.
Dia kata kalau teruskan juga, habis kita semua kene londeh dek bloggers sial sekarang ini.
Mungkin sebab itu jugalah Mustafa suruh Harun Taib cakap mcm yang aku dedahkan di atas.
Agar, usaha membawa Pas berpeluk dengan Umno tak mati begitu saja sekarang ini.
Siapa nak maki Harun Taib, baik jangan...nanti orang kata kita ini Agen Umno.
Kalau maki Umno, takkan orang nak kata kita agen Si Harun ini pula? Peninnnngggggg!
Tak payah pikiaq panjang...baca kenyataan Harun di atas, buatlah sesuka hati hangpa!
Rupa-rupanya tiada satu pun peminpin PAS yang berkata benar mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat khas yang diadakan pada malam Rabu 28 Oktober 2009. Tiada seorang pun yang jujur mahu menyatakan hakikat. Penulis sedih. Penulis terpaksa menyatakan hakikat yang sebenar. Anda semua tahu apa yang berlaku pada malam mesyuarat khas itu ?? Mari sini penulis ceritakan. Ini sudah tidak menjadi rahsia lagi.
Ketika masing-masing menyatakan hujah, tiba-tiba Abu Bakar Chik(ABC) telah menyergah TG Nik Aziz.
"Nik Aziz dah tua dan nyanyuk, lebih baik letak jawatan sebagai Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan".
Woiii mangkuk !!! kot iye pun nak peluk UMNO jagalah adab bahasa tu. Kau bercakap dengan Mursyidul Am PAS.
"Kalau boleh MB pun rakyat tok say(tolak) mu(TG Nik Aziz) sekarang ni...," ABC menambah.
Kurang ajar. ABC kata Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman sudah bersedia menggantikan TG Nik Aziz sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan.
"Menteri Besar...banyak lagi yang boleh keje kalau Tok Guru berhenti...,"
Pandai pulak ABC ni panggil TG Nik Aziz sebagai Tok Guru. Kira bahasa lembut dia lah ni nak mintak TG Nik Aziz berhenti. Walhal dia tengah menekan TG Nik Aziz. Dia sedang memaksa Tok Guru letak jawatan. Sabar je la den.
ABC terus sambung gesaan dia supaya Tok Guru berhenti. ABC tegaskan, Prof. Harun Din(Mastermind UG) sedia pangku jawatan Mursyidul Am PAS.
Mesyuarat khas malam itu dihadiri lebih 50 orang pemimpin PAS. Dan ABC sanggup mencerca dan menghina batang tubuh TG Nik Aziz dalam mesyuarat yang disaksikan oleh semua orang. Banyak lagi diolog yang mahu penulis coretkan di sini. Tapi tidak sampai hati. Cukuplah. Dah tiada bahasa carut yang sesuai untuk ABC ni. Ini khas untuk mu ABC. ISA SAMAD KAU !!!
Cercaan dan penghinaan ABC dalam mesyuarat khas itu menyebabkan TG Nik Aziz sebak, lemah dan mulai sesak nafas. Lantas TG Nik Aziz dikejarkan ke Institut Jantung Negara(IJN). Itu sebab TG Nik Aziz tidak muncul dalam Press Confrence. Ulang sekali lagi. TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar selepas mesyuarat khas kerana semasa itu TG Nik Aziz sudah berada di IJN.
Hairan bagaimana TG Nik Aziz dalam keadaan sesak nafas dan tangan memegang dada keluar dari pejabat agung PAS tanpa disedari oleh semua wartawan dan lain-lain?? Mesyuarat khas itu diadakan di tingkat 5. TG Nik Aziz dengan dibantu beberapa orang turun melalui lif. Lif turun terus ke B iaitu basement atau tempat parking kereta bagi Pimpinan utama PAS. Tok Guru terus naik kereta di basement lalu dikejarkan ke IJN. Para wartawan tidak akan perasan kerana basement di Pejabat Agung PAS jalan raja laut terkebelakang dan terlindung dari pandangan mata. Sedangkan mereka iaitu para wartawan berkubu di tingkat G bangunan tersebut.
Tetapi yang lebih hairan mengapa boleh ada pimpinan PAS seperti ABC sanggup mencerca TG Nik Aziz dan memaksa TG Nik Aziz letak kesemua jawatannya samada dalam parti dan dalam kerajaan negeri. Itu namanya kurang ajar. Penulis yakin ABC ini telah diarahkan oleh Mustafa Ali dan dipersetujui oleh TG Hadi dan Harun Taib. Mula-mula mereka sindir TG Nik Aziz dengan mengeluarkan press statement supaya pemimpin jangan guna blog untuk meluahkan rasa hati. Sindiran itu hanya khas untuk TG Nik Aziz. Tetapi pemimpin PAS seperti Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS boleh guna dan memperalatkan blog dengan memanggil blogger UMNO dan blogger PAS yang pro UG. Siap boleh dedahkan rahsia besar PAS kepada blogger UMNO semata-mata nak menyelamatkan tengkuk masing-masing. Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS hanyalah budak suruhan puak PAS Terangganu. Roadshow Hasan Ali di seluruh negeri Selangor pun atas arahan dari Mustafa Ali konon dengan roadshow tersebut Hasan Ali dan puak PAS yang pro UG tidak bersalah dan memperlekehkan TG Nik Aziz dalam pada masa yang sama.
Nampak tak macam mana politiking pemimpin PAS Terangganu. Memang menjijikkan. Geng Terangganu ini sebenarnya sudah mabuk kuasa. Kuasa yang mereka terlepas pada Pru tahun 2004 amat menghantui mereka. Macam orang gila talak. Ini bukan tuduhan, tetapi pemimpin PAS Terangganu merompak kekayaan negeri mereka dengan serban dan jubah pada tubuh mereka. Pandai tak mereka menipu rakyat ?? Mereka tak pandai mana pun tetapi kita lah yang bodoh kerana mempercayai mereka dan menganggap mereka maksum kerana jubah dan serban mereka. Mereka senyum semasa mereka menipu kita.
Selain gilakan jawatan Menteri Pusat dalam Kerajaan Persekutuan, geng-geng Terangganu ini ego dan tidak pandai merendah diri. PAS boleh lupakan Pru-13 jika tidak membuang pemimpin dari clan Terangganu ini dengan seberapa segera.
Bagi mereka yang ragu dengan cerita penulis mengenai bagaimana ABC menghina dan mencerca TG Nik Aziz supaya letak jawatan hingga Tok Guru dikejarkan ke IJN, anda sendiri boleh bertanya terus kepada lebih 50 orang pimpinan PAS yang hadir pada mesyuarat khas pada malam itu. Sahihkan fakta ini dengan mereka. Suruh mereka bersumpah atas nama ALLAH. Suruh mereka bersumpah bohong.
Kepada ABC yang kurang ajar, Mustafa Ali yang penipu dan TG Hadi yang khianat kepada pengundi !!! Sila nafikan segala pendedahan ini jika kalian bermaruah.
Buat sekian kalinya, penulis menegaskan sebab mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri press confrence selepas mesyuarat khas pada malam itu kerana TG Nik Aziz dipaksa letak jawatan oleh clan PAS Terangganu lalu sakit dan dikejarkan ke IJN bagi menerima rawatan.
Salam kepada semua. Semua orang tahu, mesyuarat khas semalam diadakan kerana respons dari TG Nik Aziz di dalam blognya. Satu kenyataan media disediakan oleh Mustafa Ali untuk TG Hadi Awang di sini.
Tetamu istimewa Mesyuarat Khas
Kenyataan media itu mempunyai 2 isi. Pertama, menyindir TG Nik Aziz kerana menggunakan blog untuk menyampaikan hasrat hatinya, lalu arahan dikeluarkan bahawa Pimpinan PAS jangan lagi menggunakan media baru(internet dan Blog) dalam isu yang berbangkit sekarang ini. Sebenarnya arahan itu khas untuk TG Nik Aziz. Itu sebab pimpinan PAS lain boleh guna media baru untuk pertahankan diri.
