Friday, March 12, 2010

Permataku

oleh ali :



Salam te amor. Malam tadi bilo den baco buku tulisan Fatimah Syarha, 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul', telingo den terngiang-ngiang teringat satu lagu. Den buek tak reti.

Den dan lagu nasyid? Huh! Menyampah den dongar lagu nasyid. Tah hapo hapo. Boto den respek first album kumpulan Raihan yang cover album dio black. Den suko semuo lagu dalam album tu. Sampaikan den kidnap kaset Raihan omak den seludup masuk asrama. Bebudak hostel dongar Metallica, den selambo pasang lagu Raihan kek radio bebudak ni. Ha Ha Ha. Itu je lah pengalaman positif den dengan lagu nasyid. Lopeh tu, lagu nasyid kat Malaysia macam hampeh. Tak bermutu langsung. Macam pondan. Mano yang den dongar kek radio lah.

Tapi, tahun lopeh den terdongar satu lagu. Den ingatkan lagu pop biaso. Best la lagu tu. Den dongar lagu tu dari laptop member den. Yang dio ni pulak tak tulis tajuk lagu tu. Agak eh sogan nak lotak tajuk sobab dari kumpulan nasyid. Betapo hinonya lagu nasyid kek minda separuh sedar kenkawan den. Asal dio datang yo, den pakso dio mainkan lagu tu. Ontah macam mano lagu tu kembali berbunyi kek dalam kepalo den malam tadi bilo baco buku tulisan Fatimah Syarha malan tadi. Sebelum tido malam tadi, den kol satu 'sahabat baik'. Den try tanyo la kot-kot dio tahu. Den lak tanyo dalam keadaan sogan-sogan ubi. Hadoihai. Malu lak eh mengaku suko lagu nasyid ni bai. Den terpakso nyanyi kan lagu tu untuk dio dongar sobab den tak tahu tajuk lagu tu. Korang bayangkan lah budak macam den nyanyi lagu ala-ala syahdu. Selamat den nyanyi sikit, dio dah tahu tajuk lagu. Kalau tak hujan lobek malam tadi.

Peh. Selamat dio tahu tajuk lagu tu. A million thanks from me. Den apo laie, terus melancarkan operasi gerakkan mencari lagu tu kat u tube sobab dah tahu tajuk lagu. Kalau tak tahu tajuk lagu, sampai kiamat pun takkan jumpo kalau cari. Akhirnya den jumpo gak lagu yang bertajuk "Permataku" , nyanyian grup Mirwana. Ok la woi. Dah azan Jumaat haaa.

No comments: