Showing posts with label nujum timur. Show all posts
Showing posts with label nujum timur. Show all posts

Saturday, November 14, 2009

Siapa kata Hasan Ali tak bersama Pas?

Sesiapa pun jangan kata Pesuruhjaya Pas Selangor Dato' Dr. Hasan Ali (DHA) sekarang adalah boneka Umno yang dihantar ke dalam Pas.

Kalau tak percaya , sila tanya arkitek Pas yang bernama Dato' Mustafa Ali.

Kalau tak pun, tanya kepada Ketua Penarangan Pas yang bernama Idris Ahmad.

Kalau tak pun, sila tanya pada Ketua Puak Ulaq Dalam Semak (bukannya Ulamak) yang namanya Harun Taib.

Cuma sorang saja jangan sesiapa pun tanya - Ketua Budak Pas yang namanya Nasruddin Hassan at-Tantawi.

Sesiapa pun berani tanya bebenda tak baik pada budak ini, dia akan digelar Agen Umno. Kah kah kah kah...

Kalau cerita lebih-lebih, ada satu lagi mamat akan call semua pimpinan Pas dan kata benda2 yang disebut bloggers fitnah belaka. Budak ini, namanya Misbahul Munir.

DHA boleh nafi apa yang aku nak tulis, tapi biar dengan hujah fakta juga.

Jangan nafi kosong, sebab aku takut orang kata kau Dr. Kangkung...!

Melalui DHA, Kontraktor umno banyak dapat projek dalam GLC Alam Flora.

Hanya 1 kontraktor Pas saja dapat.

Sepatutnya Pas lebih melalui DHA. 18% kuota pas telah diperolehi oleh kontraktor-kontraktor umno.

Antara kontraktor umno sial yang dapat habuan kerana banyak membantu DHA nak bawa Pas bergabung dengan Umno adalah:

1- bersih bekal

2- EDX Jaya yang dipunyai Hamidi. Dia ni budak Halim. Halim pula adalah bekas ketua pemuda Umno Subang, yang sekarang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Subang. Dia ini banyak bantu DHA dalam isu kepala lembu di Shah Alam dulu.

3-Hadijah interprise yang dipunyai Dato' Hadijah, iaitu AJK wanita Umno Langat.

4- Rosli Trading yang dipunyai Ketua Cawangan Umno Batu Tiga, yang dipercayai juga sabotaj Kak Rodziah Ismail waktu isu Kepala Lembu di Shah Alam.

5- Eneereec Malaysia Sdn. Bhd. yang dipunyai oleh Hj. Rosli Abu. Dia ini sebenarnya Timbalan Ketua Pemuda Umno Cawangan Seri Setia.

6- SHR interprise. Syarikat ini aku lupa nama pemiliknya. Tapi, pemilik syarikat dapat projek disebabkan dia ini jadi AJK UMNO Bahagian PJ Utara. Kalau tanya pada Roslan SMS, dia akan senyum.

7-Maniza Mantap, iaitu individu yang banyak sponsor Umno Selangor waktu meeting di Indonesia.

8- Rzan Jaya...ko semak sendiri!

Dr. Hasan Ali, apa komen kau apabila aku dedahkan sikap kau di Selangor, walaupun jadi Pesuruhjaya PAS di Sangor!

Wednesday, November 11, 2009

Cerita Kepten Bola PAS !!!

Dr Abu Hassan, yang diundang menyampaikan pandangannya dalam sesi percambahan minda pada seminar tersebut bersama Dr Abdul Aziz, turut menyampaikan dapatan tinjauannya bahawa Abdul Hadi tidak mendapat tanggapan positif masyarakat.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungannya di akhir seminar itu, Abdul Hadi kelihatan mempertahankan dirinya dengan menyamakan pemimpin PAS sebagai pemain bola sepak dan ahli akademik sebagai pengulas sukan.

"Kita berada di medan dan mereka yang lain adalah pengulas, seperti dalam sukan dan permainan bola sepak. Dan sudah tentu ada provokasi, (seperti) lempar mercun dan sebagainya.

"Tetapi kita sebagai pemain jangan cepat melatah, lempar mercun sama," katanya.

"Kita mesti berjiwa besar. Walaupun ada teguran keras, suruh pecat kapten. Tetapi dalam sebuah perlawanan, kita belum habis masa bermain.

"Sebagai pemain profesional, kita tidak boleh pecat kapten di tengah-tengah permainan."


Ini pandangan aku untuk semua pikiaq!

Kata masa permainan belum tamat....boleh tamatkan bila-bila masa...
Memang kita tak pecat kapten di tengah-tengah permainan...tapi kalau kapten dah lemah atau cedera kredibiliti....kita boleh buat pertukaran....keluarkan kapten lemah dan lantik player lain jadi kapten. Ala..tukar pembalut lengan lambang kapten saja...bukan susah.

Tuesday, November 10, 2009

Kalau saya maki Umno, kira agen Harun Taib lah ?

Ketua Dewan Ulama' Pas Harun Taib kata,

"Kekuatan Melayu Islam bukan bergantung pada penyatuan dua parti politik, Pas dan Umno tetapi kekuatan Melayu Islam akan kukuh apabila Umno menyertai Pas..."

Misbahul Munir jangan kata aku fitnah Pesuruhjaya Pas Terengganu tu pulak, macam hang tuduh Si Ali fitnah ABC maki Tok Guru.

"ABC tak nafi, Misbah pula melebih..." Kah kah kah kah!

Kalau hang ketagih nak tuduh semua orang fitnah Pas pun, hang kene tuduh Sinar Harian Edisi KL-S'ngor sebab akhbar ni yang tulis sedemikian semalam.

Siap jadi frontpage lagi!

Oleh kerana Harun Taib ni orang besar dalam Pas, aku takut nak kata dia ni adalah pemimpin pro Umno yang dok berlakon wara' dalam Pas.

Aku takut ketua budak Pas, Si Nasruddin Tantawi ni tuduh aku ni Agen Umno.

Cukup-cukuplah Si Tantawi ini tuduh Aziz Bari yang begitu cerdik dan berprinsip.

Bagi aku, isu UG Pas nak gabung Umno ini senyap sementara saja. Selepas ini, kalau line clear, peluk balik Umno tu.

Sebab UG adalah ideologi. Sama seperti ideologi yang lain, Islamis, nasionalis, patriotisme, cauvinisme, mahathirisme dll.

Ada satu lagi isme aku lupa sebut, komunisme.

Tengok...adakah isme komunisme hilang walaupun komunis di Asia boleh kata dah xda negara secara jelas.

Sama juga dengan UG. UG tak hilang.

Arkitek Pas Mustafa Ali yang arahkan budak suruhannya, Hj. Hadi diam dulu isu UG Umno-Pas sekarang.

Dia kata kalau teruskan juga, habis kita semua kene londeh dek bloggers sial sekarang ini.

Mungkin sebab itu jugalah Mustafa suruh Harun Taib cakap mcm yang aku dedahkan di atas.

Agar, usaha membawa Pas berpeluk dengan Umno tak mati begitu saja sekarang ini.

Siapa nak maki Harun Taib, baik jangan...nanti orang kata kita ini Agen Umno.

Kalau maki Umno, takkan orang nak kata kita agen Si Harun ini pula? Peninnnngggggg!

Tak payah pikiaq panjang...baca kenyataan Harun di atas, buatlah sesuka hati hangpa!