Wednesday, April 28, 2010

Kempen 'JUSTICE FOR AMINULRASYID'

oleh ali :

Salam keadilan buat arwah adik Aminulrasyid. Den raso semuo di antara kito setuju untuk lancarkan kempen membela kematian arwah Aminulrasyid. Kalau dulu 'Justice for Teoh Beng Hock', sekarang ni kito lancarkan kempen 'Justice for Aminulrasyid' pulak. Teoh Beng Hock totap dalam ingatan kito dan kempen Beng Hock totap diteruskan dan tidak dihentikan. Kito semuo wajib bangkit menuntut bela atas kematian arwah adik Aminulrasyid. Kalau korang nak tahu, tempat arwah adik Aminulrasyid mati ditembak di kepalo hanya 100 meter dari rumahnya. Dah nak sampai rumah dah. Korang bayangkan lah perasaan bonda arwah ni bilo tengok darah dan berlubangnya kepalo anak yang disayangi di kawasan kejadian. Tak sampai 100 meter dari rumah sendiri. Apo nak jadi ni bai.

Wahai bangsa Melayu

Bagi yang Melayu dan Islam, korang yang wajib membela kematian saudaramu. Jangan diamkan pekara ini atas dasar bukan kepalo anak den yang kono tembak. Satu hari nanti, insya Allah kepalo anak kito pulak yang kono tembak dengan Polis. Itu lah balasan ALLAH kepado muslim yang mendiamkan kezaliman dan kekejaman yang berlaku ke atas saudara muslimnya yang lain. WOI MELAYU!!! TAKKAN SELAMO EH NAK JADI BANGANG!!!

Gambar den rembat dari fb Fairuz Al-Jengkari

Big brader kito blogger perisik-rakyat tetiba menjadi rajin menyalin semulo report Polis kawan Aminulrasyid sobab gambar asal [link] tak berapa bosa dan jelas. Tahniah dan timo kasih den ucapkan. Den copy paste balik kek entri ni.

Kawan arwah Aminulrasyid menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam. Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh. Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu kereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami. AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti. Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala. Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang... .

Gambar den rembat dari blog brader Edyes

Apa yang perlu kita lakukan?

Senang je. Sebarkan info-info sebenar mengenai arwah adik Aminulrasyid di internet. Sebarkan gambar arwah adik Aminulrasyid seperti 2 gambar di atas ke dalam facebook, blog persendirian, twitter, forum-forum maya, emel, myspace dan frenster. Atau kalau nak pahala lebih lagi, buat risalah mengenai kes arwah ni dan cetak serta edarkan ke rumah-rumah. Kempen ini bertujuan menekan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri supaya segera membawa anggota-anggota Polis BABI terbabit ke muko pengadilan dan diadili mereka dengan seadil-adilnya. Paling utama pembunuh arwah adik Aminulrasyid mendapat balasan setimpal di dunia ini.

Wajib juga kito semuo mendesak supaya satu Suruhanjaya DiRaja dibentuk untuk menyiasat kes-kes Polis BABI yang zalim serta brutal bagi kes arwah adik Aminulrasyid dan kes-kes lain sebelum ini seperti kes Kugan. Tapi yang paling ponting sekali ialah kempen ini bertujuan supaya selepas ini nanti tiado kepalo orang awam yang tidak melawan ditembak oleh Polis BABI lagi. Kepalo anak-anak kito terjamin dari ditembak Polis BABI, insya ALLAH.

Semoga dengan usaha kempen kita yang tak seberapa ini, mendapat ganjaran di sisi ALLAH S.W.T

No comments: