Memula mmg wa nak wat logo garang2.Tapi wa tak sampai hati le bro.Logo ni suara hati wa.Kalau lu org rase ni suara hati lu gak, amik n pamirkan kat blog lu.
Wa tak pandai nak karang doa yg sesuai.Mintak tolong kenkawan karang doa.Moga2 pimpinan PAS lembut hati dan mendengar suara hati kita.Amin.
Utk letak kat widget korg...copy code kat bawah ni
Wa baca 2,3 kali artikel ni.Ruper2 nye ni lah jawapan kepada punca sampai sekarang Dewan Penyokong PAS masih tidak diluluskan.
Wa cuma mampu tersengeh jer la dgn "ketakutan" pimpinan PAS terhadap keinginan non muslim utk bernaung di bawah PAS. Teringin wa nak ckp kat non muslim ni, tayah join la...awal2 diorg dah suspek bukan2 ngn korang.Nak join ape lagi?Org dah tak sudi, ape lu nak lagi.
Anggap la wa ni naive dan tak terpikir pon KPP ni logiknya berpihak kepada "siapa" dlm PAS. Jadi mari kita kaji ape asas nya "ketakutan" ni.
Pertama: Siapa non muslim yg join KPP ni? Diorg ni org non muslim yg percaya kepada sikap bersih PAS n slogan PAS FOR ALL.Dah tentu diorg tahu yg PAS ialah Parti Islah dan sampai kiamat pon akan besifat Islamik. Kalau diorg tatau..ape ke gile nyer diorg nak join DPP?dah serupe khianat agama diorg tuh.
Kedua : Adekah DPP mampu mendesak untuk mengubah dasar2 PAS? Ni karut tak hingat ketakutan bodoh dan mencerminkan kebodohan org yg berpkiran camni.Ni serupa sama ngn sesetengah ostad yg tak kasi baca bible sbb takut termasuk kristian.Sama la ngn cerita2 minum holy water leh mengubah iman lu dlm sekelip mata.Selalu ni cerita dr ostad2 berjiwa melayu ni.
Kalau yer pon...ape dasar PAS yg DPP nak mintak ubah tu?Dasar negara Islam?Cube check bebetul perlembagaan PAS yg boleh diubah oleh DPP.Ade ke?Kalau nak undi pon tak cukup vote maa.Yg lu org takut sgt ni apehal?Gila apo?
Ketiga : Islamik kah keahlian PAS dibuka kepada non muslim? Persoalanan ni bagi wa serupa tanya, islamik kah kita mempunyai rakyat non muslim di dalam satu negara muslim? Atau pon mmg bagi PAS, kalau nak mendirikan negara Islam, semua non muslim wajib di halau dari negara?
Bagi persoalanan ni, wa tertarik ngn Ikhwanul Muslimin Mesir yg ade cabang party politik dan menerima pulak ahli bukan islam utk join party diorg.Kalu ikut pemikiran PAS, abes la tergoncang dasar IM mcm ni.Runtuh la iman org IM mesir.hehehe.
Apa2 hal pon...isu ni akan terletak mutlak di tangan pimpinan PAS. Maka menjerit2 dan meraung2 la ahli2 bawahan n blogger2 PAS mintak di segerakan isu ni.
Harap2 jerit2 korg ni tak jd mcm anjing menyalak bukit!
Salam kepada semua. Sesi kali ini diteruskan dengan teguran terbuka kepada unit team it PAS. Memang tidak profesional langsung. Eeee. Ini bermula dengan hobi team it Pas tidak menyertakan kredit dan debit gambar-gambar yang mereka ambil dari sumber lain (bukan sumber dari team mereka sendiri) lalu dijadikan berita di web mereka sendiri samada di Harakahdaily atau di laman khas PRK Bagan Pinang. Kami di Baganutama ada perasan tentang fenomena ini. Gambar-gambar dari laman kami diambil tanpa diberikan kredit tapi kami bersangka baik tentu team it Pas ni terlupa. Kami yang memang orang kampung ni rasa tentu team it Pas ini terdiri dari ulamak-ulamak juga. Al-maklumlah mereka ini "PAS". Mereka dari gerakan Islam. Tentu mereka jujur, 'alim, soleh dan solehah.
Gambar Dato' Azeez kena pukul.
Kemudian isu gambar Dato' Azeez kena pukul meletup. Masih ingat lagi bila kami 'bertaubat' dan menyiarkan 3 keping gambar Dato' Azeez yang kami extract dari beratus-ratus gambar yang diambil dengan cemerlang dari hasil kerja peedee utama di sini ??? Ya 3 keping gambar itu kami posting semula dengan entry baru bagi menggambarkan bahawa kami benar-benar bertaubat dan rasa sesal kami terhadap Dato' Azeez di sini. Entry itu bertarikh 5 Oktober 2009 dan diposting pada pukul 10.48 pagi(a.m). Lihat laporan harakahdaily pula, sila klik. Ia dilaporkan pada tarikh yang sama juga cuma laporan itu diposting pada pukul 3.38 petang(p.m). Oklah dengan laporan tu tapi gambar itu tidak diberikan kredit. Ia tidak dinyatakan sumbernya. Siapa perawi gambar itu?? Juga tidak dinyatakan. Padahal laporan itu berdasarkan 3 keping gambar tersebut. Jika team it Pas atau harakahdaily yang ambil sendiri gambar itu , kami tidak kisah. Ia senang untuk dipertanggungjawabkan terus kepada mereka.
Kawan-kawan boleh lihat sendiri laporan harahdaily yang dimaksudkan. Tiada langsung dinyatakan dari mana sumber gambar itu diambil. Sedangkan gambar itu diambil oleh peedee utama iaitu bloggers utama dari http://baganutama.blogspot.com/. Sabar yo la jang.Tapi kami diamkan hal ini. Peedee utama juga tidak berbunyi tentang isu ini. Penulis tahu peedee utama cuma mahukan pengiktirafan langit tentang kerjabuatnya di Bagan Pinang.
Bagi penulis, ia berlawanan dengan prinsip. Semasa kami menubuhkan blog baganutama, kami para bloggers yang bernaung dibawah panji Baganutama telah berjanji bahawa berita, laporan, gambar-gambar atau apa sahaja yang mahu dimuatkan dalam blog ini mestilah authentic dan asli dari kami sendiri. Tiada copy paste dari sumber lain. Uncle Zorro siap merakamkan akujanji kami di sini. Again, a million thanks from us, Uncle Zorro. Jika sungguh ada copy paste dari sumber lain, kami akan berikan kredit dan link sumber tersebut. Jika laporan itu dari malaysiakini misalnya, kami akan kata ia dari malaysiakini. Jika dari blog YB Taufek, kami cakap ia dari blog YB Taufek. Begitu juga jika ia dari pasn9. Dan juga lain-lain laporan yang kami petik di dunia internet lalu kami muatkan diblog ini, insya allah kami nyatakan sumbernya.
Dengan menyatakan perawi-perawi sumber tersebut sebenarnya ia memudahkan rujukan disamping menghargai kerjabuat yang mereka paparkan diinternet. Ulamak-ulamak it dari Pas mesti tahu akan hal ini. Semasa draf perlembagaan negara Amerika Syarikat mula-mula dibuat oleh Thomas Jefferson, perkara utama yang ditekankan dalam draf tersebut ialah 'kebebasan hak individu'. Lantaran itu, kebebasan hak individu perlu dilindungi. Antara isi kandungan draf tersebut bagi melindungi hak individu ialah "Patent Right". Apa itu patent right ??? Patent right adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan kerajaan Uncle Sam bagi mengiktiraf hasil kerja(rekacipta) individu terbabit. Draf tersebut telah diumumkan pada 4 Julai 1776 bersamaan dengan tarikh kemerdekaan Amerika Syarikat. Rentetan itu menyebabkan rakyat Amerika berlumba-lumba merekacipta itu dan ini bagi mendapatkan paten mereka sendiri. Mereka bangga memiliki paten sendiri. Paten mereka tidak boleh ditiru. Jika ditiru, orang yang meniru akan dihukum. Cetak rompak dan plagiat memang ada di Amerika tetapi mereka tidak dilindungi. Lihat Amerika Syarikat hari ini, mereka adalah pendahulu sebahagian besar teknologi di dunia. Ini semua hasil draf perlembagaan ahli politik Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang amat menghargai dan mengiktiraf hasil kerja dan rekacipta rakyatnya.Hakcipta rakyat mereka terpelihara dan dipelihara. Itu negara non muslim yang lebih dikenali sebagai negara musuh. Bagaimana dengan PAS ?? Artikel ini membuktikan sebaliknya.
Gambar sya-reformis.
Tidak mengapalah. Tetapi ia menjadi melampau bila gambar yang diambil oleh blogger sya-reformis telah sesuka hati diedit oleh team it Pas walaupun gambar itu telah diberi signature oleh sya-reformis sendiri. Kurang ajar. Mendidih hati den.
Lihat signature sya-reformis disebelah kiri bawah gambar. Ia tertulis syareformis@perakexpress.com.
Lihat gambar ini pula. Gambar ini sedikit cacat bila bahagian signature sya-reformis telah dipotong atau diedit.Bezakan antara 2 gambar yang penulis paparkan.
Bukan satu gambar sahaja. Lebih 2 gambar dari blog sya-reformis yang telah diedit begitu.Mari kita lihat lagi.
Gambar asli dari blog sya-reformis.
Gambar yang diedit oleh team it Pas. Kenapa mereka edit signature sya-reformis ?? Jawapannya nak tunjuk bahawa team it Pas yang ambil gambar tersebut dan bukan dari sya-reformis.
Sila klik bagi melihat gambar-gambar yang diambil oleh sya-reformis semasa hari pengundian pos di Bagan Pinang . Manakala hasil "cetak rompak" team it Pas boleh dilihat di sini. Amat mendukacitakan. Den tak tahu nak cakap papo lagi. Mana ada blogger lain yang dapat menyusup masuk dan ambil gambar abang-abang askar kita mengundi. Perempuan pulak tu. Err sya-reformis ni blogger perempuan. Kami di Baganutama pun dapat tangkap gambar angle jauh masa hari undi pos sedang berlangsung. Malu kami dengan sya-reformis. Sepatutnya sya-reformis dihargai dan dijulang hasil kerjanya.Dia patut diberi pujian. Ingat senang ke nak masuk kem askar tu. Ini boleh pulak team it Pas senang-senang potong signature sya-reformis dan cuba nak tampilkan bahawa itu hasil kerja team mereka. Isa Samad betullah engkorang ni. Sya-reformis itu adalah Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat. Jika yang bukan calang-calang orang pun dia boleh bikin macam tu, apatah lagi dengan bloggers dari Baganutama.
Gambar Pemuda ditetak Pedang Samurai.
Akibat dari hobi buruk dari team it Pas ini, maka gambar palsu pemuda ditetak pedang samurai telah disebarkan oleh mereka. Huh baru padan muka. Kenapa palsu ?? Siapa yang tajam penglihatan pasti perasan memang gambar itu palsu.
Lihat kesan tetakan pada baju tersebut. Tiada luka pada kulit mamat tu.
Lihat aliran darah dimuka mamat poyo ini. Pipi kanan(kanan gambar) penuh dengan darah tapi seakan cat. Memang cat pun.
Memang waktu itu gawat dan penuh dengan adegan pukul memukul. Markaz Induk dikepung. Markaz Pemuda Pas dirempuh dan penghuninya dipukul.Kami di Baganutama melalui peedee utama dapat merekodkan gambar mata lebam Bob@Mohd Sahid.Gambar mata lebam Bob diambil selepas kejadian di Taman Dato' Abdul Samad pada hari rabu 7 Oktober 2009.
Gambar mata lebam Bob.
Malah dari sumber risikan dalaman memang Umno sengaja melakukan provokasi supaya yang melepaskan tumbukan pertama adalah orang atau penyokong Pas . Dan mereka memastikan supaya tumbukan pertama dari orang Pas dirakam dengan videocam dan diambil gambarnya.
Lihat cubaan Umno untuk memperlihatkan Bob yang memulakan pergaduhan di Taman Abdul Samad.
Walhal Bob yang kena pukul dulu. Lihat laporan Topeng Perak di sini.
Pada masa yang sama Team Perakexpress juga membuat rakaman videocam menunjukkan kejelikkan pemuda Umno selepas memukul Bob. Lihat 2 U tube dari Team Perakexpress.
U tube 1
U tube 2
Ok sambung balik cerita gambar palsu pedang samurai. Nak dijadikan cerita bahawa gambar tersebut adalah palsu bila Markaz Induk berusaha dengan serius nak cari sumber dari mana gambar itu muncul. Apa kes?? Telefon bimbit penulis berdering bila ketua segala bloggers iaitu Wak kol penulis. Waktu?? Pada malam jumaat pukul 12 malam. Wak tanya, mana dapat gambar pemuda ditetak pedang samurai dalam blog baganutama. Dalam hati den, bila pulak?? Kami di Baganutama hanya mempertahankan laporan bergambar mata lebam Bob di sini. Wak suruh cek jugak kat blog. Wala' punya pasal den tak cek. Baru teringat, pagi tadi ada perasan blogger yang penulis amat hormati ummuasiah ada posting pasal gambar tu. Kol balik Wak, memang ada tapi diambil dari sumber lain. Dalam hati den, takkanlah ummuasiah pegi ambil sendiri gambar tu pada tengah malam sedangkan walaupun dia berada hampir setiap hari di Bagan Pinang, cukup time dia balik sebab dia ada suami dan anak. Wak suruh kol ummuasiah tanya mana dia amik sumber gambar tu. Dalam hati den "Ni 12 tengah malam ni bai,takkan den nak ganggu anak bini orang", terpaksalah den bohong sunat cakap den kol ummuasiah dan cakap ummuasiah ambil gambar tu dari sumber lain.
Tengok, disebabkan keb@d@han team it Pas, dia merebak menyusahkan semua orang. Pagi esoknya penulis memeriksa kembali blog. Memang ummuasiah ada lapor pasal gambar mamat poyo tu. Klik untuk lihat laporan ummuasiah. Tetapi ummuasiah seorang yang jujur, ia menyatakan sumber pertama laporan itu. Ia kembali kepada unit team it Pas. Sila klik. Disebabkan ketidakjujuran team it Pas dalam mengedit gambar yang diambil oleh sya-reformis dan tidak menyatakan perawi gambar yang bukan dari sumber team mereka seperti yang dialami sendiri oleh Baganutama dalam kes gambar Dato' azeez dipukul menyebabkan anasir luar dapat mengesan kebodohan ini dan mengedarkan gambar palsu pemuda ditetak pedang samurai ke dalam markaz induk. Disamping tahap keselamatan yang amat cuai dimarkaz induk, kesalahan ini juga digalas pada bahu YB Salahudin Ayub. Dia perlu akui ini dibawah tanggungjawab beliau. Penulis tidak mahu tuding jari. YB Salahudin adalah ketua segala ketua di Markaz Induk. Team It Pas dibawah kawalan YB Salahudin. YB Salahudin sepatutnya menekan peri pentingnya setiap ambilan sumber maklumat yang sampai ke Markaz Induk dan berusaha sedaya upaya tidak termakan dengan manipulasi pihak lawan.
Mat Saman Kati buat pendedahan.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ...... .Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi ...... . Belumpun habis tulisan artikel ini ingin di terbitkan, tiba-tiba editor Perakexpress.com iaitu Mat Saman Kati mendedahkan bahawa video youtube yang disunting oleh mereka yang kononnya dibikin oleh unit Team It Pas sebenarnya bukan dari team it Pas.
Ya robbi, kalau nak menipu tu agak-agaklah. Memang kami ada mendesak supaya Pakatan Rakyat cepat menerbitkan video youtube dan disebarluaskan dengan secepat mungkin demi melihat kepentingan PRK di Dun Bagan Pinang. Lihat artikel ini. Tetapi bukan dengan cara menipu.Entahlah. Patutlah video youtube itu seakan-akan video lama dari genarasi 'old shcool'. Siapa yang kaki youtube macam penulis boleh sedar akan hakikat ini.Malah durasi video itu panjang. Sedangkan durasi yang sesuai ialah kurang 2 minit. Inilah video youtube yang dimaksudkan oleh Mat Saman Kati.
Sesuatu perlu dilakukan. Belajarlah bersikap jujur. Sudahlah nama "PAS" itu dijenamakan sekali dengan nama Islam. Orang luar malah pengundi boleh memalitkan ketidakjujuran ini dengan nama Islam. Patutlah Parti AKP Turki dan PKS Indonesia tidak menjenamakan nama parti mereka dengan nama Islam. Mereka tidak mahu kerana sifat buruk individu, nama Islam tercemar. Adakah sindrom ketidakjujuran unit Team It Pas ini berlaku kerana belajar dari pemimpin mereka yang selalu menipu dan berdolak dalih dalam isu Unity Government ???
Sebelum ini banyak telah diperkatakan tentang sifat semulajadi peramah dan mesra ISA Samad kepada penduduk Bagan Pinang dan Teluk Kemang adalah penyebab beliau disenangi oleh pengundi di sana dan seterusnya menjamin kemenangan BN di Bagan Pinang...ditambah pula dengan taburan kemewahan serta merta kerana anak emasnya Bagan Pinang kepada Kerajaan Pusat....
Di bawah di ambil sedikit sedutan dari laporan yang panjang dari Malaysiakini...
Moga pimpinan Pakatan Rakyat dapat mengambil pengajaran dalam meletakkan calon bagi pilihanraya yang akan datang....ISA Samad pasti akan bekerja keras untuk merampas Parlimen Telok Kemang seperti kata-katanya dan mengekalkan kemenangan di DUN Bagan Pinang...
Jadi sekiranya PAS Negeri Sembilan khususnya ingin melihat satu lagi gelombang hijau di negeri mereka perlulah bekerja keras dari sekarang dan memperbaiki mana-mana ruang yang lemah dan longgar....
Begitu juga PKR demi mengekalkan kemenangan di Telok Kemang...yang penting demi menyelamatkan rakyat dan Hak Rakyat!!.
Beliau mengakui bahawa kemenangan itu juga kerana beliau seorang pemimpin setempat dan "saya ada ramai kawan dan saudara-mara (di situ)".
Selepas ini, tambahnya, tumpuannya untuk menolong merampas semula kerusi parlimen Teluk Kemang yang dimenangi PKR tahun lalu.
Selain itu, katanya lagi, beliau akan memberi tumpuan untuk memberikan perkhidmatan di Bagan Pinang.
"Saya tidak fikir jawatan. Jawatan tidak ada apa bagi saya sebab semua (saya) sudah rasa. Saya sudah pernah jadi exco, saya dah pernah jadi MB, sekarang fokus saya adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Bagan Pinang, Teluk Kemang dan membantu negara," jelasnya.
Beliau menjelaskan telah memulakan kerja-kerja untuk merampas kembalik kerusi parlimen Teluk Kemang, bahagian Umno yang diketuainya.
"Ya itu adalah sasaran kita, kita sudah mulakan kerja-kerja... Semalam saya sudah jumpa semua pemimpin parti komponen Bagan Pinang untuk bincang soal pembangunan.
"Sehari sebelum semalam, saya dah jumpa pemimpin-pemimpin Umno. Saya dah mula dah dan saya dah dapat satu senarai dan kita akan mula melaksanakan (kerja-kerja tersebut)," katanya.
Kehilangan undi amat ketara dikalangan pengundi bukan melayu di Bagan Pinang. Mengapa undi bukan melayu tidak pergi kepada Pakatan Rakyat ??? Malah lebih mengejutkan undi melayu yang pro Pakatan Rakyat beralih angin kepada Umno/Barisan Nasioanal. Dahsyat.
Amat mual untuk membicarakan tentang undi-undi disetiap UPU-UPU(unit peti undi). Ada 8 UPU dan Pakatan kalah disemua UPU. Banyak faktor kekalahan yang menyumbang ketewasan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Antara faktor-faktor yang menyumbang kekalahan itu ialah faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor dalaman ini, kita akan membicarakan tentang faktor calon, kelemahan PAS N9 dan Telok Kemang. Tapi untuk hari ini kita bicara faktor luaran yang benar-benar mempengaruhi pengundi-pengundi di Dun Bagan Pinang.
Tuan Guru Hadi Awang dan Ust Nasarudin Mat Isa adalah dynamic duo bila memperkatakan tentang Unity Government atau UG. TG Hadi melontarkan cadangan dikhalayak dan Ust Nasarudin Mat Isa sebagai tukang kempen dan tukang lobi idea UG dari Bossnya. Dalam Barisan Nasional hanya Umno yang menyambut idea UG ini. Survival Umno akan kembali segar dengan idea UG tajaan TG Hadi. UG dilihat sebagai kelangsungan 'Ketuanan Melayu'. Semenjak 9 Mac 2008, media arus perdana terutama sekali Utusan Malaysia(paper milik Umno) memainkan isu bahawa kaum melayu terancam. Dalam bahasa tersiratnya, kaum bukan melayu akan menjajah kaum melayu. Isu ini di spin dengan begitu hebat oleh Utusan Malaysia.
Idea UG ini membuatkan Presiden Umno iaitu Pak Lah dan kemudiannya Najib tersenyum lebar. Pucuk dicita, ulam yang mendatang. Kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Mereka senyum sambil ketawa. Ha ha ha. Walaupun seorang nelayan melayu kecil di Bagan Pinang itu dilihat tidak lulus SPM, akalnya berfikir mengapa idea UG ini tidak kedengaran selepas Pilihanraya Umum 2004. Mengapa selepas Mac 2008 ??? Kenapa Pak Lah semasa 2004 tidak menyambut TG Hadi untuk bersama tubuhkan kerajaan perpaduan ??? Aik, bila dah kalah banyak negeri baru Umno sedar kepentingan UG. Yang menambahbahayakan kesihatan kita bila UG diperbincangkan secara gelap. Secara rahsia. Tidak diketahui umum. Orang ada skandal yang main dalam gelap ni. Siap ust Nasarudin Mat Isa mahu saman ahli sendiri menafikan bahawa mana ada siri rundingan dalam gelap dengan Umno. Setelah terdesak dan untuk menunjukkan bahawa Pak Lah masih ada power dalam kerajaan dan parti Umno, Pak Lah dedahkan sudah ada 3 siri rundingan dalam gelap bersama PAS.
PAS lupa bahawa rakyat mengundi parti-parti dalam Pakatan Rakyat bukan kerana PAS/Pakatan Rakyat bagus dan kacak tetapi kerana kecewa dan bencinya mereka terhadap Umno/Barisan Nasional. PAS have not learnt a lesson during past 2004 general election. Kerana gagal membaca dan predict apa kehendak rakyat, PAS dan barisan alternatif kalah besar dalam PRU 2004. PAS menang besar tahun PRU 1999 kerana orang melayu ketika itu kecewa ditipu Tun Mahathir dalam kes Anwar Ibrahim. Tetapi PAS membacanya bahawa orang undi PAS pada tahun 1999 kerana PAS bagus(Konon pengundi bagi harapan PAS laksana negara Islam dan Hudud) dan Umno ditolak secara total. Lalu kenyataan dari pemimpin PAS agak arrogant. Memang arrogant pun. TG Hadi boleh sound Lim Kit Siang dan Karpal Singh pemimpin bagaikan ubat habis tarikh luput. Dan macam-macam statement lagi. Ini menyebabkan DAP terasa hati lalu keluar dari Barisan Alternatif. PAS jangka PRU 2004 dia akan menang besar dan orang cina akan undi PAS kerana PAS. Prediction itu meleset sekali.Politician pundit telah lama mengatakan bacaan politik PAS adalah salah. Degil dan kepala batu.
Strategi Umno berjaya pada PRU 2004. Melayu benci Tun Mahathir. Maka Tun Mahathir kena berundur. Bersara konon. Itu semua wayang kulit. Itu taktik. Maka Tun M pilih Pak Lah sebagai pengganti yang tidak punya skandal gelap macam Najib. PRU 2004 Umno menang besar.Strategi sukses.Tahniah. Tapi PRU 2008 Umno kalah besar sebab Pak Lah tidur(maybe kena bomoh dengan Rosmah) dan rasuah terlalu berleluasa. Pak Lah terpaksa berundur dan Najib jadi PM. Opps !!! takkan macam tu je. Lalu diadakan siri rundingan gelap dengan PAS atas nama ketuanan melayu. Anda semua nampak tak??? Pengundi Bagan Pinang boleh nampak takkanlah yang lain tak nampak.
Siri rundingan gelap atas nama UG ini sebenarnya sedang membunuh Pakatan Rakyat. Presiden PAS dan timbalannya bertanggungjawab sepenuhnya. Walaupun Pakatan menang 7 prk selepas PRU 2008, sebenarnya kita mempertahankan kerusi sendiri termasuklah di Parlimen Kuala Terangganu yang selalu bertukar tangan antara pembangkang dan Umno di situ. Lagipun Parlimen Kuala Terangganu adalahoffset kepada Parlimen Pasir Mas. Cerdik juga Ibrahim Ali ni. Orang bodoh sahaja yang selalu kena tipu dengan orang cerdik. Isu UG menjadi pukulan maut di Bagan bilamana pelobi kempen BN masuk ladang-ladang seperti Ladang Bradwall dan Ladang Atherton mengatakan PAS tidak defend YB Khalid Samad. "Lu tengok Hasan Ali mana backing itu Khalid Samad. Presiden PAS pun mana ada tulong itu Khalid". Lalu pelobi BN spin bahawa PAS dengan Umno sama sahaja dalam isu kuil dan kepala lembu di Selangor. Kalau PAS dan Umno sama, baik undi Umno, kita lagi kenal Umno.Umno bila jahat dia tak hipokrit. PAS bikin jahat dia hipokrit.Dia pakai serban dan janggut. Konon alim la tu. Manusia biasanya benci kepada manusia hipokrit.
Pengundi cina lagilah membenci orang hipokrit. Mereka sudah membuktinya pada PRU 2004. Untuk Bagan , pengundi cina telah memberikan signal yang jelas. Isu Selcat menghantui pemikiran pengundi cina. Isu penjualan arak di Selangor tidaklah sangat mempengaruhi undi orang cina di Bagan Pinang. Cara Hasan Ali mempertahankan D.O-D.O melayu di Selangor dilihat sebagai mempertahankan ketuanan melayu dan amat bertepatan pula dengan intipati UG. Sedangkan pengundi cina mahukan ketelusan ke mana duit cukai mereka dibelanjakan. Walaupun Bagan Pinang terletak di N9, pengundi cina melihat isu Selcat itu adalah isu mereka .Pertemuan PAS Selangor dan DAP Selangor baru-baru ini sebelum hari pengundian di Bagan Pinang dilihat sebagai wayang kulit. Slogan "PAS For All" kini juga dilihat wayang kulit oleh pengundi cina sebagai hanya semata-mata meraih undi orang cina. PAS For All dilihat sebagai slogan kosong . Ianya hanyalah camouflage demi meraih undi bukan melayu bagi mengundi PAS.
Bagi pengundi melayu di Bagan Pinang, selain terpikat dengan budi baik, jasa, karisma dan aura Isa Samad, isu UG menjadi perhatian mereka juga. Maklumat-maklumat yang mereka dapat semuanya dari media arus perdana. Mereka sangka PAS nak masuk Barisan Nasional seperti situasi selepas 13 mei 1969. Lalu bila PAS tak jadi masuk BN, pelobi Umno cakap "Ekau jangan pangkah PAS, itu ari iyo-iyo bonar nak masuk BN, last-last tak jadi.Ekau bukan tak tahu PAS dah jadi anjing DAP.Ekau tak tengok Perak??".
Disebabkan Unity Government inilah jualan suratkhabar Siasah jatuh merudum. Dijangkakan Siasah akan gulung tikar Disember ini. Jualan paper Siasah jatuh di bawah par. Jualan paper Siasah hanya sekitar 20 ribu naskhah. Walhal target minimum 50 ribu atau 50% dari printing. Ini dipercayai para pembaca paper Siasah telah memboikot Siasah sejak tercetusnya isu UG. Dilihat pembaca melayu nak balas dendam pada paper Siasah kerana di Siasah terdapat pengkagum UG iaitu MSO(Mohd Sayuti Omar). MSO adalah ketua pengarang di Siasah. Setelah mengkritik teruk peribadi Husam Musa,MSO sudah berani mengkritik TG Nik Aziz. MSO dipercayai adalah agen Umno yang berbayar. Sudah tiba masanya Pakatan Rakyat berani berubah dengan menyingkirkan individu-individu yang pro UG ini. Jika tidak PRU ke 13 akan menjadi milik Umno/Barisan Nasional. Dapatkanlah kembali keyakinan rakyat Malaysia. Singkirkan TG Hadi, Ust Nasarudin Mat Isa, Hasan Ali dan MSO demi untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Ayuh kita tidak punya masa lagi.
