Salam satu bumi. Den menulis artikel ni setelah sejam Earth Hour berlalu. Den tak tutup lampu pun. Taknak den bersolat Isyak jemaah dalam golap. Den masih tak jelas macam mana tutup lampu selama sejam boleh selamatkan dunia. Hilang akal ko apo korang ni. Para kapitalis binatang yang berwajah manusia yang rosakkan bumi ni, rakyat marhaen disuruh susahkan diri bergolap selamo sejam. Tak dapek tu dor bai. Takkan dalam setahun tutup lampu selamo sejam. Beribu jam yang lain?
Karang nak tidur, tutup bonar la semuo lampu tu. Lebih dari sejam den tutup lampu time tidur. Den lagi cintakan bumi ni kalau korang nak tahu. Den tak membazir letrik sobab taknak kayakan CEO TNB. Korang? Sepatutnya disemaikan sikap jangan membazir. Kerana ALLAH berkata-kata lalu disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada baginda nabi, lalu beginda mengajar kepada kito bahawa membazir itu amalan syaitan. Dalam banyak-banyak dosa dan kejahatan, hanya dosa amalan membazir yang ALLAH samakan dengan amalan syaitan. Takkan semuo yang omputih bawak kito nak ikut. Abis bilo lagi kito ni nak ikut ajaran nabi?
"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." - Surah Al-Israa'(17) Ayat ke-27
No comments:
Post a Comment