Showing posts with label hulu selangor. Show all posts
Showing posts with label hulu selangor. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

Kempen Pecutan Terakhir PR di Stadium Mini KKB

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Peh. Malam tadi memang happening. Den dan semuo kenkawan berkampung di Stadium Mini Kuala Kubu Baru bagi menyaksikan sendiri ceramah Grand Finale Pakatan Rakyat bagi hari terakhir kempen Prk Hulu Selangor. Macam-macam ado beb. Crowd dianggarkan sebanyak 50 ribu orang. Bagi den lobih dari itu bai. Kenkawan yang poie ceramah terakhir BN yang mana penceramahnya ialah Perdana Menteri Malaysia, Najib dan bekas PM, Tun Mahathir cumo disaksikan sebanyak 5 ribu orang. Den takdo bukti nak mensahihkan statement tersebut. Tapi baik korang pecayo je statement kenkawan den tu. Ha Ha Ha.

Dari pukul 9-12 malam den di Stadium Mini KKB. Banyak gambar den snap. Tapi den kongsi mano yang nak den kongsikan dengan anda diluar sano. Tapi sapo tak datang dan tak tengok secara live memang rugi bai.

Bulan mengambang bai. Itu petando Pakatan Rakyat nak monang Prk Hulu Selangor

Hai Tan Sri, ekau yang kontut, ekau lak yang buek-buek tutup hidung. Ha Ha Ha

Peh. Malam tadi Lim Guan Eng berpantun. Ini musti Mat Sabu yang ajar

Ucapan Zaid kali ini emosional kerana peribadi dan familinya diserang oleh UMNO. Tetapi dio tenang menerangkan apo maksud merdeka 3 kali. Apo dio maksud merdeka 3 kali? Itu korang tanyo kek orang yang datang. Sapo suruh tak datang?

Jujurnya, air mato den menitik dengan kehadiran TGNA malam tadi. Den pun tak tahu kenapo? TGNA ulas solat yang sahun. Sahun bai bukan mee hoon

Mak ai. Anwar punyo ceramah berapi bai. Habis dibalun Najib dengan isu APCO. Sudahlah Najib menikus tidak mahu berdebat dengan Anwar di hadapan rakyat. Tapi yang bestnya, Anwar menyebut Zhunyan!(Mandarin) Manam!(Tamil) yang bermakna maruah. Jangan jual diri korang dengan harga RM200. Mintak Najib RM10 juta sorang bai. Baru pakcik kayo bai. Ha Ha Ha

Crowd sedang meninggalkan lokasi. Korang tengok betapo banyak yang hadir. Ramai tu bai

Inilah hero den. Wartawan Malaysiakini adalah wira rakyat Malaysia. Caya la Bro Jimadie!

Riang ria di Media Centre

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Hari ni den bersiaran langsung dari pusat media Pakatan Rakyat di Pekan Kuala Kubu Baru. Sebelum ni den dan para bloggers yang lain berstesyen di Area 51. Rahsia bai. Di media centre, suasana agak sibuk tetapi hepi. Hepi? Orang tongah berporang ni bai. Tetapi den suko suasano tu. Ado golak ketawo dan banyak tukang karut dalam tu. Ha Ha Ha. Makwe-makwe dan amoi-amoi banyak kek situ. Jadi den kono la kontrol hensem. Orang hensem kono jago status maa. Den datang ke situ sobab nak meraso internet wifi yang super laju. Memang laju bai. Kek Area 51 ni internet dio macam ... . No komen.

Mari kito saksikan suasano riang dan hepi di pusat media PR. Mari!

Suasana busy dan tegang di media centre. Semua orang tengah tunjuk rajin. Yang rajin menyibuk pun ramai bai

Den nak snap gambar Latheefa Koya, tetibo ado satu mamat interframe. Adus! Buek muko poyo lak tu

Ummuasiah dan Puspa berlumbo tunjuk gigi masing-masing. Gigi sapo lagi putih?

Uncle Zorro macam takdo gigi lak den tengok

Bingai punyo mangkuk. Ingat den nak sangat snap gambar hepi si Tengku palsu nih. Esok ekau tahu la nasib kau bilo BN jadi pembangkang

Kempen Pecutan Terakhir - TG Nik Aziz di Kalumpang

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Tadi den kek Kalumpang pado pukul 2.30 potang. Info yang den dapat UPU Kalumpang dikuasai oleh orang-orang India yang pro Pakatan Rakyat. Mari kito saksikan. Jom!

Suasana sebelum ketibaan pahlawan-pahlawan Pakatan Rakyat

Peh. Sapo yang bergayo tangkap gambar tu?

Peh. Den dihidangkan dengan konsert percumo. Menari den kojap

Taraaaa. Tetiba Zaid & TGNA muncul. Magic tak?

Den terkojut bilo isteri Zaid cari den. "Kenapo Datin cari den?" "Bonda lama tunggu Ali nak datang meminang anak kami. Haa cepat la. Dia dah merajuk dengan Ali. Pegi la pujuk dia" "Baik bonda, eh Datin. Nanti den pujuk dio"

Woit! Tolong den translate bondo alah ni. Dio cito pasal apo nih?

