Sunday, March 28, 2010

Ustaz Badrul Amin & Chelsea

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Nampaknya ramai juga komuniti cyber yang mahukan Ustaz Badrul Amin sebagai calon PKR di Hulu Selangor. Menurut blogger budakbalun, PAS kawasan Hulu Selangor telah pun memberi greenlight kepada PKR untuk bertanding di situ.

Ustaz Badrul Amin

PAS Pusat melalui Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali juga telah memberi laluan kepada PKR. Jadi sudah tidak relevan lagi den nak tonjolkan calon-calon lain dari PAS. Selain dari Ustaz Ahmad Awang yang baru disingkirkan dari Majlis Syura, den nak melobi Mat Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Tantawi sebagai calon di Hulu Selangor. Untuk Prk Hulu Selangor kali ini, ada 2 calon yang hangat diperkatakan iaitu Zaid Ibrahim dan Ustaz Badrul Amin.

Saudaro den, blogger fS-86 telah berhujah kenapa kita perlu tolak Zaid Ibrahim dan terima Ust. Badrul Amin. Mari kita lihat hujah saudaro den yang putih melepak ni.

Dia (Zaid Ibrahim) masuk PKR baru 1 tahun lebih. Aku rasa ramai ahli PKR yang tak puas hati kat dia kalau tup-tup die yang jadi calon. Lagipun jawatan dia dalam sekarang PKR agak tinggi.

Aku rasa bagi PAS kerusi ini. Buat masa ini, PAS dilihat lebih teguh Partinya berbanding PKR. Kalau bagi kat DAP, nanti UMNO kata PR jadi kuda tunggangan DAP. Tak salah berundur setapak kebelakang untuk buat pecutan. Tapi, calon PAS mestilah yang berwibawa seperti Ismail Kamus ataupun Husam Musa. Abang Mat Sabu sesuai di Utara n Ust Ahmad Awang sekarang ni ada masalah cikit dalam PAS.

Tapi, bagi berlaku adil atas prinsip permuafakatan PR, PKR harus diberi peluang sekali lagi di kawasan ini. Aku cadangkan Ust Badrul Amin. Dia ini ahli PKR n reformist sejati. Orang "jalanan"...

Dilema Badrul Amin

Satu hujah yang baik, but i beg to differ. Memang Ust Badrul Amin seorang reformis jalanan yang tulen. Siapa tak kenal beliau? Semua orang kenal. Walaupun beliau berasal dari Sabah, tetapi beliau lebih sesuai di Semenanjung. Bergerak bersama ABIM sejak remaja sampai dapat Doktor PhD. Ust. Badrul Amin memang dilihat aktivis rakyat. Tetapi dia ni seorang yang emosi jika dilihat dari gaya ceramahnya. Ceramahnya tidak ilmiah malah mulutnya murah dengan label-label buruk terhadap lawannya. Label "Bapak Setan"nya kepada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis merupakan titik hitam dalam sejarah hidup Ust. Badrul Amin. Lihat u tube ini :


Dah lihat? Apa pendapat anda. Semua tuduhan beliau terhadap Dr. Asri meleset sama sekali. Perlabelannya juga amat melampau. Bapak Setan? Kamon la. Emosinya dan gayanya melampau. Terlalu jobo. Nak dipancungnya kepala Dr. Asri dalam ceramah itu. Rasional la sikit. Dr. Asri semasa menjadi Mufti sehingga tidak menjadi mufti sekarang ni, sikit pun tidak pernah melatah dengan Ust Badrul Amin walaupun kalau nak diikutkan dia boleh menyaman Ust Badrul Amin kerana tuduhan-tuduhan terhadapnya oleh Ust Badrul Amin langsung tidak mempunyai asas. Bertapa big heartnya Dr. Asri.

Dan setakat hari ini, Ust Badrul Amin masih belum memohon ampun dan maaf kepada Dr. Asri. Ust. Badrul Amin tahu dia salah (raso den la) tetapi tidak gentleman. Kalau dia gentle, dah lama dia minta maaf kepada Dr. Asri.

UMNO ni cerdik bai

Bayangkan kalau Ust. Badrul Amin menjadi calon di parlimen Hulu Selangor. UMNO hanya perlu menayangkan semula u tube di atas tadi kepada orang kampung. Ia akan menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Tak pecaya korang tengok la esok. Jentera penerangan UMNO buat CD-CD percuma ceramah Ust Badrul Amin kutuk Dr. Asri, lalu diedarkan kepada semua pengundi-pengundi Melayu. Yang paling den terkilan, rostrum tu dibalut dengan bendera PAS. Nama PAS jugak terpalit busuk dek kebodohan Ust Badrul Amin. Maka UMNO can kill 2 birds with one stone. Baru padan muko.

Kaveat untuk Zaid

Jadi nasihat den, pilihlah Zaid Ibrahim. Tentu korang pun cakap Zaid Ibrahim juga punya liabliti di masa lampau antaranya menyaman hudud PAS Kerajaan Kelantan. Tetapi itu telah dijelaskan oleh Zaid Ibrahim dalam bukunya 'Saya pun Melayu' dan juga wawancara beliau dengan Zulkifli Sulong tidak lama dahulu dalam u tube tvpas. Lagi pun UMNO tak boleh nak attack Zaid Ibrahim tentang isu itu kerana Zaid Ibrahim ketika itu adalah ahli UMNO. Jika jentera penerangan UMNO attack dan mainkan jugak isu itu balik, ia serupa dengan meletakkan C4 di kepala sendiri dan peledak remote controlnya berada di tangan jentera penerangan Pakatan Rakyat.

Apa pun den pulangkan balik kepada publik untuk membuat penilaian sendiri.

Chelsea vs Manchester United

Ha Ha Ha. Di saat den tongah menulis ni, Chelsea sedang mendahului Aston Villa dengan 2 gol berbalas 1. Baru first half tu bai. Aritu monang 5 kosong dengan Portsmouth. Den tak boleh nak buat entry pasal kemenangan bosar tu sobab button 5 keyboard den rosak. Ha Ha Ha. Nanti korang tak faham %-0. Jobo tak den.

Den nak mencabar para blogger diluar sana, tidak kira sapa anda dan di mana anda berada, untuk perlawanan Super Sunday minggu dopan antara Chelsea dengan Man United. Den keluarkan notis awal seminggu ni bai. Ni takdo main mengelat-mengelat ni dor. Kalau Chelsea kalah, macam biaso blog Baganutama akan berkabung dengan kaler merah jambu selamo seminggu. Kalau korang kalah (Manchester United kalah), blog korang berpinky dengan ceria selamo seminggu. Amacam, ado berani?


[Sila baco syarat-syarat cabaran den, Thank You]

No comments: