Thursday, December 24, 2009

Forum Pemikiran Politik & Dakwah TG Nik Aziz pada Sabtu lepas di Bangi. Ada apa-apa yang istimewa ke ?

oleh ali :

Den amik gambar banner pakai kamera adik den. Tarikh dan masa adalah benar seperti yang tertera. Kemalangan yang berlaku di Bagan sudah diteladani. Ha Ha Ha. Boleh klik kat semua gambar yang ada kat entry ni untuk super duper besar. Entry lain pun boleh.

Salam satu Malaysia. Sepatutnya penulis menghadiri Konvokesyen PR, tiba-tiba diingatkan tentang forum ni. Disebabkan rumah penulis dekat dengan Bangi, maka ke Bangi la kito. Nabi pun ada ajar, kalau nak amik lauk, amik yang paling hampir dengan mu. So, penulis pergi yang paling dekatlah. Lauk tu bai. Ha Ha Ha. Di mana rumah penulis ?? Di Area Fifty One la.

Panelis dan pengganti panelis

Kalau lihat banner, tak payah diajar, tentulah yang hadir ialah bakal Perdana Menteri Malaysia ke-8, Prof. Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah, paling dibenci oleh Nik Amalina, Yb Hussam Musa dan Ust. Riduan Md. Noor, pentaksub tegar TG Hadi. Alih-alih ...


Woi den salah tompek ko ni. Ado 2 mangkuk tak datang. Tapi diganti dengan cawan. Husam sakit lalu diganti oleh orang yang paling dibenci Ariffahmi, Annual Bakri Haron yang juga dikenali sebagai "pembantu-pembantu sesat ayahanda" oleh Nik Abduh. Mamat ni bikin Salam Kamunting takdo sorang pun pertikai. Den buat salam satu Malaysia, satu Malaysia kritik den. Sobab dio pakai kupiah putih anak tok guru korang double standard dengan den, kamon la. Manakala Ust. Riduan Md. Nor diganti oleh Prof. Madya Badlihisham M. Nasir. Anak M.Nasir tu bai. Ha Ha Ha. Kalau Dr. Abu pun diganti orang memang den claim duit minyak kat penganjur. Minyak mahal woi. Dari Area 51 ke Bangi abih 5 liter minyak pegi balik. Itu tak termasuk duit tol(Tahan Orang Lalu).

Den pujilah usaha-usaha yang orang Bangi buat bagi menjadikan Bangi sebagai Bandar Ilmu. Ini adalah forum ke-4. Yang datang pun ramai. Makwe-makwe dari UKM pun banyak yang hadir. Diaorang tak reti malu ko, asyik kenyit mato kek den. Macam tu ke diaorang respek orang tampan. Tak patut. Sepatutnya "Bang, bila saya boleh masuk meminang ni. Tak sabar la dengan abang". Tak sabar apo tu bai.

Keunikkan TGNA yang tidak terdapat pada insan lain

Forum ni bagus. Selain memuji TG Nik Aziz, banyak ilmu-ilmu baru den dapat. Annual Bakri Haron mendedahkan bahawa TG Nik Aziz(TGNA) tidak pernah pakai dompet. TGNA hanya pakai sampul surat sebagai dompet. Wow, sesuatu yang baru bagi orang lain tetapi tidak bagi den. Cumo den tak pakai sampul suratla. Beliau juga mendedahkan bahawa TGNA tidak pernah lupa solat dhuha 2+2 rakaat. TGNA bagi beliau seorang yang direct dan simple. TGNA suka tanya soalan-soalan yang simple tetapi menikam. Contoh, baru-baru ini selepas sesi usrah bersama TGNA, TGNA telah mengadakan survey dikalangan ahli usrah. Soalan ditulis dikertas. Berapa kali anda membuat solat tahajud, setiap hari, kadang-kadang atau tak pernah langsung. Lalu kertas diedarkan kepada anak usrah. Soalan seringkas itu pun susah bagi sesetengah orang nak menjawabnya.

Survey Dr. Abu Hasan Hasbullah

Jikalau Mawi dikenali sebagai Raja SMS, Dr. Abu pula den gelarkan sebagai Raja Survey. Rupanya dia buat survey lagi. Ingatkan abis seminar khas dah takde survey. Ado lagi bai. Kali ni survey pasal Kelantan dan populariti TGNA dikalangan remaja Melayu yang bekerja dikilang. Kalau survey pasal Kelantan, Dr. Abu mendedahkan bahawa pembelanjaan isi rumah orang Kelantan amat tinggi. Ringkas cite, orang Kelantan ni kaya raya. Beliau juga mendedahkan semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu, buat pertama kalinya TESCO Kelantan kehabisan barang dan stock. Siap buat pengumuman oleh TESCO, "Pliss la, barang kami dah abis bai. Tolong boli kek tompek lain. Stock untuk bulan dopan pun korang dah sapu." Tidak pernah dalam sejarah super market kat Malaysia buat pengumuman barang dah abis. Huiyoo. Bapak kaya orang Kelantan nih.


Bila Dr. Abu dah bukak laptop, faham-faham la korang. Dia tengah baca carta pai la tu. Agak hati den la. Dalam surveynya tentang populariti TGNA, beliau mendedahkan bahawa, dikalangan pekerja kilang remaja Melayu, hampir 70% sokong dan suka TGNA. Bila tang TG Hadi, survey tu terbalik. Kira 30% sokong Hadi. Ini kalau TG Hadi tak paham, den tak tahu nak kato apo lagi bai. Patutlah Ust. Riduan Md. Nor tak datang. Takut kena tibai kot. Ha Ha Ha. Dr. Abu membuat remarks, bahawa PAS bertahan selama ini kerana sosok TGNA dan bukan kerana kepimpinan Ulamak. Anak M.Nasir bantah. Sukati ko la bai. Dr. Abu bawak fact and figure, anak M.Nasir bawak air liur. Lepas tu buat muka cam bagus. Bonci lak den. Takpe-takpe. Ini demokrasi. Kita layan. Ha Ha Ha.

TGNA pandai berpublisiti

Dr. Abu mengakui kebijaksanaan TGNA mendapatkan liputan media arus perdana. Mana mungkin media arus perdana membuat liputan atau publisiti percuma kepada PAS. Tetapi TGNA pandai bikin publisiti untuk dirinya dan PAS lalu disiarkan oleh media mainstream. Contoh, bila TGNA kata "Tuhan Samseng". Berhari-hari media(Di kaca tv dan di dada-dada akhbar) memberikan publisiti percuma kepada TGNA dan PAS. Lalu publik tidak akan lupa kepada PAS. Isu tajaan pergi haji misalnya, ia diperkatakan oleh media selama 17 hari. Bagi media baru, sebanyak 25 ribu blog berbicara isu yang sama. Pandai tak TGNA tackle media ?? Pandai la bai. Dr. Abu mendedahkan bahawa crisis is business . TGNA pandai dalam bab ni. Tang point ni den teruja kojap. Selamo ni orang kapitalis je yang pandai buat duit bila datang krisis. "Ooo orang politik pun boleh sobab nak dapatkan publisiti sobab market dia pengundi," kato hati den. Orang Jemapoh kena ulas sikit bondo ni. TGNA pakar dalam bab nak dapatkan publisiti dari media yang tak pernah berpihak kepada beliau.

Pengaplikasian ilmu-ilmu Islam

Selain dari itu, Dr. Abu membuat satu lagi bold remark iaitu TGNA ini adalah satu-satunya ulamak yang mempunyai wilayah pemerintahannya sendiri selepas jatuhnya Empayar Islam terakhir iaitu Ottomon atau Othmaniyyah oleh Sultan Abdul Hamid II. Cuba namakan ulamak-ulamak yang anda kenal, Hasan Al-Banna, Abu Ala Al Mawdudi, Al-Qardhawi, Fathi Yakan dll kesemuanya tidak mempunyai wilayah untuk mempraktikkan ilmu yang ada di dada. Ia habis di medan ceramah dan di dalam kuliah-kuliah pengajian. Tetapi tidak bagi TGNA. Ia mempunyai wilayah untuk mengimplimentasikan ilmu-ilmu yang ada di dadanya. Adalah Dr. Abu sebut tentang sejarah Melayu lama di Pagoh. Den tak berapa nak tangkap sobab perut den dah lapar. Dari potang semalam sampai pagi hari ni den bolem jamah papo. Ok kita terus pada sesi soalan.

Pengalaman Dr. Abu sendiri

Tapi sebelum tu, dulu den ingat(persepsi la ni) Dr. Abu power bab future studies dan kurang ambil berat tentang sejarah. Tetapi persepsi itu diruntuhkan bila melihat beliau beraksi di Astro Awani 7-8 bulan lepas. Den dah lupo Astro Awani tu diskusi bab apo. Sebelum sesi soalan, Dr. Abu telah mendedahkan beliau juga telah menggunakan polisi crisis is business kepada dirinya sendiri. Beliau telah bikin panas bila mengkritik habis-habisan filem Sepet dalam paper. Disebabkan itu Rais Yatim yang ketika itu Menteri Penerangan telah melantik beliau sebagai ahli(Lembaga kot) Finas. "Rais Yatim kenal mana saya ni jika tidak dek kerana kritikan saya pada filem Sepet," kata Dr. Abu sambil poyo. Hoii dah lapar ni, terus pada sesi soalan.


Sesi soalan


Sesi soalan panas sikit la walaupun duduk dalam air-cond. Panas untuk Annual Bakri la sebab dia Setiausaha Politik TGNA. "Anta kah yang dikatakan sebagai pembantu sesat TGNA yang memberikan pendapat yang salah kepada Tok Guru". Haa ambik kau. Boleh tahan gak soalan orang Bangi ni. Sapa suruh jadi S/U. Ha Ha Ha. Tapi Annual Bakri ni jawab relax je. Annual Bakri kata TGNA ni a very good listener person. TGNA dengar pendapat semua orang. Dengar pendapat dia dan para S/U yang lain, dengar pendapat kesemua ahli exco dan juga dengar pendapat ahli dewan harian PAS Kelantan. TGNA gaul semua pendapat itu, kemudian baru dia keluarkan pendapat dia. Si Annual Bakri ni pun poyo gak. Kejap cakap engrish, kejap cakap klate. Kejap slow, kejap pitching dia tinggi. Boleh tahan gak mamat ni bila berbicara. Dialah yang banyak buat lawak jenaka pagi tu. "Bakpo la hino rambut krinting ambo nih," kata Annual Bakri poyo.

Ariffahmi & Kelantan

"Boleh saudara terangkan tentang isu Ariffahmi," tanya penanya. Bula mato semua orang pada Annual Bakri. Orang Bangi jangan buat memain bai. Semua celik IT. Tapi Annual Bakri tenang menjawab soalan tu. Dia pun terangkan yang perlantikkan dibuat on merit. Dia ada Ir. Dia ada pengalaman. Kira si Annual Bakri ni puji si Ariffahmi bagi mempertahankan TGNA. Lepas tu Annual Bakri kaitkan dengan Saidina Abu Bakar sebagai bapa mertua Nabi yang juga Khalifah Islam pertama. Saidina Uthman adalah menantu Nabi dan juga Khalifah Islam ketiga. Audien terpesona dengan cerita Annual Bakri. Walhal den sonang je nak patahkan hujah Annual Bakri, baginda wafat tak tinggalkan wasiat nak lantik siapa jadi Khalifah. Semua lantikkan dibuat selepas nabi wafat. Tapi kira okla si Anual Bakri ni menipu. Kira dia banyak belajar dari Mustafa Ali. Kira menipu untuk mempertahankan maruah TGNA dan Ariffahmi. Padahal Ariffahmi banyak memfitnah Annual Bakri melalui blogger yang diupah olehnya. Sila klik link ini. Jika Sheikh Azidi dikatakan budak Husam, Ariffahmi mempunyai barisan blogger bagi mempertahankan dia. Lebih dari sorang tu bai. Power tak power si Arif ni. Terbaru yang masuk sebagai barisan blogger Ariffahmi ialah Nik Amalina iaitu isterinya sendiri. Dayus betul menggunakan isteri sebagai perisai. KJ takde pun nak gunakan Nori. Takde suruh bukak blog pun. KJ lebih lelaki dari Ariffahmi. Kombang hidung den kojap. Bangga sebagai anak N9. Apa pun den puji Annual Bakri kerana tidak menggunakan medan yang terbentang luas kepadanya untuk mengkritik balik Ariffahmi malah memujinya lagi. Dalam hati siapa yang tahu.

Soalan khas untuk Dr. Abu

Soalan khas untuk Dr.Abu hanya ada satu. Itu pun den yang tanya. Ha Ha Ha. Nak letak kat facebook ke ?? Karang Dr. Abu kenal sapa Ali Baganutama. Payah pulak. Soalan den ringkas je. Hukum hudud sesuai atau tidak dilaksanakan di Malaysia. Soalan den ringkas tapi jawapan dia panjang. Bermula di pergunungan Austria pada tahun 1223(kot?), para paderi berbincang dan bla bla bla. Secular berasal dari ajaran Kristian, agama dijaga oleh para paderi bla bla bla. Tapi bab gunung tu den ado raso lucu. Jauh betul para paderi ni berdiskusi. Atas gunung tu bai. Paderi ni suko main salji kek atas gunung tu ko ?? Punyalah panjang last-last jawapan beliau ialah kena laksana sebab ia adalah perintah dalam Quran. Sangat kontradik dengan surat den kepada Suhaizan Kayat. Klik untuk lihat surat. Atau Dr. Abu tidak boleh memberi jawapan sebenar kerana berada di rumah yang salah ?? Tak kisah lah tu. Malam karang den tanyo kek Dr. Yusuf Qardhawi. Selama ni baco buku Qardhawi, den nak tanya face to face dengan Qardhawi. Kok dapekla. Maso den abih tanya soalan kek Dr. Abu semua orang bula mata pandang den. Tadi diaorang bula mato pandang Annual Bakri, sekarang bula mato pandang den. Biasalah nak glamer kena cipta krisis. Ha Ha Ha.

Artikulasi & Makan

Akhirnya, Dr. Abu sebagai tambahan berkata, TGNA sepanjang dia hidup tidak pernah berkata tentang sesuatu perkara atau isu dengan dimulakan dengan perkataan atau ayat "Saya percaya...", "Saya rasa...", "Saya akan kaji...," dan sama waktu dengannya. Statement Dr.Abu ini diiyakan oleh Annual Bakri. Jawapan TGNA kepada wartawan atau kepada orang lain adalah solid dan menyakinkan. Tiada keraguan dalam ayatnya. Ini menunjukkan TGNA berpengetahuan luas dan yakin terhadap jawapannya sendiri. Dr. Abu mengatakan bahawa dalam PAS jarang ada pemimpin PAS yang pandai berartikulasi(pandai bercakap-cakap atau petah berkata-kata) seperti TGNA. Majlis selesai tepat pada pukul 1 tengahari. Den ingat ado makan-makan. Adoihai. Takdo makan bai. Surau ni lagi bosar dari masjid tompek den, takkan takdo makan. Huhuhu. Lapar perut den maso solat zuhur. Apapun tahniah kepada Surau An-Nur(lebih dikenali sebagai surau harun din) Bandar Baru Bangi kerana menganjur forum sebegini. Nak ramai kono ado makan. Mesti ramai punya.

Saturday, December 19, 2009

Surat terbukaku kepada kekanda Suhaizan Kayat. Hudud dan PAS, suatu persoalan ?

oleh ali :

Kehadapan kepada kekandaku Suhaizan Kayat. Semoga sihat hendaknya. Di sini adinda ingin berbicara dengan kanda. Telah diketahui kanda akan berucap bagi mewakili PAS dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada hari Sabtu 19 Disember nanti.

Benarkah kanda Suhaizan mahu membahaskan supaya Pekara 4 Perlembagaan Persekutuan dipinda agar membenarkan kerajaan-kerajaan negeri melaksanakan undang-undang Islam(Syariah) atau Hudud diperingkat negeri-negeri ?? Jika benar izinkan dinda berbahas dengan kanda akan isu ini. Jika tidak benar sekalipun, dinda masih berhajat untuk berbicara demi kepentingan umat Islam Malaysia. Mungkin pandangan dinda sedikit berbeza dengan kanda.

Isu negara Islam & Hudud

Polemik isu ini sentiasa berterusan dan kadangkala memualkan bagi sesetengah yang tidak memahami. Hujah-hujah matang berdasarkan ilmu dan fakta atau berdasarkan evidence base jarang diperkatakan. Jika diperkatakan ia berbaur sentimen kepartian dan dibauri oleh sikap prejudis. Boleh dinda bertanya kepada kanda, adakah hudud ini adalah "real problem" atau hanya "presenting problem" ?? Mari kita sama-sama fikirkan secara objektif.

Kanda, adakah negara Malaysia ini negara Islam ?? Bagi dinda, jawapannya umpama menjawab soalan siapa mana yang dahulu, ayam atau telur ?? Chicken and egg question ini agaknya boleh dimisalkan dengan perumpamaan ini,

"Abu apepasal kau tak solat jumaat"

"Aku punya pasal la, ape hal kau nak sibuk"

"Kau ni kapir la Abu"

Satu hari kawan ni ajak pegi solat maghrib.

"Abu jom solat maghrib berjemaah kat masjid. Ada ceramah Harun Din"

"Eh apepasal aku nak pegi pulak. Itu hari kau cakap aku kapir. Orang kapir mana boleh solat"

Kanda, kita selalu mengatakan orang di sebelah sana tidak melaksanakan Islam. Malah kita tergamak mengatakan negara ini bukan negara Islam semata-mata kerana tidak menjalankan hudud. Sedangkan negara Islam menuntut pembaikkan yang berterusan, samada dari segi pembangunan material mahupun spritual. Kaedah dakwah kita selalu celaru dengan kita selalu berperanan sebagai penghukum. Kita selalu berpendapat, bila kita menghukum pihak di sebelah sana, kita sedang berdakwah. Walhal teknik itu salah. Sebagai pendakwah dan juga ahli politik yang bijaksana, kita harus pandai berdiplomasi dan tidak bertindak sebagai penghukum. Pendakwah dan penghukum adalah 2 pekara yang amat berbeza sekali.

Pihak di sebelah kita

Kita yang selalu mengatakan negara ini bukan negara Islam, maka tentulah kerja kita lebih banyak lagi memandangkan banyak bidang-bidang kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, kesihatan dan orang melayu itu sendiri yang perlu diISLAMkan dalam ertikata yang sebenar. Presiden kita semasa menjadi Ketua Pembangkang pernah mengatakan bahawa hudud ini hanya mewakili 0.01% juzuk dari ajaran Islam. Habis mana lagi baki 99.99% ?? Kita masih belum boleh menunjukkan contoh 99.99% dari ajaran Islam yang berbaki itu. Dalam bidang ekonomi, publik boleh mempersoalkan tentang KOHILAL. Dalam bidang kesihatan, orang akan hairan mengapa PPK atau Pusat Perubatan KOHILAL tidak berkembang. Kanda boleh klik link ini dan baca point nombor 4 untuk keterangan lanjut. Nanti publik akan mempersoalkan kita, bagaimana mahu melaksanakan hudud walhal dalam bidang-bidang lain kita ketinggalan. Kenapa kita terlalu sangat menekankan hukum hudud sedangkan banyak pekara lain yang kita jauh tertinggal ??

Masalah Solat yang belum selesai

Solat adalah pekara pertama yang amat dititikberatkan dalam agama kita. Baginda nabi kita menerima wahyu tentang kewajipan solat bukan melalui malaikat Jibrail tetapi direct melalu ALLAH. Adakah persoalan solat dikalangan orang Melayu sudah diselesaikan ?? Adakah solat telah berjaya membentuk keperibadian dan sikap orang Melayu ?? Masih ramai Melayu yang belum solat. Bagi yang bersolat, berapa ramai pula yang khusyuk dan menghayati solat sebagaimana baginda nabi dan para sahabat bersolat. Walaupun orang Melayu bersolat, mereka tidak membaca al-Quran dalam solat. Mereka membunyikan al-Quran sepertimana burung kakak tua berkata-kata. Burung kakak tua tidak faham apa yang diperkatakan walaupun petah berkata-kata. Begitu juga orang Melayu bila bersolat, mereka membunyikan al-Quran tetapi tidak faham apa yang dibunyikan. Membaca dan membunyikan apa yang dibaca adalah 2 pekara yang amat berlainan sekali.

Kanda mahu bukti yang isu solat belum selesai di kalangan Melayu ?? Lihat sendiri gejala sosial, buang anak, berzina, kes ragut dan lain-lain, orang Melayu yang menjadi juaranya. Allah telah menegaskan dalam al-Quran, sesunggunya solat boleh mencegah daripada perbuatan keji/fahsya(zina) dan mungkar. So bila perbuatan keji(zina) dan mungkar masih berleluasa, itu petanda solat orang Melayu ada masalah(jika bersolat) dan tidak solat langsung. Hudud adalah bentuk pencegahan "Dari luar ke dalam" manakala solat adalah mekanisma pencegahan "dari dalam ke luar". Atas premis itu, solat lebih utama daripada hudud dalam usaha membenteras kemungkaran tanpa dinda menafikan kepentingan hudud.

Masalah Tauhid

Dalam jemaah kita sendiri masih ramai yang dihinggapi masalah tauhid. Tauhid mereka tidak lurus kepada ALLAH. Tauhid mereka tidak bersih. Ada yang mempercayai benda-benda tahyul seperti bela ikan tertentu akan dapat "ong", berubat dengan bomoh, mandi bunga nak mendapatkan jodoh atau kerja, pakai tangkal dan lain-lain lagi.

Kadang-kadang dinda melihat masyarakat Melayu kita pada hari ini saling tidak tumpah seperti arab jahilliyyah semasa Muhammad dilantik menjadi Rasul. Malah lebih teruk dari itu lagi. Orang Melayu buang bayi tanpa mengira jantina dalam tong sampah, orang arab jahilliyyah baik sedikit, dia tanam bayi perempuan hidup-hidup. Tapi bukan itu persoalan yang mahu dinda rungkaikan. Orang arab jahilliyyah juga mempercayai ALLAH sebagai tuhan mereka. Nama bapa kepada Baginda Nabi kita dinamakan sebagai "Hamba Allah" atau Abdullah oleh datuknya. Allah sendiri merakamkan tentang keadaan akidah orang arab Quraisy ketika itu dalam Surah Al-Ankabut(29), ayat ke-61. Ia berbunyi :

Dan sesungguhnya jika kamu yang tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan ??" Pasti mereka akan menjawab: "Allah"...

Jika begitu perihalnya, mengapa Baginda nabi masih diutuskan sebagai Rasul untuk membawa risalah tauhid kepada suku kaum Quraisy?? Dan mengapa pula risalah Tauhid yang dibawa nabi ditolak oleh kaumnya ?? Di sini dinda nampak satu titik persamaan antara kaum Quraisy dan orang Melayu pada zaman sekarang. Iaitu syirik. Mari kita baca Surah Az-Zumar(39), ayat ke-3. Ia bermaksud :

"Kami tak sembah berhala ini melainkan supaya mereka membawa kami dekat kepada Allah"

Walaupun suku kaum Quraisy percaya kepada kekuasaan Allah tetapi mereka terang-terangan mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala. Oleh itu, kempen Baginda nabi ke atas kaumnya bukan memperkenalkan Allah kerana kaumnya sudah lama kenal Allah dan sifatnya tetapi nabi memperkenalkan kempen anti-syirik. Kempen anti-syirik itu ialah nabi membawa kaumnya hanya menyembah dan memperakui kekuasaan Allah sahaja. Lain-lain benda atau sesuatu selain dari Allah ditolak sama sekali.

Apa berhala orang Melayu ?? Sudah tentulah Melayu tidak menyembah berhala seperti kaum hindu. Tetapi Iblis berjaya memesongkan akidah orang Melayu dengan menjadikan tangkal, bomoh, pemimpin, ulamak, bela ikan tertentu ada ong, mandi bunga untuk tujuan tertentu, materialistik, wang dan segala macam sebagai berhala. Orang Melayu dengan sengaja atau tidak sengaja menyembah berhala dalam rupabentuk baru ini. Jika akidah orang Melayu belum bersih dari berhala-berhala ini, bagaimana tauhid mereka mahu lurus kepada Allah. Jika mereka solat pun, solat mereka tidak diterima Allah. Dan bagaimana solat mereka mahu mencegah mereka dari pekara keji dan mungkar ?? Kanda, adakah hudud sesuai diperkatakan kepada golongan ini ?? Solusi yang sesuai ialah memantapkan pendidikan dan dakwah kepada publik dengan hikmah dan kasih sayang.

Tariq Ramadan

Baru-baru ini pemikir Islam dan bekas pensyarah Universiti Oxford iaitu Tariq Ramadan telah datang ke Malaysia. Tariq adalah anak kepada Said Ramadan. Said Ramadan ini telah dibuang negara oleh Presiden Mesir iaitu Gamal Abd. Naser kerana aktivitinya dalam Ikhwan Muslimim. Said dibuang lalu bermastautin di Switzerland. Di sana anaknya Tariq Ramadan dilahirkan. Said Ramadan adalah menantu kepada Hasan Al-Banna iaitu founder kepada Ikhwan Muslimin. Ringkas cerita Tariq Ramadan adalah cucu Hasan Al-Banna.Semasa di Kuala Lumpur, ia telah ditanya tentang Islam dan hudud.

Tambahnya, ulama perlu membezakan prinsip dasar perundangan Islam dan juga undang-undang syariah, sesuai dengan keperluan semasa, untuk mencapai objektif prinsip tersebut."Contohnya, Saidina Umar Al-Khattab telah menggantung sementara pelaksanaan hukum hudud pada satu tahun ketika rakyatnya menghadapi kebuluran.Bagaimana ini boleh dilakukan sedangkan di dalam Al-Quran telah menyatakan (kewajiban hudud) ini dengan jelas?" katanya lagi.

Jelasnya, undang-undang itu perlu difahami sebagai satu tujuan untuk mencapai keadilan dan bukannya tentang pematuhan kepada kod syariah semata-mata."Kita memerlukan (model) yang lebih sofistikated. Untuk pergi ke arah itu, kita perlu mempunyai wawasan, rangka kerja dan perubahan radikal dalam pemikiran kita," katanya lagi.

Jelasnya lagi, prinsip Islam bersifat sejagat dan merentasi tempat dan masa tetapi model tertakluk pada konteks masa atau lokasi pelaksanaan sesuatu."Jadi, jika kita cuba mempraktikkan model Madinah (pentadbiran Islam era Nabi Muhammad) di Kuala Lumpur, ia adalah mustahil," katanya, kini presiden Jaringan Islam Eropah yang berpusat di Brussels.


Adinda percaya kanda Suhaizan pasti memahami apa yang dimaksukkan oleh Tariq Ramadan. Wahai kekandaku, kita belum pun mencapai kemenangan. Waktunya belum sesuai untuk membicarakan hudud.

Umar Abdul Aziz

Mari kita renung kembali sirah khalifah Umar Abdul Aziz.

Apabila mencapai kemenangan, tidak semestinya semua perkara yang menjadi cita-cita Islam dilaksanakan terus, sebaliknya berhikmah dalam perlaksanaan perlu dilakukan. Perlaksanaan Islam seperti yang dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz amat perlu dipelajari. Waima memerintah secara solid, banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan beliau.

Abdul Malik, yang merupakan anak beliau bertanya, " Mengapa tidak dilaksanakan semua perkara Islam, walhal kita sudah memerintah”. Umar bin Abdul Aziz hanya menjawab, ”Jangan kamu gopoh wahai anakku, sesungguhnya Allah cela arak dalam al-Quran sebanyak dua kali, kemudian haramkannya pada kali yang ketiga”


Kanda, mungkin kita boleh belajar dari Taliban. Semasa mereka menguasai negara Afganistan. mereka melaksana hukum Islam secara total dan terburu-buru. Menyebabkan semasa mereka diserang Amerika, rakyat tidak bersama Taliban. Bagaimana mungkin rakyat mahu bersama mereka, sedangkan cara Taliban tidak diplomasi dalam melaksanakan undang-undang syariah disana.

Dulu popular satu gambar yang tersebar dimana seorang pemuda Taliban yang bersenjata menarik janggut seorang tua untuk solat jemaah. Solat jemaah bagus, tapi approachnya tidak kena. Boleh dinda katakan sebagai kurang ajar. Itu sahaja sudah mendatangkan persepsi yang salah kepada Islam.

Mari ke Kelantan

Di negeri ini kita mendapat kuasa. Adakah kita menggunakan kuasa dengan sebaik-baiknya di negeri Kelantan?? Famili adinda pernah bermastautin disini selama 2 tahun di Pangkalan Chepa. Malah disini ahli famili dinda bertambah 3 orang. 2 ipar dan satu anak buah.Hanya 2 pekara yang ingin diperkatakan oleh dinda. Golongan remaja dan kebersihan.

Remaja di Kelantan banyak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Kedua-dua ibubapa para remaja ini sibuk dengan pekerjaan dan aktiviti perniagaan menyebabkan ibubapa ini menyerahkan anak muda mereka kepada kerajaan untuk dididik. Ibubapa ini menganggap pengisytiharaan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam pada akhir tahun 2005 sebagai lampu aladin untuk menyelesaikan masalah sosial anak remaja mereka. Tiada yang mudah dalam hidup ini. Memang ada usaha untuk memulihkan anak remaja Kelantan ini. Tetapi bagai ada yang sesutau yang pincang di sana.

Bukti bahawa anak remaja Kelantan mempunyai masalah sosial terutama di Kota Bharu ialah dengan kewujudan Raudhatus Sakinah,RS kelolaan JIM di Kota Bharu. Semua orang tahu JIM adalah NGO bebas yang tidak punya kaitan dengan PAS. Setakat ini JIM menubuhkan 3 pusat RS di Malaysia dan meletakkan prioriti penubuhan pusatnya di tempat-tempat yang tinggi gejala sosial di mana wanita muda yang menjadi mangsanya. Kenapa Kelantan ada RS ?? Jawapannya mudah, gejala sosial tinggi di negeri ini walaupun PAS yang memerintah. Kanda klik link ini untuk aktiviti RS Kelantan. Adakah hudud sebagai solusi remaja di Kelantan ?? Dinda rasa itu bukan jalan penyelesaiannya. Ia masih bertitik tolak kepada tauhid, solat dan pendidikan. Sepertimana yang dinda bincangkan di awal-awal surat ini.

Kebersihan di Kota Bharu masih lagi menjadi cabaran besar bagi kerajaan yang diterajui PAS. Sedangkan kebersihan adalah sebahagian dari iman. Malu kita nak bandingkan tahap kebersihan Kota Bharu dengan bandar Singapura. Padahal Singapura tidak Islam pun kerajaannya. Tetapi rakyatnya Islamik dalam soal kebersihan. Selain dari masalah iman, rupanya MPKB-BRI mempunyai masalah sampingan. Kanda boleh klik link ini dan ini sebagai bacaan lanjut.

Sebagai tambahan, remaja di Kelantan keliru dengan dakwah di sini. Mereka mempunyai persepsi bahawa ajakan kepada dakwah Islam adalah ajakan kepada parti. Ini tidak kena. Sepatutnya kita agungkan nama Allah. Bukan nama parti. Kanda, kita mesti sama-sama berusaha untuk selesaikan masalah ini dahulu sebelum ke agenda yang lebih besar lagi. Selain sebagai tanggungjawab kita bersama, tidaklah pihak musuh menyindir kita, "Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran".

Menegakkan Negara Islam cara Nabi

Mula-mula turunnya wahyu tentang keesaan Alllah semasa period di Mekah. Surah-surahnya pendek. Di tahap ini nabi menggunakan 2 kaedah iaitu berdakwah dan pendidikan. Kempen dakwah nabi ketika mengajak suku kaum Quraisy di Mekah ialah mereka diajak berfikir tentang alam yang dijadikan tuhan. Kemudian diterangkan sifat-sifat Allah, kehidupan selepas kematian, syurga dan neraka.

Bagi mereka yang sudah menerima Islam, nabi terus mendidik mereka agar lebih mantap dan tahan diuji. Pada tahap ini setelah mereka menerima Islam dengan akal, iman itu dimantapkan ke dalam jiwa. Hati dan fikiran manusia disedarkan dan dididik melalui surah-surah Makkiyah tentang kebesaran Allah, syurga neraka dan perkara-perkara ghaib.

Dakwah dan pendidikan dilakukan secara lemah lembut dan berterusan. Lalu lahirlah generasi pertama sahabat yang digelar oleh As-syahid Syed Qutb sebagai generasi al-Quran. Waktu itu, walau sebesar mana pun pertentangan yang datang, nabi tidak membalasnya. Keluarga Yasir dibunuh, Bilal diseksa. Khabab pula ditusuk dengan besi panas berapi di bahagian belakang tubuhnya. Bila Khabab tidak tahan diseksa, nabi bersabda, "Umat terdahulu lebih dahsyat diseksa sehingga kepala mereka digergaji..". Ada para sahabat-sahabat yang mahu membalas penyeksaan tersebut. Tetapi nabi menahan mereka dengan lunak.

Bukan kerana takut. Nabi tidak membalas pertentangan itu kerana tempoh berdakwah tidak boleh diganggu dengan peperangan dan membalas balik provokasi musuh. Maka dalam dakwah kita mesti melahirkan keindahan, keamanan dan kasih sayang. Dulu pemuda PAS terkenal dengan slogan "Duta Penyelamat dan Kasih Sayang" yang dibawa oleh kanda Salahudin Ayub. Mana pergi slogan itu ??

Setelah 13 tahun, barulah nabi berhijrah ke kota Madinah. Di sini nabi memulakan tahap baru perjuangan dengan turunnya ayat Quran yang menuntut dilaksanakan peraturan Allah sebagai satu cara hidup yang lengkap. Menerusi surah-surah Madaniyah yang lebih panjang berbanding surah Makiyah, Allah menjelaskan falsafah dan perlaksanaan sistem hidup Islam yang merangkumi bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan, perundangan dan lain-lain.

Dengan kekuatan iman dan persaudaraan muslim, cara hidup Islam dapat ditegakkan walaupun mendapat persaingan dari yahudi Madinah dan musyrikin Mekah. Ketika umat Islam di Madinah terus mara ke hadapan dengan pelbagai kemajuan dalam bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan, ketenteraan dan budaya, pada yang sama juga para sahabat terus dididik dengan sifat-sifat ikhlas, pemaaf, pemurah dan saling berukhwah serta tidak mementingkan diri sendiri. Dengan itu, para sahabat sikit pun tidak terpaut dengan kekayaan, kuasa dan gilakan populariti atau kemasyhuran walaupun segala-galanya sudah berada di tangan mereka.

Kanda, itulah negara Islam model Baginda Nabi. Dinda coretkan sebagai bahan berfikir kita bersama. Apakah model itu telah kita teladani ??

Cadangan semasa berucap di pentas

Dinda mempunyai beberapa cadangan untuk kanda bahaskan semasa berucap di pentas Konvesyen PR pada tengahari esok.

Ekonomi. Nasib rakyat dihujung tanduk. Ditambahparahkan bila 5 ahli Parlimen kita tidak hadir mengundi baru-baru ini di Parlimen. Bahaskan kanda. Cukai GST mahu diimplimentasikan di negara ini. Tentang habis-habisan GST. Gerakkan peserta konvensyen, supaya mereka tidak tidur melihat periuk nasi rakyat ditabur pasir oleh Kerajaan Barisan Nasional (5 MP kita bangga menolong mereka dengan senyuman).

Shodow Cabinet. PR sebagai government in waiting perlu tunjukkan komitmen untuk meraih kepercayaan publik. Publik perlu jelas siapa yang akan menjadi Perdana Menteri PR, siapa akan menjadi Menteri Kewangan, siapa akan menjadi Menteri Pendidikan dan lain-lain. Ini supaya publik boleh menilai kemampuan mereka. Kena pilih elok-eloklah. Jangan main-main dalam soal ini. Kita perlu mendapat rasa yakin rakyat terhadap kita. Baru publik selesa mengundi kita dalam Pru-13 nanti.

Logo baru PR

Synchronize. Buat waktu ini, negeri-negeri yang dikuasai PR mempunyai halatuju yang berlainan tanpa keselarasan dari segi matlamat dan halatuju. Kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP tidak sama dengan Kerajaan negeri Selangor yang dibawah kawalan PKR. Yang hairannya, Kerajaan PAS Kedah tidak sama dengan Kerajaan PAS Kelantan. Jika Selangor boleh bagi free air 20 meter padu maka kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR juga perlu mengikut langkah yang sama. Baru ada keselarasan. Pulau Pinang boleh mengadakan hari tanpa plastik, maka negeri-negeri dibawah PR juga perlu mengadakan hari tanpa plastik.

"Sekurang-kurangnya, di peringkat negeri-negeri, biarlah terdapat keseragaman agar rakyat dapat melihat model 'Malaysia Baru' yang ingin dibawa oleh PR di peringkat pusat nanti"


Akhirnya, dinda mendoakan supaya kanda Suhaizan Kayat dapat berucap dengan penuh semangat seperti selalu dan mengharumkan nama agama kita. Adinda amat mengharapkan kanda dapat menghayati kata-kata ini "Seek first to understand, than to be understood" bila berucap dan berbahas nanti. Dinda yakin kanda tidak akan mengelirukan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam malah membantu mereka memahami Islam dengan lebih baik. Rakan-rakan bukan Islam itu tidak seperti kita. Dinda yakin kanda akan berucap nanti mengikut level pemikiran mereka. Bak sabda nabi yang lebih kurang bermaksud, "Berdakwahlah mengikut tahap akal mereka".

Oleh kerana kanda seorang pembaca dan peminat buku, dinda rasa sudah tentu kanda Suhaizan sudah khatam buku tulisan Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi yang bertajuk Fiqh al-Aulawiyyat. Kanda tentu faham maksud Qardhawi apa yang perlu diutamakan dari yang utama. First things first. Apa prioriti kanda dalam ucapan dalam konvensyen nanti ?? Kanda seorang yang tahu. Semoga kanda dapat menyusun perkara-perkara dan isu-isu yang lebih aula dari yang aula. Pilihlah perkataan yang tepat. Bagi yang tidak memahami perkataan aula, aula bermaksud penting atau utama. Jika kanda masih tidak faham akan maksud buku itu, kanda sendiri boleh bertemu dengan penulis buku itu selepas habis Konvensyen PR, pada waktu Maghrib di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam. Tapi dinda percaya kanda faham isi kandungan buku itu. Insya allah. Kalau boleh tanyakan pada Qardhawi apa itu maqosid negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Mungkin jawapannya sama dengan kanda. Atau sama dengan dinda. Siapa tahu ??

Adinda juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada kanda jika ada perkataan dinda yang melukakan kanda. Ala, bukan tak biasa kita ni saling mangkuk memangkukkan dalam dewan pemuda. Ha Ha Ha. Semoga ukhwah kita berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Dari adindamu yang tampan,
Ali

Friday, December 18, 2009

Tahniah Malaysiakini. Anda adalah HERO rakyat !!!

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Lihat tajuk mesti kenkawan fikir penulis nak bodek Malaysiakini supaya terima penulis jadi penulis di Malaysiakini. In your dreamlah. Ha Ha Ha. Semua orang mengkagumi Malaysiakini. Kenapa orang kagum dengan Malaysiakini ?? kenapa tidak dengan portal berita web yang lain seperti Harakahdaily ?? Itu semua akan terjawab selepas ni. Sebelum tu, mari kita semua saksikan youtube ini. Jom.



Dah 10 tahun Malaysiakini menabur bakti kepada rakyat Malaysia. Ketahanan mereka bertahan dalam iklim demokrasi Malaysia amat mengkagumkan. Bukan sedikit tekanan yang mereka hadapi. Menjadikan Malaysiakini cepat matang dan berpengalaman. Walaupun pernah dikatakan Malaysiakini pernah pro kepada Parti Keadilan Rakyat, tetapi itu cuma tuduhan picisan.

Setia pada PRINSIP

Trademark Malaysiakini adalah bebas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Apa yang dipentingkan oleh Malaysiakini adalah kebenaran. Kebenaran tidak mengenal apa parti yang anda sertai. Kebenaran tidak pernah mengenal kaum. The truth is colour blind.

Disebabkan menggigit prinsip kebenaran dengan gigi geraham, pejabat Malaysiakini pernah diserbu dan komputer-komputer mereka ditahan polis. Komputer kena tahan bai. Power tak Malaysiakini ?? Power la bai. Jikalau tak, mengapa Tun Mahathir sendiri memberi recognition terhadap Malaysiakini. Tak percaya tanda tak melihat youtube kat atas. Mangkuk copal la bai kalau tak tengak youtube kat atas.

Penulis masih ingat lagi semasa Dato' Zaid Ibrahim menghadiri jemputan satu grup media sempena press freedom selepas Mac 2008. Waktu itu Dato' Zaid adalah salah seorang anggota menteri kabinet Pak Lah. Zaid Ibrahim kena fire dalam sesi tersebut. Semasa sesi soal jawab, Stevan Gan dari Malaysiakini diberi penghormatan istimewa untuk menyoal Zaid Ibrahim. Steven Gan diberi tepukan gemuruh sebelum dan selepas menyoal Zaid Ibrahim. Tak pecaya lihat youtube dibawah ini pada minit ke 4.40 dan seterusnya.



Lihat semua orang respek Stevan Gan. Bukan senang nak gain respect manusia pada zaman sekarang ni.

Anugerah sebagai tanda penghargaan

Penulis mencadangkan salah sebuah dari mana-mana 4 negeri Pakatan Rakyat memberi anugerah Dato' atau Tan Sri kepada pengasas atau founder Malaysiakini sempena mana-mana birthday Sultan dalam negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat wajib mengenang peranan Malaysiakini yang membolehkan saluran informasi yang tepat dan betul kepada rakyat Malaysia lalu mengundi pembangkang serta buat pertama kalinya menafikan 2/3 majoriti dalam parlimen. Tanpa Malaysikini, harapan untuk menafikan 2/3 majoriti adalah mustahil.

Stevan Gan

Suka penulis ingatkan di sini Stevan Gan bukan adik kepada Dato' Gan. Dato' Gan adalah saudara kandung kepada Isa Samad. Ha Ha Ha. Selain Stevan Gan, Premesh Chandran adalah pengasas bersama Malaysiakini. Mereka berdualah yang mewarnakan Malaysiakini pada hari ini.

Premesh Chandran

Sorry aaa. Ini bukan company 30% for Bumi. Jadi tiada Melayu sebagai co-founder. Tiada DEB dalam Malaysiakini. Persepsi penulis dan para pelayar internet dalam negara ini ialah Malaysiakini mengamalkan budaya kerja on merit. Itu sebab laporan-laporan berita Malaysiakini bermutu, tepat dan pantas.

Jadi memang berbaloilah mereka berdua mendapat title Dato' atau Tan Sri. Negeri-negeri yang dikuasai Pakatan mesti bagi title tu. Malaysiakini adalah suara rakyat. Malaysiakini adalah lambang kebebasan bersuara rakyat Malaysia. Jika negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf peranan dan sumbangan Malaysiakini melalui penganugerahan title Dato' atau Tan Sri melalui mereka berdua, maka Pakatan Rakyat sebenarnya tidak mengiktiraf kebebasan bersuara di Malaysia. Lebih malang lagi, Pakatan rakyat tidak mengiktiraf para pengundi yang mengundi mereka dalam Pru lalu. Sebab para pengundi iaitu rakyat mengiktiraf peranan Malaysiakini. Jadi oleh kerana rakyat Malaysia adalah tuan dan pemimpin Pakatan Rakyat adalah kuli, maka bila dah tuan mengiktiraf dan menghargai Malaysiakini maka kuli kena ikut sekali lah. Karang tak memasal tuan pecat kuli. Makan pasir la kau kuli. Ha Ha Ha.

Kriteria pemilihan

Lagi satu kita mesti educate rakyat, bahawa penganugerahan title Dato' dan Tan Sri perlulah kepada mereka yang benar-benar layak. Ini taukeh ayam pun dapat Tan Sri. Pelik. Ini bukan sebarang ayam bai. Negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat perlu menyediakan kriteria khas siapa yang layak mendapat title yang berprestij itu. Tidak salah belajar dari Great Britain bagaimana mereka dengan ketat memberi title 'SIR' kepada rakyatnya. Nanti ada orang cakap, "Memang la bai, sebab dia ada satu Sultan." "Bukan Sultan la mangkuk, Queen lah". Tak kira lah ada berapa Sultan, tapi kita mesti pilih seseorang itu melalui merit. Alex Ferguson misalnya, dia dapat anugerah 'SIR' setelah berjaya menjadikan pasukan Manchester United pada kedudukkan ternama dan berprestij pada waktu sekarang. Lihat sahaja barisan koleksi piala yang Manchester United dapat. Dari peringkat liga hingga dunia. Maka memang layaklah Sir Alex Ferguson sebagai pengurus kelab Manchester United dapat title 'SIR' dari Queen Elizabeth.

Stevan Gan dan Premesh memang layak dapat title dari Sultan dari mana-mana negeri Pakatan. Tak kira lah Dato' atau Tan Sri. Bagi penulis mereka berdua memang layak walaupun tiadalah Malaysiakini mengumpul koleksi piala macam Sir Alex Ferguson. Kita mesti respect usaha dan komitmen mereka berdua. Jika mereka berdua dapat title yang selayaknya, misalnya Dato', ia akan menjadi contoh kepada rakyat. Rakyat akan menjadikan mereka berdua sebagai idola.

"Adik dah besar nanti nak jadi apa?,"

"Saya nak jadi macam Dato' Stevan Gan."

"Stevan Gan ke Stevie Wonder,"

"Dato' Stevan Gan la. Mangkuk betul la brader ni."

"Err nape nak jadi macam dia? Kenapa tak nak jadi angkasawan,"

"Eh abang ni datang dari planet mana?? Takkan tak tahu Dato' Stevan Gan pengasas Malaysiakini. Dia tu hero rakyat Malaysia. Sama taraf dengan Hang Jebat. Berani macam Hang Jebat. Apa daa. Itu pun tak tahu"

Sumbangan terbesar Malaysiakini
Ikuti sambungan dalam episod akan datang....

Thursday, December 17, 2009

Saya dan Hadi

oleh Cucu Cicit Bani Adam :

Salam Anon 11.57

Posting BP di atas, adalah komen yang telah saya tulis dalam posting blog BP baru-baru ini.

Saya bertanggungjawab apa yang saya tulis. Saya bukannya, sehari dua menjadi ahli Pas. Saya telah menjadi ahli Pas sejak tahun 70an sehingga kini. Saya pernah menjadi pemimpin peringkat kawasan di Wilayah Persekutuan. Dan sehingga kini saya masih menjadi ahli Pas yang setia.

Dari bersongkok bertukar kepada Serban

Komen saya tentang TGHH, tidak akan menjejaskan kehebatan dan sumbangan beliau sejak beliau menjadi ahli dan pemimpin Pas ,iaitu sejak beliau berceramah dengan bersongkok, berpakaian baju batik dan berseluar panjang sehingga dia bertukar imej kepada berserban dan berpakaian jubah. Dan sehingga kini saya masih menghormati beliau sebagai presiden Pas kerana itu adalah kehendak para pewakilan Pas selepas pemergian Tuan Guru Fadhil Noor (semoga Allah merahmati rohnya).

Menegur pemimpin

Walaubagaimanapun, adakah salah saya menegur pemimpin dan memperkatakan sisi kelemahan beliau supaya beliau dapat membetulkan kelemahan yang jelas kelihatan terutama dari segi kepimpinan.

Kalau teguran kepada pemimpin satu kesalahan , bagaimana pula dengan keadaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang menegur dengan keras terhadap para khalifah selepas Nabi kecintaan umat , mengadap kekasihnya, Tuhan Rabbul Jalil?

Adakah teguran sahabat-sahabat Nabi S.A.W , itu timbul dari niat , buruk sangka dan hati busuk?

Jawapannya tentu tidak. Teguran para sahabat terhadap para khalifah selepas ketiadaan Nabi tercinta adalah tumbuh dari hati yang jernih untuk membetulkan kesilapan 'insani' para khalifah yang empat , yang bukan maksum tetapi dijamin memasuki syurga oleh Allah dan Rasul.

Zon peperangan

Untuk makluman saudara, kita sedang berada dalam zon perang dengan golongan nasionalis yang sepanjang kewujudan mereka, sentiasa hendak menghancurkan kebangkitan dan perjuangan umat.

Khusyuknya berfikir

Oleh itu kita mahu kesemua pemimpin Pas , termasuk TGHH, melihat ke dalam diri dan mendengar teguran ahli bawahan yang melihat terdapat beberapa ciri kelemahan yang melekat pada batang tubuh dan pemikiran mereka.Teguran memang pahit terhadap pemimpin , tetapi untuk layak menjadi pemimpin dalam keadaan suasana perang ideologi yang sebegini ganas, pemimpin Pas perlu mendengar pandangan ahli bawahan demi kebaikan jemaah dan umat Islam amnya , secara baik dan berusaha membaiki kelemahanan yang ada.

Kualiti penulisan buku para pemimpin

Saya juga menulis tentang kegagalan pemimpin Pas, termasuk TGHH dari segi penulisan buku yang terlalu simplistik. Kalau ulamak dalam Pas mahu menulis, biarlah tulisan itu melambangkan kesarjanaan yang tinggi agar setaraf dengan ulamak Timur Tenggah atau Benua India. Kalau Almarhum Buya HAMKA, tokoh pemimpin Muhammadiah di Indonesia, Syed Abul Ala Maududi , Ketua Umum Jemaatul Islami, Pakistan dan Syed Qutub, Ikhwan Muslimin, boleh menghasilkan kitab-kitab tafsir yang besar dan dibaca oleh jutaan umat Islam seluruh dunia, apakah halangan para ulamak Pas menghasilkan kitab tafsir? Mungkinkah sebabnya mereka gagal untuk dimasukkan ke penjara oleh pemerintah sekular yang ada, maka kesempatan menulis kitab tafsir atau kitab yang boleh dianggap sebagai 'masterpiece' itu tiada?

Yang cuba saya katakan, Ulama Pas kini, sudahlah gagal menjadi pemimpin yang efektif dan pintar bersilat digelanggang politik, tetapi dalam masa yang sama dari segi penulisan kitab pun mereka gagal juga sedangkan mereka dianggap ulamak yang 'muktabar' oleh pengikut Pas, termasuk saya.

Kerisauan ahli parti

Oleh kerana itu bila saya merasa gelisah dan risau dengan pemimpin bertaraf ulamak ( kecuali seorang dua ulamak). Adakah salah, saya menyatakan kegelisahan saya?

Mungkin ada yang akan mencemuh saya dan berkata , "kalau ulamak seperti TGHH gagal berusaha menjadi pemimpin yang berwibawa, mengapa tidak kamu saja yang tampil memimpin Pas kalau diri terasa hebat?" Maka jawapan saya, " Sesungguhnya saya pun tidak punya ciri-ciri pemimpin yang boleh melonjak jemaah kepada satu 'level' yang tinggi untuk menundukkan parti UMNO dan BN yang serba korup".

Maaf kalau terkasar bahasa.Saya insan lemah disisi Allah.

Wednesday, December 16, 2009

Kesarjanaan, ILmiah, Kualiti buku & Hadi

oleh Cucu Cicit Bani Adam :

Previously on Jualan 'Biografi TG Hadi' & 'Buku Tulisan TG Hadi'

Saya memang tak suka baca buku TGHH. Buku dia tidak melambangkan kesarjanaannya yang tinggi. Kebanyakkkan buku tulisannya mungkin sesuai untuk pelajar sekolah rendah. Atau bak kata orang 'for beginner'.

Jangan bandingkan TGHH dengan Dr Yusuf Qardhawi. Dr Yusuf , ulamak bertahap mujtahidin. Ulamak Melayu kebanyakkannya dari dulu sampai kini, standard sama dari segi pemikiran dan pendekatan.

Prof. Dr. Yusuf Qardhawi, Mujtahid Alaf ini

TGNA , Dr Harun Din dan beberapa orang ulamak gerakan Islam Malaysia yang dilihat sebagai ulamak besar gagal dari sudut menulis buku berbentuk ilmiah, boleh dicop sebagai hancur lebur.

Saya teringat draf perlembagaan Negara Islam Pas yang dicetak, kalau tak silap tahun 1999 atau 2004, terlalu simplistik. Kononnya dikaji sekian lama, sebelum dicetak. Kalau setakat perlembagaan Islam yang macam itu tak perlu ulama yang drafkan, beri kepada Aduka Taruna pun , dia boleh tolong buatkan.

Tukang rasmi Draf Negara Islam pada tahun 2004

Bila TGHH, cuba ketengahkan gagasan UG, lagilah khalayak umum tak berapa suka membaca buku beliau. Gagasan beliau tidak dicanai secara baik tapi merapu dan tiada hujung pangkalnya. Itu sebab buku-buku beliau terbitan PTS merudum.

Dari segi ceramah TGHH, semakin hancus. Tak seperti dizaman waktu mudanya yang mungkin disebabkan permulaan kebangkitan Islam di Malaysia sekitar tahun akhir 70an dan awal 80an. Kaset ceramah beliau laku dimana-mana masa itu. Dalam hal ini sumbangan beliau kepada kebangkitan islam di Malaysia, saya akui dia telah beri sumbangan yang besar.

TG Hadi Awang

Dari segi daya dan gaya kepimpinan, TGHH, beliau gagal untuk belajar menjadi pemimpin yang ada visi, misi serta effektif . Oleh kerana itu dia terpaksa bergantung kepada Cikgu Pa dan sekutunya yang telah ketinggalan keretapi.

"Sesungguhnya saya semakin cemas dengan kepimpinan Pas yang ada pada hari ini"

Siasat & ambil tindakan displin terhadap 5 MP PAS yang tidak hadir malam tadi

oleh ali :

Salam satu Parlimen. Setelah membaca laporan di sini dan di sini, tidak dapat kita sangka masih ada lagi ahli Parlimen PAS yang tidak berdisplin. Bajet 2010 yang diluluskan malam tadi adalah bajet paling mangkuk !!! Macam mana 5 ahli Parlimen PAS boleh tidak hadir sedangkan bajet ini akan menjadikan kehidupan rakyat seperti neraka untuk tahun hadapan. Ini belum cerita GST lagi ni bai.

5 ahli Parlimen ini dengan sengaja menjadikan kehidupan rakyat sengsara pada tahun depan. Mereka berlima telah dengan sengaja mempersia-siakan amanah rakyat Malaysia yang diberikan kepada mereka. Mereka berlima tidak langsung menghargai undi rakyat.

Kertas siasatan baru

Tuan Ibrahim Tuan Man wajib membuka kertas siasatan untuk menyiasat mereka berlima. Sebagai ketua kepada JawatanKuasa Displin Parti, Tuan Ibrahim Tuan Man harus lekas selesaikan pekara ini disamping kes Hasan Ali yang sengaja cuba di'cover up' oleh beliau. Tuan Ibrahim Tuan Man, anda mesti siasat mereka berlima dan dapatkan hujah apa sebab mereka tidak hadir pada malam tadi untuk sesi pengundian undi belah bagi untuk usul Bajet 2010.

Wajah 5 MANGKUK

Mereka berlima telah berjaya menjadikan hidup rakyat sengsara pada tahun 2010. Mereka berlima sebenarnya adalah pewira-pewira Najib dan juga para penyokong BN. Berikut adalah wajah-wajah 5 ekor mangkuk yang berjaya menabur pasir dalam periuk nasi rakyat pada tahun 2010 nanti.

Dr.Mujahid Yusuf Rawa
P057, Parit Buntar

Dr.Che Rosli Che Mat
P101, Hulu Langat

Dr.Hatta Ramli
P031, Kuala Krai

Taib Azamudden
P016, Baling

Mahfuz Omar
P008, Pokok Sena

Jika mereka berlima tidak mempunyai alasan yang munsabah, JawatanKuasa Displin Parti PAS wajib menghukum mereka dengan diambil tindakan tatatertib sebagai pengajaran bahawa amanah yang diberikan rakyat adalah besar dan bukan pekara-pekara main-main.

*Sumber gambar dari laman web Parlimen Malaysia.

Aset MPKB-BRI di"FARAID" sesama ahli majlis?

oleh ali :

Previously on 'MPKB-BRI'

Heeee dah ada orang complain salam satu Malaysia. Apa daa. Salam 1Malaysia pada penulis bermakna sejahtera kepada rakyat Malaysia tanpa mengira siapa dia. Macam ucapan "Selamat Pagi". Kamon la.

Ok. Tidak berapa lama dahulu penulis telah mendapat satu komen dari pengunjung blog ini. Komen tersebut kaya dengan maklumat tentang MPKB-BRI. Antaranya, aset MPKB-BRI telah difaraid sesama ahli majlis dan tidak kepuasan hati peniaga-peniaga tempatan yang duduk dalam kawalan MPKB-BRI. Peniaga-peniaga Kota Bharu tidak berpuas hati apabila peniaga-peniaga dari Kemboja banyak mengambil alih tempat mereka. Tindakan ini dikatakan mendapat sokongan dari ahli Parlimen Kota Bharu. Nak kata apa, bini ahli Parlimen tersebut pun orang Kemboja.

Penulis mendedahkan pada hari ini setelah blogger/wartawan Harakah, Zainulfaqar yang berani telah pergi sendiri ke Kelantan untuk menyiasat akan hal ini. Mari baca laporan beliau. Klik untuk terus ke blog beliau.

Skandal MPKB BRI?

1. Saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa amalan kronisme dalam merompak tanah perbendaharaan kerajaan negeri Kelantan.

2. Selepas saya sendiri turun ke Kota Bharu, saya mendapati Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (PMBK BRI) telah menjual beberapa bidang tanah kerajaan negeri secara kormersial.

3. Saya minta pihak berwajib sila siasat pembelian Tanah Perkuburan Umat Islam di Jalan Hamzah.

4. Saya minta pihak berwajib siasat misteri yang menempatkan Pasar Borong Baru Wakaf Che Yeh yang asalnya merupakan rizab tanah wakaf untuk tujuan perkuburan. Sumber korporat memberitahu tanah tersebut dimiliki oleh Sensa Timur Sdn. Bhd. Selebihnya, sila siasat Peguam Nordin Noor.

5. Sila siasat bersama pembelian sebidang tanah wakaf untuk rizab perkuburan Umat Islam di belakang Hotel Perdana. Dipercayai Kelantan Trade Center (KTC) yang sekarang tersergam indah turut didirikan atas sebahagian kecil tanah wakaf tersebut.

6. Saya juga berharap pihak berwajib sila menyiasat bagaimana 5 ekar di Telipot (Kg. Puteh) yang menempatkan suatu Bengkel MPKB BRI akhirnya dirobohkan, semata-mata untuk dijualkan kepada seorang kroni Exco.

7. Satu lagi, dilaporkan kroni exco terbabit diminta membina pejabat MPKB BRI sementara di atas tanah wakaf perkuburan, di Panji. Sejak 19 tahun yang lalu, didapati hanya kontena wujud di sana. MPKB BRI dilaporkan menggadai sebidang tanah wakaf di Telipot bernilai RM15 juta kepada kroni terbabit, untuk membina prasarana semestara (kontena) yang bersama tanah tidak sampai RM5 juta.

8. Saya tidak mahu menuduh Datuk Takiyyuddin Hassan terlibat disebabkan beliau adalah Exco yang menjaga MPKB BRI. Nanti, akan ada orang Pas mencemuh saya sebagai peribadi yang jahat dan tidak ada adab berjamaah (Pas).

9. Kalau boleh ditanya, sila tanya siapa Peguam Nordin Noor di sisi Takiyyuddin dalam pemilikan beberapa harta MPKB BRI secara penuh misteri. Kalau boleh ditanya kepada Nik Muhammad Abduh Nik Mat sekali, sebab dia ini dikenali sebagai orang bijak pandai agama di Kelantan.

10. Firman Allah yang bermaksud, “Dan janganlah kamu cendurung kepada mereka yang melakukan kezaliman, kelak kamu boleh disambar api neraka…” (Surah Hud: 113)-End.

Misteri kereta mewah bernombor "PAS 17"


Kereta dalam gambar ini dikatakan dimiliki oleh salah seorang ahli Majlis MPKB-BRI. Dia dah isytihar meninggalkan jawatannya di MPKB-BRI pada tahun hadapan. Senang cerita ini kereta Nik Abduh. Betul lah lirik nyanyian kumpulan Raihan yang berbunyi "Iman tidak boleh diwarisi".

Boleh beli kereta besar. Takde hal kat den. Tapi pembelian kereta ini telah menimbulkan fitnah dikalangan ahli PAS dan ahli UMNO di Kelantan. Bukankah Islam menyuruh kita keluar dari fitnah ?? Jika Nik Abduh mempunyai perniagaan yang bernilai jutaan ringgit, rakyat tidak kisah. Tetapi Nik Abduh tidak mempunyai perniagaan serupa itu. Di kala ramai ahli PAS diperingkat bawahan merana kerana kegetiran hidup di zaman meleset dan pekerja bawahan MPKB tidak diberi gaji OT, Nik Abduh boleh pakai kereta besar. Untuk apa ?? Setelah menantu, janganlah pula Nik Abduh cuba memburukkan nama baik ayahandanya.

Cadangan untuk Nik Abduh

Untuk lebih adil, diharap Nik Abduh boleh menyatakan pendapatan bulanannya sehingga dia mampu beli kereta mewah. Anda bukan orang kebiasaan. Anda berada diposisi yang dilihat publik dari luar dan ke dalam. Meh sini den bagi cadangan untuk hilangkan fitnah ke atas ekau, ekau jual kereta mewah itu dan dari duit jualan itu ekau biayai kos perubatan Ahmad Lutfi othman, pengarang paper Harakah yang bertarung dengan penyakit jantung. Ahmad Lutfi sihat dan ekau dilihat sebagai hero. Make your father proud of you.

* Masih teringat lagi tulisan Nik Abduh yang kasar dan tidak beradab menyanggah hujah Dinsman. Tidak menggambarkan dia ni anak Tok Guru. Dinsman berpangkat ayah kepada Nik Abduh. Hormatilah beliau dalam tulisan. Jika tidak setuju, berhujah dengan waras. Tidak perlu kasar-kasar. Untuk apa bersikap kasar dalam tulisan ?? Nak tunjuk bagus ?? Nak tunjuk ego ?? Jagalah sikit nama baik ayahanda kamu. Dinsman adalah abang kepada Ahmad Lutfi Othman.

Tuesday, December 15, 2009

Design T-Shirt yang menjadi pilihan den!

oleh ali :

Salam satu Malaysia. Dalam mendepani mehnah serta tribulasi yang dihadapi manusia, berbagai cara serta kaedah untuk manusia atau rakyat untuk menunjukkan protes. Baju adalah salah satu cara rakyat untuk menunjukkan tanda protes atau sayang kepada sesuatu. Biasanya tentang isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan manusia disekeliling mereka.

Jika seseorang itu mencintai alam sekitar dan benci kepada pembalakkan seperti penyanyi Zainal Abidin, sudah tentu dia suka memakai baju warna hijau serta baju yang memprotes pembalakkan haram. Manusia bebas memilih dan memakai baju kesukaan mereka. Baju adalah tempat manusia meluahkan rasa hati mereka. Baju amat significant dalam kehidupan manusia. Jarang manusia memakai baju yang tidak mereka sukai. Hari ini Baganutama akan berkongsi serta melobi baju T-shirt yang disukai oleh kami :)

DESIGN 1
White





DESIGN belakang




Design T- shirt di atas menjadi pilihan Baganutama. Mari sahabat-sahabat kita vote design T-shirt ini. Ada beberapa sebab mengapa Baganutama melobi T-shirt di atas. Antaranya :

1] Logo utama di baju depan T-shirt yang tertulis "Berdoa Ke Arah Perubahan PAS. Prayer For PAS Reform" berserta dengan gambar tadah tangan sedang berdoa sudah menjadi logo sticky di blog-blog otai. Logo bikinan xenan ini sudah tersebar luas dikalangan blogger. Antaranya blogger top gun yang tersenarai dalam senarai top ten dalam carta Perakex 100 Blogs seperti wartamaya dan MalaysiaWaves.

Dalam 100 blog yang tersenarai dalam carta Perakex 100 Blogs, sebahagian besar blog yang tersenarai telah menjadikan logo itu sebagai sticky di blog masing-masing. Design pilihan Baganutama patut menjadi keutamaan dalam undi anda untuk menunjukkan solidariti kita kepada blogger-blogger yang telah menjadikan logo tersebut sebagai sticky di blog masing-masing sebagai tanda bertapa seriusnya kita terhadap reform dan islah. Reform wajib berlaku dalam Parti PAS. Ini perlu demi kebaikkan Pakatan Rakyat itu sendiri.

2] Baganutama memilih warna background putih kerana putih lambang kepada "Kesucian". Dari segi sains, kaler putih pada baju melambatkan penyerapan cahaya dan haba matahari. Kaler hitam mempunyai efek mempercepatkan penyerapan haba dari matahari. Panas pakai baju kaler hitam. Ini bukan mitos. Ini sains. Takkan nak suruh Jamie Hyneman dan Adam Savage buat ujian efek kaler terhadap cahaya matahari ke atas baju dalam siri "Mythbusters". Melampau maa. Ekau sendiri boleh buat ujikaji sendiri. Bukan susah bonar pun. Hari ini pakai baju kaler putih dan esok pakai baju kaler hitam. Kemudian bandingkan. Taraaa. Mana lagi panas ?? Result di tangan anda.

Jika Malaysia terletak di kutub utara atau di benua Antartika, Baganutama pasti memilih kaler hitam sebagai kaler background. Itu sebab Allah jadikan kaler kulit Penguin hitam. Supaya penguin ni cepat menyerap haba cahaya matahari yang amat sedikit di kawasan berkutub. Kepanasan penting untuk survival penguin di tempat iklim sejuk yang melampau. Jadi kepada sesiapa yang vote kaler hitam, lu selupa Penguin di tengah padang pasir maa. Ha Ha Ha.



3] Pilih design yang benar-benar memberi impact kepada pimpinan PAS. Supaya mereka terasa dengan kehadiran kuasa rakyat. Beri mereka gerun dengan kuasa rakyat. Kali ini kita protes bukan main-main. Pimpinan PAS yang main-main dengan kita. Kertas siasatan yang dibuka oleh JawatanKuasa Displin yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man masih senyap dan sunyi sepi. Takut betul dia dengan Hasan Ali.

Pilih lah logo yang berlatarkan orang berdoa. Ia adalah logo yang menjadi pilihan Baganutama. Jangan main-main dengan kuasa doa rakyat. Jika TG Nik Aziz boleh doa supaya Najib pecah perut dalam isu royalti minyak Kelantan, kenapa tidak untuk mereka-mereka yang berunding secara gelap dengan UMNO ?? Mereka-mereka inilah yang akan menghancurkan PAS dan Pakatan Rakyat. Malah boleh menyebabkan PAS kehilangan negeri Kelantan dalam Pru ke-13 nanti.

4] Untuk point ini, den mencadangkan kepada xenan supaya menambah logo ini samada di lengan atau di belakang T-shirt yang menjadi pilihan Baganutama. Ini logo yang dimaksudkan :



Logo ini sesuai digandingkan dengan logo yang direkacipta oleh xenan. Logo ini adalah rekaan blogger IkutSukaAku dan motto "Desak EGM selamatkan PAS, Setiap ahli layak mengundi" adalah ciptaan blogger Zainulfaqar. Logo ini juga favourite yang disticky oleh ramai blogger yang menyokong reform dalam Parti PAS.

Logo ini bagi pandangan den sesuai di kedua-dua belah lengan T-shirt. Jika dibelakang T-shirt, ia bersesuaian di bawah logo PAS REFORM yang ada tanda right macam lambang Nike tu.

Jika mahu islah atau reform dalam PAS, dapat atau tidak kita memerlukan EGM dalam rangka membuang pimpinan PAS yang terang-terang bersalah kerana berunding secara gelap dengan UMNO. Ini bagi memperbetulkan kembali persepsi publik kepada PAS. Jika tidak, ia tidak akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada PAS lalu menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

"Apa guna REFORM jika masih mengekalkan pimpinan PAS yang KORUP !!! "

Itu sebab kita perlukan logo ciptaan blogger IkutSukaAku pada T-shirt tersebut. Manakala pada motto logo tersebut, selain EGM, kita juga perlukan perubahan supaya ahli-ahli PAS yang tidak mempunyai jawatan dalam parti tidak kira samada di kawasan atau di cawangan boleh mengundi pimpinan pilihan mereka. Selain mengelak politik wang seperti UMNO, undian yang diambil adalah solid keasliannya. Biasanya ketua cawangan atau kawasan kadangkala boleh terpengaruh dengan lobi pihak-pihak tertentu lalu mengundi tidak mengikut kehendak ahli-ahli di peringkat cawangan atau kawasan. Untuk lebih adil, biar semua ahli boleh mengundi.

Jika UMNO dan PKR boleh berubah untuk membiarkan kesemua ahlinya mengundi pimpinan yang dimahukan mereka, kenapa PAS tidak boleh ?? Demi kebaikkan dan bagi mengelakkan fitnah "Rumah dah siap, tapi pahat masih berbunyi-bunyi", tolonglah berubah.

Dan bagi kita rakyat, untuk memangkinkan perubahan atau reform ini, mari kita pilih design T-shirt pilihan Baganutama berserta dengan cadangan tambahan logo blogger IkutSukaAku di lengan baju atau di belakang T-shirt. Untuk undian, sahabat-sahabat boleh klik kat banner baju di sebelah kanan atas blog ini atau terus ke blog xenan.

Mari kita tunjuk kepada pemimpin yang ego serta keras kepala mengenal kuasa rakyat. Mari kita ajar mereka yang kurang ajar apa itu kuasa rakyat. Tunjukkan dengan membeli serta memakai T-shirt yang betul bagi memberi mereka tekanan. Ingat, rakyat adalah tuan dan pemimpin adalah kuli kepada rakyat. Itu hak rakyat dalam demokrasi . Jangan nafikan hak itu. Gunakan hak anda itu dengan sebaik-baiknya. Tunjukkan POWER rakyat !!!

* Ini den promosi serta melobi tanpa komisyen. Jangan salah faham ya. Den tak termasuk dalam projek ini. Den cuma menyokong projek ini dengan harapan nanti diorang bagi den T-shirt free. Ha Ha Ha.