Friday, December 18, 2009

Tahniah Malaysiakini. Anda adalah HERO rakyat !!!

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Lihat tajuk mesti kenkawan fikir penulis nak bodek Malaysiakini supaya terima penulis jadi penulis di Malaysiakini. In your dreamlah. Ha Ha Ha. Semua orang mengkagumi Malaysiakini. Kenapa orang kagum dengan Malaysiakini ?? kenapa tidak dengan portal berita web yang lain seperti Harakahdaily ?? Itu semua akan terjawab selepas ni. Sebelum tu, mari kita semua saksikan youtube ini. Jom.



Dah 10 tahun Malaysiakini menabur bakti kepada rakyat Malaysia. Ketahanan mereka bertahan dalam iklim demokrasi Malaysia amat mengkagumkan. Bukan sedikit tekanan yang mereka hadapi. Menjadikan Malaysiakini cepat matang dan berpengalaman. Walaupun pernah dikatakan Malaysiakini pernah pro kepada Parti Keadilan Rakyat, tetapi itu cuma tuduhan picisan.

Setia pada PRINSIP

Trademark Malaysiakini adalah bebas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Apa yang dipentingkan oleh Malaysiakini adalah kebenaran. Kebenaran tidak mengenal apa parti yang anda sertai. Kebenaran tidak pernah mengenal kaum. The truth is colour blind.

Disebabkan menggigit prinsip kebenaran dengan gigi geraham, pejabat Malaysiakini pernah diserbu dan komputer-komputer mereka ditahan polis. Komputer kena tahan bai. Power tak Malaysiakini ?? Power la bai. Jikalau tak, mengapa Tun Mahathir sendiri memberi recognition terhadap Malaysiakini. Tak percaya tanda tak melihat youtube kat atas. Mangkuk copal la bai kalau tak tengak youtube kat atas.

Penulis masih ingat lagi semasa Dato' Zaid Ibrahim menghadiri jemputan satu grup media sempena press freedom selepas Mac 2008. Waktu itu Dato' Zaid adalah salah seorang anggota menteri kabinet Pak Lah. Zaid Ibrahim kena fire dalam sesi tersebut. Semasa sesi soal jawab, Stevan Gan dari Malaysiakini diberi penghormatan istimewa untuk menyoal Zaid Ibrahim. Steven Gan diberi tepukan gemuruh sebelum dan selepas menyoal Zaid Ibrahim. Tak pecaya lihat youtube dibawah ini pada minit ke 4.40 dan seterusnya.



Lihat semua orang respek Stevan Gan. Bukan senang nak gain respect manusia pada zaman sekarang ni.

Anugerah sebagai tanda penghargaan

Penulis mencadangkan salah sebuah dari mana-mana 4 negeri Pakatan Rakyat memberi anugerah Dato' atau Tan Sri kepada pengasas atau founder Malaysiakini sempena mana-mana birthday Sultan dalam negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat wajib mengenang peranan Malaysiakini yang membolehkan saluran informasi yang tepat dan betul kepada rakyat Malaysia lalu mengundi pembangkang serta buat pertama kalinya menafikan 2/3 majoriti dalam parlimen. Tanpa Malaysikini, harapan untuk menafikan 2/3 majoriti adalah mustahil.

Stevan Gan

Suka penulis ingatkan di sini Stevan Gan bukan adik kepada Dato' Gan. Dato' Gan adalah saudara kandung kepada Isa Samad. Ha Ha Ha. Selain Stevan Gan, Premesh Chandran adalah pengasas bersama Malaysiakini. Mereka berdualah yang mewarnakan Malaysiakini pada hari ini.

Premesh Chandran

Sorry aaa. Ini bukan company 30% for Bumi. Jadi tiada Melayu sebagai co-founder. Tiada DEB dalam Malaysiakini. Persepsi penulis dan para pelayar internet dalam negara ini ialah Malaysiakini mengamalkan budaya kerja on merit. Itu sebab laporan-laporan berita Malaysiakini bermutu, tepat dan pantas.

Jadi memang berbaloilah mereka berdua mendapat title Dato' atau Tan Sri. Negeri-negeri yang dikuasai Pakatan mesti bagi title tu. Malaysiakini adalah suara rakyat. Malaysiakini adalah lambang kebebasan bersuara rakyat Malaysia. Jika negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf peranan dan sumbangan Malaysiakini melalui penganugerahan title Dato' atau Tan Sri melalui mereka berdua, maka Pakatan Rakyat sebenarnya tidak mengiktiraf kebebasan bersuara di Malaysia. Lebih malang lagi, Pakatan rakyat tidak mengiktiraf para pengundi yang mengundi mereka dalam Pru lalu. Sebab para pengundi iaitu rakyat mengiktiraf peranan Malaysiakini. Jadi oleh kerana rakyat Malaysia adalah tuan dan pemimpin Pakatan Rakyat adalah kuli, maka bila dah tuan mengiktiraf dan menghargai Malaysiakini maka kuli kena ikut sekali lah. Karang tak memasal tuan pecat kuli. Makan pasir la kau kuli. Ha Ha Ha.

Kriteria pemilihan

Lagi satu kita mesti educate rakyat, bahawa penganugerahan title Dato' dan Tan Sri perlulah kepada mereka yang benar-benar layak. Ini taukeh ayam pun dapat Tan Sri. Pelik. Ini bukan sebarang ayam bai. Negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat perlu menyediakan kriteria khas siapa yang layak mendapat title yang berprestij itu. Tidak salah belajar dari Great Britain bagaimana mereka dengan ketat memberi title 'SIR' kepada rakyatnya. Nanti ada orang cakap, "Memang la bai, sebab dia ada satu Sultan." "Bukan Sultan la mangkuk, Queen lah". Tak kira lah ada berapa Sultan, tapi kita mesti pilih seseorang itu melalui merit. Alex Ferguson misalnya, dia dapat anugerah 'SIR' setelah berjaya menjadikan pasukan Manchester United pada kedudukkan ternama dan berprestij pada waktu sekarang. Lihat sahaja barisan koleksi piala yang Manchester United dapat. Dari peringkat liga hingga dunia. Maka memang layaklah Sir Alex Ferguson sebagai pengurus kelab Manchester United dapat title 'SIR' dari Queen Elizabeth.

Stevan Gan dan Premesh memang layak dapat title dari Sultan dari mana-mana negeri Pakatan. Tak kira lah Dato' atau Tan Sri. Bagi penulis mereka berdua memang layak walaupun tiadalah Malaysiakini mengumpul koleksi piala macam Sir Alex Ferguson. Kita mesti respect usaha dan komitmen mereka berdua. Jika mereka berdua dapat title yang selayaknya, misalnya Dato', ia akan menjadi contoh kepada rakyat. Rakyat akan menjadikan mereka berdua sebagai idola.

"Adik dah besar nanti nak jadi apa?,"

"Saya nak jadi macam Dato' Stevan Gan."

"Stevan Gan ke Stevie Wonder,"

"Dato' Stevan Gan la. Mangkuk betul la brader ni."

"Err nape nak jadi macam dia? Kenapa tak nak jadi angkasawan,"

"Eh abang ni datang dari planet mana?? Takkan tak tahu Dato' Stevan Gan pengasas Malaysiakini. Dia tu hero rakyat Malaysia. Sama taraf dengan Hang Jebat. Berani macam Hang Jebat. Apa daa. Itu pun tak tahu"

Sumbangan terbesar Malaysiakini
Ikuti sambungan dalam episod akan datang....

No comments: