Thursday, December 3, 2009

Mari fikirkan sejenak ...

oleh ali :

Salam kepada semua rakyat Malaysia tidak kira agama dan usia. Tuan-tuan perasan tak bahawa ahli politik di Malaysia hanya tunjuk pandai depan pendengar.

Nak tunjuk diri sendiri adalah "SuperBagus"


Dia berpolitik bukan memandaikan pengundi. Dia berceramah berdentum dentang cuma nak tunjuk dia pandai berceramah. Pernah terdetik di hati kita tak bahawa selepas ceramah kita jadi pandai. Yang penuh dalam kepala otak kita penuh dengan ayat maki hamun yang dijustifikasikan dengan hadis dan nas. Mana yang terpukau dengan ceramah ahli politik akan berkata, "Wah pandai betul lah dia berpidato". Memang betul tapi yang kita ni macam mana. Dia cuma jual janji. Dia cuma nak tunjuk dia hafal beberapa baris ayat Quran. Dia cuma nak tunjuk dia hafal beberapa kerat hadis Buhari dan Muslim. Tak lebih dari itu. Apa yang kita dapat ?? Dapat letih dengan habis duit minyak petrol lah. Ada dia pimpin kita supaya menjadi pandai macam dia pandai ?? Mimpila bai.

Ustaz picisan

Ustaz-ustaz yang bagi kuliah kat surau dan masjid pun begitu. Mereka bagi kuliah bukan nak memandaikan jemaah surau dan masjid. Ustaz-ustaz yang bagi kuliah tu cuma tunjuk pandai kat jemaah. Ada selepas kuliah kita terasa dipandaikan oleh ustaz-ustaz yang bagi kuliah tu ?? Cakap terus teranglah mana ada. Sekarang tengah panas cerita Maza. Apa lagi, mana ustaz yang pro Maza hentam aliran tradisionalis, mana yang anti Maza hentam wahabi dan salafi. Hoi MANGKUK !!! Den datang masjid bukan nak dengar engkorang maki hamun antara satu sama lain sambil diselangi ayat Quran dan Hadis. Hoi ustaz sedarlah sikit yang jemaah ni ada yang tak tahu menahu pasal kes tauliah tu. Istilah wahabi, salafi, maturidi lah mano reti diorang. "Jang apobondo salafi tu," sound pakcik sobolah den. "Ontah. Se pun tak roti." Jawab den sambil bohong sunat. "Sapo panggil ustad ni ?? Tah apo namo ear," bermonolog pulak pakcik tu. Den buat tak reti.

Masalah jemaah

Ada point apa pakcik tu. Ustaz tu bagi kuliah syok sendiri. Jemaah tak perlu pun kuliah macam tu. Ustaz tu macam bagus bagi kuliah. Konon dia sorang yang pandai. Dia bagi kuliah apa yang dia tahu. Memanglah banyak yang kau tahu bai. Tapi fikirkan apa yang jemaah mahukan. Ada jemaah yang datang baru balik dari kerja, ada jemaah yang datang baru kena leter dengan bini, ada jemaah yang datang baru lempang anak kurang ajar, ada jemaah yang datang berkira-kira nak jual motor KRISS buruk sebab nak bayar hutang bank, ada jemaah yang datang dah bertahun tak beramah mesra laki bini, ada jemaah yang datang yang anak menantu sering baling pinggan mangkuk, ada jemaah yang datang rumah baru masuk pencuri dan macam-macam lagi lah.

Solusi

Yang si Ustaz ni pulak bagi kuliah tentang wahabi salafi. Hoi !!! Kami tak perlu itu semua. Hati kami tengah sakit, hati kami tengah menderita. Sekurang-kurangnya bagilah ubat supaya kami sendiri boleh ubati penyakit hati kami. Bagi kami pandai macam mana nak ubati masalah kami sendiri. Ini tidak. Hanya tunjuk diri tu pandai sangat. Lepas tu perbodohkan jemaah. Hanya den lah yang boleh selesaikan masalah ekau semua. Aik ustad, macam nak terapkan budaya KEPADERIAN dalam Islam. Setahu den Baginda nabi ajar, jika ekau ado masalah, hah pegi adukan pada ALLAH. Tak kisahlah samada dengan doa atau solat sunat 2 rakaat. Bukan dengan cara, meh sini kau, den tolong tawarkan air untuk selesaikan masalah ekau laki bini. Ado tak nabi ajar macam tu. Tawarkan air untuk sembuhkan penyakit dengan ayat quran itu memang ada nabi buat.

Apa masalahnya bila masyarakat menjadi pandai ??

Macam-macam lah. Tapi ringkas cerita, tidak kira ahli politik atau ustaz, rutin mereka adalah nak tunjuk diri sendiri pandai. Bukan nak memandai audiens, bukan nak memandai jemaah, bukan nak memandaikan pendengar. Sepatutnya mereka wajib upgarde ceramah/kuliah untuk memandaikan pendengar. Bukan ceramah/kuliah syok sendiri. Ajak pendengar menjadi pandai dan boleh berdikari sendiri. Bukan ajar mereka bergantung pada ahli politik dan ustaz. Kita mesti buang tongkat suka bergantung pada orang lain dalam masyarakat kita. Apa ?? Bila masyarakat tidak bergantung pada ustaz dan ahli politik, ustaz dan ahli politik terasa tercabar sebab kepentingan mereka tercalar. Kerana apa tercalar ni bai ?? Sebab mana-mana ustaz dan ahli politik yang busuk hati sudah tidak boleh nak memanupulasikan masyarakat atau pengundi untuk kepentingan peribadi mereka.

Setiap dari kita wajib sampai menyampaikan antara satu sama lain untuk saling memandaikan sesama kita. Cukuplah ahli-ahli politik dan ustaz-ustaz mempergunakan kita untuk kepentingan peribadi mereka. Yang herannya ustaz-ustaz kat surau-surau ni semuanya berkaler hijau. Ha ha Ha. Pandai-pandailah kita mencari individu yang ikhlas memandaikan kita. Insya Allah ada.

No comments: