Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Saturday, May 22, 2010

Bayern Munich MENANG 2-0

oleh ali :

Salam 1Eropah. Peh, malam ni malam terakhir musim bolasepak di Eropah bagi sesi 2009/2010. Malam yang dinanti-nanti oleh semuo penggila dan kipassusahmati bolasepak tanahair. Walaupun tiado kelab Inggeris yang masuk final malam ni tapi ia totap dinantikan. Ramai orang cakap Inter Milan monang pagi nanti. Tapi den jangkakan kelab Jerman pulak yang jadi juara Champion League.

Taktik Bayern

Musim ni Louis Van Gaal berjaya susun Bayern dongan komeh. Kelab Bayern ni dulu carca marba bilo menyorang. Tapi musim ni Van Gaal tumpu perkuatkan winger kiri dan kanan. Tapi sayang Frank Ribery tak main pagi ni. Tapi takpo. Itu menunjukkan Altintop dan Arjen Roben akan main fulltime malam ni. Lagi bagus. Taktik menumpukan serangan belah sayap memang bagus untuk Bundesliga. Kelab-kelab Jerman biasanya mempunyai midfield yang tumpat. Maksudnya permaianan yang banyak tertumpu pado tongah. Padat bai. Bilo tongah padang dah padat, permaianan jadi boring dan susah nak dapat gol. Itu sobab Van Gaal banyak tumpu serangan pado bolah sayap dan midfielder pulak jadi back-up. Dan rutin ini menjadikan Bayern istimewa pado musim ini.

Perlawanan pukul 2.00 pagi nanti menyaksikan Bayern jadi underdog. Jose Mourinho punya banyak kelebihan. Tongah Inter power. Wesley dan Cambiasso mantap. Serangan dari Eto dan Milito sangat berbiso. Tapi biso lagi kentut Eto. Korang ponah bau kentut negro? Ha Ha Ha. Sebenarnya kekuatan Inter terlotak pado kegeniusan Mourinho.

Siapa Mourinho?

Kalau korang nak tahu Jose Mourinho ni sebenarnya adolah seorang yang malang. Bapanya seorang pemain bolasepak profesional yang berjaya. Malah ponah memilik cap sebagai pemain kebangsaan Portugal. Tapi Mourinho gagal mengikut jejak langkah bapanya. Dari kegagalan menjadi pemain profesional, Mourinho bangkit menjadi Pengurus/Jurulatih pasukan bola yang berjaya. Tapi bukan sonang nak jadi pengurus kelab bolasepak yang berjaya. Banyak halangan yang ditempuhi. Tapi Mourinho berjaya. Biaso la, kalau korang miskin dan dihino pulak kerano kemiskinan, korang akan raso rondah diri. Tetibo korang jadi kayo, jadi jutawan sudah tontu la korang akan raso nak tunjuk jobo kek orang ponah hino korang dulu (ni sangko buruk den kek korang. Ha Ha Ha). Macam tu jugak dongan Mourinho. Dio memang dah terlobih jobo. Dan den ingat jobo dio akan makan diri dio balik pagi ni.

Kelemahan taktik Mourinho

Seperti biasa Mourinho cerdik dalam taktikal dan strategi. Dio boleh ubah taktik sekolip mato hatta walaupun permainan tongah berlangsung. Itu kelebihan sebenar Inter. Van Gaal dah tontu la poning. Ubah taktik sekolip mato masih punyo keburukan. Antaranya, pemain tak mudah nak menyesuaikan diri dongan taktik terbaru. Flow bola boleh jadi tempang. Taktik Van Gaal malam ni yang den ramalkan dio akan totap menyerang di keduo-duo bolah sayap. Tapi di midfield, Bayern akan sengaja bagi padat dan tak bagi ruang untuk Wesley bagi thru pass kepado Eto. Sayap Inter takdo la power bona dor.Maicon pun den tengok terhegeh-hegeh buek overlapping.

Hidup ini memang satu perjudian

Jadi ramalan den pagi ni Bayern monang 2-0. Satu gol dah tontu dari Olic, samseng dari negara Crotia. Member paneh hati tak dapek world cup bai. Ha Ha Ha. Ni Vincent Tan kalau baco ramalan den tontu dio ubah betting ea. Member tongah betting lawan Thaksin dongan Ananda Krishnan tu bai. Kalau Berjaya Group kuasai saham Astro dongan Maxis, itu makno ea Ananda Krishnan kalah betting la tu. Woi! den tak halalkan sesapo amik ramalan den buek pertaruhan judi termasuk ekau VinSETAN. Tak kiro la ekau tokey Berjaya Group dan baik dongan PM Najib. Pedulik hapo den.

Tapi SETAN, mano nak kiro halal haram. Semuo halal belako walaupun haram. Termasuk la yang tukang lulus judi bolasepak kek Malaysia ni.

Jangan jeles bai. Sajo den nak tunjuk jobo kek korang. Gambar minggu lopeh. Chelsea juara double title. Musim dopan jadi triple. Korang tengok la nanti Chelsea monang Champion league. Ha Ha Ha

Thursday, May 6, 2010

Manchester City kalahkan Spurs

oleh ali :

Salam Epl. Perlawanan kojap lagi den jangkakan sebagai terbaik dan paling hebat dalam Epl musim ni. Duo-duo pasukan ni berebut tompek ke ompek setelah Liverpool hanyut tah ke mano. Antara Spurs dan Man City, duo pasukan ni samo hebat. Tapi yang paling mahal dah tontu la Man City. Gilo pak arab ni berabih duit. Dalam 2 pasukan ni ado 2 pemain yang den minat. Adam Johnson dan Christian Bale. Power 2 ekor ni.

Den harap sangat Adam Johnson dapek main World Cup dengan England. Den pun harap jugak dongan Christian Bale, tapi dio kono tukar kerakyatan dulu la. Sobab dio dongan Ryan Giggs satu kampung. Apo pun Manchester City monang malam ni. Tongah Man City sekarang boleh dikatakan mantap. Lagi pun pak arab tu bajet musim dopan wajib main dalam Champions League. Kalau tak Mancini kono tukar bai.

Budak Adam ni tiru gayo permainan den. Korang jangan golak lak

Thursday, April 8, 2010

Wonder boy & Titus James

oleh ali :

Salam bola. Den tadi memulakan misi siasatan ke atas blogger TOya Mat Amin. Den nak tahu samo ado dio ni penyokong Man U atau Bayern Munich. Ha Ha Ha. Rupo eh kipassusahmati Arsenal. Sori la bro. Den simpati dengan kekalahan budak sekolah sukan dengan Barca. Takpo, 10 tahun akan datang boleh cubo lagi. Tah macam mano den boleh buang maso tengok u tube ni dari blog dio.


Mungkin terlebih jobo

Wonder kid? American Born Malaysian? Den ingat yang upload u tube ni bapak si Wan Kuzain tu jugak. Saje nak tunjuk jobo kot. Dah la muzik latar bagi lagu takut. Silap propaganda beb. Setakat dapat perdaya bebudak Amerika main bola baik tak payah bai. Budak kampung den lagi ligan dan skillfull main bola dari si Wan Kuzain tu. Orang Amerika mana pernah pandang tinggi sukan bolasepak. Setakat Beckham main liga kat Amerika pun diaorang tak pandang. Bukan ado kualiti pun liga bola kek Amerika. Tu pasal Bekham sanggup on loan main kat Serie A Italia sobab nak jaga kualiti permainan dan berdaya saing untuk World Cup nanti.

Amerika & bola

Tapi busuk-busuk Amerika, skuad betino diaorang juara World Cup bai. Untuk pompuan la. Bagi orang Amerika yang mentah dalam dunio bolasepak, memang diaorang hina skuad lelaki Amerika kalau kalah dengan mano-mano pasukan. "Woi! Kalau betino boleh monang World Cup. Korang tak boleh monang, baik bagi tolo kek Anjing!" Orang Amerika ni mano tahu tahap permainan bolasepak dunio. Tahun 80-an, game bolasepak Amerika ni main bercampur jantan betino sojak dari kocik. Tu yang skuad betino dio dapat pendedahan awal dan monang World Cup banyak kali. Nampak tak, early exposure tu ponting bai.

Bagi den, budak Wan Kuzain ni takdo papo sangat. Setakat boleh pusing-pusing, menari-nari dan tiru style Christiano Ronaldo baik tak payah. Baik berenti dan belajar jadi doktor. Kito dah ado pengalaman dalam isu ni.

Titus James

Mano budak India tu sekarang? Peh. Kalau dulu diolah budak paling pandai timbang bola. Diolah budak paling pandai mengelecek. Semuanya dilakukan sebelum budak Melayu bersunat. Konon si Titus ini lah genius bola macam Adiputra. Boleh blah. Main liga ketiga Peranchis pun tak lopeh. Jurulatih Malaysia pun tak pandang pun si mangkuk ni. Kan ke tak rugi maso, tenaga dan wang ringgit. Ahli parlimen berhak mempersoalkan sama ada duit perbelanjaan selamo dio ke Peranchis itu adakah duit cukai rakyat atau duit sendiri? Kalau duit cukai rakyat, budak Titus ni kono ganti balik. Bukan ado hasil pun. Dah la selamo ni kau jobo macam kau sorang yang tahu main bola.

Muko macam bagus

Dio punyo blog pun dah bersawang. Dah patah kaki kot. Ni ado la mangkuk mano tah yang meriwayatkan kisah hidup Titus James [link]. Ado keeper yang kononnya main dengan Liverpool, Syed Jamal kot namo eh. Mano deh? Jobo. Tak ke mano kau kalau cakap bosar.

Tun Mahathir

Bonci-bonci den dengan Mahathir, ado jugak idea dio yang den respek. Idea Mahathir ialah orang Malaysia boleh bersaing dan monang dalam sukan yang takdo body contact. Contoh sukan yang ado body contact ialah bolasepak dan ragbi. Mahathir punyo kepalo, orang Asia tak mungkin dapat bersaing dengan omputih yang tinggi dan berbadan bosar. Memang pun. Jadi Mahathir suruh tumpu bajet kepado sukan-sukan yang takdo body contact macam bowling, gimnastik, badminton, memanah dan lain-lain lagi. Game macam ni ado can nak monang. Bukti eh kito banyak monang emas dalam Sukom 98 kek KL dulu.

Harapan?

Den ingat baik kito rombak Liga Super Malaysia. Baik tak payah ado. Membazir bai. Membazir tu amalan syaitan. Ado liga sendiri pun tak guno sobab rakyat tempatan lebih kenal liga luar negeri. Malam ni korang tengok la berjuta rakyat Malaysia bertahajud secara berjemaah di mapler-mapler mamak termasuk den sobab nak tengok kekalahan keduo Manchester United di tangan Bayern Munich. Ha Ha Ha. Macam mano nak maju liga Malaysia ni kalau pemain import pun tak boleh main. Lepas tu ado hati nak kalahkan Korea macam zaman Mokhtar Dahari. Boleh blah la woi.

Sunday, March 28, 2010

Ustaz Badrul Amin & Chelsea

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Nampaknya ramai juga komuniti cyber yang mahukan Ustaz Badrul Amin sebagai calon PKR di Hulu Selangor. Menurut blogger budakbalun, PAS kawasan Hulu Selangor telah pun memberi greenlight kepada PKR untuk bertanding di situ.

Ustaz Badrul Amin

PAS Pusat melalui Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali juga telah memberi laluan kepada PKR. Jadi sudah tidak relevan lagi den nak tonjolkan calon-calon lain dari PAS. Selain dari Ustaz Ahmad Awang yang baru disingkirkan dari Majlis Syura, den nak melobi Mat Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Tantawi sebagai calon di Hulu Selangor. Untuk Prk Hulu Selangor kali ini, ada 2 calon yang hangat diperkatakan iaitu Zaid Ibrahim dan Ustaz Badrul Amin.

Saudaro den, blogger fS-86 telah berhujah kenapa kita perlu tolak Zaid Ibrahim dan terima Ust. Badrul Amin. Mari kita lihat hujah saudaro den yang putih melepak ni.

Dia (Zaid Ibrahim) masuk PKR baru 1 tahun lebih. Aku rasa ramai ahli PKR yang tak puas hati kat dia kalau tup-tup die yang jadi calon. Lagipun jawatan dia dalam sekarang PKR agak tinggi.

Aku rasa bagi PAS kerusi ini. Buat masa ini, PAS dilihat lebih teguh Partinya berbanding PKR. Kalau bagi kat DAP, nanti UMNO kata PR jadi kuda tunggangan DAP. Tak salah berundur setapak kebelakang untuk buat pecutan. Tapi, calon PAS mestilah yang berwibawa seperti Ismail Kamus ataupun Husam Musa. Abang Mat Sabu sesuai di Utara n Ust Ahmad Awang sekarang ni ada masalah cikit dalam PAS.

Tapi, bagi berlaku adil atas prinsip permuafakatan PR, PKR harus diberi peluang sekali lagi di kawasan ini. Aku cadangkan Ust Badrul Amin. Dia ini ahli PKR n reformist sejati. Orang "jalanan"...

Dilema Badrul Amin

Satu hujah yang baik, but i beg to differ. Memang Ust Badrul Amin seorang reformis jalanan yang tulen. Siapa tak kenal beliau? Semua orang kenal. Walaupun beliau berasal dari Sabah, tetapi beliau lebih sesuai di Semenanjung. Bergerak bersama ABIM sejak remaja sampai dapat Doktor PhD. Ust. Badrul Amin memang dilihat aktivis rakyat. Tetapi dia ni seorang yang emosi jika dilihat dari gaya ceramahnya. Ceramahnya tidak ilmiah malah mulutnya murah dengan label-label buruk terhadap lawannya. Label "Bapak Setan"nya kepada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis merupakan titik hitam dalam sejarah hidup Ust. Badrul Amin. Lihat u tube ini :


Dah lihat? Apa pendapat anda. Semua tuduhan beliau terhadap Dr. Asri meleset sama sekali. Perlabelannya juga amat melampau. Bapak Setan? Kamon la. Emosinya dan gayanya melampau. Terlalu jobo. Nak dipancungnya kepala Dr. Asri dalam ceramah itu. Rasional la sikit. Dr. Asri semasa menjadi Mufti sehingga tidak menjadi mufti sekarang ni, sikit pun tidak pernah melatah dengan Ust Badrul Amin walaupun kalau nak diikutkan dia boleh menyaman Ust Badrul Amin kerana tuduhan-tuduhan terhadapnya oleh Ust Badrul Amin langsung tidak mempunyai asas. Bertapa big heartnya Dr. Asri.

Dan setakat hari ini, Ust Badrul Amin masih belum memohon ampun dan maaf kepada Dr. Asri. Ust. Badrul Amin tahu dia salah (raso den la) tetapi tidak gentleman. Kalau dia gentle, dah lama dia minta maaf kepada Dr. Asri.

UMNO ni cerdik bai

Bayangkan kalau Ust. Badrul Amin menjadi calon di parlimen Hulu Selangor. UMNO hanya perlu menayangkan semula u tube di atas tadi kepada orang kampung. Ia akan menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Tak pecaya korang tengok la esok. Jentera penerangan UMNO buat CD-CD percuma ceramah Ust Badrul Amin kutuk Dr. Asri, lalu diedarkan kepada semua pengundi-pengundi Melayu. Yang paling den terkilan, rostrum tu dibalut dengan bendera PAS. Nama PAS jugak terpalit busuk dek kebodohan Ust Badrul Amin. Maka UMNO can kill 2 birds with one stone. Baru padan muko.

Kaveat untuk Zaid

Jadi nasihat den, pilihlah Zaid Ibrahim. Tentu korang pun cakap Zaid Ibrahim juga punya liabliti di masa lampau antaranya menyaman hudud PAS Kerajaan Kelantan. Tetapi itu telah dijelaskan oleh Zaid Ibrahim dalam bukunya 'Saya pun Melayu' dan juga wawancara beliau dengan Zulkifli Sulong tidak lama dahulu dalam u tube tvpas. Lagi pun UMNO tak boleh nak attack Zaid Ibrahim tentang isu itu kerana Zaid Ibrahim ketika itu adalah ahli UMNO. Jika jentera penerangan UMNO attack dan mainkan jugak isu itu balik, ia serupa dengan meletakkan C4 di kepala sendiri dan peledak remote controlnya berada di tangan jentera penerangan Pakatan Rakyat.

