Wednesday, April 7, 2010

Zaid Ibrahim for MP Hulu Selangor

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Den survey kat blog-blog yang pro Pakatan Rakyat, ramai yang pilih Ust. Badrul Amin sebagai calon. Den hormat pilihan korang. Den hormat hak demokratik memasing. Tapi kalau boleh baco artikel den apo sobab den taknak pilih Ust Badrul Amin [Bai ni linknya]. Bagi kesimpulan lain, Ust. Badrul Amin bilo berceramah cakap main lepas dan takde ilmiah. Sangat emosi. Sorry, not my taste. Peh, den cakap omputih maa. Ha Ha Ha.


Jom hafal sifir


Sebenarnya Hulu Selangor perlu calon yang samo macam dulu. Ia perlu mengekalkan status quo yang ado. Sifir dio mudah je bai.

Datuk Zainal Abidin = Melayu
Zaid Ibrahim = Melayu

DZA = Lelaki
ZI = Dulu lelaki, sekarang ni masih lelaki

DZA = Dulu Umno
ZI = Dulu pun Umno

DZA = Dulu Menteri (Ex-deputy Menteri Besar Selangor)
ZI = Dulu pun Menteri (kabinet Pak Lah)

DZA = Ado title Datuk
ZI = Pun ado gak

DZA = Tak main rasuah, pertahan prinsip keluar UMNO
ZI = Tak main rasuah, pertahan prinsip keluar UMNO

DZA = Hensem
ZI = Den lagi hensem dari ZI

Kekalkan kehendak penduduk setempat

Bagi den, pengundi-pengundi Hulu Selangor perlu dihidangkan dengan calon yang samo dan serupo dengan Arwah Datuk Zainal Abidin. Orang kito ni biasonyo ado gap (jurang) dengan pemimpin yang tak samo dengan dio. Lebih-lebih lagi yang tidak dikenali. Zaid Ibrahim ado kualiti-kualiti yang diperlukan oleh pengundi-pengundi Hulu Selangor.

Penduduk Hulu Selangor perlukan calon yang serupo dengan Arwah Datuk Zainal Abidin. Report card Datuk Zainal Abidin amat cemerlang di mato pengundi. Zaid Ibrahim boleh mengekalkan kecemerlangan report card Datuk Zainal Abidin. Maintain status quo, Hulu Selangor pasti milik Pakatan Rakyat. Insya Allah.

No comments: