Monday, March 1, 2010

2 kali den terjatuh dalam lopak yang sama

oleh ali :



Salam te amo. 2-3 hari kebelakangan ni Mix fm dongki dengan den. Asyik ulang lagu ni. Hadoihai. Macam perli den. Lagu ni mengingatkan den akan kebodohan sendiri. Jatuh cinta dengan gadis yang sama sampai 2 kali. Si dia mengaku jatuh hati dengan den. Den dengan suko hati terima la si dia. Untuk period yang pertama, bertahan setahun. Lepas tu dia reject den kerana berkenan dengan lelaki lain. Dia reject den macam sampah. Sabar yolah.

Period kedua

Setahun kemudian dia hadir. Dia cakap dia reject lelaki tu kerana den. Den pun pelik. Hari tu kau reject den kerana dia. Hari ni kau reject dia kerana den. Den amik masa gak nak terima dia. Disebabkan den masih ada hati dan perasaan dengan si dia, den terima dia kembali. Den lupakan segala pengkhianatan dia kepada den. Tak tahu la sobab den baik atau den bodoh. Tapi untuk kali kedua ni, den bawak dia ni jumpa omak dan abah den. Demi menunjukkan komitmen yang den sungguh-sungguh nak jadikan dia isteri den, den sanggup turun ke Johor Bharu dengan ferari den berjumpo dengan ibu si dia. Den cakap dopan ibu dia, "Jika tiada aral, saya nak jadikan anak Puan ni sebagai isteri saya insya allah". Lepas tu ibu dio jumpo mak abah den. Omak den dan ibu si dia jadi best friend. Den pulak jumpa 2 orang abang kandung dio. Abang-abang dia layan den dengan baik. Abang-abang diolah yang akan jadi wali sobab si dia ni anak yatim piatu. Period ni berlangsung dalam 2 tahun.

Janji tinggal janji

Macam nak jadi kan. Tapi apa kan daya. Jodoh kami takde. Dia sekali lagi tinggalkan den. Kali ni den tak tahu sobab apo. Kalau dulu kerana lelaki lain. Kali ni agak eh sobab den bukan lelaki yang baik agaknya. Entahlah. Sapo la den untuk memaksa hati yang tak mahu. 3 tahun den membazir masa dengan si dia. Bayangkan lah. Wal hasil balik asal. Pi mai pi mai tang tu jugak. Sodih gak bilo dikenang-kenangkan balik. Orang yang bijak takkan terjatuh dalam lopak yang sama sampai 2 kali. Tapi den 2 kali jatuh dalam lopak yang samo. Nampak sangat den ni bodoh. Terlalu ikut hati dan perasaan pun tak guno jugak. Barang yang lepas tak elok dikenang. Buek sakit hati. Baru padan dengan muko den. Tapi den mengaku semuo yang terjadi adalah salah den sendiri.

1 comment:

Cik Ummi said...

mak aiii.. sedihnya.. soba soba..