Thursday, April 8, 2010

Wonder boy & Titus James

oleh ali :

Salam bola. Den tadi memulakan misi siasatan ke atas blogger TOya Mat Amin. Den nak tahu samo ado dio ni penyokong Man U atau Bayern Munich. Ha Ha Ha. Rupo eh kipassusahmati Arsenal. Sori la bro. Den simpati dengan kekalahan budak sekolah sukan dengan Barca. Takpo, 10 tahun akan datang boleh cubo lagi. Tah macam mano den boleh buang maso tengok u tube ni dari blog dio.


Mungkin terlebih jobo

Wonder kid? American Born Malaysian? Den ingat yang upload u tube ni bapak si Wan Kuzain tu jugak. Saje nak tunjuk jobo kot. Dah la muzik latar bagi lagu takut. Silap propaganda beb. Setakat dapat perdaya bebudak Amerika main bola baik tak payah bai. Budak kampung den lagi ligan dan skillfull main bola dari si Wan Kuzain tu. Orang Amerika mana pernah pandang tinggi sukan bolasepak. Setakat Beckham main liga kat Amerika pun diaorang tak pandang. Bukan ado kualiti pun liga bola kek Amerika. Tu pasal Bekham sanggup on loan main kat Serie A Italia sobab nak jaga kualiti permainan dan berdaya saing untuk World Cup nanti.

Amerika & bola

Tapi busuk-busuk Amerika, skuad betino diaorang juara World Cup bai. Untuk pompuan la. Bagi orang Amerika yang mentah dalam dunio bolasepak, memang diaorang hina skuad lelaki Amerika kalau kalah dengan mano-mano pasukan. "Woi! Kalau betino boleh monang World Cup. Korang tak boleh monang, baik bagi tolo kek Anjing!" Orang Amerika ni mano tahu tahap permainan bolasepak dunio. Tahun 80-an, game bolasepak Amerika ni main bercampur jantan betino sojak dari kocik. Tu yang skuad betino dio dapat pendedahan awal dan monang World Cup banyak kali. Nampak tak, early exposure tu ponting bai.

Bagi den, budak Wan Kuzain ni takdo papo sangat. Setakat boleh pusing-pusing, menari-nari dan tiru style Christiano Ronaldo baik tak payah. Baik berenti dan belajar jadi doktor. Kito dah ado pengalaman dalam isu ni.

Titus James

Mano budak India tu sekarang? Peh. Kalau dulu diolah budak paling pandai timbang bola. Diolah budak paling pandai mengelecek. Semuanya dilakukan sebelum budak Melayu bersunat. Konon si Titus ini lah genius bola macam Adiputra. Boleh blah. Main liga ketiga Peranchis pun tak lopeh. Jurulatih Malaysia pun tak pandang pun si mangkuk ni. Kan ke tak rugi maso, tenaga dan wang ringgit. Ahli parlimen berhak mempersoalkan sama ada duit perbelanjaan selamo dio ke Peranchis itu adakah duit cukai rakyat atau duit sendiri? Kalau duit cukai rakyat, budak Titus ni kono ganti balik. Bukan ado hasil pun. Dah la selamo ni kau jobo macam kau sorang yang tahu main bola.

Muko macam bagus

Dio punyo blog pun dah bersawang. Dah patah kaki kot. Ni ado la mangkuk mano tah yang meriwayatkan kisah hidup Titus James [link]. Ado keeper yang kononnya main dengan Liverpool, Syed Jamal kot namo eh. Mano deh? Jobo. Tak ke mano kau kalau cakap bosar.

Tun Mahathir

Bonci-bonci den dengan Mahathir, ado jugak idea dio yang den respek. Idea Mahathir ialah orang Malaysia boleh bersaing dan monang dalam sukan yang takdo body contact. Contoh sukan yang ado body contact ialah bolasepak dan ragbi. Mahathir punyo kepalo, orang Asia tak mungkin dapat bersaing dengan omputih yang tinggi dan berbadan bosar. Memang pun. Jadi Mahathir suruh tumpu bajet kepado sukan-sukan yang takdo body contact macam bowling, gimnastik, badminton, memanah dan lain-lain lagi. Game macam ni ado can nak monang. Bukti eh kito banyak monang emas dalam Sukom 98 kek KL dulu.

Harapan?

Den ingat baik kito rombak Liga Super Malaysia. Baik tak payah ado. Membazir bai. Membazir tu amalan syaitan. Ado liga sendiri pun tak guno sobab rakyat tempatan lebih kenal liga luar negeri. Malam ni korang tengok la berjuta rakyat Malaysia bertahajud secara berjemaah di mapler-mapler mamak termasuk den sobab nak tengok kekalahan keduo Manchester United di tangan Bayern Munich. Ha Ha Ha. Macam mano nak maju liga Malaysia ni kalau pemain import pun tak boleh main. Lepas tu ado hati nak kalahkan Korea macam zaman Mokhtar Dahari. Boleh blah la woi.

No comments: