Salam Pakatan Rakyat. Sudah 2 tahun anda memerintah. Lepas tu keluarlah segala macam kebaikkan anda kepada publik. Pelbagai statistik dikeluarkan. Pelaburan itu meningkat. Jenayah sini menurun. Bantuan sana meningkat. Sampai den naik meluat mendengarnya. [link] [link]. Itu memang dah tugas kau la mangkuk. Kami rakyat adalah tuan dan anda yang berada tampuk kuasa adalah pekerja. Anda yang telah berjanji itu dan ini. Tunaikanlah janji tu. Jangan nak jobo. Jika tak ditunaikan, anda akan digelar kami sebagai munafik. Saling tak tumpah seperti UMNO.
Dulu siapa yang pandai melaungkan slogan 'Ketuanan Rakyat' kalau bukan anda. Jikalau slogan itu tidak dilaungkan pun, kami rakyat Malaysia tahu la apa erti itu demokrasi. Demokrasi yang berasal dari perkatan Yunani itu bermaksud people power atau kuasa rakyat. Kami yang berkuasa menaikkan kamu dan kami juga yang berkuasa memperjatuhkan kamu. Nak bising pulak bila dah laksana itu dan ini. Dah memang kau patut buat.

Janji yang tak tertunai
Semasa sebelum Pru 2008, heboh dilaungkan sana-sini bahawa jika Barisan Alternatif mendapat kuasa ia akan memastikan negara atau negeri yang berjaya mereka perintah akan mencapai standard Good Governance. Good Governance ni bahasa orang kampung den. Ia bermaksud tadbir urus yang baik. Untuk mencapai objektif tadbir urus yang baik ini, ketelusan amat penting. Tanpa ketelusan, jangan cito la dongan den apo itu good governance. Menghabihkan boreh yo.
Apa itu ketelusan? Den pun tak tahu. Tapi apo yang ponting bagi den ialah duit rakyat selaku boss mesti diurus dengan transparen. Apo cito ni bai? Transparen dengan ketelusan tu samo lah. Mangkuk boto la ekau ni bai. Ringkas cerita, RAKYAT berhak tahu setiap butir dan perincian ke mana duit cukai mereka masuk dan keluar. Satu sen yang dibazirkan, pasti akan ditanya bertubi-tubi oleh rakyat kenapa ia boleh dibazirkan begitu sahaja walaupun satu sen. Kalau takdo satu sen, tak cukup sejuta bai.
Bagi penjawat-penjawat jawatan politik dalam kerajaan mereka tidak berhak melarang RAKYAT untuk tahu berapa jumlah harta mereka. Rakyat itu boss. Orang politik yang berjawatan dalam kerajaan adalah kuli atau pekerja kepada rakyat. Dia wajib tahu pekerja-pekerja dia punya harta. Mana la tahu yang si pekerja ni songlap harta boss (rakyat).
Dulu kita heboh individu-individu yang berkuasa dalam BN kaya-raya yang melampau-lampau. Kita suruh mereka isytihar harta. Mereka buat tak reti. Kalau kucing dah bertanduk 7 kali pun, mereka tidak akan mengisytiharkan harta hakmilik mereka. Sebob apo tak isytihar? Sobab dio songlop duit rakyat (baca: duit boss). Dulu Pakatan Rakyat memperjuangkan ketelusan. Sekarang bila berkuasa, di mana ketelusan? Tidak seorang pun hatta samada Ketua Menteri, Menteri-Menteri Besar, Ahli-Ahli Parlimen, Adun dan Ahli-Ahli Majlis Perbandaran dari Pakatan Rakyat yang mengisytiharkan harta mereka dan keluarga mereka kepada rakyat. Padahal marin dah berjanji. Memang munafik bai. Dah duo tahun. Takkan lupo kot.
PSM tunjuk jalan
Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah parti yang baru ditubuhkan dan juga baru diluluskan oleh ROS. Sangat baru bai. Baru setahun lebih kot. Parti ini belum diiktiraf sebagai komponen Pakatan Rakyat. Walaupun tidak diktiraf sebagai komponen Pakatan Rakyat, ada beberapa orang dari PSM bertanding atas tiket PKR dalam Pru 2008 yang lalu dan menang. Ringkas cito, ado satu monang adun kat Selangor dan satu monang parlimen kat Perak. 3 ahli PSM yang lain telah dilantik menjadi ahli Majlis Perbandaran di Selangor. Apo yang mengkagumkan den, kelimo-limo mereka telah mengisytiharkan harta masing-masing di internet untuk tatapan rakyat. Telus tak? Kiro telus la tu. Mari kito lihat detil pengisytiharan harta peribadi mereka.

Click for enlarge. Adun Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim
Untuk download detil-detil di atas, anda [klik ni]. Untuk info lanjut boleh [klik ni].
Apa jadi dengan PAS?
Sebagai parti yang melabel diri sendiri sebagai parti Islam, ia sepatutnya mendahalui PSM dalam membuktikan pemimpin politik mereka lebih bersih dari yang lain-lain. PSM pula yang lebih islamik dari PAS. Apo dah jadi ni bai?
Kebanyakkan pemimpin PAS yang membawa misi agenda Kerajaan Perpaduang dengan UMNO kelihatan perlu disiasat hakmilik harta mereka. Amat meragukan den. Bagi menghilangkan syak wasangka publik, pemimpim-pemimpin ini perlu disiasat dan jika didapati mereka ini bersalah kerana korup dan rasuah, maka mereka harus dibersihkan dari PAS. Jangan kerana beberapa individu dalam PAS yang korup maka nama Islam terpalit dan dipandang rendah oleh komuniti non-muslim dalam negara ini. PAS sepatutnya meletakkan penanda aras yang lebih tinggi dan ketat dari PSM.

Sekarang Nik Abduh sudah bersara dari menjadi Ahli Majlis MPKB tetapi dia wajib disiasat bagaimana dia boleh berkereta dan bernombor plat mewah walhal gaji/elaunnya ketika itu adalah rendah. Nik Abduh sila isytihar harta anda!
Kenapa ketelusan penting?
Kekayaan harta individu itu tidak penting. Sebab ramai ahli politik di dunia dan di Malaysia yang menjadi kaya raya sebelum menyertai politik. Contohnya MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar. Yang menjadi persoalan publik ialah beza kekayaannya pada tahun pertama dia memegang kuasa sebagai MB dan YB sehingga pada hari terakhir dia memegang jawatan itu.
Tan Sri Khalid Ibrahim mempunyai aset RM20 juta sebelum menyertai politik. RM 20 juta itu didapati dari hasil titik peluhnya berniaga selama 50 tahun. Ok kau kaya dengan hasil usaha sendiri, itu takde hal bagi rakyat. Malah dipuji. Setelah meninggalkan bisnes lalu menyertai politik dan menjadi MB Selangor selama 1 penggal (katakan selama 5 tahun). Harta Tan Sri Khalid menokok lalu menjadi RM 60 juta. Ada perbezaan besar disitu. 50 tahun meniaga dapat RM 20 juta. 5 tahun menjadi MB Selangor hartanya bertambah sebanyak RM 40 juta. Mana datang lagi RM 40 juta tu? Itu yang menjadi persoalan rakyat. Sedangkan semua orang tahu gaji MB tak sampai RM 20 ribu sebulan. Dah tentulah duit rasuah atau menyamun aset kerajaan negeri Selangor. Kalau tiada badan bebas menyiasat MB TS Khalid maka dia lepas dan ketawa besar sepanjang hayat sehingga akhir umurnya.
Apo yang den cito pasal Tan Sri Khalid itu cuma contoh nak bagi faham. Kalau tak faham, tak dapek la den nak menorangkan macam mano laie. Untuk mengelakkan seseorang itu mengumpulkan kekayaan haram dari jawatan politiknya, maka pengisytiharan harta setiap tahun (cadangan den) secara wajib boleh mencegah dari berlakunya pekara keji itu dari terjadi.
Penambahbaikkan
Apa yang dilakukan oleh PSM itu baik dan den puji. Publik kalau tahu pun akan puji melangit PSM. Cuma disitu den nampak terlalu banyak ruang untuk diperbaikki supaya pengisytiharan aset itu tidak mendatangkan sebarang keraguan kepada publik. Antara cadangan penambahbaikkan pengisytiharan aset itu ialah :
1] Isytiharkan aset (saham, bon, hartanah dlll) sebelum menjadi ahli politik
2] Isytiharkan aset sebelum menjawat jawatan samada Ahli Parlimen, Adun, Menteri Besar, Ketua Menteri atau Ahli Majlis Perbandaran
3] Isytiharkan hutang-piutang
4] Isytiharkan hutang piutang isteri dan anak-anak
5] Isytiharkan harta isteri dan anak-anak
6] Isytiharkan harta adik-beradik
7] Isytiharkan hutang-piutang adik-beradik
8] Isytiharkan harta dan hutang-piutang proksi dan kroni
9] Ulangi langkah 1 hingga 8 setahun sekali
Sahabat-sahabat boleh tambah atau betulkan senarai pengistiharan aset yang den buat tu.
Dari telahan den, jika senarai pengisytiharan di atas diikuti kesemuanya maka ahli politik kita dengan sendirinya menjadi bersih dan telus. Pengisytiharan aset ini juga perlulah dipantau oleh satu badan bebas di mana ia hanya perlu melaporkan terus kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masing-masing. Sekali lagi diingatkan pengisytiharan aset Ahli Parlimen, Adun dan Ahli Majlis Perbandaran perlu terbuka untuk pengetahuan umum (publik). Baru tercapai objektif ketelusan itu. Lagi satu, bukankah publik itu adalah boss kepada individu-individu politik yang berkuasa dalam kerajaan.
Kaveat
Janganlah kerana den menonjolkan kebaikkan Parti PSM maka den ni dilabel sebagai orang sosialis. Tidak, den bukan orang PSM. Perlabelan secara pukul rata begini hanya membawa persepsi yang tidak benar dan menyusahkan. Oleh kerana den pernah mengkritik Presiden blogger PAS sebuah negeri @ penjual ubat air pancut maka den dilabel sebagai blogger UMNO. Salah cara menilai orang begitu. Ia tidak menyelesaikan masalah. Ramai orang di luar sana yang melabel PSM atau orang sosialis sebagai komunis. Ini tidak benar. Sosialis dan komunis adalah 2 pekara yang sangat berbeza.
Perlabelan secara pukul rata ini membuatkan pernilaian seseorang itu tidak adil. Oleh sebab dia seorang sosialis, maka kita yang islamis menolak kesemua pandangannya kerana dia sosialis. Ini tidak adil. Ini tidak betul. Kita sepatutnya menilai buah fikirannya bukan prejudis terhadap individu sosialis terbabit. Tidak kisahlah pendapat itu dari blogger cikai, kutu rock tepi jalan, sosialis, makcik cleaner, pemandu lori atau hatta seorang banduan sekali pun, jika pendapat itu membawa kebaikkan dan kemajuan kepada publik dan negara, maka kita terimapakai pendapat itu dengan senang hati. Kita perlukan anjakan paradigma ini jika mahu pantas berubah menjadi hebat dan canggih.
Dan sebagai akhirnya den nak kongsikan gambar ni kepada semua. Gambar ni den rembat dari Reformis Jalanan. Mano dio rembat, jangan tanyo den. Gambar ini menarik untuk difikirkan bersama. Jom kito sesamo nikmati paparan gambar ini.

No comments:
Post a Comment