Showing posts with label zaid ibrahim. Show all posts
Showing posts with label zaid ibrahim. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

Kempen Pecutan Terakhir PR di Stadium Mini KKB

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Peh. Malam tadi memang happening. Den dan semuo kenkawan berkampung di Stadium Mini Kuala Kubu Baru bagi menyaksikan sendiri ceramah Grand Finale Pakatan Rakyat bagi hari terakhir kempen Prk Hulu Selangor. Macam-macam ado beb. Crowd dianggarkan sebanyak 50 ribu orang. Bagi den lobih dari itu bai. Kenkawan yang poie ceramah terakhir BN yang mana penceramahnya ialah Perdana Menteri Malaysia, Najib dan bekas PM, Tun Mahathir cumo disaksikan sebanyak 5 ribu orang. Den takdo bukti nak mensahihkan statement tersebut. Tapi baik korang pecayo je statement kenkawan den tu. Ha Ha Ha.

Dari pukul 9-12 malam den di Stadium Mini KKB. Banyak gambar den snap. Tapi den kongsi mano yang nak den kongsikan dengan anda diluar sano. Tapi sapo tak datang dan tak tengok secara live memang rugi bai.

Bulan mengambang bai. Itu petando Pakatan Rakyat nak monang Prk Hulu Selangor

Hai Tan Sri, ekau yang kontut, ekau lak yang buek-buek tutup hidung. Ha Ha Ha

Peh. Malam tadi Lim Guan Eng berpantun. Ini musti Mat Sabu yang ajar

Ucapan Zaid kali ini emosional kerana peribadi dan familinya diserang oleh UMNO. Tetapi dio tenang menerangkan apo maksud merdeka 3 kali. Apo dio maksud merdeka 3 kali? Itu korang tanyo kek orang yang datang. Sapo suruh tak datang?

Jujurnya, air mato den menitik dengan kehadiran TGNA malam tadi. Den pun tak tahu kenapo? TGNA ulas solat yang sahun. Sahun bai bukan mee hoon

Mak ai. Anwar punyo ceramah berapi bai. Habis dibalun Najib dengan isu APCO. Sudahlah Najib menikus tidak mahu berdebat dengan Anwar di hadapan rakyat. Tapi yang bestnya, Anwar menyebut Zhunyan!(Mandarin) Manam!(Tamil) yang bermakna maruah. Jangan jual diri korang dengan harga RM200. Mintak Najib RM10 juta sorang bai. Baru pakcik kayo bai. Ha Ha Ha

Crowd sedang meninggalkan lokasi. Korang tengok betapo banyak yang hadir. Ramai tu bai

Inilah hero den. Wartawan Malaysiakini adalah wira rakyat Malaysia. Caya la Bro Jimadie!

Friday, April 23, 2010

Macam mano den boleh jatuh cinta dengan Zaid

oleh ali :

Salam Hulu selangor. Den sebona eh jatuh cinta dengan Zaid Ibrahim bilo beliau lotak jawatan Menteri kerana mempertahankan prinsip anti-ISA beliau. Den bertambah terpikat dengan beliau bilo melihat u tube Malaysiakini yang kek bawah ni. Limo kali den tengok u tube tu bai. Dari u tube tu den merasokan Zaid Ibrahim ni memang best.

Bilo buku beliau 'Saya pun Melayu' dipasarkan, den la orang terawal yang membolinya. Den sekali jatuh hati dengan beliau. Kali ini melalu buku beliau. Kalau tadi sobab prinsip anti-ISA dan u tube dari Malaysiakini. Meh sini den kongsikan u tube yang buek den jatuh hati dengan Zaid Ibrahim. Maso hari penamaan calon aritu, anak pompuan Zaid Ibrahim pulak jatuh hati dengan den. Korang kono pecayo bai. Ha Ha Ha.



Zaid Ibrahim tolong jangan perasan hensem. Den lagi hensem dari ekau bai

Den Tak puas hati dengan Zaid

Ado jugak bondo yang den tak puas hati dengan Zaid. Dio ni peminat Manchester United. Mano boleh bai. Den Chelsea. Kalau duduk tengok bola kek mapley, memang den takkan duduk satu table dengan penyokong Man U. Setan merah konon. Boleh blah la woi. Tapi takpo. Den dongar anak pompuan dio kipassusahmati Chelsea. Ok la tu. Kanda di sini sayang. Hehehe.

Cis! Musim ni Chelsea juara EPL bai. Ha Ha Ha

Wednesday, April 7, 2010

Zaid Ibrahim for MP Hulu Selangor

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Den survey kat blog-blog yang pro Pakatan Rakyat, ramai yang pilih Ust. Badrul Amin sebagai calon. Den hormat pilihan korang. Den hormat hak demokratik memasing. Tapi kalau boleh baco artikel den apo sobab den taknak pilih Ust Badrul Amin [Bai ni linknya]. Bagi kesimpulan lain, Ust. Badrul Amin bilo berceramah cakap main lepas dan takde ilmiah. Sangat emosi. Sorry, not my taste. Peh, den cakap omputih maa. Ha Ha Ha.


Jom hafal sifir


Sebenarnya Hulu Selangor perlu calon yang samo macam dulu. Ia perlu mengekalkan status quo yang ado. Sifir dio mudah je bai.

Datuk Zainal Abidin = Melayu
Zaid Ibrahim = Melayu

DZA = Lelaki
ZI = Dulu lelaki, sekarang ni masih lelaki

DZA = Dulu Umno
ZI = Dulu pun Umno

DZA = Dulu Menteri (Ex-deputy Menteri Besar Selangor)
ZI = Dulu pun Menteri (kabinet Pak Lah)

DZA = Ado title Datuk
ZI = Pun ado gak

DZA = Tak main rasuah, pertahan prinsip keluar UMNO
ZI = Tak main rasuah, pertahan prinsip keluar UMNO

DZA = Hensem
ZI = Den lagi hensem dari ZI

Kekalkan kehendak penduduk setempat

Bagi den, pengundi-pengundi Hulu Selangor perlu dihidangkan dengan calon yang samo dan serupo dengan Arwah Datuk Zainal Abidin. Orang kito ni biasonyo ado gap (jurang) dengan pemimpin yang tak samo dengan dio. Lebih-lebih lagi yang tidak dikenali. Zaid Ibrahim ado kualiti-kualiti yang diperlukan oleh pengundi-pengundi Hulu Selangor.

Penduduk Hulu Selangor perlukan calon yang serupo dengan Arwah Datuk Zainal Abidin. Report card Datuk Zainal Abidin amat cemerlang di mato pengundi. Zaid Ibrahim boleh mengekalkan kecemerlangan report card Datuk Zainal Abidin. Maintain status quo, Hulu Selangor pasti milik Pakatan Rakyat. Insya Allah.