Tahu-tahu je TGNA dah nak balik. Aduss, den buang maso poie translate billboard tadi. Huhu

Saturday, April 24, 2010

Den di Batang Kali bersama Ostad Wanji

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Tadi den dengan Ust Wanji gi ronda-ronda kek Batang Kali. Ust Wanji ajak den pegi cari ceramah UMNO. Gilo apo? Kat Sungai Buaya den dongar pesta demokrasi sedang hebat berlaku. Tapi Ust Wanji totap nak cari ceramah UMNO. Sukati la sobab den naik keto dio. Huhuhu. Cari punyo cari memang banyak jumpo ceramah-ceramah UMNO tapi kami cuma lalu di luar sobab kebanyakan program mereka habis awal. Yang banyak penuhkan ceramah-ceramah mereka ialah petugas-petugas mereka sendiri. Sodih den tengok. Apo nak jadi ni bai.

Petugas UMNO yang mesra

Ado la satu ceramah UMNO tu kami borenti kojap nak tengok kot-kot mano la tahu ado makan-makan. Perut lapar bai.

"Assalamualaikum bang, sape bagi ceramah kat sini" Den bertanya dari dalam keto kepado petugas UMNO yang sedang asyik berbual.
"........................." Tak berjawab.
"Bang ada pape risalah yang boleh kami baca"
"Takde risalah pape. Program kami dah abis. Tak nampak ni" Sambil tunjuk penumbuk. Ha Ha Ha. Korang kono tipu dengan den. Petugas tu tunjuk kerusi kosong la bai.
"Nampak bang, takpe la kami pegi dulu" Sambil memberi senyuman den yang paling manis kepado petugas UMNO yang sombong.
"Ishh apa la anta ni. Kata la kite ni pengundi kat sini. Mesti dia layan kita macam raja" Sound Ust Wanji kek den.
"Hehe. Den tak pandai bolit macam Ust la. Ha Ha Ha"

Pentas DAP

Last-last kami pegi ke pentas ceramah anjuran DAP. Huuuu best maa kek situ. Pesta mengumpat BN meriah di situ. Kami sempat mendengar ceramah 2 pemimpin DAP iaitu YB Lip dan Speaker DUN Selangor, YB Teng. YB Teng ni power bagi ceramah kalau korang nak tahu la.

Ini bukan YB Teng. Sapokah YB ini?

"Saya setuju dengan Najib. BN memang mampu berubah. Mampu berubah jadi pembangkang" Ucapan YB Teng membuat hampir semua audiens tak kira Melayu, Cina dan India bersorak dan ketawa bersamo. Ha Ha Ha. Penonton ado la dalam 300 orang.

YB Teng sedang mengumpat Chua Soi Lek

Munafik

"Chua Soi Lek kata Zaid Ibrahim tidak bermoral kerana kaki minum. Ini lah satu manusia paling munafik pernah saya jumpa. Inilah bekas Menteri Kesihatan yang nak tunjuk kuat sampai buat video nak buktikan kekuatannya pada rakyat Malaysia". Bula mato den bilo YB Teng sebut perkataan MUNAFIK. Mak ai. Member tahu cakap arab ko?

TGNA

YB Teng berucap sampai 12.30 pagi. YB Teng sebenarnya nak tunggu sampai TG Nik Aziz hadir di pentas itu. Tapi malang. TG Nik Aziz tidak dapat hadir kerana uzur. Malam itu sahaja TG Nik Aziz menghadiri 4 ceramah. Pentas DAP sepatutnya menjadi persinggahan terakhir TGNA malam tadi. Terkilan den. Takpo. Malam esok ado laie. Habis YB Teng berucap, hujan turun dengan lebat. Ni mesti Ibrahim Ali tengah berucap kek Batang Kali. Ha Ha Ha.

Friday, April 23, 2010

Macam mano den boleh jatuh cinta dengan Zaid

oleh ali :

Salam Hulu selangor. Den sebona eh jatuh cinta dengan Zaid Ibrahim bilo beliau lotak jawatan Menteri kerana mempertahankan prinsip anti-ISA beliau. Den bertambah terpikat dengan beliau bilo melihat u tube Malaysiakini yang kek bawah ni. Limo kali den tengok u tube tu bai. Dari u tube tu den merasokan Zaid Ibrahim ni memang best.

Bilo buku beliau 'Saya pun Melayu' dipasarkan, den la orang terawal yang membolinya. Den sekali jatuh hati dengan beliau. Kali ini melalu buku beliau. Kalau tadi sobab prinsip anti-ISA dan u tube dari Malaysiakini. Meh sini den kongsikan u tube yang buek den jatuh hati dengan Zaid Ibrahim. Maso hari penamaan calon aritu, anak pompuan Zaid Ibrahim pulak jatuh hati dengan den. Korang kono pecayo bai. Ha Ha Ha.



Zaid Ibrahim tolong jangan perasan hensem. Den lagi hensem dari ekau bai

Den Tak puas hati dengan Zaid

Ado jugak bondo yang den tak puas hati dengan Zaid. Dio ni peminat Manchester United. Mano boleh bai. Den Chelsea. Kalau duduk tengok bola kek mapley, memang den takkan duduk satu table dengan penyokong Man U. Setan merah konon. Boleh blah la woi. Tapi takpo. Den dongar anak pompuan dio kipassusahmati Chelsea. Ok la tu. Kanda di sini sayang. Hehehe.

Cis! Musim ni Chelsea juara EPL bai. Ha Ha Ha

Apa itu 'Carpet Bombing'?

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Inbox facebook den didatangi soalan macam tajuk entri ni. Alamak tak paham lagi ko? Macam mano den nak bagi faham kek korang semuo? Takpola den cubo bagi paham lagi.

Kalau maso perang dunio ke-2, 'carpet bombing' ialah British mengebom Jerman tanpa belas kasihan. Pengeboman 'carpet bombing' ni memang kejam bai. Ia mengebom tanpa mengenal orang awam atau askar. Objektif 'carpet bombing' ialah kemusnahan total di pihak musuh. British ado alasan buek 'carpet bombing' kek Jerman. Alasan dio ialah "Sapo suruh kau bom rumah den dulu'. Bagi den tanpa 'carpet bombing', Adolf Hitler akan jadi pemimpin zalim satu Eropah lebih lama dari catatan buku Sejarah SPM kito.

Ini bukan panggil kapal terbang pengebom B-29 Fortress milik tentera berikat mengebom Hulu Selangor. Abih mati semuo bai. Nanti sapo pulak nak poie mengundi. Ha Ha Ha.

Tabur risalah

'Carpet Bombing' di Bagan Pinang ialah mengebom setiap rumah pengundi dengan risalah propaganda UMNO sebanyak mungkin di setiap buah rumah. Taburkan risalah seberapa banyak yang mungkin semasa kemuncak kempen Prk. Bagi risalah yang isi kandungannya sama tetapi diubahsuai konsep persembahan bagi mengelirukan para pengundi.

Macam kat Bagan Pinang, UMNO mainkan isu PAS adalah anjing DAP. Setiap risalah sebenarnya menyampaikan isi yang sama iaitu 'PAS adalah anjing DAP'. Pagi dia hantar risalah kaler merah, petang karang dia hantar risalah kaler kuning. Dalam risalah kaler kuning sebenarnya samo dengan risalah kaler merah cumo diubah ayat dan gambar. Maksudnya tetap samo iaitu 'PAS adalah anjing DAP'. Malam karang dio bagi risalah kaler hijau. Kali ini dengan gambar Nizar, ex-MB Perak, maksud risalah tu totap samo macam risalah pagi dan potang tadi iaitu 'PAS adalah anjing DAP'. Dan ini dilakukan setiap hari pado hari-hari terakhir kempen Prk di Bagan Pinang.

Tebaboo! Tebaboo! 1000 kali

Doktrin

Begitulah yang UMNO Bagan Pinang bikin pado hari-hari terakhir Prk sebelum buang undi. Target 'carpet bombing' ialah pengundi Melayu yang tinggal di dalam daerah kawasan mengundi. Tak dayo dor nak buat 'carpet bombing' sampai ke Soromban. Kejayaan Isa Samad monang bosar di Bagan Pinang ialah kerana taktik 'carpet bombing' ni lah. Undi Pos askar dan pengundi hantu tu korang tolak tepi bagi entri ni. 'Carpet bombing' telah berjaya mengalih isu Isa Samad adalah calon perasuah dan calon bukan pilihan Tun Mahathir kepada isu PAS adalah anjing DAP. Para pengundi Bagan Pinang terutama yang Melayu telah berjaya didoktrinkan begitu. Dalam berpuluh-puluh risalah yang sampai kat rumah, takkan satu pun ekau tak baco. Mustahil bai. Pengundi atas pagar mesti termakan jugak racun propaganda UMNO.

Dead man walking

Risalah-risalah ni bilo diberikan setiap hari menyebabkan minda separuh sedar para pengundi didoktrin bahawa 'PAS adalah anjing DAP'. Para pengundi berjaya diberi gambaran sebegitu. Gambaran itu walaupun salah, tetapi ia tetap dianggap benar oleh para pengundi yang telah didoktrinkan dengan 'carpet bombing'. Masa hari membuang undi, payah pengundi-pengundi ni nak ubah undi mereka. Pengundi-pengundi ni dah berjaya di'zombie'kan oleh UMNO. Korang cakap apo pun pasal Isa Samad, takkan dipedulikan oleh pengundi-pengundi Bagan Pinang. Dalam kepala para pengundi Bagan Pinang bilo keluar rumah pado hari mengundi hanya terngiang-ngiang dengan kata-kata PAS adalah anjing DAP, PAS adalah anjing DAP, PAS adalah anjing DAP hingga mereka memangkah UMNO di tempat pembuangan undi. Eh, korang tak ponah tengok filem Zombie Kampung Pisang ko?

UMNO Bagan Pinang terlalu kuat sehinggakan kontijen-kontijen UMNO dari negeri lain datang ke Bagan Pinang hanya sebagai pelancong. Team Muhyidin berkempen dan berkampung di Bagan Pinang hanya sebagai menunjukkan semangat setiakawan dalam parti. Team Muhyidin tak masuk campur dengan Team Isa Samad. Dalam hal cara berkempen, den respek dengan panglima-panglima Isa Samad. Salah satunya ialah taktik 'carpet bombing' ni la.

Tiru je

Nasihat den kepado petugas-petugas PR di Hulu Selangor, buatlah 'carpet bombing' terutama di felda-felda, estet-estet dan di kampung-kampung Melayu. Kono buek jugak risalah-risalah bagi menjawab tuduhan Zaid sebagai pemabuk dan kaki judi lumbo kudo. Di Bagan Pinang, 'carpet bombing' berkesan sambil dibantu media massa yang memang berpihak kepado UMNO. Tak mungkin la TV3 dan Utusan akan berpihak kepado PR. Gilo bai. Kalau nak buek 'carpet bombing' baik buek sekarang. Now or never. Tidak salah meniru perkara yang baik dari UMNO Bagan Pinang. Ha Ha Ha. Mari kito semuo doakan kemenangan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor. Insya Allah dimakbulkan bersamo dengan usaho yang tidak ponah padam dari kito semuo.

Data MENGERIKAN dari Dr. Abu/ Zentrum mengenai peluang PR di HS

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Den ingat den nak melawat fb Dr. Rozmey. Dio ni bukan la pelawak terkenal macam Nabil, tapi bilo tengok dio den raso lawak la. Ha Ha Ha. Last-last, dari den buang maso tengok Dr. Rozmey baik den masuk fb Dr. Abu Hasan Hasbullah. Ado gak faedah untuk negara. Peh. Data-data terbaru dari Dr. Abu dan team Zentrum amat mengerikan den. Dah tentu jugo mengerikan para penyokong dan petugas Pakatan Rakyat. Sebelum tu, den nak bagitahu Hassan Hayastani dimaksudkan adalah Dr. Abu Hasan Hasbullah. Sukati diolah nak menggelarkan diri dio sendiri sebagai apo-apo. Orang pandai memang macam tu. Ha Ha Ha. Mula-mula mari lihat gambar yang ini dahulu.

Gambar 1

Click for enlarge. BN : 60.3% PR : 39.7%

Ngeri bai. Den yakin sangat yang Dr. Abu punyo analisis dan data tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana pihak. Dr. Abu ini semuo orang kenal dan yakin adalah seorang profesional dan berintegriti. Orangnya pun hensem. Walaupun tak sehensem den. Ha Ha Ha.

Gambar 2

Click for enlarge. Data persepsi kepercayaan pengundi di Hulu Selangor bagi 3 hari berturut-turut

Nampak tak peningkatan mendadak peratusan kepercayaan pengundi kepada BN pada hari Rabu. Kenapa tiba-tiba naik mendadak? Korang tak risau ko.

Kenkawan

Mengikut maklumat dari kenkawan UMNO, peratusan untuk UMNO monang tu tinggi kalau pengundi-pengundi Hulu Selangor yang duduk kek luar kawasan seperti di Kuala Lumpur tidak balik mengundi. UMNO memang mengharapkan miracle pengundi-pengundi ini tidak balik mengundi pada hari Ahad ni nanti. Bagi UMNO, pengundi-pengundi yang tinggal di luar kawasan mempunyai akses kepada media baru seperti internet dan jikalau diorang balik mengundi, sudah tentulah mereka ini mengundi Pakatan. Orang celik IT tentulah tahu sangat kezaliman dan pembohongan yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN.

Den di Hulu Selangor

Data-data dari Team Dr. Abu Hasan Hasbullah tentunya dari pengundi-pengundi yang tinggal di dalam kawasan Hulu Selangor. Jika korang folo facebook Dr. Abu, beliau sekarang berkampung di Hulu Selangor dan bersiaran langsung dari sana. Jadi bagi den, data-data Dr. Abu akan lebih tepat jika ia merangkumi pengundi-pengundi Hulu Selangor yang tinggal di luar kawasan. Tapi baik korang tengok gambar yang seterusnya.

Gambar 3

Click for enlarge. UPU-UPU yang terlibat dalam analisis Dr. Abu

Walaupun data dan analisis dari gambar 3 tidak meliputi seluruh UPU-UPU dalam Parlimen Hulu Selangor, tetapi ia boleh dijadikan penanda aras KPI kepada petugas-petugas PR. Dari list yang disenaraikan, hanya Ampang Pecah dan Peretak yang PR monang. Batang Kali, Hulu Yam, Serendah, Sungai Tinggi, Hulu Bernam dan beberapa tempat lain menunjukkan PR takde harapan langsung untuk monang. Kalau dalam Boxing, tu kiro dah kono pukulan KO. Gilo bai. YB Fuziah perlu melipatgandakan usaha dan strategi khas di kawasan-kawasan tersebut.

Risalah menimbun di Bagan Pinang

Den yakin kalau kito dapek pastikan risalah-risalah kito sampai pada pengundi-pengundi di kawasan tersebut, hati mereka boleh berubah. Jika di Bagan Pinang, yang paling den raso sesal bona ialah risalah-risalah penerangan/propaganda Pakatan Rakyat menimbun di Markaz Utama dan tidak diedarkan. Maso tu yang den nampak, hanyo Ustaz Idris Ahmad yang ado inisiatif edarkan risalah-risalah tersebut. Dio sendiri bawak risalah-risalah tu masuk dalam kereta sendiri dan poie edarkan. Ini apo yang den nampak la. Mungkin yang lain amik inisiatif yang samo. Masalahnya, selepas keputusan diumumkan dan calon PAS kalah bosar, risalah-risalah itu masih membukit di Markaz Utama. Rugi bai.

Carpet Bombing

Di sini den puji para petugas UMNO di Bagan Pinang. Diaorang gunakan strategi Perang Dunia ke-2. Taktik Tentera Berikat menyerang Jerman diaplikasikan oleh UMNO di Bagan Pinang. Semasa kemuncak Perang Dunio keduo, siang tentera udara Amerika akan menyerang lokasi strategik Jerman bagi melemahkan tentera Nazi, bilo malam tentera Britain bikin 'carpet bombing' bagi melumpuhkan terus negara Jerman. Taktik ini menyebabkan Jerman kalah teruk dan Adolf Hitler bunuh diri.

Semasa kemuncak kempen di Bagan Pinang, UMNO menggunakan metod/kaedah yang samo seperti tentera berikat. Setiap buah rumah akan dipastikan mendapat 3 risalah setiap hari. Risalah akan diedarkan pada waktu pagi, petang dan malam. Dan ia dilakukan dengan konsisten bermula pada hari khamis hinggalah pada hari mengundi. Pagi-pagi hari mengundi di Bagan Pinang, sebelum subuh setiap buah rumah masih mendapat risalah propaganda UMNO.

PAS jadi anjing DAP

Hari-hari terakhir di Bagan Pinang, risalah hanya menekankan bahawa PAS adalah anjing DAP. Itu sahaja kempen UMNO di Bagan Pinang pada saat-saat terakhir. Itu sobab PAS kalah bosar selain dari faktor-faktor yang maleh den nak bincangkan. PAS kalah sobab risalah-risalah penerangan menimbun di markaz-markaz dan tidak diedarkan. Kat Hulu Selangor, UMNO tak guno taktik PAS adalah anjing DAP. Mungkin sobab PKR yang bertanding. UMNO cerdik bai, jiko dio cakap PAS adalah anjing DAP di Hulu Selangor, kito akan serang dio sebagai anjing Hindu atau anjing MIC kerana calonkan calon hindu dikawasan majoriti Melayu/Islam. Jadi jiko ado risalah-risalah yang menimbun di pos-pos kawalan Pakatan Rakyat, cepat-cepat edarkan dengan segera kepado pengundi-pengundi.

Mari meniru

Den raso tak salah meniru taktik 'carpet bombing' yang UMNO lakukan di Bagan Pinang oleh Pakatan rakyat di Hulu Selangor. Bagi den 'carpet bombing' hanya sesuai dilakukan pado saat-saat akhir sebelum hari pembuangan undi. Jumaat, Sabtu dan subuh hari Ahad tu memang sesuai bona nak buat 'carpet bombing'. Nak buat 'carpet bombing' perlukan petugas-petugas yang ramai. Kontijen-kontijen besar PAS dari pelusuk negara yang mulo sampai pado hari ini boleh digunokan untuk misi ini. Kalau nak monang, Pakatan Rakyat harus tiru taktik ini.

Gambar 4

Click for enlarge. Data untuk hari Jumaat tapi den ingat untuk hari Khamis. Dr. Abu maybe tersilap letak tarikh kot

Yang data dari gambar 4 ni den ado raso sedikit hepi. Jurang peratusan semakin mengecil antara BN dan PR. Adakah kedatangan TG Nik Aziz membantu kempen pada hari Jumaat dan Sabtu di Hulu Selangor akan mengakibatkan swing pertambahan undi berlaku kepada PR?

Kempen TG Nik Aziz

Di Bagan Pinang pun begitu juga. TG Nik Aziz turun kempen pada hari Jumaat dan Sabtu. Tetapi swing yang diharapkan tak berlaku di Bagan Pinang. Ceramah TG Nik Aziz ribuan yang hadir. Tetapi malang. Ribuan yang hadir adalah bukan pengundi Bagan Pinang. Melayu Bagan Pinang rilex tengok Astro maso ceramah TG Nik Aziz diadakan berdekatan di kampung-kampung mereka. Adakah situasi yang samo berlaku di Hulu Selangor?

Pembolehubah tak samo

Bagi den, situasi yang dihadapi di Bagan Pinang tidak akan berlaku di Hulu Selangor. Bagan Pinang tu lain bai. Memang UMNO selalu monang kek situ. Tak ponah kalah pun. Itu memang kawasan famili dan kroni ISA SAMAD. Di Hulu Selangor, kito mempertahankan kemenangan PR yang berlaku dalam Pru 2008 yang lalu. Jadi peratus nak monang tu ado. Lagi pun BN terdesak sampaikan Najib turun berkempen di Hulu Selangor semato-mato nak cito pasal kaler spendar Anwar. Bingai punyo mangkuk. Perawi cito tu pulak Najib dapek dari Zulkifli Nordin dan Zahrain. Hancur bai hancur.

Tun Mahathir

Tak cukup dengan itu, Tun Mahathir digunokan sebagai pekakas Najib untuk menyaingi pengaruh TG Nik Aziz di Hulu Selangor. Tun Mahathir terpakso jilat ludah sendiri bai. Mulo-mulo Tun taknak tolong kempen sobab pentadbiran Najib tunduk pada Amerika walhal zaman Tun, pentadbiran Tun garang lawan Amerika dan Yahudi. Malaysia tunduk pada Amerika dalam isu Iran membuatkan Tun mengamuk. Tak pecayo? Baca sendiri blog Tun Mahathir. Pasal MIC kalung selipar tu Mahathir tak amik kisah sangat sebenarnya. Tetapi Tun Mahathir turun gak kempen bantu Najib. Mesti ado 'deal' golap antara Tun Mahathir dengan Najib ni bai. Mahathir yang den kenal, jarang jilat ludah sendiri.

Kesimpulan?

Den tak tahu nak simpul apo bai. Kesimpulan dio mudah. Monang atau kalah. Itu sahaja. Kalau nak monang, PR kono melipatgandakan usaha. Keselarasan antara para petugas PR penting. Jangan ado redundant. Jiko ado kito dah rugi sumber tenaga manusio yang amat diperlukan. Ceramah penting. Tetapi berjumpo dan menyampaikan setiap risalah pado semuo pengundi bagi den lagi penting. Yang poie ceramah tu biasonya orang-orang kito jugak. Yang poie ceramah tu jugak adalah penyokong-penyokong PR dari luar kawasan Prk. Bukan pengundi-pengundi pun. Kalau ceramah-ceramah kelompok den setuju diperbanyakkan. Sobab kito direct dengan para pengundi setempat.

Nak monang kito perlukan semua undi. Ini termasuklah undi ahli-ahli UMNO dan para penyokongnya. Jadi di sini penting kita menyantuni mereka dan berusaha mengetuk setiap rumah ahli UMNO di Hulu Selangor. Kalau boleh den syorkan gunokanlah taktik 'carpet bombing' macam yang den citokan tadi. Tak rugi bai.

Bilo den lihat Hulu Selangor dari planet Zuhal, pilihanraya kecil kali ini di Hulu Selangor adalah perlawanan antara Kerajaan Selangor lawan Kerajaan Pusat. Macam Chelsea lawan Negeri Sembilan. Ha Ha Ha. Hanya keajaiban, tak pemaleh dan taktik luar biaso yang boleh bikin Zaid Ibrahim dinobatkan sebagai ahli Parlimen P 094 di Hulu Selangor pada malam Ahad nanti.

Thursday, April 22, 2010

Mr. P. Kamalanathan, please FORGIVE me

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Di sini den dengan rendah diri memohon maaf kepada Mr. P. Kamalanathan kerana menuduh beliau tidak mempunyai degree dan juga dengan sinis mengatakan beliau adalah seorang penipu. Maafkan den.

Tersedar dari kesilapan

Setelah membaca laporan Merdekareview di sini, rupanya ada cara tertentu untuk memastikan sama ado seseorang itu adalah alumni dari Universiti terbabit atau tidak. Bukan main semberono bai. Den ikut panduan dari Merdekareview dan memang boto calon BN iaitu Mr. P.Kamalanathan mempunya Degree/Sarjana Muda Komunikasi dari Edith Cowan University, sebuah universiti dari Negara Australia [link]. Den menyesal dengan sikap terburu-buru den. Bab beliau masuk program berkembar dengan Kolej Olympia itu cito lain dan beliau sudah dibuktikan sahih mempunyai degree melalui laman web rasmi Edith Cowan University.

Click for enlarge. Bukti P.Kamalanathan mendapat degree dari universiti ostalia

Kito akan jumpo

Den cubo usahokan untuk bertemu sendiri dengan Mr. P.Kamalanathan untuk memohon maaf atas ketelanjuran menuduh beliau yang bukan-bukan dalam entri den semalam di Hulu Selangor nanti. Untuk ruang di entri ini, Mr. P. Kamalanathan, please forgive me.

Click for enlarge. Sijil degree dari blog P. Kamalanathan [link]

Prinsip den

Yang benar itu benar, yang salah totap salah. Dalam bab ni den salah dan den mengaku salah. Bilo dah salah kono la minta maaf dongan orang yang kito buek salah tadi. Begitulah ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepado kito semua. Tetapi kejahatan dan kezaliman UMNO/BN totap den akan lawan dalam ruang lingkup demokrasi, Insya Allah.

Entri semalam tidak ditarik

Oh ya, jika Mr. P.Kamalanathan tidak keberatan, den tidak akan tarik entri semalam. Entri semalam tu den kekalkan sebagai ingatan atas sikap terburu-buru den terhadap individu lain. Ia sebagai ingatan yang den ni ponah buek silap. Den ponah jobo. Peringatan ini ponting supayo den tidak mengulangi kesilapan yang samo di maso hadapan. Jangan pisang berbuah duo kali. Kapitalis yo yang suko pisang berbuah 2 kali ni bai. Ha Ha Ha. Tidak dilupokan kepado Merdekareview. Terima kasih kerana membotokan den. Laporan anda memang profesioanal.

