Friday, April 2, 2010

Mari bantu NORIZAN SALLEH

oleh ali :

Den maleh nak bagi salam. Cik Norizan adalah mangsa tembakan Polis tanpa sobab. Bukan sekali tapi 5 kali! Apo nak jadi ni bai. Cik Norizan tidak punya apa-apa rekod jenayah tapi ditembak 5 kali. Keadilan wajib ditegakkan. Polis yang menembak Cik Norizan wajib dibicarakan dan dihukum. Siapa yang sudi boleh lah hulurkan bantuan kewangan kepada Cik Norizan bagi meringankan beban kos bil-bil kesihatan beliau akibat rawatan yang panjang di hospital. Beliau adalah ibu tunggal dan tidak mampu untuk bekerja buat sementara waktu (sobab kono tembak 5 kali).

Di mana PERKASA?

Encik Ibrahim Ali yang Super Melayu, mano ekau mangkuk? Siang malam jerit nak bela Melayu tapi yang bela Cik Norizan ni peguam Hindu. Wanita dan Puteri UMNO hanya alat perkakas ahli politik. Usah harap la 2 pergerakkan politik wanita Melayu ni nak membantu Cik Norizan. Ahli Parlimen PAS den lihat tak nampak bagi sokongan pada Cik Norizan. Apakah disobabkan beliau tak bertudung maka dia dipulaukan? Pliss jangan jadi bingai. Keadilan adalah untuk semua tanpa mengira apa latar belakang mereka. Justice for all. Islam for all. Yang den nampak Yb Zuraidah dari PKR bersama-sama beberapa ahli parlimen PKR yang lain sentiasa di belakang Cik Norizan. Tahniah dari den kerana bersama menegakkan keadilan untuk si mangsa.

N. Surendren

Den lamo perhatiakan dio ni. Sejak kes Hindraf 2007 mamat ni selalu keluar kat youtube-youtube Malaysiakini. Den nampak dio ni komited menjadi peguam bagi mangsa-mangsa yang menjadi mangsa ketidakadilan kerajaan BN. Ringkas ciyo den respek N.Surendren. Keep it up bro!

Tabung Norizan

Bab ni den tak reti. Tapi kalau boleh kenkawan di luar sana yang membaca ketidakadilan dan penderitaan Cik Norizan Salleh, boleh lah menubuhkan satu tabung untuk membantu beliau membayar bil-bil hospital. Buek nombor akaun bank untuk dio ko, bagi duit terus ke bank dio ko, sukati la asalkan beban Cik Norizan ringan dengan bantuan kito.


Link-link berkaitan : [link 1], [link2] dan [link 3]

No comments: