Saturday, November 14, 2009

Bai'ah cerai talak 3

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Anda semua masih ingat tentang gadis cina yang ketuk ketampi dalam lokap satu ketika dulu ?? Di mana anggota Polis lelaki yang berhati mulia telah merakam aksi gadis cina itu ketuk ketampi(Sebagai kenang-kenangan anak cucu nanti) dalam keadaan berbogel lalu tersebar dalam mobile phone dan internet. Lalu berlari ketika itu Menteri yang nikah dengan Normala Samsudin ke Negara China meminta maaf kepada kerajaan China. Dah minta maaf baru sedar gadis tersebut rupa-rupanya orang melayu. Aksi dirakam ketika azan subuh. Kemungkinan besar anggota Polis lelaki yang merakam aksi ketuk ketampi bogel itu sedang bersiap-siap nak menunaikan solat subuh berjemaah. Kita kena Husnu Dzhon macam kita berhusnu dzhon dengan puak-puak yang pro UG dalam PAS.

Ketuk ketampi

Memang ketuk ketampi dalam keadaan bogel tiada dalam Standard Operating Procedure ketika tahanan dibawa ke lokap. Tetapi ia perlu sebagai langkah berjaga-jaga. Ia sudah lama berlaku. Sejak zaman British lagi. Siapa yang pernah kena tahan, tahulah benda ni. Prosedur ini perlu. Itu kata Polis lah. Mana lah tahu dalam dubur tahanan ada ganja, bahan berbahaya, senjata dan lain-lain benda yang meragukan. Kalau dalam cerita Chow Sin Chi @ Stephen Chow(Popular dengan movie Shollin Soccer), banduan boleh simpan ayam goreng drumstick dalam dubur. Bila keluar dari rektum, ayam tu keluar berasap-asap bai. Cibai betul dia. Ha Ha Ha. Walauapapun alasan, perbuatan itu dikeji ramai dan menjadi topik panas ketika tu. Etika ke, akhlak ke, kemanusian ke semua orang tidak peduli. Kezaliman terhadap wanita sudah berlaku. Jika tidak kenapa Menteri yang nikah dengan Normala Samsudin berlari ke langit dan memohon maaf kepada kerajaan Tembok Besar China.

Memang benar ia ada

Serupa juga dengan Bai'ah cerai talak 3 sebelum menjadi calon Pru bagi calon PAS. Ia tiada dalam Standard Operating Procedure Parti PAS. Tetapi ia ada. Sejak bila ia ada ?? Jangan tanya penulis. Bai'ah itu ada sebagai mekanisma perlu bagi mengelakkan calon PAS melompat Parti jika apabila dah menang kelak. Bagus ke mekanisma Bai'ah cerai talak 3 ni ?? Bagi penulis, it is morally wrong. Maaf penulis memang takde tauliah Jais dan PhD dalam bab agama. Tetapi ia dibuktikan dengan penafian kesemua pemimpin besar PAS bila hal ini dibocorkan oleh Nasarudin Mat Isa kepada blogger UMNO. Klik untuk baca pendedahan blogger UMNO. Kenapa procedure ini menjadi rahsia ?? Bila rahsia ini bocor kenapa semua pakat menafikan procedure ini ?? Penafian ini kita boleh baca sebagai penipuan pemimpin PAS. Semua menipu kecuali Khalid Samad. Pandai tak Nasarudin Mat Isa menjalankan gerak kerja Task Force 2010 ?? Pandailah mangkuk !!! Hampir kesemua pemimpin PAS menipu dan boleh dihancurkan kredibiliti mereka. Malah ia telah diakui terlebih awal semasa Prk Bukit Gantang oleh ADUN PAS Negeri Perak. Mari lihat youtube ini :



Kenapa pemimpin PAS menipu ??

Pemimpin PAS menipu kerana memang bai'ah ini dilihat menindas wanita. Pusing ikut mana pun memang akan ternampak wanita iaitu isteri sebagai bahan tebusan. Wanita dilihat sebagai barang. Wanita dilihat sebagai kasta rendah manakala lelaki kasta tinggi. Yang menjadi persoalan besar ialah perbuatan ini tidak mempunyai contoh dari Baginda nabi dan para sahabat. Kenapa ia masih dilakukan ?? Nak elak adun atau ahli parlimen PAS dari melompat ?? Terpulang kepada anda semua. Bagi penulis, penulis menentang bai'ah cerai talak 3 hanya semata-mata sebagai mekanisma lompat parti. It is absurd. Mari lihat komen ini :

Orang pertama yang bertanggungjawab memasukkan elemen seperti perceraian dalam bai'ah ialah Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafi, ketika meminta rakyat berbai'ah kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan.Apa yang pastinya, memasukkan perkara-perkara ini dalam bai'ah adalah satu tindakan melampau khalifah-khalifah terdahulu. dan ia tidak ada asasnya dalam agama Islam.

Ibn Taimiyyah menyebut:
"Sumpah dengan menggunakan perceraian adalah satu bid'ah yang baharu. Aku tidak pernah mendapati perbuatan sumpah dengan perceraian pada zaman sahabat".Katanya lagi, "Kemudian, bid'ah ini semakin berleluasa dalam kalangan ummat dan tersebar dengan meluasnya".

Kalaulah bai'ah terhadap khalifah Negara Islam pun, ulama telah mempertikaikan tindakan Hajjaj bin Yusuf memasukkan elemen perceraian, maka kita fikirkanlah perbuatan memasukkan elemen perceraian dalam bai'ah yang lebih kecil. contohnya bai'ah terhadap satu-satu kumpulan atau jemaah.

Penulis pulangkan semula kepada publik.

Kecerdikan Khalid Samad

Penulis memberi kredit kepada YB Khalid Samad kerana berani menongkah arus kali ini. Di kala semua pemimpin PAS menipu, Khalid berkata benar. Khalid tahu ini adalah mainan Task Force 2010. Nasarudin Mat Isa sampai sekarang tidak diambil tindakan kerana membocor rahsia besar parti. Khalid can smell something fishy about this. Baru tadi Khalid Samad dikenakan tindakan 'nasihat' oleh Parti PAS melalui sidang media oleh Mustafa Ali di Pejabat Agung PAS jalan Raja Laut sebentar tadi (kira-kira pukul 11.00 pagi tadi). Nasarudin Mat Isa langsung tak disentuh dalam press confrence tersebut. Cuba teka apa langkah Task Force 2010 selepas ini ??

*Baru tadi juga Setiausaha Politik TG Nik Aziz mengesahkan Tok Guru tidak menunaikan Fardhu Haji pada tahun ini. Confirm Tok Guru batal pergi haji. Kenapa ?? Nanti ambo tanya Tok Guru :)

No comments: