Salam one Malaysia. Hari ini kita akan dedahkan bahawa Harakahdaily masih dengan perangai 'tiny mistake' mereka. Walaupun 'tiny mistake' ia masih boleh menjatuhkan kredibiliti portal web organ Parti PAS tersebut.
Dr Mohd Asri Dikunjungi Ketua Dewan Ulama Pas
Orait. Mari bandingkan dengan laporan Harakahdaily dibawah ini yang bertarikh 6 November 2009.
(Gambar:Ustaz Harun bertemu Dr Asri di rumah Asri semasa pilihan raya kecil Permatang Pasir)
Ia berlaku sewaktu siri kempen Pilihan raya Kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang.
Dalam laporan oleh wartawan Minda Tajdid ia melaporkan bahawa Harun Taib berkunjung ke rumah Maza pada 30 Oktober 2009. Dan gambar terbabit di ambil dirumah Maza pada tarikh yang sama. Tetapi Harakahdaily dengan selamba mengatakan gambar tersebut diambil semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir. Wartawan Minda Tajdid tidak lapor pun gambar itu diambil pada masa Prk tersebut. Malah ia diambil semasa makan malam Harun Taib dan Maza pada 30 Oktober 2009. Haiyaa... Macam mana Harakahdaily boleh menambah-nambah kata diambil semasa Prk Permatang Pasir yang lalu ?? 'Silly Mistake' begini selalu terjadi bila penulis berita tidak menyemak berita asal dari sumber pertama.
Walaupun berwajah baru, kakitangan Harakahdaily masih dengan perangai mereka yang lama. Sepatutnya wajah baru, azam melaporkan berita terkini dengan cepat dan betul pun mestilah baru. Nanti kita diketawakan orang. Harakahdaily mestilah mendapatkan kepercayaan pemburu berita yang juga pengundi-pengundi rakyat Malaysia. Ia mesti mempunyai azam untuk menyaingi portal-portal berita web yang mendapat tempat dihati rakyat seperti Malaysiakini dan Malaysianinsider.
Reputasi Harakahdaily mencerminkan reputasi Parti PAS. Disebabkan ada label 'Islam' pada Parti tersebut, maka ia mencerminkan reputasi Islam itu sendiri. Jika persepsi orang ramai terhadap Harakahdaily adalah buruk, maka ia akan berjangkit kepada Parti PAS dan Islam. Penulis tidak kisah persepsi buruk itu hanya terjadi pada Harakahdaily dan PAS tetapi jangan pada Islam. Maka WAJIB bagi Harakahdaily memantau kualiti beritanya sebelum ia dilulussiarkan. Ia adalah tanggungjawab yang besar bagi mereka-mereka yang bertugas di Harakahdaily. Dengan harapan, nama Islam tidak dipandang buruk oleh masyarakat diluar sana.
Pesanan khidmat ringkas ini ikhlas dari kami di Baganutama :)
No comments:
Post a Comment