Monday, November 9, 2009

Seminar Memperkasakan Parti: Persepsi-Informasi-Resolusi dan tribute buat TGNA

Persepsi, informasi, primitif...3 perkataan yang menarik disebut-sebut semalam terutamanya oleh Prof Abu Hassan Hasbullah.

Setelah menghadiri seharian seminar semalam dan pulang sedikit lebih awal dari masa yang sepatutnya Presiden PAS membentangkan resolusi...bagi saya resolusi itu penting, tapi biarlah saya boleh mencari maklumatnya di dalam internet, yang paling penting selepas ini ialah untuk melihat usaha dan perubahan ke arah mencapai matlamat yang diidamkan melalui resolusi-resolusi yang terbentuk.

Bak kata Prof Aziz Bari, beliau sayang pada PAS, sebuah parti yang terbesar, sebuah parti yang diletakkan harapan oleh rakyat untuk menjamin perubahan kepada hidup rakyat, setelah mereka semua benci dan jijik pada UMNO.

Maka hasil dari benci dan jijiknya rakyat kepada UMNO dan BN maka pada PRU12, rakyat membuktikannya dengan tidak memilih BN dan UMNO. Maka Pakatan Rakyat terbentuk. Ketika itu rakyat memilih sesiapa sahaja asalkan bukan UMNO, jelas terbukti...itulah sebabnya hatta Badrul Hisham ADUN Pelabuhan Kelang pun menang!!.

Menurut Prof Aziz, kemenangan sebegitu tidak akan kekal lama, PRU12, keadaan tidak dapat dielakkan...tetapi dalam menghadapi PRU13, jika tidak ada persiapan, tidak ada calon yang baik, maka situasi yang sama seperti Mac 2008 mungkin tidak akan berulang..dan Prof juga mengatakan bahawa PAS berdosa pada rakyat jika gagal...ya Prof mengulang lagi tentang perlunya PAS meletakkan orang yang sesuai di 'driving seat'...seperti dalam temuramahnya di Malaysiakini.

Rakyat peduli akan PAS, kerana rakyat meletakkan harapan kepada PAS sebagai sebuah Parti yang besar dan berlandaskan Islam yang tujuannya memberi kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira agama dan kaum, ini juga lah yang disebutkan oleh Pengerusi Kelab Penyokong PAS dari kaum Cina...juga kaum India yang mengakui bahawa hingga kini sudah ada hampir 20,000 orang India yang menjadi Ahli Kelab Penyokong PAS....begitu sekali harapan rakyat kepada PAS sejak PRU12 hingga lah saat bersemarak isu 'Kerajaan Perpaduan'...dan teguran dari Prof Aziz Bari dan kemudiannya disusuli dengan tulisan Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat.

Maka terjadilah apa yang terjadi semalam 'Seminar Memperkasakan Parti' 7 hb November di Taman Melewar. Berbagai aksi dan persoalan yang dipaparkan, ramai yang emosional melebihi sifat rasional, membukakan diri mereka untuk dinilai tentang apa yang ada dalam fikiran mereka...apakah ini persepsi???

Saya tidak mahu mengulas atau menceritakan di sini apa yang disoal, apa yang disebut dan apa yang dituduh semalam ketika sesi soal jawab kerana mereka yang bangun memegang mikrofon semalam bukan calang-calang orang dalam parti....anda bacalah sendiri di sini dan fikirlah sendiri...apakah harapan rakyat yang ada pada mereka ini...kalau tidak boleh ditegur....

Namun Prof Abu Hassan yang juga pembentang pada hari itu yang membentangkan tentang statistik bijak menegur mereka yang seolah membantai balik sipembentang yang dijemput datang menyampaikan buah fikirannya.

Beliau menegur sikap mereka-mereka ini sebagai orang yang hadir dengan sikap 'pra persepsi yang dibentuk sejak datang dari rumah, kemudiannya memarahi pembentang. Beliau juga membuat kenyataan yang berbunyi begini: " mula-mula wujudnya persepsi, kemudian bila ditulis oleh Prof Aziz, maka terjadilah informasi, persepsi tidak boleh dianggap sebagai fitnah, informasi dibentuk, siapa dulu yang membentuk informasi, maka beliau berjaya menarik perhatian dan mendapat reputasi'.

Maka pengajaran untuk semua khususnya untuk PAS, cepat-cepatlah membentuk informasi, mengeluarkan kenyataan dan laporan, jangan biarkan persepsi-persepsi sahaja yang berlegar di kalangan rakyat khususnya ahli Parti sendiri, isu perpaduan dengan UMNO atau Unity Government adalah sangat sensitif dan dibenci oleh ramai orang yang memang merasa benci dengan UMNO dengan sifat mereka yang zalim dan mementingkan diri sendiri terutamanya pemimpin mereka dan UMNO pula jijik dengan PAS.

Bak kata Prof Aziz, "dah tahu UMNO jijik dengan PAS, yang pergi dekat buat apa?"...

Apa-apa pun saya sedih dan sayu melihat kelibat Tuan Guru yang kita semua sayangi dalam keadaan begini, pada mulanya saya senang hati melihat kelibat Tok Guru diatas pentas, apatah lagi dengan rumours yang mengatakan beliau tenat di IJN, jadi saya yakin beliau sihat...namun sebaik TUan Guru Haji Hadi selesai menyampaikan ucapan, kelihatan dari skrin TV Tuan Guru Nik Aziz bangun dan terpaksa dipapah berjalan meninggalkan dewan, saya juga bergegas berlari keluar sama seperti sekumpulan wartawan yang lain.

Semua wartawan tidak dibenarkan mendekati Tok Guru..Tok Guru tenang sahaja, tanpa bercakap sepatah pun pada wartawan...sedih sayu....melihat Tok Guru dibawa pergi menaiki kenderaan lalu meninggalkan tapak tempat SEMINAR MEMPERKASAKAN PARTI diadakan...

Apakah yang ada dalam pemikiran Tok Guru...apakah terlalu berat untuk Tok Guru menghadapinya...entahla...

Namun saya yakin ada hikmahnya untuk Tok Guru tidak bersama...kerana ada ahli yang bangun dan meneybut bahawa Tok Guru tidak ada adab kerana menulis di dalam blognya seperti apa yang dia tulis....sedih.......


Berehatlah dahulu wahai Tuan Guru yang kami sayangi.....

Saya kongsikan do'a yang dicatatkan oleh teman FB saya bila saya muat naik gambar Tok Guru di FB....

N Fazlina Rosley
Ya Allah, moga Kau panjangkanlah umur Tok Guru kesayangan kami, kurniakanlah kesihatan yang bagus-bagus ke atas beliau, janganlah Dikau kurangkan barang sedikit pun kekuatan mental & fizikal beliau, dan permudahkanlah Dikau ke atas segala urusan beliau Ya Allah..... aaaaaaaaaaaamiiiin.

Sunday, November 8, 2009

Sebab sebenar TGNA tak hadir PC

oleh ali :

Previously on "Kenapa TG Nik Aziz tidak hadir Press Confrence selepas Mesyuarat Khas"

Rupa-rupanya tiada satu pun peminpin PAS yang berkata benar mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat khas yang diadakan pada malam Rabu 28 Oktober 2009. Tiada seorang pun yang jujur mahu menyatakan hakikat. Penulis sedih. Penulis terpaksa menyatakan hakikat yang sebenar. Anda semua tahu apa yang berlaku pada malam mesyuarat khas itu ?? Mari sini penulis ceritakan. Ini sudah tidak menjadi rahsia lagi.

Ketika masing-masing menyatakan hujah, tiba-tiba Abu Bakar Chik(ABC) telah menyergah TG Nik Aziz.

"Nik Aziz dah tua dan nyanyuk, lebih baik letak jawatan sebagai Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan".

Woiii mangkuk !!! kot iye pun nak peluk UMNO jagalah adab bahasa tu. Kau bercakap dengan Mursyidul Am PAS.

"Kalau boleh MB pun rakyat tok say(tolak) mu(TG Nik Aziz) sekarang ni...," ABC menambah.

Kurang ajar. ABC kata Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman sudah bersedia menggantikan TG Nik Aziz sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan.

"Menteri Besar...banyak lagi yang boleh keje kalau Tok Guru berhenti...,"

Pandai pulak ABC ni panggil TG Nik Aziz sebagai Tok Guru. Kira bahasa lembut dia lah ni nak mintak TG Nik Aziz berhenti. Walhal dia tengah menekan TG Nik Aziz. Dia sedang memaksa Tok Guru letak jawatan. Sabar je la den.

ABC terus sambung gesaan dia supaya Tok Guru berhenti. ABC tegaskan, Prof. Harun Din(Mastermind UG) sedia pangku jawatan Mursyidul Am PAS.

Mesyuarat khas malam itu dihadiri lebih 50 orang pemimpin PAS. Dan ABC sanggup mencerca dan menghina batang tubuh TG Nik Aziz dalam mesyuarat yang disaksikan oleh semua orang. Banyak lagi diolog yang mahu penulis coretkan di sini. Tapi tidak sampai hati. Cukuplah. Dah tiada bahasa carut yang sesuai untuk ABC ni. Ini khas untuk mu ABC. ISA SAMAD KAU !!!

Cercaan dan penghinaan ABC dalam mesyuarat khas itu menyebabkan TG Nik Aziz sebak, lemah dan mulai sesak nafas. Lantas TG Nik Aziz dikejarkan ke Institut Jantung Negara(IJN). Itu sebab TG Nik Aziz tidak muncul dalam Press Confrence. Ulang sekali lagi. TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar selepas mesyuarat khas kerana semasa itu TG Nik Aziz sudah berada di IJN.

Hairan bagaimana TG Nik Aziz dalam keadaan sesak nafas dan tangan memegang dada keluar dari pejabat agung PAS tanpa disedari oleh semua wartawan dan lain-lain?? Mesyuarat khas itu diadakan di tingkat 5. TG Nik Aziz dengan dibantu beberapa orang turun melalui lif. Lif turun terus ke B iaitu basement atau tempat parking kereta bagi Pimpinan utama PAS. Tok Guru terus naik kereta di basement lalu dikejarkan ke IJN. Para wartawan tidak akan perasan kerana basement di Pejabat Agung PAS jalan raja laut terkebelakang dan terlindung dari pandangan mata. Sedangkan mereka iaitu para wartawan berkubu di tingkat G bangunan tersebut.

Tetapi yang lebih hairan mengapa boleh ada pimpinan PAS seperti ABC sanggup mencerca TG Nik Aziz dan memaksa TG Nik Aziz letak kesemua jawatannya samada dalam parti dan dalam kerajaan negeri. Itu namanya kurang ajar. Penulis yakin ABC ini telah diarahkan oleh Mustafa Ali dan dipersetujui oleh TG Hadi dan Harun Taib. Mula-mula mereka sindir TG Nik Aziz dengan mengeluarkan press statement supaya pemimpin jangan guna blog untuk meluahkan rasa hati. Sindiran itu hanya khas untuk TG Nik Aziz. Tetapi pemimpin PAS seperti Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS boleh guna dan memperalatkan blog dengan memanggil blogger UMNO dan blogger PAS yang pro UG. Siap boleh dedahkan rahsia besar PAS kepada blogger UMNO semata-mata nak menyelamatkan tengkuk masing-masing. Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS hanyalah budak suruhan puak PAS Terangganu. Roadshow Hasan Ali di seluruh negeri Selangor pun atas arahan dari Mustafa Ali konon dengan roadshow tersebut Hasan Ali dan puak PAS yang pro UG tidak bersalah dan memperlekehkan TG Nik Aziz dalam pada masa yang sama.

Nampak tak macam mana politiking pemimpin PAS Terangganu. Memang menjijikkan. Geng Terangganu ini sebenarnya sudah mabuk kuasa. Kuasa yang mereka terlepas pada Pru tahun 2004 amat menghantui mereka. Macam orang gila talak. Ini bukan tuduhan, tetapi pemimpin PAS Terangganu merompak kekayaan negeri mereka dengan serban dan jubah pada tubuh mereka. Pandai tak mereka menipu rakyat ?? Mereka tak pandai mana pun tetapi kita lah yang bodoh kerana mempercayai mereka dan menganggap mereka maksum kerana jubah dan serban mereka. Mereka senyum semasa mereka menipu kita.

Selain gilakan jawatan Menteri Pusat dalam Kerajaan Persekutuan, geng-geng Terangganu ini ego dan tidak pandai merendah diri. PAS boleh lupakan Pru-13 jika tidak membuang pemimpin dari clan Terangganu ini dengan seberapa segera.

Bagi mereka yang ragu dengan cerita penulis mengenai bagaimana ABC menghina dan mencerca TG Nik Aziz supaya letak jawatan hingga Tok Guru dikejarkan ke IJN, anda sendiri boleh bertanya terus kepada lebih 50 orang pimpinan PAS yang hadir pada mesyuarat khas pada malam itu. Sahihkan fakta ini dengan mereka. Suruh mereka bersumpah atas nama ALLAH. Suruh mereka bersumpah bohong.

Kepada ABC yang kurang ajar, Mustafa Ali yang penipu dan TG Hadi yang khianat kepada pengundi !!! Sila nafikan segala pendedahan ini jika kalian bermaruah.

Buat sekian kalinya, penulis menegaskan sebab mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri press confrence selepas mesyuarat khas pada malam itu kerana TG Nik Aziz dipaksa letak jawatan oleh clan PAS Terangganu lalu sakit dan dikejarkan ke IJN bagi menerima rawatan.

Abu Bakar Chik tidak layak digelar tokoh PASTI

oleh ali :



Den tak tahulah apepasal paper Harakah yang baru melaporkan AJK PAS Pusat Abu Bakar Chik(ABC) sebagai Tokoh PASTI yang baru. Den betul-betul muskil. Sewaktu ABC pegang Lajnah Pendidikan PAS, sepatah haram kerja tak buat. Tiada cadangan yang dibuat oleh ABC.

Mari kita lihat sejarah dulu. Pada tahun 1987, ABC lah yang paling kuat menentang cadangan penubuhan Pusat Asuhan Kanak-Kanak Islam atau nama glamer dia PASTI. ABC enggan berubah dan mahu anak-anak orang PAS masuk Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam atau TASKI yang di bawah penyeliaan ABIM(Angkatan Belia Islam). Perlu diingat, ABC adalah Ketua Pemuda PAS dari tahun 1987 hingga 1997. Dan cadangan PASTI ini adalah datang dari AJK Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri. Tengok, sepatutnya respeklah sikit cadangan AJK sendiri. Ini tidak, marah tak tentu pasal.

Cadangan AJK beliau amat baik sekali. Dimana PAS berdikari menubuhkan tadika mereka sendiri dan melaksanakan sistem indoktrinisasi dan idea mereka sendiri dalam mendidik anak-anak orang PAS. ABC berkeras jugak dengan menyatakan cukuplah dengan TASKI. Tetapi beliau tidak diendahkan oleh AJK Pemuda PAS Pusat. Lalu PASTI digerakkan ke seluruh Semenanjung dan tumbuh bagaikan cendawan kecuali di negeri Terangganu.



2 tahun ABC bertegang urat mengatakan AJK Pemuda dibawah beliau terpesong. Terpesong apekebendenya. AJK beliau amat cemerlang sekali dalam mempromosi PASTI ke setiap cawangan PAS di Semenanjung. Ia patut diberi pujian. Ia memberi alternatif kepada Tadika yang sedia ada iaitu Tadika Kemas, Taski dan tadika-tadika swasta yang lain kepada rakyat Malaysia.

Setelah dinasihatkan oleh sahabat-sahabat baik ABC, barulah dia berubah lalu mengarahkan PAS Terangganu menubuhkan PASTI. Terangganu adalah negeri yang terakhir dalam menubuhkan tadika PASTI.

Itu yang den pelik macam mana ABC mendapat anugerah Tokoh PASTI, walhal ABC lah manusia yang paling lantang menentang penubuhan PASTI semasa tahun-tahun ia diasaskan. Mangkuk punya PAS !!!

Wednesday, November 4, 2009

Kerajaan PR Selangor sepatutnya tumbang pada bulan November 2009

oleh ali :

Mageran dan Task Force 2010

Salam satu Malaysia. Ramai orang tidak tahu bahawa agenda Task Force 2010 ini menyerupai Majlis Gerakan Negara(Mageran) yang ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Tragedi 13 Mei berlaku akibat rusuhan antara kaum selepas hari membuang undi pada 10 Mei 1969. Pilihanraya Umum pada tahun tersebut ialah Pru ke 3 selepas Malaysia merdeka semenjak tahun 1957. Negeri Selangor selepas 10 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan Perikatan(sekarang BN) tidak mudah membentuk kerajaan. Ia hampir ditewaskan. Selangor adalah negeri terpenting dalam Malaysia. Ia adalah sebuah negeri yang mempunyai segala-galanya. Dari pelabuhan besar, Port Swettenham(Port Klang), lapangan terbang Subang(sekarang KLIA) hingga pusat bandar terbesar iaitu Kuala Lumpur. Siapa yang menguasai negeri Selangor, dia sebenarnya menguasai negara Malaysia.

Mageran dan Kuala Lumpur

Salah satu langkah Mageran untuk mengekalkan negeri Selangor tidak jatuh ke tangan pembangkang(baca orang cina) ialah menyerahkan bandar Kuala Lumpur kepada kerajaan Persekutuan Malaysia pada 1 Febuari 1974. Ini sebagai langkah untuk membendung undi orang cina di Kuala Lumpur dari menpengaruhi keputusan Pru di negeri Selangor. Plan Mageran ialah supaya Selangor kekal dalam penguasaan Perikatan(BN) buat selama-lamanya. Manakala undi cina terbesar di Kuala Lumpur dapat dikawal dan tidak menjadi ancaman kerana Kuala Lumpur kini dibawah kuasa Kerajaan Pusat(Persekutuan). Seperti tuan-tuan sedia maklum, pengundi-pengundi di Kuala Lumpur(juga di Putrajaya dan Labuan) hanya mengundi sekali sahaja iaitu mengundi bagi kawasan Parlimen. Manakala saudara-saudara seMalaysia mereka yang lain mengundi 2 kali iaitu bagi kawasan Parlimen dan DUN(Dewan Undangan Negeri).

Mageran dan Ketuanan Melayu

Sifir itu tidak menjadi pada Pru ke 12 yang lalu. Pada 8 Mac 2008, negeri Selangor ditawan oleh Pakatan Rakyat. Pak Lah terkejut. Najib tidak terkejut. Ada sumber lain mengatakan bahawa Task Force 2010 sudah bermula sebelum Pru ke 12 lagi. Untuk makluman, Mageran yang ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei, telah dikuasai oleh 3 orang yang penting. Tun Abdul Razak, Tun Ismail dan Ghazali Shafie telah membawa Mageran lebih berkuasa dari Kerajaan Pusat lalu memberi tekanan kepada Tunku Abdul Rahman. Lalu Tunku berundur dari jawatan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pemerintahan mereka bertiga melalui Mageran telah memulakan rancangan pengukuhan Agenda Melayu. Dasar Ekonomi Baru(DEB) dilancarkan. Jelas, "Peristiwa 13 Mei " dikambinghitamkan bagi membolehkan mereka bertiga yang mengawal Majlis Gerakan Negara(MAGERAN) dan memegang tampuk kuasa di peringkat pusat. Di kala itu juga, kelas aristokrat lama UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah ditenggelami oleh elit Melayu baru yang dipimpin oleh Tun Abdul Razak. Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri kita sekarang telah merintis jalan yang telah dilalui oleh bapanya.

Usaha menawan Selangor dari Pakatan Rakyat

Najib menubuhkan Task Force 2010 sepertimana bapanya menubuhkan Mageran pada tahun 1969. Najib mahukan negeri Selangor sebagai usaha beliau menebus kegagalan Mageran yang diusahakan oleh bapanya. Objektif Mageran ialah walau apa pun terjadi, negeri Selangor wajib dikuasai oleh Perikatan(sekarang Barisan Nasional). Najib melalui Task Force 2010 pada waktu ini adalah melaksanakan wasiat bapanya iaitu menawan Selangor dengan apa cara sekalipun.

Rancangan Task Force 2010 adalah menawan negeri Selangor pada bulan November 2009 iaitu bulan ini. Ini melalui usaha kemasukan Adun-Adun Pakatan Rakyat yang diketuai Hasan Ali untuk bergabung dengan BN. Hasan Ali sudah menjanjikan sejumlah nama yang sedia bersama-sama beliau bagi membentuk kerajaan baru di Selangor atas nama kerajaan Barisan Nasional. Hasan Ali dan adun-adun lain tidak akan meninggalkan parti masing-masing. Mereka cuma bertindak membentuk kerajaan baru tetapi didalamnya ada 20 adun dari MCA dan UMNO. Hasan Ali dijangka menjadi Menteri Besar baru negeri Selangor. Tetapi rancangan tersebut tertangguh apabila TG Nik Aziz dapat memintas plan tersebut lalu mencadangkan EGM bagi Parti PAS. TG Nik Aziz hanya berjaya 'slow down' misi TF 2010 di Selangor tetapi agenda TF 2010 terus berjalan. Kes Teo Beng Hock, kepala lembu, arak, selcat dan lain-lain adalah agenda Task Force 2010 bagi misi khas di negeri Selangor. Terbaru isu tangkapan tanpa tauliah mengajar Dr. Asri atau lebih dikenali sebagai Maza.

Pengalihan fokus publik

Semalam, Najib mengeluarkan mesej diplomasi bagi usaha terakhirnya mengajak pemimpin Parti PAS menerima plan agenda Task Force 2010 iaitu "Unity Government". Jika tidak plan B akan dijalankan melalui SPRM. Sebagai mengalih tumpuan dan fokus pencandu-pencandu politik, isu negeri Perak dan isu tangkapan Dr. Asri(Maza) mantan mufti Perlis dimainkan. Walhal keputusan negeri Perak telah ditentukan. UMNO/BN tidak akan melepaskan begitu sahaja negeri Perak. Bagi isu tangkapan Dr.Asri(Maza), ini adalah isu serampang dua mata. Pertama sebagai menunjukkan kecelaruan dan huru-hara dalam kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim. TS Khalid Ibrahim dilihat tidak upaya menangani agensi-agensi kerajaan negeri yang dibawah kawalannya. Najib Tun Razak dan Hasan Ali saling bahu membahu menampakkan kegagalan TS Khalid Ibrahim dan juga menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai MB Negeri Selangor.

Hasan Ali menegaskan peraturan dan garis panduan sudah pun dikeluarkan namun masih ada individu tertentu yang ingkar mengikutinya.Perkara ini disiarkan oleh laman web kerajaan negeri Selangor, Selangorkini Sabtu, 31 Oktober, dua hari lepas.

Bagaimanapun, pentauliahan itu hanya dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan menetapkan beberapa proses tertentu sebelum seseorang itu layak berbuat demikian.

"Peraturan-peraturan itu telah pun diberitahu sebenarnya kepada masjid-masjid dan surau-surau dan selepas ini peraturan itu akan diletak dalam bentuk notis yang agak besar di dinding-dinding tempat yang boleh dilihat dengan terang di surau dan masjid dan sebagainya. Antara peraturan itu ialah setiap pemberi khutbah, pengkuliah dan sebagainya mesti ada tauliah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya.

Itulah statement Hasan Ali bila ditanya tentang penangkapan Maza. Memang Hasan Ali tidak bercakap direct tetapi secara tersiratnya dia dah tahu dan memang mahu Maza ditangkap dan dimalukan. Jais berada dalam pengaruh dan kawalan Exco Agama Selangor iaitu satu jawatan yang disandang oleh Hasan Ali. Manakala Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri menyambutnya dengan statement ini :

"Saya tidak tahu motif penahanan Mohd. Asri yang bercakap berterus-terang dalam ceramahnya dan disokong dengan dalil serta nas-nas yang konkrit berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

"Saya tidak tahu apa yang didakwa mengenai fahamannya tetapi banyak lagi penceramah yang memberi ceramah tidak pula ditahan, tetapi Mohd. Asri ditahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib mengulas penahanan Mohd. Asri ketika berceramah di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang yang dihadiri kira-kira 100 orang malam tadi.

Perdana Menteri menegaskan, persoalan mengenai motif penahanan Mohd. Asri perlu ditanya kepada kerajaan negeri Selangor.

Maka rakyat melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sebagai tidak bermaya dalam menangani isu yang remeh seperti isu bagi tauliah kepada penceramah sedangkan orang yang ditahan adalah bekas mufti. Sepatutnya Mufti lah yang bagi tauliah kepada penceramah agama. Integriti Kerajaan Pakatan Rakyat jatuh di mata rakyat dengan sekelip mata.

Kedua sebagai mengalihkan fokus rakyat dan menjadikan Maza sebagai celebrity baru rakyat Malaysia. Tumpuan rakyat beralih kepada Maza. Sedangkan isunya adalah kecil. Fokus kepada beliau yang berlebihan menyebabkan rakyat lupa tentang plan Task Force 2010 di negeri Selangor dan juga lain-lain isu seperti rasuah, kemiskinan dan kemelaratan rakyat Malaysia yang melata di negara ini.

Maza menjadi rebutan

Maza juga dilihat sebagai pemain import bolasepak yang akan mengharumkan nama pasukan yang bakal disertainya. Memang ada usaha-usaha khas dari pihak UMNO dan PAS bagi membawa masuk bekas mufti Perlis ini ke dalam parti masing-masing. Buat masa ini, kita lihat bagaimana usaha-usaha terakhir Task Force 2010 untuk merampas negeri Selangor bagi memenuhi wasiat Tun Razak, bapa kepada Perdana Menteri kita sekarang. Jika saudara menerima amanah wasiat dari ayahanda saudara, adakah saudara melaksanakannya dengan main-main ??

Monday, November 2, 2009

Sesi "Mari mengumpat Suhaimi Embong"

oleh ali :

Salam 1Malaysia. Hari ini den nak mengumpat pasal Encik Suhaimi kito ni.Cito ni berkaitan dengan entry ni. Kito cito pasal history dio dulu.

Encik Suhaimi kita ni pegawai Di Telekom Malaysia, TM. Selepas Pru 1999, ditakdirkan PAS Terangganu menang besar. Jadi En. Suhaimi ni balik negeri asalnya Terangganu konon nak membantu mengisi kemenangan PAS. Lalu diberi jawatan CEO di TOP-IT, glc(government link company) negeri Terangganu oleh Harun Taib. Gaji dia jadi CEO lagi tinggi dari gaji di TM. Bikin bisnes komputer tak boleh diharap. Makin lama semakin teruk. Hobi dia tiap-tiap hari kat ofis bersembang pasal politik mengalahkan Menteri. Last-last TOP-IT bankrap. Bila PAS Terangganu kalah besar tahun 2004, member balik KL cari rezki. Tahu-tahu je boleh menulis. Ajaib. Orang kampung dia, Manir bolehlah dia bohong.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjInF4Dvdm3qzb-imvOXmFne8fiVsqR1tE0LAACjSTJ-ZliK4tSfyMMjSr6qmFOL10rB8L7H3wXiCE91LxQnZVfqQ4eujvDKpSWymqos8OR7nbjZkFTwWgckv6hqcNGzDc_feNxhX4TAX4/s320/suhaimi.gif
Den tak boleh nak bagi kredit kat gambar ni. Macam bagus je muka dia ni. Poyo.

En.Suhaimi kita ni dikenali sebagai pengapit kepada TG Hadi dan Mustafa Ali. Dimana ada pimpinan PAS Terangganu, mamat poyo ni mesti ada sekali. Konon macam 'Think Tank'. Tin kosong adalah brader. Dengan mutu kerja dia semasa menjadi CEO kat TOP-IT, sudah menggambarkan siapa dia. Apalah malang nasib PAS selalu memilih orang takde merit macam dia. Macam mana nak memerintah 1Malaysia jikalau pilih orang yang pandai mengampu. Mengata UMNO dia yang lebih.

Geng-geng wartawan yang bersekutu dengan PAS memang bencikan Suhaimi Embong Al-Maniri ni. Bilo dio tambah nama arab kat belakang tu den nak rasa muntah. Mangkuk. Orang ramai bencikan dia bukan dek disebabkan muka dia tak hensem tetapi sikap dan kelakuan dia. Kerja dia selalu mengarah bebudak wartawan buat kerja, contoh macam kat TVPAS. Tapi kredit dapat kat nama dia. Hampeh. Janji nak buat wajah baru buat web Harakahdaily, diberi masa 3 bulan tapi gagal disiapkan. Sepatutnya "New Face of" Harakahdaily bermula selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Last-last orang luar jugak yang bikin. Dah membuang masa, wang ringgit dan tenaga untuk hal yang dia sudah janjikan. Memalukan !!!

Suhaimi Embong juga dikenali sebagai sangat anti kepada Husam Musa dan anti puak Erdogan dalam PAS. Jadi tak heran lah dia ni pro "Unity Government". Lihat sahaja tulisan dia yang membidas dan menghina TG Nik Aziz disini. Tolong lah singkirkan dia ni. Singkir bukan kerana muka poyo dan tak hensem dia tetapi kerana mutu kerja yang rendah, ciplak kerja orang lain, suka mengampu dan senang cerita dia ni takde merit. Itupun jika PAS mahu pergi lebih jauh.

Sunday, November 1, 2009

Harakah cuba berusaha nak jatuhkan integriti TGNA?

oleh ali :

Agak mengejutkan bila penulis membaca Harakah cetak Edisi Jumaat yang bertarikh 30 Oktober - 1 November 2009. Seperti yang tuan-tuan tahu, harakah cetak ini terbahagi kepada 2. Satu section Fokus dan lagi satu section Fikrah. Penulis hanya mahu tuan-tuan tumpu pada section fokus yang Headline dia bertajuk RM20 BILION HANGUS. Mari baca mukasurat N15.

Click for enlarge.

Tumpukan pada highlighter kaler kuning itu. TG Nik Aziz mengatakan bahawa ada rombongan daripada Sabah dan Sarawak datang ke rumah beliau dan mengatakan bahawa rakyat tidak akan bersama Pakatan Rakyat sedangkan dalam PAS ada pemimpin yang mahu bersama UMNO. Tup tup pada mukasurat N28 lain pulak ceritanya.

Click for enlarge.

Tumpukan pada yang penulis highlightkan. Ha yang kaler kuning tu. Nampak ?? Pesuruhjaya PAS Sabah menafikan wujudnya rombongan PAS dari Sabah dan Sarawak yang datang ke Semenanjung untuk mempersoalkan pemimpin yang PAS yang condang kepada UMNO.

Aik, kenapa 2 berita itu saling kontardik antara satu sama lain ?? Mana satu yang betul ?? Untuk pengetahuan tuan-tuan, section Fokus dicover oleh seorang editor. Manakala section Fikrah dicover oleh seorang editor yang berlainan. Kedua-dua berita diatas berada dalam satu section iatu section Fokus. Nampak macam sengaja editor itu melepaskan kedua-dua berita itu.

Mari kita bayangkan or let us try to imagine, kita membaca Harakah dari kulit ke kulit. Kita mulakan dengan section Fokus, mukasurat kedua, ooo TG Hadi kata TG Nik Aziz tak perlu letak jawatan. Mukasurat ketiga, ishh hampeh bajet aparteid. Mukasurat 7, derih cakap ahli PAS kena bijak tapis fitnah media. Belah la. Mukasurat 9, iklan tokguru.net. Mukasurat 15, ooo tok guru cakap ada rombongan Sabah Sarawak datang jumpa. Ooo mengadu pasal pemimpin PAS nak join UMNO. Bla bla bla. Mukasurat 28, Pesuruhjaya PAS Sabah nafi bawak rombongan, eh biar benar. Tok Guru menipu ke ?? Lihat, pandai tak editor tu memainkan minda pembaca Harakah. Dia berjaya menjatuhkan integriti TG Nik Aziz. Dalam pada yang sama menjatuhkan air muka TG Nik Aziz pada mata pembaca Harakah. Oh my god. Apa sudah jadi ?? Salah seorang ahli lembaga pengarah Harakah ialah Mustafa Ali. Adakah Mustafa Ali telah mengarahkan editornya untuk menjatuhkan integriti dan kredibiliti TG Nik Aziz sebab tidak puas hati dengan mesyuarat khas pada Rabu malam Khamis yang lalu ??

Ia tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia berjangkit kepada paper Siasah. Tuan-tuan sedia maklum yang paper Siasah ini juga bawah kawalan Parti PAS. Lihat paper Siasah yang terbaru iaitu yang bertarikh 1 November 2009. Lihat tulisan Suhaimi Embong mengenai TG Nik Aziz.

Tidak semena-semena Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap Menteri Besar Kelantan melemparkan bom jangka dengan meminta PAS Pusat mengadakan Muktamar Khas untuk menggantikan pemimpin yang TIDAK DISUKAINYA dengan mengikut kaedah yang dilakukan oleh MCA baru-baru ini?… dipetik dari tulisan Suhaimi sendiri.

Tindakan Mursyidul Am PAS kebelakangan ini JELAS MEMENINGKAN ramai pemerhati politik dan juga ahli PAS sendiri bila beliau menganggap Muktamar Khas (EGM) dengan Mesyuarat Khas PAS Pusat itu sama sahaja, ia dapat DIJADIKAN PLATFORM UNTUK MENYAMPAIKAN HASRATNYA kepada pemimpin parti…” dipetik dari tulisan Suhaimi sendiri.


Nampaknya masih ada lagi golongan yang tidak berpuas hati. Bukan hendak tuduh tetapi tuan-tuan sendiri boleh lihat bukti yang penulis paparkan. Agenda "Task Force 2010" masih berjalan. Maleh den nak cito pasal Suhaimi Embong ni. Yang boleh penulis simpulkan pasal Suhaimi Embong ini ialah dia ini pro "Unity Government" dan sangat anti Erdogan. Untuk analisis lanjut boleh baca analisis Zainulfaqar disini. Ada isu pasal plagiat dalam analisis tu. Haa ha ha. Brader Mat Saman Kati pun tengah ketawa besar bersama den bilo baca entry ni. Ha Ha Ha.

Saturday, October 31, 2009

Blogger Ciplak 2 - Big Brader Mat Saman Kati

Oleh: MSK

Ramai orang menganggap, bila aku marah pasai artikel ciplak, itu perkara remeh. Aku bertindak macam budak-budak. Tak reti ka nak settle diam-diam?

Dah lama aku diam. Dah lama aku cuba settle belakang tabir. Tapi pasai budaya curi, rompak dan menipu dalam alam blog ini sudah sampai ketahap yang menjijikkan, aku tak boleh diam. Dan budaya ini bukan saja dikalangan blogger, malah sudah merebak sampai kemasjid-masjid, dan tapak ceramah. Kita cakap pasai Islam..pasai perjuangan, tapi kita sendiri menghalalkan budaya curi, rompak dan tipu ini..atas alasan dakwah dan perjuangan. Memang patut kerajaan Perak runtuh. Memang patut Pakatan semakin teruk kerana ramai dari kita yang sudah kehilangan moral dan nilai.

Pergi lah kemasjid Ipoh setiap jumaat, penuh dengan bahan-bahan cetak rompak. Orang yang buat kerja tak dapat apa, perompak yang dapat untung. Tapi semuanya dihalalkan pasai perompak ini pakai kopiah putih. Semuanya dihalalkan atas alasan dakwah dan perjuangan.

Pergilah ketapak-tapak ceramah. Dari VCD cetak rompak, kaset cetak rompak sampai kepada minyak wangi cetak rompak pun ada. Siap dengan gerenti…”boleh bawa sembahyang.” Hangpa tau dari mana sumbernya? Sapa yang mengeluarkan sijil ‘boleh bawa sembahyang’? Jangan terkejut, kalau hangpa buat ‘audit trail’, hangpa akan jumpa sumbernya. Sebuah kedai menjual bahan-bahan kimia, di sebuah lorong yang dikenali sebagai Rope Walk, off Chulia Street di Pulau Pinang. Hangpa beli lima ringgit sebotol kecil. Harga botol dua ringgit, minyak wangi tu tak sampai lima kupang. Yang lain untung penjual.

Hangpa nak Aramis, Anais-Anais, Poison, Dior, Channel….semua ada. Semuanya ciplak. Tapi orang-orang kita ambil dan jual…menjadi pengedar bahan curi, dan dihalalkan dengan jaminan ‘boleh bawa sembahyang’. Dan orang percaya, sebab penjualnya pakai kopiah putih.

You can cheat all the people some of the time. You can cheat some of the people all the time. But you can’t cheat all the people all the time.

Dalam blog pun dah jadi macam tu. Kita sapu hak orang lain, tampal dalam blog kita…tanpa sedikit pun rasa malu dan bersalah. Semua ini berlaku kerana ianya dihalalkan atas nama dakwah dan perjuangan. Kerja-kerja menipu, mencuri dan merompak ini dihalalkan dengan meletakkan label ‘dakwah dan perjuangan’.

Dan kerana kerja-kerja menipu ini jugalah, terdapat pergeseran dikalangan blogger. Jangan ingat ini perkara kecil! Kerana yang aku risaukan nanti, blogger yang buat kerja semuanya fedup, yang tinggal..hanyalah pencuri, perompak dan penipu. Kerana yang bekerja dikutuk, tetapi perompak dan penipu disanjung. Lebih baik jadi perompak dan penipu daripada jadi blogger yang jujur. Dan perompak dan penipu ini disanjung kerana mereka pakai kopiah putih.

Adakah aku marah kerana orang menciplak artikel aku? Dah beribu artikel aku di tampal curi, aku tak marah. Tapi setiap kali aku marah, kerana mempertahankan artikel orang lain. Kerana aku tak mau, blogger-blogger yang buat kerja ini fed-up, susah-susah buat kerja, orang lain dapat nama. Dan dah puas aku bagi warning secara tertutup, tapi budaya ini menjadi semakin berleluasa.

Satu masa dulu, semasa perbicaraan Nizar di Mahkamah Tinggi, kami berlima naik satu kereta ke Kuala Lumpur. Cyberboron masuk dalam kamar perbicaraan, Sya dan Perisik rakyat ambil gambar, Anaz ambil Video, dan aku duduk disatu sudut mengemaskini berita secara live menerusi Cover-It-Life.

Tapi ada pula blog-blog yang bukan saja copy-paste Cover-It-Life dalam Perakex, malah berlakun seolah-olah depa berada di Mahkamah Tinggi. Mereka berlakon seolah-olah mereka sebahagian dari Team Perakex yang berada di Mahkamah Tinggi. Dan tipu pengunjung-pengunjung depa. Ada aku bising? Aku diam.

Kemudian di Penanti.Bukan satu…malah tiga blog yang menciplak Cover-It-Life dari Perakex. Bukan setakat menciplak..tapi boleh lagi tulis..”Ekslusif..Live Dari Penanti” ..hanya di blog dia!!

Tapi bila tiba harinya, depa sapu dari Perakex. Kemudian berlakon seolah-olah depa ada di Penanti. dan pengunjung pun percaya, depa ada di Penanti, sedangkan depa hanya berblog dari bilik tidur masing-masing. Semuanya ini dihalalkan atas nama dakwah dan perjuangan.

Toksah kata hangpa berbolg bukan kerana nama. Bukan kerana hits atau glamer. Mereka bangga bila hits mencapai sejuta, dua juta, tiga juta…pirrrrah. Telok Bakong Online pernah kena sound kerana mengambil artikel dari seorang bloggger berkopiah putih, kerana tidak meletakkan kredit pada artikel yang diambil. Tapi bila aku bising, dia kata aku taik hidung masin dan membuat macam-macam tuduhan lagi.

Bila kena kat dia…dia marah. Tapi bila kena kat orang lain, macam-macam alasan diberikan. Dan seperti biasa, alasan dakwah dan perjuangan digunakan. Shit.

Semua orang ingat tentang pergeseran Albanjari dengan Manjong Mari dulu. Ramai yang merasakan ia berkaitan dengan langkah Manjong Mari mendesak Mustafa Ali dan Nasha meletak jawatan. tapi itu hanyalah ‘a straw that broke the camel’s back’. Dendam itu sudah lama membara kerana pernah satu ketika, Albanjari mengambil gambar-gambar yang diambil oleh Manjong Mari, tetapi tidak diberi kredit. Albanjari mungkin tidak sedar gambar-gambar tersebut kepunyaan Manjong Mari kerana dia mengambil dari sumber lain yang juga tidak memberikan kredit kepada Manjong Mari.Ada aku bising? Aku bagi tau kat Albanjari senyap-senyap.

Kemudian sekali lagi Albanjari menciplak artikel Amin Ahmad di Perakex tanpa memberikan kredit. dan bila aku tegur, Albanjari memberitahu bahawa artikel tersebut diambil dari blog Wfauzdin, yang menciplak dari Perakex. Macam mana kalau aku tak tegur Albanjari? Dah tentu aku bermasam muka dengan dia, disebabkan WFauzdin yang mengambil artikel tanpa menulis sumber.

Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah pernah menulis dalam Harakah tentang kegagalan media kedua semasa PRK Bagan Pinang. Dan aku setuju dengannnya kerana media kedua di Bagan Pinang penuh dengan penipuan, ciplak dan tampalcuri.

Sebelum PRK bermula, Albanjari sudah mewar-warkan didalam blognya…14 unit aprtment sudah disediakan kepada bloggers, lengkap dengan makan minum, dikawal 24 jam oleh unit amal, dan meminta sesiapa yang hendak pergi ke Bagan Pinang mendaftar dengannya.

Ramai yang ingat..ada 40 blogger yang diketuai oleh Albanjari, tetapi hakikatnya hanyalah enam orang. Dan mereka ini terpaksa tidur diatas lantai dipejabat ahli Parlimen Teluk Kemang, sebelum sebuah rumah diperolehi oleh YB Ravi, ADUN Port Dickson. Mana 14 apartment? Sapa yang bagi makan minum? Semuanya tipu.

Dan bila buat kerja, ramai yang hanya menunggu berita. Blogger macam Baganutama pi buat kerja, orang lain tunggu depan laptop, bersedia untuk copy-paste. Dan akibatnya? Berita-berita palsu pun dicopy-paste dan diedarkan. Kisah tentang petugas Pas yang kena pedang samurai itu adalah bohong. Dan kita menghalalkan pembohongan itu, malah mempertahankan pembohongan itu…demi dakwah dan perjuangan.

Perakex juga terpalit dengan pembohongan di Bagan Pinang. Anaz diberikan video untuk diedit dan dijadikan bahan propaganda. Logo Perakex digunakan untuk menambahkan kredibiliti pada video tersebut, dan kredit diberikan kepada Team IT Pas.

Tapi bayangkan bila aku menerima email ini.

Dear Editor (To whom it may concern),

It has been brought to our attention that you have produced this video:
http://www.youtube.com/watch?v=Ch1oOSlN-5w&feature=player_embedded
which is also on your website: http://perakexpress.com/www/

We note that footages from this video that was taken from our video produced in 2005 entitled Alice Lives Here.

Legally, it is a copyright material by default and it’s use is subject to permission. We have no qualms for our video being used for non-profit purposes highlighting the good work done by community organizers. In fact, it is something we encourage.

However, there needs to be proper use of it whereby acknowledgement/reference is given to the efforts of those who did the video, and not claimed as another’s by way of putting another logo (in this case, perak express logo) on it. For example, one can credit it by stating ‘footages from ‘Alice Lives Here’, 2005, courtesy of Reelpower’ either on the footage itself or at the end credits.

We hope that perak express would correct this, and take this opportunity to train your staff/volunteers on the professional and ethical way in which to use material taken elsewhere, especially were it is a community initiative and not for profit, as it would be in the spirit of support and acknowledgement of fellow community groups working towards the same purpose of justice.

Looking forward to your reply, and thank you for your attention.

regards,
ReelPower

Aku malu. Bukan kami menciplak, malah kami memberikan kredit…tetapi kredit itu diberikan kepada pihak yang menciplak. Dan itu sebab aku meminta maaf bagi pihak Perakex, walaupun bukan salah kami.(Disini)

Tapi ramai lagi yang tak tau malu. Muka tebal macam kulit tapak kaki. Ciplak, tipu dan copy-paste dihalalkan…kerana dakwah dan perjuangan.

Tak perlu bagi alasan: tak kisah kalau hits rendah, tak kisah kalau tak glamer…kita ikhlas dengan dakwah dan perjuangan!! Hakikatnya, orang tak mau baca blog kita kerana orang tau, kita menipu pembaca dengan menciplak kerja orang lain, kemudian mengaku kerja kita.

[perakexpress]

*Den menyatakan sokongan secara terbuka kepada big brader MSK. Isu plagiat adalah isu besar kepada kami. Ia adalah isu amanah. Bukan minta duit pun. Nyatakan sumber atau link itu sahaja. Contoh, supaya kejadian Markaz Induk di Bagan Pinang ditipu dengan gambar berdarah pedang samurai tidak berulang kembali. Mengenai video propaganda calon, masih belum ada pernyataan atau statement dari pihak terbabit. Maaf ke hape ke belum ada lagi. Cuma satu komen kami, kepada mereka-mereka diluar sana yang sudah melabelkan diri sebagai parti atau organisasi islam, jaga sikit dalam hal-hal berkaitan plagiat dan copy paste ini. Jika anda melakukan aktiviti cetak rompak, orang tidak menghina anda tetapi menghina ISLAM. Itu hakikat. Bukankah amanah itu diajar dalam ISLAM ??

Friday, October 30, 2009

Huru - hara Politik Malaysia

oleh ali :

Salam kepada semua. Politik Malaysia semakin hari semakin ganas. Semakin gila. Meeting khas konon, adun PKR yang ke 4 keluar melompat bebas, Jeffry letak jawatan kat Sabah dan kenkawan lain ikut, Zaid ibrahim gaduh dengan Azmin Ali(Hey Azmin !! tahulah ekau kacak tapi janganlah nak mempertikaikan perut boroi Zaid), Hannah Yeoh gaduh dengan Ronnie Liew, Wee Chee Keong tuduh Ronnie Liew mafia kongsi gelap cina dan lain-lain lah. Isa Samad tenang je kira berapa projek dia boleh sapu bersama-sama dengan abang kandungnya, Dato' Gan.

Rakyat ?? Huh, semua tengah kira hutang bank yang belum bayar. Pagi-pagi keluar kerja bersesak-sesak dalam komuter. Anak-anak pulak makin hari makin kurang ajar. TV setiap hari cerita satu Malaysia makmur. Perogal makin bertambah dikalangan kita. Perompak dan pencuri menunjukkan peningkatan yang cemerlang. Tak pernah berkurang. Perompak dan pencuri ni sayang dengan pemimpin Malaysia tak kira parti. Mana pernah diorang rompak pemimpin Malaysia. Penyangak hanya merompak rakyat Malaysia. Susah nak muncul Robin Hood di zaman ini. Mungkin Isa Samad layak dapat title tu. HA HA HA.

Pemimpin tak kira pejuang Melayu atau Islam, pernah tak diorang fikirkan kepayahan rakyat sekarang ni ?? Belah la. Mana pernah diorang fikirkan kita. Semua hanya fikirkan keuntungan politik masing-masing. Malaysia Baru ?? Apo yang baru bai. Hutang baru adolah. Bajet 2010 ?? Eh semalam Najib bagi den rumah dengan kereta Ferari. Kepala ayah kau. Rakyat semakin stress. Makwe kat 7E ?? Mano pornah senyum kat den skrang ni. Walhal den lah paling kacak kat N9 selepas ayah den. Dulu orang belah N9 timur mudah mencarut. Kini N9 barat lagi dahsyat mencarut. Masjid ?? Orang PAS ke Orang UMNO ke, mana pernah nak penuhkan masjid. Padahal nabi cakap solat jemaah bagi orang lelaki tidak kira masjid atau mana-mana tempat. Wajib jemaah sampai nabi nak bakar rumah muslim yang tak datang jemaah kat masjid pada waktu subuh. Ini yang den baca hadis buhari la.

Habis macam mana nak selesaikan semua problem-problem ni ?? Itu belum cerita maksiat lagi. Harapan ?? Makna harapan sampai sekarang den tak faham. Takde harapan langsung la gitu. Semua yang rasa diri itu bertuhan, pergilah mengadu kat tuhan masing-masing. Tanyalah dia kenapa ini semua terjadi. Tuhan den ALLAH. Tuhan orang lain ?? Nafsu pun boleh jadi tuhan. Den pernah tanya ALLAH mengapa den dikurniakan dengan pemimpin yang korup dan penipu. Ini pemimpin tak kira apo parti la bai. Tapi ALLAH tak jawab soalan den. Den bukan nabi Musa. Abih camno ni. ALLAH dah bagi Quran kan. Poie bukak Quran tu kojap.

Dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah petunjuk bagi kaum Bani Israil. Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami selama mereka bersikap sabar serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.

[as-Sajdah 32:23-24]


Dalam ayat di atas ALLAH bagitahu kek kito bilo kaum yahudi bersabar mengamalkan perintah dan larangan ALLAH, ikut cakap rasul yang diturunkan pada mereka maka ALLAH kurniakan mereka pemimpin yang adil dan tidak korup kepada kaum itu.

Umat islam boleh mengambil iktibar dari ayat di atas bahawa pemimpin yang memimpin mengikut ke arah petunjuk agama, tidak terhasil semata-mata dari kempen dan kertas undi. Akan tetapi terhasil apabila masyarakat itu sendiri yang sabar mempraktikkan agama secara syumul(keseluruhan) dan beriman sepenuhnya kepada al-Quran iaitu ALLAH.

Pemimpin lahir dari masyarakat. Jadi masyarakatlah yang mendidik pemimpin. Lantas masyarakat yang samalah melantik pemimpin. Walhasil balik asal. Jika masyarakat itu baik, maka baiklah pemimpin. Masyarakat jahat, maka lahir pemimpin jahat. Masyarakat tak cerdik, pemimpin dua kali tak cerdik. Apabila berlaku kerosakan dalam sesebuah masyarakat dan negara, beban dosa tidak hanya digalas oleh pemimpin. Kito pun kono sekali.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

[ar-Rum 30:41]


Eh ingat bila ada pemimpin zalim dia sorang je tanggung dosa. Kito pun kono sekali. Beban tu rupanya ditanggung bersama-sama sebab pemimpin zalim lahir dari masyarakat yang zalim juga.

Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang telah mereka usahakan.
[al-An‘aam 6:129]


Kesimpulan, jika dirasakan negara ini penuh dengan ketidakadilan dan kezaliman, janganlah disalahkan kepada pemimpin(tidak kira apa parti). Tetapi salahkan pada masyarakat kita. Dah kita berada dalam masyarakat tersebut, maka salah diri kita sendirilah. Mengubah negara ini dari zalim kepada adil, kotor kepada bersih, miskin kepada kaya, kurang islam kepada islam sepenuhnya, maksiat kepada tidak maksiat dan lain-lain tidak didahului dengan mengubah pemimpin. Masyarakat dan diri kita sendirilah yang patut berubah. Selama ini kita bodoh. Berusahalah menjadi cerdik. Jangan taksub kepada pemimpin. Bigotry is an enemy.

Rupa-rupanya kita kena ikut sunnah dakwah nabi. Mula-mula ALLAH betulkan Muhammad S.A.W kemudian selepas nabi sudah benar-benar bersedia baru dia beralih kepada isterinya. Selepas itu kepada sahabat-sahabat dan teman-teman rapat baginda nabi. Kemudian kepada den. Eh silap kepada sepupu nabi iaitu Saidina Ali. Dan seterusnya. Ia membentuk masyarakat bertauhid iaitu masyarakat yang tidak mensyirikkan ALLAH. Dalam hati mereka, hanya ALLAH sahaja yang bermaharajalela. Barulah ALLAH bagi bonus kepada baginda sebuah negara untuk diperintah iaitu Madinah. Ia bermula dari individu iaitu baginda nabi > isteri dan famili > masyarakat > bonus dapat jadi pemimpin negara yang bertakwa kepada ALLAH.. Den ulang balik.

Individu > Famili > Masyarakat > Negara

Agak-agak kita buat tak semua ni. Micheal Jackson pun tahu pasal sunnah nabi.Takkan ekau pun tak tahu. Lagu "Man in the Mirror" tu lagu Micheal Jackson la. Jika mahu berubah mulakan dengan diri yang dihadapan cermin itu. Itu mesej lagu tersebut. Mari dengar dakwah Micheal Jackson ini. Mesej dakwah lagu ini benar. Bagi yang muslim gunalah kefahaman islam anda dalam memahami mesej lagu ini. Berubahlah. Mulakan dengan diri anda sendiri.



Anda sudah berubah ??