Apa pun den pulangkan balik kepada publik untuk membuat penilaian sendiri.

Chelsea vs Manchester United

Ha Ha Ha. Di saat den tongah menulis ni, Chelsea sedang mendahului Aston Villa dengan 2 gol berbalas 1. Baru first half tu bai. Aritu monang 5 kosong dengan Portsmouth. Den tak boleh nak buat entry pasal kemenangan bosar tu sobab button 5 keyboard den rosak. Ha Ha Ha. Nanti korang tak faham %-0. Jobo tak den.

Den nak mencabar para blogger diluar sana, tidak kira sapa anda dan di mana anda berada, untuk perlawanan Super Sunday minggu dopan antara Chelsea dengan Man United. Den keluarkan notis awal seminggu ni bai. Ni takdo main mengelat-mengelat ni dor. Kalau Chelsea kalah, macam biaso blog Baganutama akan berkabung dengan kaler merah jambu selamo seminggu. Kalau korang kalah (Manchester United kalah), blog korang berpinky dengan ceria selamo seminggu. Amacam, ado berani?


[Sila baco syarat-syarat cabaran den, Thank You]

Tuesday, March 16, 2010

fS-86, ekau ni memang hampeh la

oleh ali :

Nak bagi salam ko? Semalam, fS-86 datang buek ramalan 3-0. Den konpius. Chelsea tigo atau Inter Milan yang dapek tigo? Den cukup pantang boto orang cakap sekorek-sekorek ni. Kalau dio cakap Inter Milan monang tigo-0 malam ni, kito dah ado lauk. Memang blog fS-86 akan berPINKY selama seminggu. Ha Ha Ha. Oleh kerano si mangkuk ni cakap tak abih, den terpakso masuk blog dio dan mulakan misi pernyiasatan untuk meneliti latarbelakang si mangkuk ni. Terpakso la den bukak satu kertas siasatan untuk menyiasat background fS-86 untuk memastikan samo ado dio ni ahli jemaah Chelsea atau geng kongsi golap mafia Inter Milan.

Tak 'dan' den godek-godek blog dio, den terjumpo lagu ni kek blog dio. Hampeh boto la.



Ado lagu-lagu yang den boikot. Memang lagu Toni Braxton ni best dan sodap di dongar. Halwa telingo bagi fS-86 tetapi tidak bagi den. Den boikot lagu si Toni nih. fS-86, ekau dah takdo lagu lain ko?

Memori diari

Dulu den tulis diari tiap-tiap hari. Korang jangan muntah lak bilo tahu fakta den ni bai. Tapi bilo den masuk boarding school, den borenti tulih diari. Diari tah ke mano, buku diari hilang macam tu jo. Ha Ha Ha. Dah dewaso lah konon. Bilo den tak tulih diari, lagu yang berkumandang kek corong-corong radio di asrama den menjadi 'memori diari'. Macam mano den nak torang kan kek korang. Mmm.

Contoh maso den amik SPM, peristiwo amik SPM ni peristiwa bosar bagi semuo orang kek Malaysia ni. Maso den amik SPM, lagu Man Bai 'Kau Ilhamku' sering berkemundang di radio. Jadi lagu 'Kau Ilhamku' telah merakamkan peristiwa suko duko den dalam 21 hari sebelum den menyambut SPM. Lagu Man Bai tu jadi rakaman diari di dalam otak den. Jiko sekarang, tetibo Mix.Fm menyiarkan lagu 'Kau Ilhamku' maso den tongah bawak kereta, mako segala memori maso den amik SPM tu kembali di benak minda den. Macam tu la lebih kurang.

Kenangan silam yang tak best

Lagu si Toni ni kiro lagu lamo. Lagu ni membawa kenangan buruk den. Lagu ni merakam catatan diari memori den yang tak indah. Bilo kiro lagu ni boleh membawa kerosakkan mood den pada hari tu. Ha Ha Ha. Takdo la. Nak-nak ketika tu den dilukai oleh si dia dan maksud lagu si Toni ni pulak lebih kurang serupa dengan peristiwa yang den hadapi. It's double bro. Lagu si Toni ni mewarnai kehidupan dunio dengan kemerduan suara dan melodinya. Tapi lagu ni bagi warna hitam kek den. Huhuhu.


Ali jangan jadi MANGKUK


Bilo dikonang-konangkan, den ni bersikap reaktif. Ikut jo laluan angin. Angin sodih den sodih. Angin hepi den hepi. Tak boleh nak dibiarkan ni dor. Den musti copek matang. Den perlu proaktif. Den perlu ubah sikap negatif den. Datang la apo lagu sekali pun, den jo yang mampu ubah diri den. Bukan lagu ubah diri den. Agak eh den kono tulih diari balik ni bai. Setidak-tidaknya catatan diari kehidupan den dalam sehari ni berada dalam buku diari dan bukan lagi di corong-corong radio. Ni musti korang tongah muntah bilo dongar cito-cito den terbaru nih.Tapi buek semantaro waktu ni, fS-86, ekau ni memang hampeh la !!! Ha Ha Ha.

Chelsea Vs Inter Milan

oleh ali :

Salam satu Eropah. Chelsea kalah semasa bertandang ke Itali. Agregat 2-1 berpihak kepada skuad Inter Milan. Jadi korang berpeluang besar melihat blog Baganutama menjadi PINKY selama SEMINGGU. Peluang tak datang begitu saja bai. Dan den sengaja mengeluarkan cabaran ini lebih awal dari cabaran-cabaran yang lalu. Perlawanan antara Chelsea dan Inter Milan berlangsung di Stamford Bridge pada pagi Rabu 17 Mac 2010, pukul 3.40 pagi. Inbox facebook den penuh dengan email peminat-peminat dari seluruh dunio mengecam den dan menuduh den poyo serta jobo kerana sangat lewat mengeluarkan notis cabaran bagi setiap perlawanan yang membabitkan skuad Chelsea. Baik. Hari ini den tunaikan permintaan anda semuo. Den bagi notis awal nih. Jangan lak tak sahut cabaran den. Ha Ha Ha.

Terma-terma cabaran berPINKY selama 1minggu

Kalau Chelsea kalah, blog Baganutama akan berwarna merah jambu selama seminggu. Tapi barang diingat, Baganutama akan menjadi merah jambu jika cabarannya disahut oleh para blogger yang anti-Chelsea.

Semuo blogger boleh sahut cabaran den tak kisahlah blogger UMNO ko, blogger PAS ko, blogger jual ubat air pancut ko, blogger omputih ko, senang cito cabaran ni open to all blogger satu dunio. Den tak tahu la kalau ado alien kek planet Marikh pun nak sahut cabaran den. Yang ponting alien tu ado blog. Kalau takdo blog baik tak payah la bai. Buang karan maa.

Kenkawan facebook boleh join cabaran ni. Tapi kono ado blog la. Sobab facebook tak boleh tukar kaler pink. Kalau boleh tukar kaler pink, bagitahu den. Den luaskan cabaran ni kepada komuniti facebook lak. Cabaran dibuka sekarang!

If you want to challenge me, please let me know. How to let me know? You can let me know by leaving your challenge in my facebook inbox or post a comment in this entry or tell my mother, okay. Peh. Cakap omputih den. Tah boto ko tidak tu. Bantai yo lah.

Hak eleh. Inter Milan? Boleh blah la woi !

Sunday, February 28, 2010

Arsenal yang bernasib MALANG & Terry yang JOBO

oleh ali :

Salam satu EPL. Peh. Den simpati dengan skuad Arsenal. Memang tahap dongki pasukan lain dengan skuad budak sekolah sukan ni dah mencapai tahap Ibrahim Ali. Tackle pemain lawan terhadap skuad Arsenal adalah tackle nak bagi cacat bai. Tackle bagi patah liuk dan patah tebu. Musim aritu Eduardo yang kono.

"Ekau ingat bilo dah jadi warganegara Crotia, kau sesonang yo nak bertukar kulit jadi kaler putih macam den ko? Nah! Ambik kau" - Taylor Swift

Peh. Kaki Eduardo patah dengan sadisnya. Memang ganas maa EPL ni.

Selepas Eduardo, kini giliran Aaron Ramsey. Budak Wales ni memang malang. Baru nak naik. Main bagus dan tak jobo macam Bendtner. Budak ni ado prospek yang cemerlang maa. Kono tackle kasih sayang dari pemain antarabangsa England Ryan Wachawski [link].

"Poie balik Wales la mangkuk. Menyomak duk England. Nah ambik kau!" - Ryan Wachawski

"Oh my god, my leg!"- 5 pemain Arsenal menjerit tanda ngengada.
"Woi bingai! kaki den yang terkulai apepasal korang yang pegang kepala. Kau No. 6 baik blah. Tak payah nak usik kepalo den tanda sayang"-Aaron Salim Banchik



Tapi den paling suko bilo Wayne Bridge tak sambut salam John Terry [link]. Ekau tumbuk pun takpo. Den lagi suko. Den terasa jijik maa nak taip kesalahan John Terry terhadap bekas rakan sepasukannya, Bridge. Boto den memang rasa jijik. Bondo-bondo jijik yang melibatkan ubat air pancut den serahkan kepada Wak Albanjari. Dio memang power bab lucah-lucah ni. Silap-silap dio ulas siap dengan gambar 18SX lagi. Bab gambar-gambar 18SX, ahli PAS seumur hidup ni tak pernah fail.

John Terry dengan raso jobonya menghulurkan tangan. Tapi tak bersambut. Ini bukan bab pro tak pro bro. Ini bab maruah yang tercalar. Melibatkan hati dan perasaan. Manusia bukan robot maa.

Wednesday, February 17, 2010

AC Milan VS Manchester United

oleh ali :

Salam satu Eropah. Den meramalkan Man U kalah 2-0 kepada Milan. Biasalah, ramalan den selalunya boto bai. Ha Ha Ha. Tak cayo ekau tengoklah nanti.

Manchester United

Bermain di Milan menyebabkan Man U pasti gugup. Man U dah tak power setelah kehilangan pemain paling jobo dalam dunia, Christiano Ronaldo. Ferguson masih tidak pandai mengoptimize Fabio disebelah kiri. Budak ni main cantik dan laju tapi tidak diberi peranan sewajarnya. Rugi bai. Rooney masih gagap. Kurang bantuan dari tengah. Ditambahparahkan dengan ketiadaan Giggs. Tengok la karang Man U main dengan style Itali.

AC Milan

Tengah Milan sangat power. Ronaldinho tidak sejobo dulu. Sudah matang. Pirlo, peh ni orang tuo amat berbisa. Walaupun bulu kakinya tidak selebat dulu tapi rembatannya seakan arwah Mokhtar Dahari. Pato boleh bersendirian di bahagian serangan. Budak sekolah ni bahaya. Dia meniru cara permainan den. Ni mesti ado spy intip cara permainan den. Tapi key match ini terletak dibulu kaki David Beckham. Peranan Beckham sangat penting dalam perlawanan ini. Beckham tahu sangat taktik strategi Ferguson. Dan kaki kanan Beckham masih berbisa bai. Beckham bukan tahu sangat skill bola. Harap rajin dengan freekick je. Tapi pengalaman dan rembatannya menyebabkan Ferguson bakal meraung pagi ni.


Beckham sewaktu jobo bersama Man U. Jejak langkah jobonya telah ditiru bulat-bulat oleh Christiano Ronaldo.


Beckham bersama AC Milan ketika sudah tua tetapi sangat berpengalaman.

Ekau tengah simpul tali ko?

Kesimpulan, AC Milan bakal memenangi perlawanan pusingan pertama ini walaupun dibarisi ramai pemain tuo kebatun. Tetapi barang diingat, AC Milan mempunyai teknologi menjadikan pemain-pemain tuo ini menjadi remaja. Tu sobab Beckham pindah Milan dengan matlamat mewakili negaranya di World Cup 2010 di Afrika Selatan nanti. Man U kalau monang pun nasib je bai. Jadi ramalan Baganutama ialah AC Milan monang 2 gol berbalas telur oleh Man U.