Wa bukan nak soh blaja cara2 rasuah n main kabel dr Isa Samad.
Cuma wa terkilan bila ada org PR ckp rakyat bagan pinang bodoh kerana pilih Isa Samad.
Salah satu keistimewaan n faktor terbesar kemenangan Isa Samad ialah hubungan Public Relation dengan rakyat Bagan Pinang.Die mmg terkenal ngn ramah tamah, down-to-earth n sgt senang berurusan ngn die.Hubungan ni bukan start semenjak PRK baru2 ni jek,tapi dari dulu lagi.Segala urusan mintak surat sokongan, sain menyain atas ape2 jek urusan, segala nyer mudah dgn Isa Samad.
Dulu,wa sendiri pernah berurusan ngn pejabat die masa wat program belia di teluk kemang n wa kasi A++ kat kerjasama die.
Ini pendapat peribadi wa dr pemerhatian terhad gua pd Isa Samad n UMNO PD
Wa nak tanyer pada Pas PD,Pas N9 n pada PAS yg kwsn nyer tak menang pilihanraya.
Pernah ke kalau rakyat susah pergi carik lu org?Ape jasa lu org pada komuniti setempat?
Tader duit n tiada kuasa bukan alasan.Paling busuk lu g tolong registerkan org miskin byk2 kat jabatan kebajikan masyarakat pon dah cukup.Tolong uruskan tuntutan elaun org kampung pon dah ok.Ini cth cara kerje org2 DAP kalau kwsn tuh die tak menang.
Asal tak wat?Sbb bende2 ni tak membantu menang pilihanraya?
Ker nak kne isu ade publisiti cam broga n babi bkt pelanduk baru nak bising?
Camner lu expect org nak undi lu kalau masalah rakyat lu tak pernah tolong usaha.Kasi setel ini dulu la.Lagi mau pangil org kampung bodoh ke?
Ni la hubungan simbiosis antara Isa Samad n Org PD.
Rakyat bukan bijak sgt bai.Die tahu isa samad leh tolong die bab hal2 kehidupan sekeliling die jek.Public Service maa..
Lu boleh jerit2 Isa Samad rasuah,tapi nak lawan public service die baik lu senyap.
Mau marah rakyat lagi ke??
Update:Komen Terbaik Dari Nik Aziz
“Kalau mereka memilih BN dengan kehendak hati sendiri, saya tidak boleh buat apa. Tetapi hak yang 2,000 lagi yang mengundi PAS itu saya harap biar ia jadi benih yang cukup bernas untuk menyebarkan Islam di masa depan,” -Tok Guru Nik Aziz...
Aksi ini amat menarik perhatian kami dan amat menyentuh hati hingga air mata terasa hendak mengalir keluar. Sambil menyelusuri jalan sepanjang jalan ke Teluk Kemang, dari jauh terlihat aksi yang menarik perhatian ini.
Menarik kerana kelibat seorang wanita Cina memegang payung PAS sedang menarik perhatian laulintas...memilih PAS!!!
Kami berpatah balik dan mengambil gambarnya....sebaik saya mendekati dirinya wajahnya kelihatan amat 'familiar'...ya tak silap lagi, saya menegurnya...Auntie...yang buat mogok lapar bersama kami dulu bukan?"
Jawabnya..."ya saya selalu buat mogok lapar sana sini"....ya...dialah yang bersama Raja Petra dan lain-lain di tahun 2002 mengadakan mogok lapar bersama GMI untuk kempen bebaskan tahanan ISA reformasi ketika itu.
Seronoknya dapat berjumpa dia...lagi best dia kata saya nampak muda saja dan bertanya berapa orang anak saya ada...namun sambil bersembang pun dia tetap juga dengan aksinya terus menaikkan tanda 'good' ke arah lalulintas. Kelibat dan aksinya memang menarik perhatian ramai.
Katanya dia sudah berada dan berdiri di situ hampir 4 jam...ada yang berhenti singgah dan memberi minuman dan makanan kepadanya. Umurnya sudahpun 67 tahun.
Kata-katanya menyentuh hati kami..."Tuhan Allah juga yang akan beri kemenangan pada kita walau BN beri macam2 baranagan pada pengundi"
Kami dari Malaysian Bloggers yang bernaung dibawah panji Baganutama, mengibarkan bendera putih tanda pendamaian. Kami menghulurkan salam sejahtera kepada semua petugas-petugas yang berkhidmat di Bagan Pinang tidak kira samada anda dari BN atau Pakatan Rakyat. Kita datang ke sini kerana merayakan Pesta Demokrasi yang telah diwartakan dalam Perlembagaan Malaysia. Kita adalah rakyat yang berjiwa patriotik yang menjunjung perlembagaan negara. Jika tidak masakan kita berkampung di Bagan Pinang. Kita semua berjiwa pejuang.
Tapi keharmonian kita disini telah dikeruhkan oleh pemimpin yang tidak mahu kita hidup aman. Mereka cuba memecahbelahkan perpaduan sesama kita. Ia bermula bila ada pemimpin telah memprovokasi kita. Ini menyebabkan kita curiga antara satu sama lain. Kita sedang dilaga-lagakan oleh orang yang kita gelar sebagai pemimpin. Mereka mahu melihat kita bercakaran sesama sendiri. Sedangkan kitalah yang berkhidmat untuk mereka. Kita pasang poster, pasang banner, pasang bunting, ke hulu-hilir bawak bendera, tidur cuma 2 jam, tidur atas motor, makan ala kadar dan kita juga yang lebam bertumbuk antara satu sama lain. Pemimpin ??? Mereka cuma pandai merangsang kita bergaduh. Padahal mereka lena tidur kat hotel. Lihat, ucapan mereka berapi-api di atas rostrum. Tapi yang berdarah mulut adalah kita. Bukan mereka yang pasang poster kat tepi jalan, tapi kita. Kita yang berpanas dan berhujan.Kita tinggalkan anak bini dirumah. Tapi pemimpin sedang tidur lena dengan bini dibilik air-cond dihotel. Mereka laga-lagakan kita. Tapi yang untung pemimpin kita.
Mari kita semua berdamai. Cukuplah. Kita satu bangsa dan satu akidah. Bukankah kita semua orang Islam. Bob, sudahpun memaafkan kamu semua. Malah, kata dia itu hanyalah asam garam perjuangan. Biasalah, kawan-kawan tersilap dek pemimpin yang nak jaga perut sendiri. Malam ini ada solat hajat perdana kat Markaz Ulamak di Kampung Bagan Pinang pada pukul 3.30 pagi. Mari kita sama-sama bermunajat bersama-sama Tok Guru. Mari kita lupakan sengketa. Kita sama-sama berdosa antara satu sama lain. Kita berdosa kerana tidak berfikir dalam melakukan tindakan dan cuma terpengaruh dengan ucapan berapi-api dari pemimpin kita. Pedulikan pemimpin kita tu. Kita yang dibawah ini perlu bersatu. Kitalah yang patut mengajar pemimpin kita. Saudara-saudara boleh datang dengan pakaian Parti masing-masing. Kami terbuka dalam hal ini. Tiada paksaan dalam memilih parti. Itu hak anda. Kita semua wajib meraikan kebebasan berfikir dan kebebasan memilih bagi semua manusia.
Kita semua adalah One Malaysia. Bangsa Malaysia terdiri dari kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, kaum Kadazan, kaum Iban dan semua bangsa yang tinggal dan berbakti di negara yang kita cintai ini. Biarkan pemimpin kita bercakaran. Mereka bercakar tapi tetap duduk rumah bunglow,naik mercedes tetapi kita tetap dengan motorsikal 2 lejang. Esok pagi mari kita duduk sebelah menyebelah tidak kira apa parti. Mari kita berpimpin tangan antara satu sama lain. Kita serahkan pada pengundi untuk memilih. Pandailah mereka memilih pemimpin mereka sendiri. Panduan dari kolumnis tetap suratkhabar Utusan Mingguan ini boleh dijadikan panduan untuk pengundi untuk memilih pemimpin mereka yang baru.
Esok adalah hari rehat kita. Kita makan bersama, kita bersorak-sorai dengan gembira,kita melambai bersama. Pedulikan pemimpin kita yang cuba memperbodohkan kita. Di Parlimen mereka bercakar dan memaki antara satu sama lain. Itu semua hanya lakonan. Bila di kantin mereka boleh belanja antara satu sama lain. Di lobi Parlimen, mereka bertepuk tampar, bergelak ketawa antara satu sama lain. Tapi kita ni bermusuh sampai pulau memulau, memutuskan persaudaran, sampai bertumbuk patah gigi dan macam-macam lagi. Cukuplah kita diperbodohkan oleh pemimpin kita. Esok kita bersama, duduk bersama dan makan bersama. Mari kita raikan Hari Raya Demokrasi esok pagi. Biarkan penduduk Bagan bebas memilih dengan pilihan masing-masing. Malam ini kita tidur awal dan boleh bangun bertahajud bersama. Bukankah itu impian ibu-ibu kita. Ibu-ibu kita tentu gembira kita jadi anak yang berjiwa besar. Malah jika Baginda nabi bersama kita, tentu dialah orang yang paling gembira. Jom kita buat perubahan. Mulakan dengan diri yang berdiri di depan cermin itu. Ayuh !!!