Bukti bergambar dimana 3 Pimpinan PAS di atas berjumpa dengan blogger. Pertemuan itu berlaku pada 26 Oktober 2009. Sedangkan kenyataan media dibaca pada25 oktober 2009.
Kedua, isi kenyataan media itu adalah memanggil satu mesyuarat khas membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh TG Nik Aziz di dalam blognya. Maka secara tidak langsung, kita semua mengiktiraf TG Nik Aziz sebagai tetamu istimewa di dalam meeting khas malam tadi. Sebagai tetamu istimewa, kita kenalah layan tetamu kita dari awal hingga ke akhir. Sebab dia tetamu, kita hormat dia. Tetapi TG Nik Aziz tidak dilayan sebegitu. Acara akhir malam tadi iaitu sidang akhbar selepas meeting tidak menampilkan TG Nik Aziz. Sepatutnya beliau wajib hadir dalam PC tersebut kalaupun tidak berucap untuk sesi soal jawab dengan wartawan. TG Nik Aziz yang menyebabkan mesyuarat malam tadi tercetus. Beliau tetamu meeting tu. Tetapi bila Press Confrence, tetamu khas tidak dijemput. Kurang ajar.
Anda semua nak tahu mengapa situasi itu terjadi ?? Meh sini den dedahkan butiran mesyuarat malam tadi. Sumber ?? Dinding bilik mesyuarat la. Ha HA HA. Lawak. Lawak. Penulis terpaksa merahsiakan sumber penulis.
For the truth, majoriti 40 AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri bersetuju Hasan Ali digugurkan. Majoriti bersetuju setelah melihat sendiri beberapa bukti dan visual rundingan dalam gelap antara beberapa pemimpin UMNO dan Hasan Ali sendiri. Kekeliruan terjadi kerana Hasan Ali sahaja yang disabitkan kesalahan itu, walhal Mustafa Ali dan Nasarudin Mat Isa juga dilihat terbabit berdasarkan bukti-bukti berkaitan.
Hasan Ali jadi kambing hitam ??
Majoriti yang berada di dalam bilik mesyuarat bersetuju dengan pemecatan serta-merta Hasan Ali. Mustafa Ali tidak bersetuju. Cover member sendiri maa. Mustafa Ali memberi alasan PAS akan dipandang serong oleh wartawan selepas ini." 70 orang wartawan berkubu di luar sana, nanti apa kata orang kampung", kata Mustafa Ali. Woii mangkuk !!! 1Malaysia pandang PAS serong sekarang ni.
Mustafa Ali mencadangkan satu jawatankuasa displin yang diketuai oleh Ust Abu Bakar Chik untuk menyiasat Hasan Ali. Siasat apa lagi bai. Bukti depan mata. Mustafa Ali kata dengan tertubuhnya jawatankuasa displin khas ini, ia mampu meredakan ketegangan banyak pihak. Tetapi majoriti melawan cadangan Mustafa Ali. Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik kerana ia pilihan majoriti untuk menjadi ketua jawatankuasa displin tersebut.
Jawatankuasa Siasatan
Meeting semalam juga telah melantik saudara Hanipa Maidin untuk mempengerusikan satu jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat mana-mana lagi pemimpin PAS yang bikin skandal gelap dengan UMNO dalam usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Tetapi, semasa sidang akhbar selepas meeting, Mustafa Ali mengarahkan Presiden PAS TG Hadi supaya tidak mendedahkan jawatankuasa sisatan itu. Apa kes ?? Hanipa Maidin pun nak glamer gak.
Mustafa Ali dilihat sedaya upaya menyelamatkan Hasan Ali. Member tu banyak hutang, ekau nak selamatkan jugak ?? Sukati ekau la labu. Nasarudin Mat Isa ?? Hahaha, mamat tu semalam dilihat banyak berpeluk tubuh kerana takut tembelangnya selama ini dengan UMNO akan turut dipersoalkan oleh 2 jawatankuasa khas yang baru dibentuk malam tadi.
Resolusi atau Revolusi ??
Dari pemerhatian penulis, TG Hadi sudah tidak memainkan peranannya sebagai Presiden sebuah organisasi. Beliau dikuasai oleh beberapa orang yang kesemuanya dari PAS Terangganu. TG Hadi juga dilihat selalu keletihan yang amat sangat. Lihat sahaja sidang akhbar semalam. Suara beliau tidak berapa betul menyatakan sesuatu perkataan dan serak kelesuan. Penulis faham bahawa Presiden PAS ini terlalu banyak beban tugas yang digalas beliau. Menjadikan beliau disoriented dan vertigo lantas mudah dimanupulasi oleh keadaan. TG Hadi bukan muda belia lagi. Beliau selalu menyerahkan tugas-tugas penting Parti kepada beberapa kerat orang yang semuanya dari geng-geng PAS Terangganu. Lantas menjadikan beliau mudah dimanupulasi oleh Mustafa Ali dan Ust Harun Taib.
Semasa chatting dengan blogger Ummuasiah , beliau hairan kenapa dari EGM/Muktamar Khas boleh tukar menjadi Mesyuarat Khas dan akhirnya menjadi Seminar Khas pada 7 Disember 2009. Penulis pun hairan sama. Den chatting dengan ummuasiah ketika beliau dalam court maa. Menyompek lagi tu. Kesimpulan penulis dari observation itu ialah bertapa liciknya Pimpinan PAS menipu rakyat Malaysia demi menjaga dan menyelamatkan kepentingan beberapa kerat orang. Konon nak jaga parti. Siaplah engkorang semua PRU-13 nanti. Ingat pengundi ni bodoh macam tahun 50-an.
Demi untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat dan PAS, EGM perlu juga diadakan bagi mendapat keseluruhan mandat dari ahli-ahli PAS untuk membuang pemimpin yang dimaksudkan. Itu jalan yang sepatutnya dirintis. Lihat orang cina, berani mengadakan EGM untuk buang pimpinan atasan mereka demi survival. Apa kuasa yang ada pada seminar 7 Disember nanti ?? Tiada kuasa pape. Membazir dan membuang masa. Itu sudah pasti. Sedangkan rakyat mahukan Pemimpin PAS yang buat skandal dengan UMNO yang korup dan munafik dijatuhkan. Itu yang patut dilaksanakan.
Ust Harun Taib adalah ular dalam semak. Aktiviti "Unity Government"nya hampir tidak dapat dikesan. Tetapi terbongkar juga. Harun Taib boleh tuduh TG Nik Aziz tidak menulis artikel yang menyebabkan meeting khas berlaku malam tadi. Dia kata orang lain yang buat. Siapa pulak yang tergamak buat aksi begitu. Sudah tentulah blog tok guru, tok guru yang menulis. Paling kuat yang menaip adalah pembantu-pembantu TG Nik Aziz. Tolong taip sahaja. Nampak niat Harun Taib adalah bersangka jahat pada TG Nik Aziz dengan mengatakan TG Nik Aziz ini dimanupulasikan oleh pembantu-pembantunya. Ini youtube kenyataan Harun Taib :
PAS perlu membebaskan diri dari cengkaman PAS Terangganu di peringkat Pusat/Persekutuan. PAS Terangganu sudah ternyata gagal semasa 2 PRU lepas iaitu PRU 2004 dan PRU 2008 dalam menawan Terangganu. Kenapa kita mahukan orang-orang yang gagal diperingkat negeri, mentadbir peringkat Pusat ?? 1Malaysia tidak faham tentang anologi ini. Paling terbaik dan demi menyelamatkan Pakatan Rakyat dan PAS dari kalah teruk untuk PRU-13, ahli-ahli PAS perlu berani menyingkirkan TG Hadi, Harun Taib, Mustafa Ali, Hasan Ali, Dr. Samsuri(S/U Politik Presiden) dan Idris Ahmad demi menjamin kelangsungan survival PAS dalam huru-hara politik Malaysia.
Jadi sekarang adakah anda sudah mengetahui mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat khas malam tadi ?? Anda sendiri boleh buat kesimpulan sendiri. Jangan jadikan diri anda mudah diajar dan dieksploitasi oleh mereka-mereka yang kononnya adalah pimpinan. Mereka-mereka itu hipokrit. Mereka penipu. Setelah mendapat undi anda, mereka akan lupakan kita lalu memboroikan perut dengan wang, kuasa dan tahta yang diperolehi dari perit jerih dan titik peluh kita. Lakukan perubahan dan tolak kesemua pemimpin yang mengkhianati kita semua. Mulakan dari sekarang !!!
Salam kepada semua.Rindu kepada penulis ?? I'm back. Sebenarnya banyak yang ingin penulis tulis. Antaranya faktor-faktor dalaman yang menyebabkan kekalahan teruk PAS(baca bukan Pakatan Rakyat) di Bagan Pinang."Unity Government" pula adalah faktor luaran yang menyumbang damage tersebut. Tetapi penulis ingin mengutamakan yang utama. First things first. Hari ini kita teruskan sesi mengumpat kita di baganutama. Kali ini kita mengumpat pekara yang benar tentang Ustaz Harun Taib. Semua orang tahu Ustaz Harun Taib adalah Ketua Dewan Ulamak Pas dan juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri(DUN) Terangganu. Tetapi semua orang tidak tahu selain Mustapha Ali, Ust Harun Taib adalah pengasas utama serta mastermind "Unity Government".
UG berasal dari Terangganu
"Unity Government" atau UG sebenarnya bermula di Terangganu. Selepas PRU-12 pada 2008 yang lalu menyebabkan ramai tidak dapat berfikir dengan lurus. Situasinya seakan 'keluarga 69'. Antara yang tidak dapat menerima kekalahan ialah PAS negeri Terangganu. Maka detik itu bermulanya skandal gelap UG antara PAS dan Umno. Walhal PAS Terangganu lah yang menggunakan taktik atau strategi ganas semasa PRU ke 12 lalu ke atas parti Umno. Mereka menggunakan kekerasan dan keganasan kononnya bagi menghalang kemasukan pengundi hantu dari mengundi. Sedangkan Islam mengajar kedamaian, kesantunan dan hikmah. Lihat sendiri u tube laporan malaysiakini di bawah ini :
Rakaman dan laporan Malaysiakini di atas tidak terdapat manupulasi dari mana-mana pihak. Malaysiakini terkenal dengan ketelusan dan dipercayai. Malaysiakini tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ia hanya melaporkan kebenaran. Jarang mereka spin atau mengulas laporan mereka. Itu menyebabkan Malaysiakini terkenal dan popular. Itu identiti mereka. Hanya melaporkan kebenaran.
Keganasan PAS Terangganu
Anda sendiri lihat bertapa ganasnya penyokong/ahli PAS Terangganu. Mereka membaling botol berisi air dan batu. Mereka memecahkan cermin tingkap bas persiaran. Pelancong-pelancong asing juga melihat perbuatan ganas mereka. Aksi perbuatan mereka lebih teruk daripada pemuda Umno semasa hari mengundi di Bagan Pinang. Mereka (PAS Terangganu) telah memalukan negara di mata dunia. Agaknya, apa kata pelancong-pelancong asing itu bila kembali ke negara asal mereka. "Wah, penyokong parti Islam itu menyambut kita dengan batu dan senyuman. Yahudi pun tak pernah sebaik mereka.Nanti saya datang lagi ke Malaysia. Saya mahu mengahwinkan anak saya dengan pemuda berserban di sini." Taktik atau strategi ini sebenarnya ada dalam pengetahuan TG Haji Hadi, Mustapha Ali dan Ustaz Harun Taib. Berjayakah strategi ini ?? Ha ha ha. Berjaya beb. Berjaya menyebabkan pengundi atas pagar yang asalnya ingin mengundi PAS, bertukar mengundi Umno. Manakala pengundi hantu yang hasratnya ingin mengundi Umno, bertambah komited untuk mengundi Umno. Barang diingat, pengundi hantu di sebelah Pantai Timur boleh mengundi paling kurang 3 kali. Paling kurang 3 kali. Penulis tiada bukti untuk statement ini. Cuma pengakuan seorang ustaz yang boleh mengundi sebanyak 3 kali di Terangganu. Dan ustaz itu juga mengatakan rakan-rakannya boleh mengundi sampai 10 kali. Ustaz tuuu. Phantom Voters Di Kelantan
Ironinya, pengundi-pengundi hantu di Kelantan mengundi PAS dan ada yang menyerahkan dirinya kepada petugas-petugas PAS Kelantan. Baca laporan di bawah:
Mengapa pengundi-pengundi hantu di Kelantan menyerah diri ?? Mengapa pengundi-pengundi hantu di Kelantan mengundi PAS ?? Jawapannya.... Kita sedia maklum bahawa hati-hati manusia ini dipunyai oleh ALLAH. ALLAH lah yang berkuasa ke atas hati manusia. Siapalah kita nak mengubah hati manusia. Tuan Guru Nik Aziz dengan penuh rendah diri dan tawadhuk pergi direct sendiri memohon kepada ALLAH. TG Nik Aziz bercakap sendiri kepada ALLAH tentang kehinaan dirinya dan kerajaannya. TG Nik Aziz tunduk pada kehebatan ALLAH. TG Nik Aziz menangis mengenangkan bahawa dirinya hina lagi dina dihadapan ALLAH. TG Nik Aziz sudah tidak malu lagi pada orang ramai lalu menangis terisak-isak. TG Nik Aziz tidak malu lagi menyatakan isi hatinya kepada ALLAH. Gambar ini menjadi bukti :
Sangat dramatik sekali. Gambar di atas cepat tersebar keseluruh pelusuk negara. Ia tersebar melalui friendster, myspace, blog-blog dan risalah-risalah. Munajat Tuan Guru Nik Aziz sebelum datangnya hari pengundian 8 Mac 2008 berserta gambar di atas menyebabkan hati dan jiwa manusia menjadi lunak lalu mengundi PAS terutama di negeri Kelantan. Allah memperkenankan luahan hati TG Nik Aziz. TG Nik Aziz menunjukkan contoh tauladan yang baik. Beliau sedikit pun tidak menunjukkan kekerasan kepada rakyat dan para pengundi.
Kambing Ust Harun Taib
Sekarang adakah anda dapat bezakan antara pendekatan TG Nik Aziz dan PAS Terangganu ?? Mana yang lebih berjaya ?? Mana yang lebih diredhai ALLAH ?? Jawapan ada pada anda. Sekarang kita kembali Pada Ust Harun Taib. Semua orang tahu Menteri Besar Terangganu, MB Datuk Ahmad Said pergi ke rumah Ust Harun Taib bukan sekadar beli kambing. Tak mungkinlah dalam negeri Terangganu hanya ust Harun Taib sahaja yang bela kambing boer. Tidak mungkin Terangganu sedaif itu. Malah penternak-penternak kambing negeri penulis amat mengkagumi kemajuan penternakan kambing boer di Terangganu. Sudahlah begitu, beli kambing boer 2 ekor sampai berjam-jam. Penjelasan ust Harun Taib seperti yang dilaporkan dikebanyakan media ialah "bahawa kunjungan MB Datuk Ahmad Said itu tak ada kena-mengena dengan soal politik, tapi semata-mata kerana kambing dan tiada yang lain melainkan kambing". Hey, pengikut taksub hang boleh lah hang menipu. Penulis percaya orang asli di Tampin tidak akan termakan dengan "bohong sunat" Ketua Dewan Ulamak ini.
Sebenarnya mereka sedang diskusi tentang "Unity Government". Cuma mereka buat dalam terang bukan dalam gelap macam Ust Nasarudin Mat Isa. MB Datuk Ahmad Said dan Ust Harun Taib "mengkambing hitamkan" jual beli 2 ekor kambing boer itu. Err kambing boer ni memang hitam ke ?? Muskil pulak hati den. Seperti yang anda, tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum rundingan pusingan pertama "Unity Government" gagal. Jadi rundingan antara MB Datuk Ahmad Said dan Ust Harun Taib terbengkalai akibat konsesus politik Pakatan Rakyat diperingkat nasional.
TF 2010 bermula semula
Sekarang rundingan pusingan kedua sedang berjalan. Ust Harun Taib sedang 'test market'. Ia bermula persetujuan ust Harun Taib menubuhkan Pakatan Rakyat melalui R.O.S seperti yang terlapor dalam harakah cetak yang baru lalu(bulan Oktober). Ust Harun Taib nak lihat sendiri siapa pimpinan PAS yang terliur sangat dengan "Pakatan Rakyat". Ini bagi mengenal pasti siapa lagi yang perlu dibunuh karektornya seperti Husam dan "Team Erdogan"nya. Sumber dalaman yang dipercayai menyatakan bahawa ust Harun Taib masih rasa sangsi lagi dengan orang kepercayanya sendiri iaitu Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga bekas setiausaha Majlis Syura. Tetapi baru-baru ini, Ust Idris ahmad berjaya melenyapkan kesangsiannya dengan menghentam teruk Prof. Abdul Aziz Bari. Beberapa individu lagi menggamit rasa sangsi ust Harun Taib antaranya Sallehudin Ayub, Mahfuz Omar dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Diantara ketiga-tiga mereka, Tuan Ibrahim Tuan Man paling sukar untuk diraih kepercayanya. Ini kerana TG Nik Aziz adalah bapa saudara kepada Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi orang kepercayaan TG Nik Aziz berbanding naib-naib presiden PAS yang lain.
Untuk perancangan pusingan kedua bergabung dengan Umno kali ini atas nama "Islam". Bukan lagi atas nama "ketuanan Melayu". Rancangan ust Harun Taib ialah menghapuskan musuh dalam selimut. Ini telah terbukti berjaya bila penulis upahan MSO telah berjaya membunuh karektor Husam Musa. Bagi untuk memastikan plan dan agenda Task Force 2010 (TF2010) itu terus berjalan, ust Harun Taib sudah pun menjalankan strategi "test market"nya dengan mempersetujui terlebih dahulu usaha mendaftarkan "Pakatan Rakyat" tersebut. Respon pimpinan PAS Pusat yang beria-ia dengan pendaftran tersebut akan dikaji oleh ust Harun Taib. Lalu langkah-langkah perlu akan diambil oleh ust Harun Taib samada perlu dilancarkan pembunuhan karektor mereka seperti yang dilakukan oleh penulis upahan MSO kepada Husam Musa sebelum ini atau tindakan drastik diambil dengan menyingkirkan mereka diperingkat kawasan dan Dewan Harian PAS negeri seperti yang berlaku kepada YB Khalid Samad dan YB Saari Sungip. Ini semua bergantung atas budi bicara ust Harun Taib.
Muktamar Khas
Tetapi TG Nik Aziz berjaya memintas rancangan UG pusingan kedua ini. Tanpa melengahkan masa TG Nik Aziz mengeluarkan"WARNING" tentang tahap kemerbahayaan TF 2010 ini. TG Nik Aziz mengusulkan 'Muktamar Khas' bagi mengambil langkah-langkah perlu. Apakah pula strategi ust Harun Taib untuk situasi terkini setelah Mursyidul Amnya sendiri beria-ia benar dengan Pakatan Rakyat ?? Adakah perlu dilancarkan pembunuhan karektor TG Nik Aziz ?? Atau buat pertama kalinya perlu dilancarkan usaha-usaha untuk menyingkir terus TG Nik Aziz dari tahta Mursyidul Am PAS ?? Anda pula memilih yang mana ?? Harun Taib atau Nik Aziz ?? Sebelum itu, anda masih ingat lagi kepada Ust Ahmad Awang bekas Pesuruhjaya PAS negeri Perak ?? Pada muktamar PAS 2009 yang lalu, Ust Ahmad Awang telah mendedahkan bahawa seorang pimpinan tertinggi parti PAS telah memujuknya supaya bergabung terus dengan Umno bagi mendirikan kerajaan Melayu Islam di Perak. Adakah orang yang dimaksudkan itu ialah Ust Harun Taib ???