Friday, March 26, 2010

Husam saman MSO & Siasah, Ibrahim Ali saman Salhan & Malaysiakini

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Sekarang musim saman menyaman. Musim ahli politik saman reporter. Untuk satu sudut ia merupakan tindakan bacul atau kehabisan hujah oleh penyaman kepada reporter. Tapi untuk satu sudut yang lain, ia adalah tindakan mempertahankan maruah dari difitnah oleh reporter dan menegakkan kebenaran di mahkamah oleh penyaman. Terpulang pado budi bicara memasing.

Husam saman MSO

Den pernah ulas isu ini [sila klik link]. MSO telah spin berita supaya Husam kelihatan pro Unity Government. Tapi sebenarnya tidak.

Click for enlarge. Keratan paper Siasah keluaran terbaru

Bukan den boli. Orang lain boli paper Siasah ni. Den tumpang baco yo. Tapi den tak tahu la, selain MSO, Husam tidak menyaman Zulkifli Sulong. Siasah kata Husam juga menyaman Zulkifli Sulong. Bantai la korang. Tak tahu lah sama ada Siasah atau Husam yang tipu den. Dalam court kito cito.

Tapi naluri den kuat mengatakan bahawa MSO ni memang punya agenda yang buruk terhadap Husam. Den tak boleh ulas pasal si mangkuk ni. Nanti penilaian den penuh dengan prejudis. Jadi den pulangkan kembali kepada publik untuk menilai.

Ibrahim Ali saman Salhan

Ha Ha Ha. Dalam bab ni den sokong Salhan [link]. Cayalah bro. Terus bogelkan Ibrahim Ali melalui pena mu. Setakat bersumpah dalam lobi parlimen baik tak payah bai. Itu sumpah orang terdesak.

Ibrahim Ali memang kenal Salhan. Salhan yang interview Ibrahim Ali sebelum disaman [link]. Tapi Salhan relax je. Mari lihat u tube kat bawah ni



Di sepanjang u tube kita boleh lihat Salhan tenang dan buat muko poyo. Ibrahim Ali ingat bilo dio buek muko garang dan sebut saman Salhan face to face, Salhan akan beralih ke sisi lalu menyorok. Boleh blah la woi. Sangkaan Ibrahim Ali meleset sekali. Salhan adalah hero dengan tidak termakan dengan provokasi Ibrahim Ali.

Zainulfaqar jadi omputih

Pakaq ni hitam manis dan tak kan jadi putih. Tapi dalam sesi sidang akhbar dalam u tube di atas telah melontarkan soalan-soalan provokasi kepada Ibrahim Ali selepas minit ke 2.13. Pakaq berjaya membuat muko Ibrahim Ali menjadi merah jambu pada minit ke 5.00. Jambu sekali wajah Ibrahim Ali. Ha Ha Ha. Pakaq telah berjaya meniru gaya wartawan omputih. Lihat catatan den di artikel yang lalu.

Jika yang bertanya itu wartawan dari barat, anda dah dikira K.O, sebab wartawan omputih lagi suka anda marah dan terus menerus mengasak anda dengan soalan-soalan provokasi dan soalan-soalan menyakitkan hati.

Cayalah Pakaq. Kalau den punyo kesempatan, den akan tanyo dengan soalan-soalan yang takdo kono mengono dengan isu.

"Anda gosok gigi pagi tadi?"
"Gosok lah!. Soalan lain"
"Tapi kenapa bau mulut anda busuk macam najis babi?"
"Soalan lain! Soalan lain!"
"Khabar angin mengatakan anda melanggan pelacur di Bukit Bintang semalam"
"Awak wartawan dari paper mana?"
"Mulut anda memang bau busuk. Kenapa?"
"Argghhh! Soalan lain !!!"
"Benarkah anda mengandung? Kami nampak air ketuban telah pecah sekarang! Tahniah datuk!"
"Kurang ajar !!!" Dush! Bush! Push! Ibrahim Ali cubo menumbuk den.
Den dengan tonang mengelak dan menangkis. Ha Ha Ha

Pakaq bertanya soalan-soalan provokasi kepada Ibrahim Ali dengan senyuman sinis. Memang patut la orang tuo tu terbakar. Ha Ha Ha. Gambar dari Uncle Wanjo

Ibrahim Ali yang daku kenali

Huh! Tak kenal pun den. Kenal-kenal macam tu je. Perjuangan orang tuo ni panjang dan berliku. Selain hobinya yang suko melompat parti, Ibrahim Ali pernah jadi graduan Universiti Kem Kamunting sampai 2 kali. Bukan sonang bai nak dapek Double Degree dari sana. Orang tuo ni tak pernah repeat paper walaupun 2 kali jadi mahasiswa jurusan Tahanan I.S.A. Kiro sedikit sebanyak, Ibrahim Ali boleh lah dihormati dari sudut itu.

Tapi hormat den hilang bilo dio makan gaji dengan Vincent Tan. Dan den pandang hino dio ni setelah melihat u tube ni. Sila lihat minit ke 0.30. Ibrahim Ali tunjuk hero dengan baling kertas. Nak marah biar bertempat bai. Ekau tak tahu ko yang kau sedang memalukan orang Melayu dengan aksi teroris begitu. Dah tuo buek caro tuo. Memang buruk la orang tuo berlagak samseng macam orang mudo. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Apo nak jadi ni bai?


Rumusan kot?

Den ingat para wartawan kena mohon satu akta imuniti bagi melindungi hak-hak kewartawanan. Takkan sikit-sikit saman. Lotih la kalau macam tu. Tapi kalau wartawan tu memang seringkali memfitnah dan secara jelas dibuktikan dia memfitnah, memang patut kono hukum la macam kono gantung dari lesen menjadi wartawan selamo 4 tahun ko, 6 tahun ko. Macam gantung lesen memandu kereta jiko buek kesalahan traffik. Gantung jugo dari berblog. Tak payah nak saman. Kerjaya wartawan bukannya akses untuk menjadi kayo. Lagi sengkek ado la. Jadi tak payah la nak saman menyaman ni bai.

Den ado muskil sikit dalam artikel den kali ni. Husam, Ibrahim Ali, MSO dan Salhan adalah anak jati Kelantan. Ekau sesamo suku kaum pun nak main saman menyaman ko? Man man la. Orang kampung sendiri. Sesamo kabilah takkan la takdo berlebih bekurang kot. Di manokah toleransi orang Kelantan yang selamo ini dilaung-laungkan? Buek malu kompeni la korang ni.

No comments: