Salam satu Eropah. Chelsea kalah semasa bertandang ke Itali. Agregat 2-1 berpihak kepada skuad Inter Milan. Jadi korang berpeluang besar melihat blog Baganutama menjadi PINKY selama SEMINGGU. Peluang tak datang begitu saja bai. Dan den sengaja mengeluarkan cabaran ini lebih awal dari cabaran-cabaran yang lalu. Perlawanan antara Chelsea dan Inter Milan berlangsung di Stamford Bridge pada pagi Rabu 17 Mac 2010, pukul 3.40 pagi. Inbox facebook den penuh dengan email peminat-peminat dari seluruh dunio mengecam den dan menuduh den poyo serta jobo kerana sangat lewat mengeluarkan notis cabaran bagi setiap perlawanan yang membabitkan skuad Chelsea. Baik. Hari ini den tunaikan permintaan anda semuo. Den bagi notis awal nih. Jangan lak tak sahut cabaran den. Ha Ha Ha.
Terma-terma cabaran berPINKY selama 1minggu
Kalau Chelsea kalah, blog Baganutama akan berwarna merah jambu selama seminggu. Tapi barang diingat, Baganutama akan menjadi merah jambu jika cabarannya disahut oleh para blogger yang anti-Chelsea.
Semuo blogger boleh sahut cabaran den tak kisahlah blogger UMNO ko, blogger PAS ko, blogger jual ubat air pancut ko, blogger omputih ko, senang cito cabaran ni open to all blogger satu dunio. Den tak tahu la kalau ado alien kek planet Marikh pun nak sahut cabaran den. Yang ponting alien tu ado blog. Kalau takdo blog baik tak payah la bai. Buang karan maa.
Kenkawan facebook boleh join cabaran ni. Tapi kono ado blog la. Sobab facebook tak boleh tukar kaler pink. Kalau boleh tukar kaler pink, bagitahu den. Den luaskan cabaran ni kepada komuniti facebook lak. Cabaran dibuka sekarang!
If you want to challenge me, please let me know. How to let me know? You can let me know by leaving your challenge in my facebook inbox or post a comment in this entry or tell my mother, okay. Peh. Cakap omputih den. Tah boto ko tidak tu. Bantai yo lah.
No comments:
Post a Comment