Showing posts with label khalid samad. Show all posts
Showing posts with label khalid samad. Show all posts

Friday, January 29, 2010

Tuan Ibrahim Tuan Man, anda MANGKUK

oleh ali :

Salam Jalan Raja Laut. Ok, kita terus pada point. Tuan Ibrahim Tuan Man adalah bingai.

"Eh Ali itu je point kau."
"Kau diam boleh tak mangkuk."

Ada lagi. Pertuduhan yang dikenakan pada Hasan Ali tiada kena mengena dengan PAS. Pertuduhan ke atas Hasan Ali sepatutnya diadili oleh Kerajaan Selangor. Itu kerja Khalid Ibrahim. Mangkuk. Takde kena mengena dengan Parti langsung. [link]

Audio video Albanjari

Wak Albanjari telah mengaku telah menyerahkan tape kepada Tuan Ibrahim dimana Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa dengan jobo mendedahkan rahsia PAS tentang bai'ah cerai isteri talak 3 kepada sekumpulan blogger UMNO. Dan bukti dari tape itu telah tidak dijadikan sebagai pertuduhan ke atas Hasan Ali.

"Eh boto ko Wak Albanjari bagi tape tu kek Tuan Ibrahim"
"Mano den tahu. Apo pulak?"
"Itu ari Wak Albanjari cakap tak nak tulis politik dalam blog"
"Poduli apo den dengan orang yang jual ubek air pancut."
"Eh ye la, kiro dio tu munafik la sobab masih lagi tulis pasal politik."
"Oh yo ko. Abis ape kena mengena bagi tape dengan Tuan Ibrahim?"
"Orang munafik, boleh percaya ke?"
"Mano la den tahu. Ekau tanya la ulamak. Poie tanyo Tuan Ibrahim"
"Li, Wak tu gelaran orang Jawa kan"
"A ah"
"Apsal Wak Albanjari pakai title tu padahal dia bukan Jawa"
"Mano la den tahu bai. Dio tongah jobo kot macam Hasan Ali"
"Jobo takpo bai. Tapi dia menipu kata nak bersara tulis politik"
"Abih ekau nak kluar ayat Quran kata dia munafik ko"
"Maleh la den dengan mangkuk tu. Makin dilayan makin bingai bai"
"Ha Ha Ha. Orang gila jangan dilayan. Nak-nak orang yang gila jobo"

Kita Pengyu

Mano mungkin Tuan Ibrahim nak hukum Hasan Ali, sedangkan Hasan Ali adalah BFF kepada Tuan Ibrahim. Best Friend Forever. Kroni bai.

Khalid Samad

Maklumat sulit apa yang telah didedahkan oleh Khalid Samad? Sejak bila tak boleh kritik Hasan Ali ni bai? Jangan nak perbodohkan rakyat la Tuan Ibrahim. Kau pakai serban segodang mano pun tak dapek kau nak menipu rakyat.

Kesimpulan

Khalid Samad tidak bersalah tapi digambarkan sebagai pesalah di mata rakyat. Hasan Ali bersalah tetapi digambarkan sebagai Hero di mata rakyat. Eh boleh blah la Tuan Ibrahim.



Tulang Besi

Kepada Kekandaku Tulang Besi, It's about time to reveal everything. Boto ko den cakap omputih tu. Cikgu Lyn nanti tolong botokan. Den tongah jobo cakap omputih nih. Takpola nanti den amik tuisyen Bahasa English dengan Cikgu Muna. Ha Ha Ha.

Friday, January 22, 2010

Ust. Abdul Ghani Samsudin "menasihati" Ust Harun Din

oleh ali :

Salam Jalan Raja Laut. Pada hari Selasa 19 Jan 2010 yang lalu telah berlangsung "roundtable talk" di rumah Anwar Ibrahim mengenai isu kalimah ALLAH oleh bukan muslim. Den maleh nak cito yang lain-lain. Anda boleh rujuk [link ini], [link ini] dan [link ini] untuk berita lanjut. Apo yang den nak paparkan ialah bilo time Ust. Abdul Ghani Samsudin berpeluang bercakap, beliau dengan sinis menyindir Ust. Harun Din dengan berkata, "..kita harap Dr. Harun Din tidak dimanfaatkan oleh golongan tertentu," sambil disambut dengan gelak ketawa dan riang ria oleh para hadirin yang hadir. Den tak tahu la YB Zulkifli Nordin ketawa atau tidak. Zulkifli Nordin sepanjang sesi di rumah Anwar tersebut hanya senyap menikus. Walhal dalam blog dialah hero. Dialah segala-galanya. Poyo bai. Untuk makluman, Ust. Harun Din dijemput tetapi memilih untuk tidak hadir. Pokok dek ekaulah. Dr. Harun Din dan Zulkifli Nordin den nasihatkan masuk UMNO atau bikin parti politik baru. Kehadiran mereka berdua banyak menganggu gugat Pakatan Rakyat dari dalam.

Suasana pada malam tersebut. Pertama dari kiri anda ialah Ust. Abdul Ghani Samsudin. Di sebelahnya pula Tuan Ibrahim Tuan Man. Gambar ehsan Wanjo.


Cayala Tuan Ibrahim

Lagi satu den nak highlight, den respek dengan ucapan Tuan Ibrahim Tuan Man di rumah Anwar Ibrahim pada malam tu. Cantik hujah dia.


Khalid Samad vs Zulkifli Nordin

Semua orang tahu Zulkifli Nordin telah menghina Khalid Samad pada 4 Jan 2010 dengan melabel beliau sebagai politikus hingusan. [klik link] Tetapi bila di rumah Anwar, Zulkifli Nordin senyap menikus. Apepasal kau tak tunjuk hero kau depan orang ramai pada malam itu. Khalid Samad punya syok berhujah, para hadirin menjangkakan "hero Melayu" Zulkifli Nordin akan bangun membidas hujah Khlid Samad. Jangkaan meleset bai. Zulkifli Nordin memilih untuk senyap. Eh bai tunjuk la jantan kau sikit. Hilang respek den dengan Zulkifli Nordin ni. Kau ni rupanya sama taraf dengan den. Tunjuk hero dalam blog. Den blogger cikai, kau pun nak ikut samo cikai. Memang mangkuklah sapo yang bawak dio ni naik jadi Yb pada Mac 2008 hari tu.

Conversation satu hala boleh la bai

Rupanya Yb mangkuk ni cuma tunjuk hero dalam blog dan ceramah je. Satu hala. Cuba buat dua hala macam dalam forum, memang out la bai. Malam tu pun tak terlawan dengan hujah Khalid Samad. Senyap sunyi bai. Lain kali jangan cakap besar. Biasanya hujah Zulkifli Nordin didalam blognya penuh dengan sentimen dan emosi. Berfakta la sikit. Lihat Khalid Samad, penuh fakta dan hujah. [klik link] Zulkifli Nordin dalam isu kalimah ALLAH bukan sahaja melawan Khalid Samad malah keputusan Partinya sendiri.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Peguam den

Hari ini dalam blognya, Zulkifli Nordin mengatakan Khalid Samad menghina Islam kerana menghina Enakmen Negeri Selangor. [klik link] Eh bai, Enakmen yang dimaksudkan oleh Khalid Samad tidak bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah. Mana-mana Enakmen atau undang-undang Negeri yang tidak mengikut Al-Quran dan Sunnah adalah menghina Islam. Sepatutnya kita patut julang Khalid Samad sebagai HERO kerana menjulang martabat Islam. Ini terbalik bai. Lupo lak den, peguam kan pandai spin fakta. Takpo bai, den hantar peguam den jawab balik hujah kau. Maleh den nak pakai hujah-hujah Al-Qaradhawi dan Wahbah Zuhaili. Wasting my time lah. Zulkifli Nordin !!! Kau baco hujah peguam den ni. Jangan tak klik bai.

Wednesday, November 18, 2009

Benarkah Tariq Ibn Ziyad membakar kapal perangnya ?

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Sekarang hangat orang cerita kisah hero umat Islam, Tariq Ibn Ziyad membakar kapal perang. Betul ke ?? Kita tidak menafikan kehandalan Tariq Ibn Ziyad membuka empayar Andalus. Tapi isu bakar kapal perang tu ada yang tidak kena. Kalau kapal perang tu dari harta Tariq Ibn Ziyad kita tidak kisah. Beliau nak buat kayu api ke, bikin kuda trojan ke, buat rumah agam style minangkabau itu kita tidak kisah sebab itu duit Tariq. Bagaimana pula jika ia datang dari duit rakyat ?? Bukankah itu menimbulkan fitnah. Tidak sesenang itu seorang panglima perang mengeluarkan arahan untuk membakar kapal perang yang hasilnya datang dari duit kerajaan iaitu duit rakyat.

Kulit muka depan buku Dr. Basri Ibrahim

Kisah Tariq Ibn Ziyad membakar kapal ni memang terkenal. Satu Malaysia dan satu dunia tahu Tariq bakar kapal perang laut sebagai motivasi kepada askar-askarnya. Tetapi mengikut kajian Dr. Basri Ibrahim, kisah itu tidak benar. Kajiannya itu telah dibukukan pada buku yang berjodol "Kisah-Kisah Para Nabi Yang Tidak Boleh DiJadikan Hujah" terbitan Darul Nu'man. Untuk lebih detil kita terus merujuk pada mukasurat 54 pada buku tersebut tentang kisah Tariq dan arahan membakar kapal perang lautnya.

Alasan utama yang dikemukakan oleh Dr. Basri bahawa kisah itu tidak benar ialah :

1] Kapal-kapal perang laut itu adalah hakmilik awam, hakmilik negara, maka Tariq yang bertaraf Panglima Perang tidak boleh mengeluarkan arahan demikian melainkan dengan meminta izin dari Khalifah yang mengetuai Kerajaan Pusat.

2] Kisah ini tidak dicatatkan dalam kitab-kitab sejarah utama.

Dr. Basri Ibrahim kini adalah pensyarah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia.

Bagaimana kisah yang tidak benar boleh diperbandingkan dengan Bai'ah Cerai Talak 3. Tidak masuk akal kita membuat contoh anologi demikian. Kemungkinan besar orang yang membikin anologi ini tidak mengetahui tentang buku terbitan Darul Nu'man ini. Penulis percaya maklumat beliau terbatas. Jika beliau tahu kisah itu tidak benar sudah tentu beliau tidak menjadikan kisah Tariq beri arahan membakar kapal perang lautnya sebagai justifikasi untuk menghalalkan(baca: cover up) isu Bai'ah Cerai Talak 3 beliau. Apapun penulis pulangkan semula pada publik untuk menilai.

Jangan lupa membeli buku Dr. Basri Ibrahim di atas. Ia membuka minda kita bahawa banyak yang kita sangkakan ia fakta cerita benar tetapi ia bukan. Di bawah ini penulis turunkan sinopsis buku tersebut dari laman web Darul Nu'man. Percayalah anda tidak rugi memiliki buku ini. Den mempromosi buku ini tanpa mendapat apa-apa komisyen pun dari Darul Nu'man. Baik jugak Den ni kan walaupun handsome. Hehehe :)

Sirah para Nabi dan Rasul tidak pernah luput dari ingatan. Berkat kesabaran dan ketabahan mereka, umat Islam terselamat dan mendapat petunjuk Allah SWT. Walau berbekal mukjizat dan perkara yang di luar kebiasaan, namun mereka tetap merasakan penderitaan. Semuanya termaktub dan terlakar di dalam al-Quran. Namun sejarah mereka tidak terlepas juga dari penyelewengan dan penambahan, sehingga ada berita yang mencacatkan darjat kerasulan.


Saturday, November 14, 2009

Bai'ah cerai talak 3 - Part 2

oleh ali :

Mustafa Ali ni memang PENIPU. Dia ingat rakyat Malaysia ni bodoh.


Justify Full1- Maknanya Pru-2008 dah tiada bai'ah cerai talak 3. Habis U tube pengakuan ADUN Perak dekat sini ni hape ?? Itu hard evidence bai. ADUN Perak tu baru merasa menjadi ADUN selepas menang PRU-2008. Maknanya dia bersumpah Bai'ah cerai talak 3 semasa menghadapi Pru-2008. Busted.


2- Sekali lagi lihat U tube tadi. Yang mengaku tu ADUN Perak. Bukan setakat Selangor sahaja tetapi seluruh Malaysia. Busted.

3- Untuk sekian kalinya, kenapa 'menasihatkan' Khalid Samad tetapi tidak melakukan apa-apa tindakan pun kepada pembocor rahsia besar Parti iaitu Nasarudin Mat Isa kerana membocorkan rahsia sumpah Bai'ah cerai talak 3 terhadap isteri kepada blogger UMNO. Sila klik.

Den tak tahu nak cakap apo laie kek clan ulamak Terangganu ni. Sudah ada hard evidence iaitu U tube ceramah pengakuan ADUN Perak semasa Prk Bukit Gantang yang lalu. Janganlah cunning lagi. Mengaku sahaja dan mohon maaf kepada wanita. Be a political honest. Contohi Chua Soi Lek dan Bill Clinton. Chua Soi Lek dengan video seksnya yang tersebarluas. Dia mengaku yang dalam video itu adalah dia. Dia boleh je menipu macam V.K Lingam dengan mengatakan It's look like me, sound like me but it's not me. Tapi Chua Soi Lek tahu rakyat Malaysia bukan bodoh lalu mengaku dan berkata benar.

Macam tu jugak kes Bill Clinton dengan Monica Lewinsky. Bill Clinton mengaku salah dan mohon maaf kepada rakyat Amerika. Ini sudah ada hard evidence tapi Parti PAS masih lagi mahu membohongi rakyat Malaysia. Orang bukan Islam lebih terpuji dalam hal ini. Ada bukti mereka melakukan kesalahan dan mereka mengakui kesalahan itu. Tapi PAS ?? Sudah ada bukti audio video lagi tapi masih lagi nak mempertahankan kebohongan mereka. Parti PAS sekarang sedang mengurus PERSEPSI bahawa PAS memandang rendah intelek rakyat Malaysia. Keep it up !!! Hasil usaha Task Force 2010 sedang membuahkan hasil.


Bai'ah cerai talak 3

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Anda semua masih ingat tentang gadis cina yang ketuk ketampi dalam lokap satu ketika dulu ?? Di mana anggota Polis lelaki yang berhati mulia telah merakam aksi gadis cina itu ketuk ketampi(Sebagai kenang-kenangan anak cucu nanti) dalam keadaan berbogel lalu tersebar dalam mobile phone dan internet. Lalu berlari ketika itu Menteri yang nikah dengan Normala Samsudin ke Negara China meminta maaf kepada kerajaan China. Dah minta maaf baru sedar gadis tersebut rupa-rupanya orang melayu. Aksi dirakam ketika azan subuh. Kemungkinan besar anggota Polis lelaki yang merakam aksi ketuk ketampi bogel itu sedang bersiap-siap nak menunaikan solat subuh berjemaah. Kita kena Husnu Dzhon macam kita berhusnu dzhon dengan puak-puak yang pro UG dalam PAS.

Ketuk ketampi

Memang ketuk ketampi dalam keadaan bogel tiada dalam Standard Operating Procedure ketika tahanan dibawa ke lokap. Tetapi ia perlu sebagai langkah berjaga-jaga. Ia sudah lama berlaku. Sejak zaman British lagi. Siapa yang pernah kena tahan, tahulah benda ni. Prosedur ini perlu. Itu kata Polis lah. Mana lah tahu dalam dubur tahanan ada ganja, bahan berbahaya, senjata dan lain-lain benda yang meragukan. Kalau dalam cerita Chow Sin Chi @ Stephen Chow(Popular dengan movie Shollin Soccer), banduan boleh simpan ayam goreng drumstick dalam dubur. Bila keluar dari rektum, ayam tu keluar berasap-asap bai. Cibai betul dia. Ha Ha Ha. Walauapapun alasan, perbuatan itu dikeji ramai dan menjadi topik panas ketika tu. Etika ke, akhlak ke, kemanusian ke semua orang tidak peduli. Kezaliman terhadap wanita sudah berlaku. Jika tidak kenapa Menteri yang nikah dengan Normala Samsudin berlari ke langit dan memohon maaf kepada kerajaan Tembok Besar China.

Memang benar ia ada

Serupa juga dengan Bai'ah cerai talak 3 sebelum menjadi calon Pru bagi calon PAS. Ia tiada dalam Standard Operating Procedure Parti PAS. Tetapi ia ada. Sejak bila ia ada ?? Jangan tanya penulis. Bai'ah itu ada sebagai mekanisma perlu bagi mengelakkan calon PAS melompat Parti jika apabila dah menang kelak. Bagus ke mekanisma Bai'ah cerai talak 3 ni ?? Bagi penulis, it is morally wrong. Maaf penulis memang takde tauliah Jais dan PhD dalam bab agama. Tetapi ia dibuktikan dengan penafian kesemua pemimpin besar PAS bila hal ini dibocorkan oleh Nasarudin Mat Isa kepada blogger UMNO. Klik untuk baca pendedahan blogger UMNO. Kenapa procedure ini menjadi rahsia ?? Bila rahsia ini bocor kenapa semua pakat menafikan procedure ini ?? Penafian ini kita boleh baca sebagai penipuan pemimpin PAS. Semua menipu kecuali Khalid Samad. Pandai tak Nasarudin Mat Isa menjalankan gerak kerja Task Force 2010 ?? Pandailah mangkuk !!! Hampir kesemua pemimpin PAS menipu dan boleh dihancurkan kredibiliti mereka. Malah ia telah diakui terlebih awal semasa Prk Bukit Gantang oleh ADUN PAS Negeri Perak. Mari lihat youtube ini :



Kenapa pemimpin PAS menipu ??

Pemimpin PAS menipu kerana memang bai'ah ini dilihat menindas wanita. Pusing ikut mana pun memang akan ternampak wanita iaitu isteri sebagai bahan tebusan. Wanita dilihat sebagai barang. Wanita dilihat sebagai kasta rendah manakala lelaki kasta tinggi. Yang menjadi persoalan besar ialah perbuatan ini tidak mempunyai contoh dari Baginda nabi dan para sahabat. Kenapa ia masih dilakukan ?? Nak elak adun atau ahli parlimen PAS dari melompat ?? Terpulang kepada anda semua. Bagi penulis, penulis menentang bai'ah cerai talak 3 hanya semata-mata sebagai mekanisma lompat parti. It is absurd. Mari lihat komen ini :

Orang pertama yang bertanggungjawab memasukkan elemen seperti perceraian dalam bai'ah ialah Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafi, ketika meminta rakyat berbai'ah kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan.Apa yang pastinya, memasukkan perkara-perkara ini dalam bai'ah adalah satu tindakan melampau khalifah-khalifah terdahulu. dan ia tidak ada asasnya dalam agama Islam.

Ibn Taimiyyah menyebut:
"Sumpah dengan menggunakan perceraian adalah satu bid'ah yang baharu. Aku tidak pernah mendapati perbuatan sumpah dengan perceraian pada zaman sahabat".Katanya lagi, "Kemudian, bid'ah ini semakin berleluasa dalam kalangan ummat dan tersebar dengan meluasnya".

Kalaulah bai'ah terhadap khalifah Negara Islam pun, ulama telah mempertikaikan tindakan Hajjaj bin Yusuf memasukkan elemen perceraian, maka kita fikirkanlah perbuatan memasukkan elemen perceraian dalam bai'ah yang lebih kecil. contohnya bai'ah terhadap satu-satu kumpulan atau jemaah.

Penulis pulangkan semula kepada publik.

Kecerdikan Khalid Samad

Penulis memberi kredit kepada YB Khalid Samad kerana berani menongkah arus kali ini. Di kala semua pemimpin PAS menipu, Khalid berkata benar. Khalid tahu ini adalah mainan Task Force 2010. Nasarudin Mat Isa sampai sekarang tidak diambil tindakan kerana membocor rahsia besar parti. Khalid can smell something fishy about this. Baru tadi Khalid Samad dikenakan tindakan 'nasihat' oleh Parti PAS melalui sidang media oleh Mustafa Ali di Pejabat Agung PAS jalan Raja Laut sebentar tadi (kira-kira pukul 11.00 pagi tadi). Nasarudin Mat Isa langsung tak disentuh dalam press confrence tersebut. Cuba teka apa langkah Task Force 2010 selepas ini ??

*Baru tadi juga Setiausaha Politik TG Nik Aziz mengesahkan Tok Guru tidak menunaikan Fardhu Haji pada tahun ini. Confirm Tok Guru batal pergi haji. Kenapa ?? Nanti ambo tanya Tok Guru :)