Saturday, April 24, 2010

Den di Batang Kali bersama Ostad Wanji

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Tadi den dengan Ust Wanji gi ronda-ronda kek Batang Kali. Ust Wanji ajak den pegi cari ceramah UMNO. Gilo apo? Kat Sungai Buaya den dongar pesta demokrasi sedang hebat berlaku. Tapi Ust Wanji totap nak cari ceramah UMNO. Sukati la sobab den naik keto dio. Huhuhu. Cari punyo cari memang banyak jumpo ceramah-ceramah UMNO tapi kami cuma lalu di luar sobab kebanyakan program mereka habis awal. Yang banyak penuhkan ceramah-ceramah mereka ialah petugas-petugas mereka sendiri. Sodih den tengok. Apo nak jadi ni bai.

Petugas UMNO yang mesra

Ado la satu ceramah UMNO tu kami borenti kojap nak tengok kot-kot mano la tahu ado makan-makan. Perut lapar bai.

"Assalamualaikum bang, sape bagi ceramah kat sini" Den bertanya dari dalam keto kepado petugas UMNO yang sedang asyik berbual.
"........................." Tak berjawab.
"Bang ada pape risalah yang boleh kami baca"
"Takde risalah pape. Program kami dah abis. Tak nampak ni" Sambil tunjuk penumbuk. Ha Ha Ha. Korang kono tipu dengan den. Petugas tu tunjuk kerusi kosong la bai.
"Nampak bang, takpe la kami pegi dulu" Sambil memberi senyuman den yang paling manis kepado petugas UMNO yang sombong.
"Ishh apa la anta ni. Kata la kite ni pengundi kat sini. Mesti dia layan kita macam raja" Sound Ust Wanji kek den.
"Hehe. Den tak pandai bolit macam Ust la. Ha Ha Ha"

Pentas DAP

Last-last kami pegi ke pentas ceramah anjuran DAP. Huuuu best maa kek situ. Pesta mengumpat BN meriah di situ. Kami sempat mendengar ceramah 2 pemimpin DAP iaitu YB Lip dan Speaker DUN Selangor, YB Teng. YB Teng ni power bagi ceramah kalau korang nak tahu la.

Ini bukan YB Teng. Sapokah YB ini?

"Saya setuju dengan Najib. BN memang mampu berubah. Mampu berubah jadi pembangkang" Ucapan YB Teng membuat hampir semua audiens tak kira Melayu, Cina dan India bersorak dan ketawa bersamo. Ha Ha Ha. Penonton ado la dalam 300 orang.

YB Teng sedang mengumpat Chua Soi Lek

Munafik

"Chua Soi Lek kata Zaid Ibrahim tidak bermoral kerana kaki minum. Ini lah satu manusia paling munafik pernah saya jumpa. Inilah bekas Menteri Kesihatan yang nak tunjuk kuat sampai buat video nak buktikan kekuatannya pada rakyat Malaysia". Bula mato den bilo YB Teng sebut perkataan MUNAFIK. Mak ai. Member tahu cakap arab ko?

TGNA

YB Teng berucap sampai 12.30 pagi. YB Teng sebenarnya nak tunggu sampai TG Nik Aziz hadir di pentas itu. Tapi malang. TG Nik Aziz tidak dapat hadir kerana uzur. Malam itu sahaja TG Nik Aziz menghadiri 4 ceramah. Pentas DAP sepatutnya menjadi persinggahan terakhir TGNA malam tadi. Terkilan den. Takpo. Malam esok ado laie. Habis YB Teng berucap, hujan turun dengan lebat. Ni mesti Ibrahim Ali tengah berucap kek Batang Kali. Ha Ha Ha.

No comments: