Showing posts with label UEFA champions league. Show all posts
Showing posts with label UEFA champions league. Show all posts

Saturday, May 22, 2010

Bayern Munich MENANG 2-0

oleh ali :

Salam 1Eropah. Peh, malam ni malam terakhir musim bolasepak di Eropah bagi sesi 2009/2010. Malam yang dinanti-nanti oleh semuo penggila dan kipassusahmati bolasepak tanahair. Walaupun tiado kelab Inggeris yang masuk final malam ni tapi ia totap dinantikan. Ramai orang cakap Inter Milan monang pagi nanti. Tapi den jangkakan kelab Jerman pulak yang jadi juara Champion League.

Taktik Bayern

Musim ni Louis Van Gaal berjaya susun Bayern dongan komeh. Kelab Bayern ni dulu carca marba bilo menyorang. Tapi musim ni Van Gaal tumpu perkuatkan winger kiri dan kanan. Tapi sayang Frank Ribery tak main pagi ni. Tapi takpo. Itu menunjukkan Altintop dan Arjen Roben akan main fulltime malam ni. Lagi bagus. Taktik menumpukan serangan belah sayap memang bagus untuk Bundesliga. Kelab-kelab Jerman biasanya mempunyai midfield yang tumpat. Maksudnya permaianan yang banyak tertumpu pado tongah. Padat bai. Bilo tongah padang dah padat, permaianan jadi boring dan susah nak dapat gol. Itu sobab Van Gaal banyak tumpu serangan pado bolah sayap dan midfielder pulak jadi back-up. Dan rutin ini menjadikan Bayern istimewa pado musim ini.

Perlawanan pukul 2.00 pagi nanti menyaksikan Bayern jadi underdog. Jose Mourinho punya banyak kelebihan. Tongah Inter power. Wesley dan Cambiasso mantap. Serangan dari Eto dan Milito sangat berbiso. Tapi biso lagi kentut Eto. Korang ponah bau kentut negro? Ha Ha Ha. Sebenarnya kekuatan Inter terlotak pado kegeniusan Mourinho.

Siapa Mourinho?

Kalau korang nak tahu Jose Mourinho ni sebenarnya adolah seorang yang malang. Bapanya seorang pemain bolasepak profesional yang berjaya. Malah ponah memilik cap sebagai pemain kebangsaan Portugal. Tapi Mourinho gagal mengikut jejak langkah bapanya. Dari kegagalan menjadi pemain profesional, Mourinho bangkit menjadi Pengurus/Jurulatih pasukan bola yang berjaya. Tapi bukan sonang nak jadi pengurus kelab bolasepak yang berjaya. Banyak halangan yang ditempuhi. Tapi Mourinho berjaya. Biaso la, kalau korang miskin dan dihino pulak kerano kemiskinan, korang akan raso rondah diri. Tetibo korang jadi kayo, jadi jutawan sudah tontu la korang akan raso nak tunjuk jobo kek orang ponah hino korang dulu (ni sangko buruk den kek korang. Ha Ha Ha). Macam tu jugak dongan Mourinho. Dio memang dah terlobih jobo. Dan den ingat jobo dio akan makan diri dio balik pagi ni.

Kelemahan taktik Mourinho

Seperti biasa Mourinho cerdik dalam taktikal dan strategi. Dio boleh ubah taktik sekolip mato hatta walaupun permainan tongah berlangsung. Itu kelebihan sebenar Inter. Van Gaal dah tontu la poning. Ubah taktik sekolip mato masih punyo keburukan. Antaranya, pemain tak mudah nak menyesuaikan diri dongan taktik terbaru. Flow bola boleh jadi tempang. Taktik Van Gaal malam ni yang den ramalkan dio akan totap menyerang di keduo-duo bolah sayap. Tapi di midfield, Bayern akan sengaja bagi padat dan tak bagi ruang untuk Wesley bagi thru pass kepado Eto. Sayap Inter takdo la power bona dor.Maicon pun den tengok terhegeh-hegeh buek overlapping.

Hidup ini memang satu perjudian

Jadi ramalan den pagi ni Bayern monang 2-0. Satu gol dah tontu dari Olic, samseng dari negara Crotia. Member paneh hati tak dapek world cup bai. Ha Ha Ha. Ni Vincent Tan kalau baco ramalan den tontu dio ubah betting ea. Member tongah betting lawan Thaksin dongan Ananda Krishnan tu bai. Kalau Berjaya Group kuasai saham Astro dongan Maxis, itu makno ea Ananda Krishnan kalah betting la tu. Woi! den tak halalkan sesapo amik ramalan den buek pertaruhan judi termasuk ekau VinSETAN. Tak kiro la ekau tokey Berjaya Group dan baik dongan PM Najib. Pedulik hapo den.

Tapi SETAN, mano nak kiro halal haram. Semuo halal belako walaupun haram. Termasuk la yang tukang lulus judi bolasepak kek Malaysia ni.

Jangan jeles bai. Sajo den nak tunjuk jobo kek korang. Gambar minggu lopeh. Chelsea juara double title. Musim dopan jadi triple. Korang tengok la nanti Chelsea monang Champion league. Ha Ha Ha

Tuesday, March 16, 2010

Chelsea Vs Inter Milan

oleh ali :

Salam satu Eropah. Chelsea kalah semasa bertandang ke Itali. Agregat 2-1 berpihak kepada skuad Inter Milan. Jadi korang berpeluang besar melihat blog Baganutama menjadi PINKY selama SEMINGGU. Peluang tak datang begitu saja bai. Dan den sengaja mengeluarkan cabaran ini lebih awal dari cabaran-cabaran yang lalu. Perlawanan antara Chelsea dan Inter Milan berlangsung di Stamford Bridge pada pagi Rabu 17 Mac 2010, pukul 3.40 pagi. Inbox facebook den penuh dengan email peminat-peminat dari seluruh dunio mengecam den dan menuduh den poyo serta jobo kerana sangat lewat mengeluarkan notis cabaran bagi setiap perlawanan yang membabitkan skuad Chelsea. Baik. Hari ini den tunaikan permintaan anda semuo. Den bagi notis awal nih. Jangan lak tak sahut cabaran den. Ha Ha Ha.

Terma-terma cabaran berPINKY selama 1minggu

Kalau Chelsea kalah, blog Baganutama akan berwarna merah jambu selama seminggu. Tapi barang diingat, Baganutama akan menjadi merah jambu jika cabarannya disahut oleh para blogger yang anti-Chelsea.

Semuo blogger boleh sahut cabaran den tak kisahlah blogger UMNO ko, blogger PAS ko, blogger jual ubat air pancut ko, blogger omputih ko, senang cito cabaran ni open to all blogger satu dunio. Den tak tahu la kalau ado alien kek planet Marikh pun nak sahut cabaran den. Yang ponting alien tu ado blog. Kalau takdo blog baik tak payah la bai. Buang karan maa.

Kenkawan facebook boleh join cabaran ni. Tapi kono ado blog la. Sobab facebook tak boleh tukar kaler pink. Kalau boleh tukar kaler pink, bagitahu den. Den luaskan cabaran ni kepada komuniti facebook lak. Cabaran dibuka sekarang!

If you want to challenge me, please let me know. How to let me know? You can let me know by leaving your challenge in my facebook inbox or post a comment in this entry or tell my mother, okay. Peh. Cakap omputih den. Tah boto ko tidak tu. Bantai yo lah.

Hak eleh. Inter Milan? Boleh blah la woi !

Wednesday, February 17, 2010

AC Milan VS Manchester United

oleh ali :

Salam satu Eropah. Den meramalkan Man U kalah 2-0 kepada Milan. Biasalah, ramalan den selalunya boto bai. Ha Ha Ha. Tak cayo ekau tengoklah nanti.

Manchester United

Bermain di Milan menyebabkan Man U pasti gugup. Man U dah tak power setelah kehilangan pemain paling jobo dalam dunia, Christiano Ronaldo. Ferguson masih tidak pandai mengoptimize Fabio disebelah kiri. Budak ni main cantik dan laju tapi tidak diberi peranan sewajarnya. Rugi bai. Rooney masih gagap. Kurang bantuan dari tengah. Ditambahparahkan dengan ketiadaan Giggs. Tengok la karang Man U main dengan style Itali.

AC Milan

Tengah Milan sangat power. Ronaldinho tidak sejobo dulu. Sudah matang. Pirlo, peh ni orang tuo amat berbisa. Walaupun bulu kakinya tidak selebat dulu tapi rembatannya seakan arwah Mokhtar Dahari. Pato boleh bersendirian di bahagian serangan. Budak sekolah ni bahaya. Dia meniru cara permainan den. Ni mesti ado spy intip cara permainan den. Tapi key match ini terletak dibulu kaki David Beckham. Peranan Beckham sangat penting dalam perlawanan ini. Beckham tahu sangat taktik strategi Ferguson. Dan kaki kanan Beckham masih berbisa bai. Beckham bukan tahu sangat skill bola. Harap rajin dengan freekick je. Tapi pengalaman dan rembatannya menyebabkan Ferguson bakal meraung pagi ni.


Beckham sewaktu jobo bersama Man U. Jejak langkah jobonya telah ditiru bulat-bulat oleh Christiano Ronaldo.


Beckham bersama AC Milan ketika sudah tua tetapi sangat berpengalaman.

Ekau tengah simpul tali ko?

Kesimpulan, AC Milan bakal memenangi perlawanan pusingan pertama ini walaupun dibarisi ramai pemain tuo kebatun. Tetapi barang diingat, AC Milan mempunyai teknologi menjadikan pemain-pemain tuo ini menjadi remaja. Tu sobab Beckham pindah Milan dengan matlamat mewakili negaranya di World Cup 2010 di Afrika Selatan nanti. Man U kalau monang pun nasib je bai. Jadi ramalan Baganutama ialah AC Milan monang 2 gol berbalas telur oleh Man U.