Wednesday, April 21, 2010

Sinar Harian & Islamnya Kamalanathan. Dugong ekau meh sini kojap

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Semalam adik Dugong kito yang chubby ni mengeluh tentang kepantasan jentera penerangan UMNO menipu pengundi-pengundi Melayu di Hulu Bernam. Satu, pasal gambar 'superimpose' Zaid [link]. Keduo, petugas-petugas UMNO masuk kampung dan felda mencanang-canangkan bahawa calon BN dari MIC adalah muslim [link]. Yelah, kawasan ulu mano ado internet. Kawasan solok macam Hulu Selangor, radius pencapaian internet adalah rendah. Senang je nak setel masalah tu. Ha Ha Ha.

Sinar Harian

Untuk masalah pertama, ia sebenarnya sudah disetelkan oleh paper Sinar Harian. Ia menyiarkan gambar sebenar dan gambar superimpose tersebut. Malah membidas gambar tersebut melalui kata-kata Anwar Ibrahim. Cuma ia tidak menyatakan dari mana gambar asal tersebut. Klik link ni untuk lihat gambar asal Zaid Ibrahim sebelum disuper impose. Jadi sekarang Dugong, ekau suruh Ketua Penerangan Keadilan, Cik Latheefa Koya boli banyak-banyak paper Sinar Harian lepas tu jual balik kek orang kampung. Tak pun bagi free. Paper Sinar Harian ni bagi den paper neutral dan berani berkata benar. Semalam den carik paper ni semalam payah bai. Paper ni copek habis. Laku bai paper ni. Ado satu kodai runcit tu boikot jual paper Sinar. Ponah ado sekali tu, den tanyo,

"Puan ado jual paper Sinar tak kek sini?"
"Takde. Kedai ni memang tak jual Sinar"
"Eh kodai sebolah jual..."
"Apsal tak beli kat sebelah?"
"Dah habis la tu sobab nak boli kek sini"
"Tahu tak suratkhabar Sinar tu PKR punya. Jangan beli dik"

Bula mato den kojap sobab terkojut dongar cito tipu dio. Selamat Puan ni baya-baya omak den. Kalau tak den akan mulokan sesi sound menyaound pado pagi tu. Bilo maso PKR ado kono mengono dengan paper Sinar. Kalau korang nak tahu, paper Sinar Harian ini di bawah pengaruh dan kawalan bekas Mufti Perlis, Dr. Maza. Kalau korang nak tahu la. Tu sobab paper tu takde iklan nombor ekor dan ruangan hiburan cumo semuko. Paper Sinar dah seberani macam paper Cino kek Malaysia ni. Sekali lagi Dugong, ekau arahkan cik tipah boli dan edarkan kepado orang kampung. Tak mahal bai. Singgit je. Kalau dah takdo duit bona, kau suruh Zaid Ibrahim jual firma guaman dio. Kalau nak monang la. Ha Ha Ha.

Bukan taknak korang edarkan paper Harakah atau Suara Keadilan. Kita nak orang kampung menilai berita dari sudut pihak ketiga yang tidak berpihak dari mana-mana parti macam paper Sinar. Kalau korang bagi jugak paper dari pihak Pakatan, ditakuti ado unsur paksaan dalam menerima maklumat.

click for enlarge

Calon BN dari MIC sudah Islam?

Senang je Dugong. Meh sini den tolong ekau. Kat link ni boleh direct ke resume P Kamalanathan. Nama sebenar dia adalah seperti tertera kek situ. Den printscreen satu untuk ekau.

Click for enlarge. Dio bolum masuk Islam laie. Dio memang Hindu la

Pepandai la ekau buek dengan printscreen den tu. Paling sonang nak bukti dio ni Islam atau tidak, ekau suruh Imam masjid kampung tu panggil Encik Kamal kito ni bagi tazkirah Maghrib kek Masjid. Atau esok suruh dio lead buat bid'ah baco Yasin malam Jumaat. Ha Ha Ha.

Tuesday, April 20, 2010

Presiden UMNO rasmi Kilang Guiness Stout

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Berikutan penyiaran youtube iklan-iklan lama di stesen TV di negara pado tahun 70-an yang lampau termasuk iklan arak oleh den, Bro Poji jeles dengan den. Ha Ha Ha. Lalu dio pun nak monang lawan info dengan den dengan menyiarkan gambar-gambar klasik perasmian Kilang Guiness Stout oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO pada tahun 1966. Den pun jeles dengan Bro Poji sekarang nih. Terbakar den. Mano dio dapek gambar-gambar ni? Ini gambar zaman Pak Kaduk bai. Takpo den takkan biarkan Bro Poji monang. Ha Ha Ha. Padan muko kau UMNO!

Dengan lafaz Bismillah den rasmikan ...

Hey mangkuk, why Malaysian Guiness Stout like as botol kicap? Err Mr. Prime Minister, we like to fool Malay to buy our alkoholic product. Ha Ha Ha. Good-good. You are genius la mangkuk

Peh. Ribuan rak-rak arak sudah sedia dijual. Kayo den bagi Melayu mabuk

Sunday, April 18, 2010

Polis dan Rakyat adalah SAHABAT - Kita pengyu

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Semasa pernamaan calon semalam, penyokong Pakatan Rakyat dan BN dipecah-pecahkan oleh Polis dalam beberapa segmen. Den dan sahabat-sahabat lain telah berjaya dipisahkan oleh Polis. Sodey lak eh. Ala lopeh tu jumpo balik. Tah macam mano den boleh jumpo balik dengan Bro Peedee Utama. Member ado kamera pinjam yang baru. Ha Ha Ha. Sonang yo nak jumpo Bro Peedee Utama. Di mano ado Sya-reformis, di situ ado Bro Peedee Utama. Time den jumpo semalam, Sya-reformis sedang berucap atas lori. Kek situ pulak den jumpo Peedee Utama. Kek Bagan Pinang pun macam tu jugak. Ni musti ado papo. Ha Ha Ha.

Den sebona nak cito, maso nak tunggu SPR buek pengumuman pada pukul 11 pagi, kami terkejut dengan Polis. Polis bawak turun banner BN dopan mato kepalo kitaorang. Sebelum tu memang ado bantahan sobab banner BN beradao dalam kawasan neutral. Kiro macam berado dalam Zon pengaman PBB. Bebudak Pakatan dah perli-perli Polis sebelum tu. Tapi takde pape tindakan. Alih-alih Polis turunkan banner BN. Cayalah Polis.

Banner BN dalam zon neutral. Den nak puji la sikap Polis yang sabar dengan kerenah penyokong Pakatan. Korang perli-perli Polis bukan menambah pahalo. Bilo time reramai baru nak tunjuk hero dopan Polis. Pigi jalan daa

Polis tetiba menurunkan Banner BN. Bukan den sorang terperanjat, yang perli-perli Polis sebelum tu hampir pengsan dengan 'keadilan' Polis

Maso ni, penyokong Pakatan sebulat suara memuji Polis. Hidup Polis! Hidup Polis! Bilo kalo Polis ni mati?

Time ni ado penyokong Pakatan Rakyat yang suruh Tan Sri Khalid Ibrahim naikkan gaji Polis Selangor. Tergamam den. Korang tak poie sekolah ko? Hanya Kerajaan Pusat yang ado power nak naikkan gaji Polis ni bai

Antara yang folo den poie Balai Polis nak pastikan apo akan jadi dengan Banner BN ialah ayahanda Pekida. Gilo bai. Den ingat Polis memang sajo letak banner-banner BN dopan pintu sobab sonang nak pijak sambil bersihkan sepatu anggota Polis yang bertugas pado aritu. Cayalah!

Atas permintaan ramai. Den siarkan gambar Ummuasiah sedang buek-buek busy. Ha Ha Ha

Prinsip dia senang je. Kalau Polis bersikap adil, rakyat tak kira kaum dan agama pasti sayang dengan anggota Polis. Sobab anggota Polis dilihat sebagai penegak keadilan. Siapa yang adil semuo orang sayang. Apo nak heran, memang kojo Polis menegakkan keadilan. Tetapi bagi orang Malaysia, publik seakan tidak mendapat nikmat kasih sayang Polis. Dan bilo Polis tibo-tibo bersikap adil, publik sayang Polis melebih dari had.

Den dapat rasokan kehangatan kasih sayang publik kepado Polis bilo Polis turunkan banner-banner BN tu. Itu sobab publik ringan mulut jerit memuji Polis. Siap ugut tidak akan mengundi Tan Sri Khalid Ibrahim jiko MB Selangor tu tidak naikkan gaji Polis Selangor. Polis Selangor je bai. Ha Ha Ha

Den di Hulu Selangor - Part 2

oleh ali :

Korang den nasihatkan jangan tengok cito Shutter Island. Bingai punyo cito. Rugi duit den tengok cito mangkuk. Padan muko den. Ok sambung balik gambar-gambar yang den amik.

Payung ni best dan cool. Den ingat geng-geng Zunar yang bikin payung ni

UMNO APCO! UMNO APCO! Jerit banyak kali pun, duit 77 juta sudah hangus bai bayar kek Yahudi. Buek koring anak tokak menjorit tengahari buto

Helikopter mainan Polis. Ha Ha Ha

Peh. Den puji BN. Pandai BN bikin gempak guna payung terjun. Mengango la kojap penyokong Pakatan Rakyat

Cubo korang teka, yang mano satu Dugong_Darat?

Den di Hulu Selangor

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Alhamdulillah den sampai Hulu Selangor pada malam Jumaat bersama Ostad One-G dan Pakaq. Pasal den tak bawak keto, takdo la jauh bona nak poie Hulu Selangor. Ha Ha Ha.

Peh. Ado gayo rappers gak mangkuk ni. Agak-agak korang sapo 2 jejaka pojaan yang membelakangi kamera ni?

Den tak tahu macam mano den boleh snap gambar amoi ni. Den sebona eh nak amik gambar Azmin kek belakang tu

Budak kocik ni semalam jadi tumpuan

Khalid Ibrahim semalam nampak hepi. Den ingat dio hepi sobab Hasan Ali dah mulo dongar arahan dio sebagai MB Selangor. Gagap bukan sebarang gagap maa

Time ni anak pompuan Zaid Ibrahim kenyit mato kek den. Hilang konsentrasi den nak tangkap gambar

Ha Ha Ha. Mano la Wanita Keadilan ni dapek patung katak ni. Korang memang cool la

Ok la. Nanti den sambung. Den nak tengok lakonan member den kek wayang jap. Itu hari Leornado Dikaparia ado ajak den main cito dio yang terbaru ni. Tapi den maleh la nak glamer-glamer ni. Ok bai. Babai.