Tuesday, November 17, 2009

Iklan gambar seksual di Harakahdaily !!!

oleh ali :

Image

Salam satu Malaysia. Cuba anda semua perhatikan gambar di atas. Lihat belah kiri gambar. Ada iklan kan. Lihat yang ada perkataan BOLEH !! . Gambar apa tu ?? Eeeeeee den pun maleh nak cakap. Ia membawa persepsi seks dan lucah. Lihat gambar pun tahu. Apa nak jadi ni bai. Jika gambar iklan tu ada kat blog wak banjari den tak kisah. Sebab blog dia dipenuhi dengan iklan sebegitu. Kita tak boleh nak kata apa la walaupun dia mengaku ahli PAS seumur hidup.

Tapi bagaimana dengan Harakahdaily yang mengaku sebagai organ rasmi berita web Parti PAS ?? Anda membawa nama ISLAM ke sana ke mari. Sudahlah persepsi awam sekarang buruk terhadap PAS dan bertambah buruk bila isteri dijadikan tebusan dalam Bai'ah calon politik. Cukup-cukuplah menjadikan wanita sebagai bahan dagangan. Dengan gambar berunsur seks di atas, membuatkan persepsi awam bertambah-tambah buruk bila memandang PAS adalah Parti yang sanggup meletakkan, mempergunakan dan mempereksploitasikan wanita dalam beriklan di Harakahdaily. Apa nak jadi ni bai. Dah takde idea ke nak terima iklan lain ?? Dah terdesak sangat sampai dah tiada siapa yang hendak beriklan di Harakahdaily ?? Lagi satu MANGKUK , di mana sistem penapisan anda dalam menerima iklan ?? Atau memang polisi Harakahdaily menerima apa sahaja bentuk iklan hatta gambar wanita berbogel sekalipun ??!! Cakap terus terang bai.

Semasa salah seorang admin kami di Baganutama membawa satu iklan nuffnang atas tujuan amal lebih kurang 2-3 minggu yang lalu, penulis sedikit terkejut. Tapi tidak mengapalah kerana ia bertujuan baik bagi membantu sekolah agama dan anak yatim. Tetapi iklan itu hanya bertahan tidak sampai 24 jam kerana ia memaparkan gambar perempuan bercoli. Kurang ajar punya iklan. Tanpa dakwa dakwi terus penulis kick iklan nuffnang dari Baganutama. Baganutama tidak mewakilli mana-mana pihak dan disertai ramai individu-individu bebas. Tetapi kami amat membenci terhadap sesiapa yang sanggup memperdagangkan dan mengekploitasikan tubuh wanita sebagai iklan. Wanita adalah ibu kepada kami dan kita semua. Adakah anda sanggup menjadikan tubuh wanita iaitu ibu kita sebagai produk pengiklanan ??? Tetapi Harakahdaily (Baca : Parti PAS) sanggup. Berubah wajah konon.

No comments: