Mustafa Ali nak cover up cerita busuk geng UG dia. Siapa lagi kalau bukan si Taqiyuddin. Kurang ajar. Dia ingat rakyat bodoh sama macam dia bodoh. Den dah 'capture' untuk tatapan kita semua.
Kepada Zulkifli Sulong, anda sebagai editor Harakahdaily tetapi anda bertindak menjadi balaci Mustafa Ali. Di mana suara yang mengatakan Harahdaily bebas dari cengkaman orang atasan ??
Hanya sekadar retorik yang memualkan.
Click for enlarge. Tajuk berita tadi telah dibuang kira-kira pada pukul 11.30 pagi setelah den refresh balik web tersebut. Gambar berikut adalah isi kandungan tajuk berita yang disingkirkan oleh editor Harakahdaily, saudara Zulkifli Sulong.
Click for enlarge. Den dah copy isi kandungannya. Den paste balik kat bawah ni untuk tatapan kita semua. Fikirkan kenapa berita yang dilupuskan dari web Harakahdaily ini sangat merbahaya ??
Pekerja bawahan MPKB BRI dakwa majikannya enggan bayar OT
BEBERAPA pekerja bawahan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (PMBK BRI) mendakwa mereka dipaksa bekerja lebih masa (over time – OT) tanpa dibayar gaji atau elaun lebih secara tunai.
Sebaliknya, Majikan PMBK BRI mengarahkan mereka yang terbabit mengambil cuti gantian sebagai balasan pada kerja lebih masa itu.
Salah seorang pekerja bawahan memberitahu bahawa majikannya seringkali menegaskan bahawa PMBK BRI tidak mempunyai dana yang cukup untuk menampung kos gaji bekerja lebih masa para pekerja bawahan yang terbabit.
Ujarnya lagi, sekiranya ada pekerja bawahan yang membangkitkan isu tersebut, majikan mereka akan mengugut untuk membuang pekerja-pekerja terbabit.
“Kami, pekerja-pekerja bawahan ini, tak kiralah di Bahagian Penguatkuasaan atau Bahagian Pembentungan Sisa Pepejal diugut buang kerja sebab kami kebanyakannya pekerja kontrak, lagipun rata-rata ada yang tidak ada sijil SPM,” jelas pekerja bawahan terbabit.
Tambahnya lagi, majikannya acapkali menegaskan bahawa pekerja-pekerja bawahan PMBK BRI sebenarnya bukan sahaja tidak layak menuntut gaji bekerja lebih masa, malah tidak layak bekerja ‘makan gaji’ disebabkan tidak ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Seorang pekerja bawahan yang lain pula menjelaskan, majikannya sebelum ini pernah mengoyak suatu keratan akhbar berkaitan Presiden CEUPAC Osman Bakar menyelar majikan yang enggan membayar gaji bekerja lebih masa.
“Ada di antara kami lekatkan keratan akhbar Osman Bakar, Presiden CEUPAC selar ketua jabatan yang enggan bayar OT (kerja lebih masa), tapi majikan koyak.” jelasnya.
Tambahnya lagi, sepatutnya majikan membayar gaji bekerja lebih masa secara tunai.
“Sepatutnya bayar OT. Cuti ganti susah nak minta kerana perlu ikut jadual kerja. Saya ada lebih tiga puluh hari lagi cuti (untuk tahun ini)sedangkan sekarang sudah hujung November,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga mendakwa majikannya selalu mengadakan lawatan mewah sambil belajar ke luar negara – Maghribi, Australia, Belanda dan sebagainya secara mewah.
Lawatan tersebut yang kononnya atas nama ‘lawatan sambil belajar’ turut disertai oleh beberapa Exco kerajaan negeri, eksekutif utama, kebanyakan Pengarah Jabatan serta Ahli-Ahli Majlis yang dilantik.
“Bila ditanya, mereka (majikan) selalu tegaskan bahawa itu lawatan sambil belajar…Exco, eksekutif utama, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ahli-Ahli Majlis ikut (turut serta), tetapi tidak ada sebarang perubahan dalam MPKB BRI,” ujarnya lagi.
“Banyak pihak pertikai perkhidmatan MPKB (BRI)…soal kebersihan, prasarana, sampah-sarap tapi majikan tak peduli…kutip cukai mereka tahulah.”
Dakwanya lagi, segelintir kepimpinan PAS negeri yang menjadi Ahli Majlis turut terlibat bersekongkol menggunakan wang MPKB BRI secara boros itu.
Pun begitu, beliau mendakwa segala penyalahgunaan kuasa tersebut sengaja disembunyikan oleh pihak tertentu dari diketahui oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya orang PAS Kawasan, saya tahu ada pihak dalam pimpinan PAS negeri sendiri cuba sembunyikan…kalau Tok Guru tahu, ahli majlis jadi susah (malah) Exco pun susah,” jelas pekerja bawahan itu lagi.
Beliau juga meminta Harakahdaily bertanya sendiri isu terbabit kepada Exco berwajib, Yang DiPertua MPKB BRI Ahmad Mahmood atau Penolong Pengarah Kewangan dan Akaun Bibi Hazainab Haron demi mengetahui hal yang sebenar.
Beliau turut menasihatkan kerajaan negeri agar prihatin dengan rasa kurang senang pekerja-pekerja bawahan terbabit, yang juga ahli serta penyokong tegar PAS/Pakatan Rakyat.
Laporan dalaman MPKB BRI ini merupakan cabaran terkini kerajaan Kelantan, setelah Kepimpinan PAS negeri berjaya menyelesaikan beberapa konflik berkaitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebelum ini. -END
No comments:
Post a Comment