Wednesday, March 24, 2010

Khairy Jamaludin bukan peminum ARAK

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Satu duo hari ni ado sahabat-sahabat yang up balik gambar Yb Rembau, Khairy Jamaludin (KJ) yang mengaibkan peribadi beliau. Di dalam gambar terbabit didapati KJ duduk bersama bukan mahram yang seksi dan meja minumannya dipenuhi dengan botol-botol arak. Benarkah itu Yb KJ? Kito sebagai muslim mestilah adil dalam menilai. Rasional mesti menjadi keutamaan den. Bilo kito emosi, neraca penilaian kito jadi tak adil bai. Memang la blogger-blogger ni tak lotak namo KJ tetapi objektif korang adalah memalukan KJ dan membina persepsi negatif publik terhadap beliau. Helah sebegini memang lumrah dalam dunio bloggers di Malaysia. Semuo dalam poket den maa. Ha Ha Ha.

Gambar kontroversi KJ

Click for enlarge

Pengalaman Pakatan Rakyat ditipu hidup-hidup di Prk Bagan Pinang dengan gambar mamat kono pedang samurai sedikit sebanyak buek den alert gambar-gambar yang bertaburan kek internet. Korang nengok gambar kek ateh pun korang dah boleh agak gambar tu cut and paste. Kito dah boleh agak gambar tu memang janggal. Den dah boleh spot beberapo kejanggalan dalam gambar tu.

Pertamo, mari kito lihat bulat kuning paling kiri. Tangan kanan mamat yang pakai baju merah tu tidak selari dengan bahu yang terlotak di badannya. Tangan itu juga luarbiasa panjangnya dari tangan yang normal. Tangan orang lain, badan orang lain. Itu rumusan den. Kaler baju mamat tu pun tak sepadan antara baju di badan dan di lengan. Di lengan, merahnya lobih golap. Tapi tang tangan dio tu memang polik. Luar biaso terjulur tangan ea bai.

Keduo, mari lihat bulat kuning di antaro kaki KJ dan badannya. Kaki KJ kelihatan lebih kocik tetapi menampung badan dan dado KJ yang bidang. Dan ia memang tidak selari antara badan dengan keduo-duo kaki KJ. Mejo botol arak tu memang helah terbaik bagi menyembunyikan pandangan publik yang bahawa gambar itu bukan cut and paste.

Blogger-blogger yang up gambar tu balik kemungkinan bosar tidak perasan kejanggalan-kejanggalan gambar itu. Lagipun diaorang nak paneh dan hangatkan isu pemimpin UMNO minum arak oleh YB Saifuddin Nasution. Salah tembak bai. Kono berhati-hati la lopeh ni. Lagi pun gambar tersebut dibikin oleh orang UMNO yang anti-KJ. Gambar itu terbit semasa kehangatan Pru 2008 aritu. KJ difitnah oleh orang UMNO sendiri. Jadi kito yang bukan UMNO ni, janganlah perpanjangkan fitnah tu laie.

Saksi KJ bukan peminum arak

Den konal satu cabin crew kapal terbang. Dio ponah bertugas dikeduo-duo flight penerbangan Malaysia. MAS dan Air Asia. Den konal dio sebelum Pru 2008 lagi. Pangkat dio tinggi bai. Kiro ketuo kuli bagi flight cabin crew. Umur dio sebayo dengan Permaisuri Agong sekarang. Dio satu batch dengan Permaisuri Agong. Pemaisuri Agong kito ni dulu stewardess. Dio jatuh cinta dengan Sultan Mizan kek atas flight bai. Jangan korang tak tahu pulak. Jadi perangai orang-orang politik Mentori baik UMNO, MCA dan MIC memang dalam poket dio lah. Bilo dio cito kek den mako cito mentori-montori tu ado dalam poket den pulak. Ha Ha Ha.

Memang majoriti Montori-montori kito tanpo mengiro jantina di dalam kabinet Pak Lah maso tu memang takdo yang baik eh. Ado yang tanpo sogan silu orda dan minum arak semaso flight. Yang bawak betino yang bukan bini pun ado. Betino tu duduk kek tompek class biaso. Kojap tu montori tu suruh ketuo kuli cabin crew yang den konal ni panggil masuk betino tu kek class dio. Den boleh senaraikan satu persatu bai. Bukan nak tunjuk lagak. Kalau ikut goram, memang den tulih sekarang nih. UMNO, MCA, MIC semuo eh samo. Tak kiro jantan betino. Tapi sungguhpun den ni bukan baik bona, aib orang kito kono tutup. Mano tahu satu hari nanti montori-montori ni bertaubat. Kito tak tahu, ni semuo kojo tuhan.

Mengikut cito ketuo kuli cabin crew ni, ado jugo montori dan ahli politik yang tak minum dan tak main betino. Antaranya, Syed Hamid Albar. Dio puji Syed Hamid Albar. Dio jugo memuji KJ. KJ bagi dio seorang yang 'clean' dan tak suko bikin kecoh 'macam orang lain'. Dan dari mulut dio, KJ bukan peminum arak semasa flight kendalian dio. Ini cito sebelum Pru 2008. Dan den masih percayo yang KJ bukan peminum arak. Untuk topik ini, den backing KJ bukan peminum arak. Topik dan isu-isu yang lain-lain macam rasuah dan tak tunai janji pado penduduk Rembau kalau den tahu, ekau KJ memang den balun dalam blog ni sampai lumat.

Kaveat/Rumusan

Den bukan la penyokong KJ. Den bukan ahli UMNO. Oh, oleh sobab den kato KJ bukan peminum arak, lalu korang mengenaralisasikan den sebagai UMNO tegar. Silap bosa tu bai. Jangan main borong macam tu. Jangan pukul rata sebarangan. Den totap penyokong kebenaran. Yang hak itu hak. Yang batil itu batil. Kito mesti adil bilo buek penilaian. Jangan emosi dan taksub bilo menilai. Nabi tak ponah ajar kito macam tu. Seperti yang diajar oleh Allah yang kata-katanya dibukukan dalam kitab bernama Al-Quran lalu disampaikan oleh Nabi kepada para sahabat-sahabat dan umatnya :

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan - Surah Al-Maidah(5), ayat ke-8

No comments: