Monday, October 5, 2009

[Misi Khas] - Sambutan Hari Raya Bersama TPM

Senyap, jangan heboh kat orang lain tentang misi ini.


Dari banner tersebut sudah kelihatan kesalahan pilihanraya yang jelas.Sepatutnya hanya lambang Umno dan Barisan Nasional sahaja yang dibenarkan di atas banner tu.Tapi Jata Malaysia dan Jata Negeri Sembilan dan lain-lain lambang kerajaan berada di banner.Lihat gambar.Jata Malaysia dan Jata N9 adalah simbol kemegahan kerajaan Malaysia dan N9.Apakah Pakatan Rakyat vs Kerajaan Persekutuan ??? Apa kata SPR???


Wow ada Live Band.Biasalah macam mana nak umpan penduduk Taman PD Utama jika bukan dengan hiburan.


Hiburan disajikan dahulu sementara menanti TPM Muhyiddin dan MB N9 Mat Hasan.Awal-awal lagi, pengacara majlis address nama Muhyiddin dan Mat Hasan dengan nama jawatan mereka dalam kerajaan.Sepatutnya dalam musim kempen pilihanraya ini,ia patut address nama Muhyiddin dan Mat Hasan dengan jawatan mereka dalam Parti Umno iaitu Timbalan Presiden Umno dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.


TPM Muhyiddin dah sampai bersama MB.Artis-artis sedang berdiri hormat.Artis yang saya kenal digambar ialah Ravi dan Ebby Yus.Helmi Gimmic pun ada tapi dia kat belakang stage.


TPM Muhyiddin, MB Mat Hasan dan Koh Tsu Koon sedang menyanyikan lagu Negaraku.Time ni bodyguard sedang berdiri tegak,jadi saya snap betul-betul depan mereka bertiga.


Muhyiddin sedang berucap.Berani juga dia sentuh isu Kugan dan Teoh Beng Hock.Dia boleh cakap itu hanya kesilapan kecil dalam sistem kerajaan.Tambah Muhyiddin,jangan dek kerana itu kerajaan Malaysia hendak disalahkan.Bula mato orang cino dan india mendengar ucapan Muhyiddin.Saya tidak tahulah samada mata kedua-dua kaum ini buntang kerana marahkan Muhyiddin atau sedang menahan lapar.Cuak juga Muhyiddin.Lalu Muhyiddin divert isu itu dengan mengatakan bahawa Pakatan sengaja menokok nambah isu-isu terbabit.


Lihat kaum India begitu beria-ia mendengar hujah Muhyiddin.


Penduduk Melayu pula tenang kerana tiada isu yang menyentuh hati nurani mereka.Mereka sebenarnya lapar.Den pun lapar gak.Bau ikan bakar dan daging bakar memang best.


Menteri Pertanian dan Asas tani Noh Omar begitu 'khusyuk' mendengar penipuan second bossnya.Menteri Penerangan Rais Yatim sedang pandang daging bakar kat sebelah stage.Sabarlah, semuo orang lapar termasuk den.Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan sedang berfikir.Ekau fikir apo tu jang??


Cek gergasi disampaikan oleh TPM Muhyiddin kepada penduduk Taman PD Utama.Sebanyak RM50,000 disumbangkan(baca:dirasuahkan) kepada penduduk Taman PD Utama sebagai menaiktaraf dan membaikki Balairaya kawasan itu.


Huh masa ni wartawan berpusu-pusu tangkap gambar.Tak sempat saya nak snap cek lagi satu.Eh mana wartawan Malaysiakini?? Cek lagi satu pula ialah sebanyak RM20,000.Jika tidak salah saya untuk projek menaiktaraf kemudahan awam di Taman PD Utama.


Akhirnya hero yang ditunggu-tunggu sampai jua.Mat Hasan rilek je.Tapi dalam hati siapa yang tahu.


Dalam misi khas ini,tidaklah niat saya mencari salah BN, tapi BN begitu megah dengan kesalahan yang mereka lakukan. Penggunaan agensi-agensi kerajaan secara berleluasa berlaku dalam majlis itu.Pegawai-pegawai Kementerian Penerangan digunakan sepenuhnya. Sedangkan ini majlis Parti Umno. Jika iapun, gunakanlah unit media Umno untuk propaganda sendiri.

Suruhanjaya Pilihanraya,SPR perlu memantau dan menjatuhkan hukum salah kepada mana-mana Parti yang menyalahgunakan kuasa agensi-agensi kerajaan. Ramai sudah sedar bahawa agensi kerajaan,badan-badan kerajaan,kementerian-kementerian dan lain-lain adalah entiti berbeza dengan Parti yang memerintah.Mereka adalah 2 entiti yang berlainan. Duit kerajaan adalah duit rakyat dan bukan duit Parti yang memerintah.

Bagi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, SPRM dan penduduk Taman PD Utama rasanya sedar jika bukan dek kerana kematian YB Azman sudah tentulah penduduk Taman PD Utama tidak merasa 2 cek gergasi yang bernilai RM70,000 sebentar tadi.Boleh ke cek itu ditunaikan??

Ini semua camouflage pilihanraya. Jika benar memang ada peruntukkan Rm70,000, duit siapa??

Jika duit kerajaan negeri,kenapa sebentar tadi disampaikan.Kenapa tidak disampaikan bulan depan?? Inilah namanya gula-gula pilihanraya. SPR dan SPRM mestilah adil dalam menghukum.Jangan berat sebelah.

Bagi pengundi-pengundi di Taman PD Utama, saya yakin mereka tidak termakan dengan gula-gula Umno/Barisan Nasional, Insya Allah.

TOLAK CALON RASUAH-TOLAK ISA

Bila ada Pilihanraya , PRK atau PRU maka siri ceramah menjadi ruang untuk Pakatan Rakyat mendedahkan segala kepincangan dan salah laku pimpinan UMNO dan BN secara terbuka. Di setiap ceramah pasti ramai yang akan datang, apatah lagi jika mengemukakan penceramah yang hebat.

Semalam 4 Okt, DS Nizar telah menyampaikan ceramahnya di Markaz PAS di Batu 61/2 Telok Kemang.Ucapan berapinya mendesak semua pengundi menolak ISA SAMAD. Calon yang paling tidak patut dan tidak layak diberi sebarang undi. Sudah hangat diperkatakan bahawa dialah orang yang paling teruk mengamalkan dan menerima rasuah.

DS Nizar mengingatkan janji-janji Najib ketika mula-mula mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri. Sama seperti janji-janji Tun Abdullah Badawi suatu ketika dulu, untuk menjamin sebuah pemerintahan yang bersih dan bebas dari rasuah.

Namun dengan pemilihan ISA Samad sebagai calon di Bagan Pinang jelas menunjukkan bahawa ianya adalah hanya sebuah janii-janji kosong. Dengan tunduknya Najib kepada desakan UMNO Bahagian Telok Kemang dan desakan Muhyiddin Yassin maka lengkaplah lagi sebuah konspirasi jahat yang bakal merosakkan rakyat khususnya rakyat di Bagan Pinang.

DS Nizar mendesak dengan sepenuh hati dengan ucapan yang berapi-api agar semua menolak manusia yang jahat dan terlibat dengan rasuah yang jelas diharamkan oleh agama.

Rasuah hanya mengayakan dan menguntungkan si penerima rasuah semata, hasilnya rakyat yang menderita kerana tidak mendapat hasil yang sewajarnya dan segala kemudahan yang sepatutnya lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan projek pembangunan setempat.

Isa Samad sendiri telah mengaku bahawa dirinya telahpun menerima hukuman dari salah lakunya ketika pemilihan UMNO yang lepas,(petikan dari Malaysiakini) namun kita harus jelas bahawa hukuman tersebut hanyalah di bawah bidang kuasa pimpinan UMNO dan tidak ada kena mengena dengan seluruh rakyat Malaysia kerana ianya bukannya diadili oleh sebuah Institusi Kehakiman yang sah dan adil. Malahan SPRM juga tidak mengambil apa-apa tindakan.

Oh...saya juga merasa amat sakit hati membaca satu lagi laporan terkini dari Malysiakini, mudah sahaja untuk Perdana Menteri 1 Malaysia menyatakan bahawa "Isa's offence a technical matter". Kenyataan ini secara lansung menunjukkan PM mengaku bahawa ISA SAMAD telah melakukan kesalahan.

Mudah benar untuk Najib mengeluarkan kenyataan seperti di bawah untuk menyokong lagi kemungkaran dan kezaliman.

...persoalannya samada beliau (ISA) layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita hatta penjenayah berhak mendapat peluang kedua dan boleh bertanding bila sudah menjalani hukuman. Kesalahan beliau adalah kesalahan teknikal....beliau hanya bertanding untuk kerusi dewan undangan negeri dan bukannya menteri atau kerusi menteri besar...

Apa maknanya kenyataan Najib seperti di atas...adakah ianya sama dengan nasib yang menimpa kepada rakyat biasa yang lain???

Malang sungguh nasib kita rakyat Malaysia dari golongan yang dikategorikan sebagai pembangkang. Lihat contoh yang menimpa ke atas Mendiang Teoh Beng Hock, beliau telah menerima nasib yang amat malang dan menyedihkan, sehingga mati dibunuh....bukti yang jelas bahawa beliau dibunuh.

Rakyat Malaysia yang prihatin merasakan amat dukacita dan tersentuh dengan peristiwa ini lebih-lebih lagi melihat gambar mangsa yang dijumpai sedemikian rupa. Kita juga rasa amat marah dengan dakwaan pimpinan negara dan SPRM yang menuduh bahawa Teoh Beng Hock telah membunuh diri. Satu tuduhan yang amat tidak berasas sama sekali.

DS Nizar menceritakan pengalamannya ketika menjadi seorang Jurutera dan melihat sendiri contoh di depan mata bagaimana keadaan seseorang yang mati membunuh diri dengan terjun dari bangunan setinggi tingkat 7 sahaja. Keadaan mata mangsa yang tersembul keluar, kepala pecah dan darah yang bersepah mercik ke merata tempat. Baru dari ketinggian tingkat 7.

Maka jelaslah sudah, kita dan anda rakyat Malaysia khususnya anda di DUN Bagan Pinang haruslah menolak calon yang jelas dan sudah terbukti terlibat dan mengamalkan rasuah. Walaupun beliau mengatakan bahawa beliau insaf dan sudah dihukum, namun beliau masih berdosa kepada bukan sahaja penduduk Bagan Pinang atau Port Dickson, malahan keseluruhan penduduk Negeri Sembilan kerana beliau telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama lebih dari 20 tahun...kita dan anda tidak perlu lagi menimbang untuk memberi peluang kepada beliau memegang tampok kepimpinan lagi.

Ustaz Ghani Shamsudin, AJK PAS Pusat turut berceramah semalam sebelum memberi ruang kepada calon yang turut hadir di tempat ceramah.

Saudara Zulkefly Mohd Omar menyampaikan ucapan ringkas menceritakan pengalaman beliau bertemu penduduk setempat terutama sekali dari golongan peniaga yang merasakan diri mereka teraniaya oleh BN.

Mereka tidak menjakankan perniagaan seperti biasa apabila tapak perniagaan mereka diambil oleh kumpulan BN yang membina khemah di kawasan mereka berniaga. Jumlah wang yang diberi sebagai gantirugi adalah langsung tidak mencukupi.

Akhir sekali sudah jelas sekiranya kita berfikir dengan waras dan mengikut ajaran agama mana sekalipun sudah tentu kita tidak akan memilih calon yang tidak memikirkan hak rakyat, mengamalkan rasuah, bersatu di bawah Parti dan pimpinan yang menjunjung akta-akta yang zalim seperti ISA, OSA, AUKU dan lain-lain lagi.

Motto 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN HANYA LEMBUT DI BIBIR DAN INDAH DIPANDANG DI BANNER YANG BESAR TERPAMPANG SAHAJA padahal tidak membawa sebarang makna kepada rakyat di Malaysia.

TOLAK CALON RASUAH, TOLAK ISA!!!!

Sunday, October 4, 2009

[Isu lokal] - Isu kaum India dan Hindu yang perlu ditangani oleh Pakatan di Bagan Pinang

Saya memetik dari laman berita Malaysiakini mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penduduk dan pengundi dari kaum India di Bagan Pinang.

Satu perkara yang sepatutnya perlu diambil berat oleh petugas-petugas di Bagan Pinang demi untuk memastikan pengundi berpihak kepada calon Pakatan Rakyat.

Dari laporan ini, aktivis Hindraf yang juga merupakan bekas tahanan ISA menggariskan 8 isu besar yang bakal memmbolehkan pengundi India berpihak kepada PAS melalui calonnya.

Isu-isu tersebut adalah seperti berikut:

1. Sekolah-sekolah Tamil
2. Adat-adat kebiasan kaum Hindu berkaitan kematian.
3. Kuil Hindu dan gereja yang tidak berdafar.
4. Peluang pekerjaan dan pertanian.
5. Perumahan Kos Rendah.
6. Kampong Tradisi dan warisan kaum India.
7. Pusat komuniti dan
8. Kemiskinan.

sumber dari malaysiakini

Kaum India adalah kaum kedua terbesar di DUN Bagan Pinang dengan jumlah peratusnya ialah sebanyak 20.74% lebih kurang sebanyak 2834 orang pengundi.

Seperti yang kita ketahui dan lihat sendiri, masalah yang disebutkan di atas adalah satu masalah yang 'real' dan wujud di mana-mana. Kebanyakan kawasan kaum Hindu adalah sangat daif dan tidak terurus dengan baik. Mereka sering dipinggirkan sedangkan mereka juga rakyat Malaysia yang wajib mendapatkan peruntukan yang sama. Pemimpin mereka hidup di dalam serba kemewahan sudah sekian lama.
T.Vasanthakumar-dari malaysiakini

Mungkin sangat baik sekiranya perkara ini diambil serius oleh petugas Pilihan Raya di sana dan membuat lawatan ke tempat-tempat yang berkaitan. Sudah tiba masanya kita membuktikan bahwa kita dapat membela nasib mereka dengan mengambil contoh yang telah dijalankan oleh negeri-negeri yang baru diambil alih oleh Pakatan Rakyat, paling kurang dan sudah tentu mengambil contoh pemerintahan di Negeri Kelantan yang tidak mengenepikan apa-apa bangsa dan agama. Kuil dan tempat ibadat berbagai agama tetap mendapat tempat di negeri tersebut.

Aktivis Hindraf T-Vasanthakumar mendakwa bahawa Isa Samad sepanjang pemerentahannya selama lebih 20 tahun telah gagal menyediakan kawasan perumahan kos rendah untuk kaum India. Sedangkan yang kita telah dengar dan baca banyak tanah-tanah di Port Dickson telah tergadai dek kerakusan Isa Samad...jadi sudah tentu kita tidak mahu nasib penduduk setempat digadaikan terlebih lagi untuk kaum India yang sudah sedia berada di dalam kesusahan dan kesempitan.

Selain dari isu-isu kemudahan asas, isu-isu berkaitan kaum India yang perlu diambil berat ialah berkenaan berita mengenai usaha P.Uthayakumar yang ingin mengajak agar kaum India memboikot PRK Dun Bagan Pinang dengan membawa isu yang jelas bersifat perkauman iaitu isu Kg Buah Pala di Pulau Pinang dan isu 'Kepala Lembu' di Selangor.

Petugas dan penyokong Pakatan Rakyat harus bijak menangani isu ini, lagipun segala isu ini adalah isu 'bawaan' dari zaman pemerentahan BN belaka. Kini pmpinan PR harus memastikan isu-isu ini ditangani dan diselesaikan sebaik mungkin.

Uthayakumar yang mengetuai sebuah Parti baru Human Right Party menyifatkan bahawa :“while Umno is race-based, Pakatan Rakyat is vote-based.” dalam menggesa kaum India untuk memboikot Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang tanpa memikirkan kesan masa panjang untuk kesejahteraan bangsanya sendiri seperti yang tertulis di laporan Malaysiakini :

"Three Indian political forces are set to vie for their vote
s by playing on the community's emotions without any consideration for the long effects on measures to uplift their social and economic status."

Bagi A Sivanesan, pimpinan tertinggi DAP pula, ia menyifatkan tindakan Uthayakumar hanya akan membiarkan kaumnya berada di dalam kebingungan dan tindakan yang salah untuk tidak membenarkan seseorang keluar mengundi.

A.Sivanesan-malysiakini

"He described the move as wrong as it their democratic right to vote for the candidate of their choice.

Moreover, a boycott will be self-defeating in that nothing will be achieved by way of changing the community's economic situation, he added."

Sebagai kesimpulan apa yang jelas setiap orang punya hak untuk mengundi dan memilih calon yang mereka sukai yang boleh membela nasib mereka. Tiada siapa yang boleh menghalangnya. Gunakan akal yang waras berpandukan maklumat yang jelas dan saheh, dan tidak mengikut perasaan yang bakal membinasakan diri sendiri, agama dan bangsa.

Friday, October 2, 2009

Kuatkan Azam untuk Kemenangan-Jom Bersama!!!

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, kepada semua pengunjung..

Saya telah dijemput untuk bersama menyumbangkan artikel untuk blog ini...FIGHT NEVER SURRENDER..menarik.

Buat masa ini saya juga mempunyai satu blog sendiri, boleh juga lawati blog ummuasiah. Penceritaan mengenai perjalanan hidup menjurus juga kepada perjuangan FIGHT Never Surrender.

Ya..untuk penduduk Bagan Pinang perjuangan mereka sudah bermula sejak awal lagi, bagi kami di luar sedang menguatkan azam dan semangat untuk terus turut sama berjuang untuk kemenangan, sebuah kemenangan yang bukan saja untuk Parti yang bertanding, tapi untuk semua rakyat Malaysia khususnya.

Sebagai permulaan saya kongsikan satu entry dari blog ummuasiah seperti di bawah:

Entah kenapa semangat LAWAN TETAP LAWAN kali ini amat membara.

Apatah lagi dengan semangat ingin menghapuskan pemimpin yang korup dan merosakkan rakyat dan negara...

Apatah lagi dengan semangat MENGHAPUSKAN ISA....

..dan yang lebih penting...Bagan Pinang dah tak jauh sangat..rugi kalau tak pergi..sebab kalau orang jauh boleh berkorban apatah lagi orang yang dekat...

Saya teringat ketika saya dan suami bertemu Zorro dan teamnya di Permatang Pasir.. Kebetulan terserempak dengan mereka di lobby hotel yang sama dengan tempat yang ingin kami tumpang rehat. Mereka menginap di hotel yang sama dengan kami. Bersungguh-sungguh mereka membantu.

Datang dan korban masa dan tenaga dengan sepenuhnya untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat...walau calonnya adalah dari PAS...ini masanya untuk kita berjuang untuk semua rakyat Malaysia...jika mereka berkorban maka kenapa tidak kita????...seperti mereka ini perjuangan untuk Rakyat Malaysia..bukan untuk golongan tertentu dan bangsa dan agama yang tertentu sahaja...

Gambar diambil dari blog zorro-unmasked.

Jom...sama-sama kita lawan...

Untuk kita yang beragama Islam..ha..ini dia baca peringatan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz:

"Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata.

Beliau berharap walaupun Bagan Pinang sebelum ini adalah milik umno-BN,tetapi ia tidak mustahil akan beralih kepada PAS berdasarkan senario politik semasa yang berlaku sekarang ini.

"Kini kita tengok sudah banyak PRK yang berlaku dan Alhamdullillah berpihak kepada Pakatan Rakyat dan sebelum ini di Parlimen Kuala Terengganu walaupun milik umno tetapi PAS berjaya mengambil alih dan ini adalah berkat kerjasama Pakatan Rakyat,"katanya lagi.

"Penglibatan orang Islam tidak kira piliharaya umum maupun kecil,seharusnya diajar berjuang untuk Islam bukannya parti kerana kalau berjuang kerana parti,lepas sahaja pilihanraya kita hanya ada dua iaitu menang atau kalah, tetapi kalau berjuang kerana Islam ia melibatkan Syurga atau Neraka,"katanya lagi."

dari Harakahdaily.net

[Isu Nasional] SELCAT dan Kepentingan Rakyat - Tawaran Kerajaan Pakatan Rakyat

Isu mengenai SELCAT atau Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan mungkin hanya sinonim dengan Kerajaan Negeri Selangor dan apa yang berlaku di Selangor. Namun sebenarnya ianya adalah satu badan yang amat baik yang ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Selangor di bawah Dewan Undangan Negeri.

Ianya membuka mata masyarakat dan mendedahkan kepada masyarakat tentang apa yang berlaku di sebalik tabir sebuah pemerintahan negeri terutama dalam hal berkaitan kewangan dan harta yang patutnya sampai dan disalurkan kepada rakyat setempat.

Dari isu ini juga membuka mata kita untuk lebih bijak dan berfikir dengan waras dan bukannya membuat tuli mengikut arahan pemimpin. Seterusnya membuatkan kita lebih yakin akan siapakah yang patut kita pilih untuk menjadi pemimpin kita. Seorang yang benar-benar mementingkan rakyat dan mendahulukan rakyat dan bukannya hanya untuk mengenyangkan perut sendiri semata.

Oleh itu saya kira amat bersesuaian untuk dikongsikan di ruangan ini.

Saya kongsikan di sini wawancara yang telah dimuatkan di dalam akhbar SELANGOR KINI terbitan September 2009 bertajuk "Apa pandangan orang awam tentang SELCAT"

1. Apa pandangan Puan Nashita terhadap fungsi Selcat kepada orang awam?

Jika dilihat kepada makna kepada SELCAT sahaja iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), saya rasa ianya sukar untuk difahami dengan jelas akan fungnsinya. Namun dengan usaha sulong kerajaan negeri mengenengahkan isu yang berkaitan dengan BALKIS ianya membuka mata saya khususnya mengenai fungsinya yang sebenar.

Bagi orang awam termasuk juga diri saya, ianya memberi peluang keemasan dan terbuka untuk mendengar dan melihat perjalanan satu sidang yang membongkarkan tentang segala amalan urustadbir sebuah kerajaan negeri yang telah menyalahgunakan kuasa mereka ketika berkuasa.

Sebelum ini kita hanya mendengar dan membaca tentang segala penyelewengan tersebut melalui media massa alternatif seperti SUARA KEADILAN, Harakah dan melalui internet. Maka dengan peranan yang dimainkan oleh SELCAT yang berupaya membawa saksi-saksi penting dengan bukti-bukti melalui transaksi, maka orang awam dapat menilai sendiri akan segala berita yang pernah didengari.

Sebelum SELCAT, setelah dirujuk kepada Sidang Dewan Undangan Negeri membuat keputusan, orang awam yang mendengar dan mengikuti sudah boleh menilai akan kebenarannya.

SELCAT adalah satu JK yang amat baik, yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri bukan sahaja untuk menilai dan menyelidik segala penyelewengan dan salahguna kuasa oleh badan-badan yang berkaitan kerajaan negeri Selangor, malah ianya membuka mata kita tentang bagaimana harta dan wang yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat dengan mudah disalahgunakan oleh pemimpin dan kuncu-kuncu mereka ketika mereka berkuasa.


2. Perasaan Puan bila mengetahui berbagai info sebaik mengikuti pendengaran awam itu?

Seperti yang disebutkan sebelum ini, kita sudah mendengar sedikit sebanyak maklumat salahguna kuasa ini melalui media alternative, namun melalui sesi SELCAT ianya mendedahkan lebih banyak lagi dan segala bentuk penyelewengan yang telah berlaku. Sudah tentu sebagai orang awam dan rakyat yang bermastautin di Selangor saya merasa amat terkejut dan sukar dipercayai bagaimana seorang yang bernama Khir Toyo yang asalnya bukanlah sesiapapun, hanya seorang rakyat biasa juga, seorang doktor gigi , sanggup bertindak sehingga ke tahap yang sukar dipercayai, dalam menggunakan wang rakyat dan wang kerajaan negeri untuk kepentingan diri sendiri dan keluarganya.

Walaupun dia cuba menafikan dengan jawap balas tanpa hadir ke sesi SELCAT namun bagi kita yang mendengar sendiri dari mulut saksi yang hadir terutamanya dari Datin Khairiah Pengerusi (Perbadanan Negeri Selangor Berhad) PNSB, jelas menunjukkan seperti kata-kata panel SELCAT seolah 2 badan penting dalam syarikat milik kerajaan negeri ini telah menjadi petty cash kepada kepentingan sendiri.

Memang sesungguhnya sebagai seorang rakyat Selangor dan orang awam merasa begitu sedih dan kecewa tentang perlakuan ini. Saya juga hairan bagaimanakah penjawat awam seperti mereka yang hadir menjadi saksi sanggup membabitkan diri dalam hal ini, hingga bila mereka perlu menjawab di hadapan SELCAT mereka seolah masih mahu membela dan menegakkan benang yang basah. Mereka sepatutnya mengakui sahaja sekiranya benar merasakan apa yang telah dilakukan adalah satu penyelewengan, kecualilah sekiranya mereka juga menikmati sebahagian dari habuan tersebut.

Rakyat sewajarnya merasa kecewa dan sedih kerana pemimpin dapat hidup mewah dengan wang rakyat dan negeri, tetapi rakyat terpaksa berhempas pulas untuk membiayai kos kehidupan yang semakin tinggi.

3. Pandangan Puan terhadap perjalanan Selcat selama 7 hari itu?

SELCAT adalah satu JK yang amat baik yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri bukan sahaja untuk menilai dan menyelidik segala penyelewengan dan salahguna kuasa oleh badan-badan yang berkaitan kerajaan negeri Selangor, malah melalui perjalanan SELCAT selama 7 hari itu, ianya membuka mata kita tentang bagaimana harta dan wang yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat dengan mudah disalahgunakan oleh pemimpin dan kuncu-kuncu mereka ketika mereka berkuasa.


Dengan ruang dan peluang yang diberikan kepada orang awam untuk hadir mendengar juga lebih membuktikan ketelusan tersebut.

4. Apa komen Puan terhadap panel Selcat dan cara mereka menjalankan tugas..

Alhamdulillah, saya berpuashati dengan panel SELCAT pada sidang yang telah berlansung. Kesemua ahli SELCAT dari Pakatan Rakyat yang telah dilantik telah hadir dengan sepenuhnya dan menjalankan tanggungjawab masing-masing. Soalan yang ditanyakan kepada saksi-saksi juga adalah baik tanpa sebarang kekerasan mahupun ugutan.

Malangnya bagi 2 orang panel SELCAT yang dilantik dari BN mereka telah gagal untuk hadir dan menjalankan tanggungjawab mereka.

Saya bangga dengan kesemua panel dari SELCAT dari Pakatan Rakyat yang telah dilantik oleh rakyat. Semoga mereka juga sendiri beroleh pengajaran dari penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin yang terdahulu. Semoga mereka menjauhi diri mereka dari melakukan perkara yang sama.

Dalam apa jua hal...rakyat perlu didahulukan...

5. Mengapa orang ramai perlu mengikuti pendengaran Selcat?
Rakyat perlu mengambil peluang keemasan ini. Satu sidang yang dijalankan secara terbuka. Peluang untuk mendengar dan menyaksikan sendiri. Peluang untuk menilai sendiri, bukan hanya menilai dari jawaban dan penerangan dari saksi, malah menilai sendiri prestasi dan cara ahli panel SELCAT menunaikan tanggungjawab mereka.

Rakyat boleh juga menilai apakah sesi SELCAT hanya untuk mendedahkan keaiban pemimpin yang terdahulu atau lebih kepada memastikan rakyat didedahkan kepada fakta yang sebenar di sebalik salahlaku pemimpin yang terdahulu.

Di salah satu hari pada sidang SELCAT saya dan suami tidak dapat menghadiri sendiri, kami hanya menonton dan mendengar secara live dari internet, namun kami tidak berpuashati, lalu terus meluangkan masa untuk pergi sendiri ke SUK.

Beberapa siri sidang tersebut boleh di baca di sini.

Tuesday, September 29, 2009

Pakatan wajib cepat sediakan YOUTUBE untuk sebaran KHAS untuk PRK Bagan Pinang !!!

oleh: ali

Tidak seperti prk Bukit Gantang sentimen untuk menang belum membara dikalangan pencandu politik di Bagan Pinang.Selepas 3 oktober 2009,maybe bahangnya terasa.Disini suka kami merumuskan bahawa prk di Bukit Gantang antara prk paling sengit antara 8 prk yang lalu.Apa yang menariknya telah tersebar 3 video youtube yang tersebar di alam cyber dan juga dilayar putih di prk Bukit Gantang.Kesan dari 3 video tu amat menyengat kerana mesejnya yang ringkas, tepat dan padat.

Jadi tanpa melengahkan masa diharap unit penerangan Pakatan Rakyat membuat video youtube yang serupa tapi khas untuk Bagan Pinang.Jika tak mampu serahkan tanggungjawab tersebut kepada bloggers pro pakatan rakyat.Tahulah kami membikinnya.Tahulah kami mencari pengarahnnya.Tahulah kami mencari kamera dan lensa yang sesuai.Yang pasti kami tidak mahu Hasan Ali menjadi pelakon dalam video youtube bikinan kami.

Amacam unit penerangan Pakatan Rakyat,kepada siapa mahu diserahkan tanggungjawab itu???

Undi di Bukit Gantang adalah untuk demokrasi di Malaysia



Balik Mengundi



Jangan biar Nizar kalah



3 video youtube di atas adalah khas untuk prk Bukit Gantang.Walaupun tidak sempurna, ia memberi impak yang besar kepada para pengundi di Bukit Gantang.Ingatlah Pakatan Rakyat,jangan jadikan ketiadaan akses media mainstream sebagai alasan lagi.Fully utillised lah internet yang ada. Janganlah lokek mengeluarkan sedikit belanja demi perubahan.Isu-isu yang tepat perlulah untuk video youtube yang direka khas untuk prk Bagan Pinang.Ringkas, tepat dan padat adalah motto pembikinan video youtube Bagan Pinang.U tube kat bawah ini juga menarik.

Negaraku - My Malaysian Dream


Cepat Pakatan,kita tidak punya masa lagi.Jika hendak buat video youtube prk Bagan,biar High Quality.

Sunday, September 27, 2009

Kaizen/Penambahbaikkan Semasa Sesi Ceramah atau Penerangan Pakatan Rakyat.

Kita terus pada point:

1]Sediakan Bakul sampah di tempat ceramah.
>Seriously,tidak kira umno atau Pas,cina atau melayu,jika tidak ketemu tong sampah maka mereka akan buang sampah secara selamba di tempat ceramah.

2]Sediakan tandas bergerak yang bersih dan wangi.
>Bayangakan peminat-peminat dan pelancong pemilu datang dari jauh dan mendengar sesi ceramah berjam-jam.Sudah tentulah bladder mereka mahu dikeringkan.Kesihatan bladder perlu dijaga.PR perlu serius dalam hal menjaga kesihatan para penyokongnya dan juga pengundi N31 Bagan Pinang.

*Dilihat Unit Amal dari PAS dan Unit Ehsan dari PKR hendaklah memainkan peranan penting dalam isu ini.Kami percaya bila 2 isu ini ditangani dengan bijak,rakyat akan melihat Pakatan Rakyat adalah profesional dan juga dilihat profesional.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg83P6e6kl0i2qajnPW_zhrfDpdslSAJxbiKhfkGA40ZOKF-28e3GLuu7VNlLgBbK0A95vpmIra56k8zHB9I9QWH4JyMz6axAFt2TGEEX7Fzh6FqiOwwEwlJ-PJbtJ_SNyaU8HIA9FF9A0k/s320/logoamal4.jpgUnit Ehsan Malaysia

Friday, June 12, 2009

Hari Penamaan Calon : Suatu Prediksi


Kurang 6 jam dari sekarang, dijangka penamaan calon bagi kerusi N31 akan berlansung. Tidak seperti pilihan raya kecil sebelum-sebelumnya, Bagan Pinang bakal menyaksikan suatu kelainan semasa hari penamaan. Umum dapat melihat jika pada pilihan raya kecil yang sudah berlalu, penyokong mengiringi calon Pakatan Rakyat adalah dalam jumlah yang sangat besar dan jauh mengatasi calon lawan. Namun, demi membuktikan BN masih relevan, Isa Samad pasti akan memaksimakan kehadiran penyokongnya.

Hal ini akan menimbulkan sedikit gangguan kepada perjalanan penamaan calon jika ianya tidak dapat diuruskan dengan baik. Saling menyorak adalah normal namun jika masing2 tidak dapat mengawal peri laku, ditakuti sesuatu yang lebih buruk bakal berlaku seperti pergaduhan dan seumpamanya lebih-lebih lagi dengan kehadiran pasukan provok pihak lawan.

Justeru, beberapa peringatan adalah diharapkan dapat dipandang serius:

1. Pastikan anda berada pada laluan yang betul sebagai penyokong Pakatan Rakyat seperti yang dihebahkan oleh urusetia

2. Berjalan secara berkumpulan dan elakkan berada ditempat-tempat yang ramai penyokong lawan

3. Kawal emosi dan bertindak hanya menurut arahan semasa daripada pimpinan terlibat. Jangan bertindak sendirian dan jangan termakan provok pihak-pihak yang menyamar.

4. Jika ada yang memulakan pergaduhan, sebaik mungkin ambil gambarnya dan kemudian jangan cuba untuk mencampuri urusan pergaduhan tersebut. Pakatan Rakyat mempunyai pasukan keselamatan yang bakal menguruskan hal-hal seperti itu. Kemudian secepat mungkin selidik latar belakang pencetus pergaduhan tersebut, jika menjumpai apa-apa maklumat, salurkan terus kepada pimpinan mahupun mana-mana blogger untuk tindakan lanjut.

5. Elakkan kesesakan jalan dengan merancang parking kenderaan dengan baik. Tidak mengapa jika perlu berjalan kaki jauh sedikit.

Didoakan penamaan calon esok berjalan dengan lancar.